Saturday, May 23, 2015

TANGANI MASA SECARA ISTIQAMAH DEMI MELAHIRKAN PEMBANGUNAN

 (Disiarkan pada 23. 5. 2015)
Setiap yang hidup itu memerlukan pergerakan untuk kelangsungan hidup di bumi ini. Itulah yang dikenali sebagai sunatullah. Allah sediakan alam ini dengan segala makhluk ciptaan-Nya demi  memanfaatkan masa yang Allah wujudkan di alam maya ini. Dalam menangani masa terbentuk satu naluri pada diri setiap makhluk yang berupa disiplin hubungan antara sesama makhluk yang tersendiri.
               Menangani masa sebaik mungkin merupakan strategi pembangunan yang diredhai Allah S.W.T. Orang yang mengenali masa bergerak adalah mereka yang sentiasa mengingati Allah kerana tanpa pertolong Allah tidak ada manusia boleh laksanakan. Segala  ibadah yang kita laksanakan merupakan tawakal dan manusia hanya mengharapkan keredaan Allah S.W.T. untuk memberikan prerogatif-Nya.
               Menangani masa secara istiqamah adalah satu konsep pembangunan yang akan membuahkan kejayaan dalam kehidupan. Pergerakan masa seharusnya seirama dengan arus pemikiran kita kerana tidak ada yang lebih penting dalam hidup ini selain daripada mengingati masa beredar selari dengan peningkatan usia setiap individu.
               Kewajipan setiap insan dalam menelusuri kehidupan adalah membuat perubahan pada diri sendiri. Usaha kita secara istiqamah merupan agen kepada perubahan pemabangunan kendiri. Tidak ada yang lebih mudah dilaksanakan selain dari budaya istiqamah kerana kerja atau ibadah yang berat pada mata memandang jika dilaksanakan secara istiqamah akan menjadi mudah dan dalam keadaan yang sempurna.
               Tangani masa secara istiqamah mengakibatkan kelancaran ibadah kerana budaya menanguhkan kerja tidak akan mendekati kita. Pepatah bahasa Inggeris mengatakan: “Stich in time save nine”, yang membawa maksud jahitlah kain baju yang robek atau koyak serta merta untuk menyelamatkan dari sembilan jahitan jika ditangguhkan sehingga robek atau koyaknya menjadi besar.
               Begitu juga halnya kepada muamalah hidup jika ditangani serta merta maka masalah itu akan selesai dengan serta merta tetapi jika tidak menggunakan masa secara istiqamah maka semangat hendak membereskan masalah berkenaan akan tertangguh dan menjadi sulit hendak dilaksanakan apabila sudah tergumpul dengan masalah yang baru datang.
               Pepatah lain mengatakan: “Strike the iron while it is red hot.”, yang maksudnya lebih kurang ketuklah besi itu apabila ia merah panas demi memudahkan untuk membentuk apa sahaja kita suka. Bidalan bahasa serupa ini amat penting diterjemahkan kepada amalan hidup kerana kerja yang sukar menjadi senang.
               Menangani masa secara istiqamah juga membuahkan kejayaan kepada kerja-kerja ibadah. Semangat istiqamah seharusnya menjadi sebahagian daripada diri kita kerana hidup ini berterusan dan wajar dihidangkan dengan ibadah kerana Allah. Mengamalkan solat lima waktu sehari semalam sebagai contoh amat penting dalam kehidupan kerana sembahyang itu adalah tiang agama. Amalan yang bermusim tidak sama sekali sesusai bagi seorang mukmin kerana hidup ini sentiasa dijaga dan dipelihara oleh setiap saat.     
               Pepatah Melayu mengatakan; “Hangat-hangat tahi ayam!” yang membawa maksud  melakasan ibadah bersungguh-sunggu tetapi hanya buat sekejap masa sahaja. Masa rajinnya datang, muamalahnya pasti beres tetapi hanya bermusim. Apabila semangat sudah sejuk maka ditinggalkan ibadah berkenaan.
               Orang yang menangani masa secara istiqamah akan melahirkan satu semangat yang unggul sentiasa mendapat keredhaan dari Allah S.W.T. serta mendapat sanjungan dari orang yang menyaksikan kita. Allah amat cita kepada hamba-Nya yang sentiasa istiqamah menggunakan masa dalam semua agenda pembangunan.
               Jangan biarkan hidup ini kosong dan seharusnya di isi dengan aktiviti pembangunan sama ada pembangunan jasmani mahu pun pembangunan rohani. Tumpuan pembangunan  rohani adalah menjadi keutamaan kerana hubungan kita dengan Allah S.W.T. sentiasa terpelihara. Ini penting kerana agenda kehidupan akhirat harus kita bina sebagai persediaan kehidupan di akhirat nanti.
               Apabila hubungan dengan Allah sentiasa terpelihara maka pembangunan jasmani akan dengan sendirinya terbela. Orang yang meyuburkan kasih sayang dengan Allah S.W.T. akan dimudahkan urusan hidup di dunia yang fana ini. Setiap usaha atau ibadah yang kita lakukan merupakan tawakal dan jika budaya intiqamah mengiringi ibadah kita maka Allah pasti memberi keredhaan-Nya.
               Menyuburkan kasih sayang dengan Allah berpangkal daripada hati. Maka itu untuk menghidupkan hati, beberapa amalan yang wajar disempurnakan, antaranya ialah berzikir. Zikir adalah merupakan ibadah batiniah, tetapi hakikat zikir adalah adanya perasaan salam jiwa yang tetap mengingati Allah, sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa, Yang Maka Besar, Maha Agung, Maha Bijaksana dan juga Maha belas kasihan kepada Hamba-Nya.
               Zikir berasal dari bahasa Arab ZHIKR, mempunyai 3 erti iaitu  ingat, sebut dan ajaran.  Yang dimaksud dengan kata-kata zikir di kalangan umat Islam ialah ZHIKRULLAH, iaitu mengingati akan Allah, menyebut akan Nama Allah, mempelajari dan membaca firman-firman Allah (Kitab Suci Al-Qut’an).
               Ingat adalah pekerjaan hati (akal) semata, sedangkan sebut ialah mengingatkan dengan hati atau akal saja adalah baik. Tetapi dengan menurut-sertakan lidah (sebutan) adalah  lebih baik; kerana mengingat Allah dengan jiwa dan raga bersama-sama.   
               Dengan demikian zikir adalah termasuk ibadah. Para ahli sufi meletakkan zikir sebagai jalan rohaniah untuk menuju Allah. Di dalam Al-Quran terdapat banyak perintah tentang zikir kepada Allah: Berikut ini beberapa hikmah dari zikir, iaitu:
               “Seseorang yang berzikir kepada Allah, maka mereka akan mendapat ketenangan batin. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman hati mereka menjadi tenteram, kerana mengingati Allah ingatlah, hanya dengan zikir (mengingati Allah) hati menjadi tenang.” (Surah Al-Ra’d ayat 13:38)
               Apabila seseorang itu berzikir kepada Allah, maka mereka akan merasakan ketenangan dalam jiwanya. Ini adalah rahsia yang boleh disahkan bagi mereka yang berzikir. Hal ini disebabkan kerana orang yang berzikir, maka mereka akan melalikan persoalan dunia, mereka akan hanya ingat kepada Allah S.W.T. saja.
               Dengan hilangnya beban persoalan dunia, maka disitulah akan lahir perasaan yang tenang, aman, damai dan tenteram. Sebaliknya jika manusia itu melupakan Allah S.W.T., maka mereka akan merasa hidup sempit dan seterusnya akan gelisah, sebagaimana firman Allah S.W.T.: “Barangsiapa yang berpaling dari-Ku (tidak mengingati Allah S.W.T.), maka mereka akan hidup dalam kesempitan.”
               Nabi Muhammad  S.A.W. bersabda maksudnya: “Di dalam diri manusia itu ada segumpal darah, jika ia baik, maka baiklah seluruh anggota badan dan jika ia rosak, maka rosaklah semua anggota badan manusia, iaitu adalah hati.”
               Hati mempunyai peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia, dari penjelasan hadis tersebut juga menunjukkan hati manusia itu kadangkala bersih dan juga kadang-kadang kotor.
               Agar hati kita tetap bersih, maka ia mesti dibiasakan untuk berzikir, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang maksidnya:
               “Ubat penyakit hati itu ada lima perkara: “Membaca Al-Qur’an, kedua solat malam
(solat tahajjud), ketiga berterusan zikir atau istiqamah, keempat membiasakan berpuasa, dan yang kelima bergaul dengan orang-orang saleh.”
               Apabila manusia hatinya bersih dari sifat-sifat tercela seperti hasad dan sebagainya,
maka orang tersebut akan mencapai hakikat kebahagian. Sebab kebahagian adalah terkandung
pada keadaan hati manusia, jika hatinya baik dan bersih, maka otomatik akan mencapai
kebahagian.
               Bagi orang yang berzikir, maka Allah akan mengangkat darjatnya sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:
               Apakah kamu mahu aku ceritakan kepada mu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan paling bersih dalam pandangan Allah S.W.T., serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh-musuh kamu semua dan memotong leher kamu, dan mereka juga memotong lehermu?” kemudian para sahabat bertanya; “Apakah itu wahai Rasul/” Beliau menjawab: “Zikir kepada Allah SWT.” (HR. Baihaqi)
               Kita sering melihat manusia yang merasa senang dan bahagia apabila dinaikkan pangkatnya, padahal yang menaikkan dan mengangkat adalah sesama manusia, dan sungguh akan lebih berbahagia dan gembira jika yang mengangkat itu Zat yang Maha Tinggi, Maha Mulia dan Maha Kuasa. Dan inilah hakikat kebahagian dan hanya Allahlah yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan mengangkat dan menghentikan darjat dan pangkat seseorang.
               Tiada orang yang paling merasa aman dan tenteram dalam hidup ini kecuali mereka yang selalu diawasi dan perhatikan oleh Allah SWT. Di antara manusia yang selalu diingat oleh Allah SWT ialah yang berzikir kepada Allah SWT.
               Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 2:152, yang bermaksud:
               “Ingatlah (zikirlah) kepada-Ku, nescaya Aku zikir (ingat) kepadamu.”
               Doa termasuk ibadah bahtiniah, sebab dalam berdoa yang paling berperanan adalah hati manusia. Doa adalah termasuk ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT. sebagaiman firman-Nya dalam al-Quran surah Al-Anbiya ayat 21:90 yang bermaksud:
               “Kemudian Kami  perkenankan permintaannya dan Kami kurniakan (seorang anak bernama) Yahya dan perbaiki  isterinya (boleh mengandung). Sesungguhnya mereka berlumba-lumba memperbuat  kebajikan, seraya meminta kepada Kami dengan harapan yang besar dan ketakutan. Adalah mereka orang-orang yang khusyuk (tunduk hatinya) kepada Kami.”
               Allah telah memperkenankan doa Nabi Zakaria, dan dikurniakanlah kepadanya seorang anak laki-laki yang bernama Yahya, kerana isterinya telah ditakdirkan boleh mengandung, sebab semua halangan yang merintang dan menyekat pertumbuhan benih di dalam rahimnya, telah dihalang oleh Allah dan dapat berjalan dengan baik, sehingga keadaannya yang tadinya dia mandul kemudian telah dapat mengandung serta melahirkan anak.    
               Sabda Rasaululah SAW:
               “Doa adalah inti dari ibadah.”
Firman Allah SWT dalam Al-Quran surah Al-Isra’ayt 17:110 yang bermaksud:
               “Katakanlah: Serulah Allah atau serulah ar-Rahman! Apa sahaja yang kamu seru, Dia mempunyai nama-nama yang baik. Dan janganlah sembahyang dengan suara yang nyaring dan jangan pula dengan suara yang perlahan. Dan carilah jalan pertengahan antara kedua-duanya.
               Mengikut kata Ibnu Abbas: Bahawasanya Rasulullah SAW. Pada suatu malam telah sujud seraya membaca dalam sujudnya itu: “Ya Allah ya Rahman!” Lalu berkata Abu Jahal: “Sesungguhnya Muhammad telah melarang kami daripada menyembah Tuhan kami sedangkan dia sendiri ada menyeru nama dua Tuhan. Kemudian Allah pun menurunkan ayat ini – yang maksudnya – Tuhan itu mempunyai dua nama: Pertama, Tuhan itu bernama  Allah, dan kedua, Tuhan itu bernama ar-Rahman.”
               Dengan apa sahaja Tuhan yang kamu seru – sama ada dengan Allah atau dengan nama as-Rahman – kedua-duanya sama sahaja, bahkan Allah itu mempunyai beberapa nama yang
baik-baik – nama yang suci, mulia dan terpuji (al-Asmaul Husna).
               Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Berdoa kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan dengan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”Al-A’raaf ayat 7:55.
               Allah perintahkan manusia supaya mengesahkan-Nya, iaitu dengan beribadat kepada-Nya saja – sedang ibadat itu pula hendak dijiwai dengan doa atau permohonan.
               Berdoa atau bermohon kepada Allah, adalah merupakan salah satu ibadat yang amat penting. Kalaupun bukan merupakan perintah yang wajib, tetapi berdoa it sudah pasti adalah sunat. Biasanya seseorang hamba tidak akan memohon melainkan bila ia perlu kepada sesuatu yang dihajatinya, sedang ia tidak berdaya untuk memperolehnya lalu bermohonlah kepada   Tuhannya.

               Orang yang berdoa adalah mereka yang merasa dirinya lemah dan sekaligus ia merupakan pengakuan bahawa Allah adalah Zat Yang Maha Besar, Zat Yang Agung dan Zat Yang Maha perkasa.” Doa juga melambangkan kepasrahan seorang hamba kepada Tuhannya, kepasrahan inilah hakikat dari ibadah, sebab jika manusia tidak merasakan dirinya lemah, maka ia akan melahirkan sifat sombong dan angkuh, sedangkan kesombongan akan melahirkan keingkaran dan kemaksiatan.

Friday, May 15, 2015

ISTIQAMAH DALAM BERIBADAH MERAPATKAN KEPADA KEBAIKAN

 (Disirkan pada 16. 5.. 2015)
Perlakuan manusia dalam melaksanakan pembangunan  mempunyai beberapa kategori ber- pandukan kepada kekuatan iman individu berkenaan. Ada yang perlaksanaannya sambil lewa; orang lain mempunyai kesungguhan dan keteguhan hati(istiqamah). Melaksanakan pemba- ngunan wajar memiliki ketahanan mental serta mematuhi budaya ketakalan atau istiqamah.
         Semangat yang kuat dan kukuh dan mempunyai keyakinan diri bahawa hidup ini sentiasa dihiasi dengan ibadah yang berterusan dengan disiplin yang tinggi adalah dalam kategori manusia yang sentiasa membudayakan semangat istiqamah. Semangat demikian akan sentiasa mendekatkan kita kepada kesempurnaan dalam pembangunan tamadun.
         Membaca kewujudan alam kehidupan semestinya ada ciri-ciri yang mengiklankan sikap istiqamah. Kejadian siang dan malam sebagai contoh sentiasa mengikuti disiplin istiqamah.. Masa siangnya dan waktu malamnya sentiasa silih berganti. Disiplin demikian membentuk satu pergerakan hidup setiap haiwan yang dikenali sebagai instinct atau naluri semula jadi dalam meneruskan hidup sebagai haiwan.
          Makhluk-makhluk seperti matahari, bulan dan bintang-bintang serta planet di angkasa raya sentiasa berada di tempat-tempatnya pada masa-masa tertentu menyinarkan cahaya dan tidak pernah berhenti sejak wujudnya makhluk tersebut. Inilah kekuasaan Allah yang keung- gulannya amat luar biasa.
         Dalam diri setiap manusia pula demikian keadaannya dalam sistem pergerakan organ-organ untuk mengekalkan disiplin kehidupan. Organ jantung bergerak mengepum darah ke seluruh anggota badan secara istiqamah sejak jasad bertemu dengan roh hinggalah roh berpisah dengan jasad yang dikenali sebagai mati.
         Segala fenomena tersebut mempunyai makna tersirat kepada pembangunan kehidupan. Manusia hidup dibekalkan Allah dengan berbagai fitrah untuk membantunya melaksanakan ibadah secara istiqamah. Antaranya ialah akal, akhlak, iman, kemahiran berfikir, kasih sayang, nafsu, tenaga, mata hati dan sebagainya. Apabila menggunakan fitrah-fitrah tersebut secara istiqamah maka akan menemukan kebaikan pada kehidupan itu.
               Istiqamah ertinya teguh hati, tetap pendirian. Walaupun tidak semua orang dapat bersikap istiqamah namun memeluk agama untuk mendapatkan hikmah secara mendalam sangat memerlukan sikap instiqamah ini. Keperluan terhadap sikap istiqamah ini sangat digunakan pada setiap masa, lebih-lebih lagi ketika di zaman moden ini.
               Istiqamah mengandungi  erti kemantapan, namun tidak bererti tidak bergerak untuk maju. Umpamanya semakin tinggi teknologi sesuatu kereta semakin mampu ia melaju dengan cepat tanpa goncangan. Maka  disebut kereta itu memiliki istiqamah atau kekuatan dan kemantapan. Kereta itu mantap dan tidak bergoncang bukan ketika ia berhenti namun ketika ia begerak laju.
               Begitu juga halnya dalam kehidupan di zaman moden ini, kita harus bergerak maju, namun tetap pada dasar pertama tanpa goyang. Ini dapat terujud kepada orang-orang yang betul-betul memiliki jiwa dan pengetahuan keIslaman yang mendalam. Bukan itu saja bahkan mereka tetap menjalani nilai-nilai keIslaman tersebut.
               Sebagai firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jin ayat 72:16 maksudnya:
               “Dan bahawasanya, jikalau mereka tetap berjalan lurus (istiqamah) di atas jalan itu
(agama Islam) benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar atau
rezeki yang banyak.”
               Diwahyukan kepada Rasul Nabi Muhammad S.A.W. seandainya bangsa manusia dan bangsa jin itu tetap berjalan di atas jalan itu yakni mahu beragama Islam, pasti Allah akan meluaskan rezeki kepada mereka dan memberi minum pula kepada mereka air yang segar – dimaksudkan di sini ialah dilimpahkan kepada mereka kemewahan dunia. “Air yang segar” itulah punca kehidupan, dan dengan banyaknya air pula datanglah kemewahan. Lantaran itu ada peribahasa yang menyebutkan: “Di mana ada air  di situlah ada harta, dan mana ada harta di situ dia menjadi ujian.”   
               Begitulah gambaran istiqamah yang dituntut di zaman moden ini. Namun kenyataan pada hari ini menunjukkan banyaknya terjadi perubahan nilai istiqamah dalam diri masyarakat maju. Kebanyakannya lebih memperuntukkan hawa nafsu dan kehendak diri sendiri tanpa menghitungkan akan nilai-nilai kebenaran dalam ajaran Islam.
               Jiwa yang kosong lebih banyak dari mereka yang tidak teguh pedirian dan tidak memiliki Istiqamah. Keresahan dan kebingungan lebih banyak melada masyarakat yang mulai jauh dari nilai-nilai agama lantaran cuba mencampurkan kesucian dan kebenaran itu dengan debu kemaksiatan.
               Istiqamah berkaitan dengan kemampuan kita dalam berjuang untuk menghadapi ujian dan penderitaan. Kerana semakin tinggi nilai iman seseorang itu semakin besar pula cubaan yang harus dihadapinya. Dengan datangnya berbagai cubaan, ujian dan penderitaan itu jika jiwa seseorang menjadi kuat dan tabah
               Namun sebaliknya bagi mereka yang tidak memiliki iman yang kuat, yang mudah terpengaruh dengan suasana lingkungan, mereka akan merasa lemah dan terus tumbang apabila cubaan atau bencana datang dari Allah. Mereka mengeluh, menyalahkan orang lain bahkan menyalakan Allah S.W.T.. Keimanan seseorang itu  harus dibuktikan dengan cubaan untuk melihat sejauh mana seseorang itu mampu mempertahankan nilai kesucian iman yang dimiliki. Firman Allah Surah Al-Ankabut ayat 29:2-3 yang bermaksud:
               Adakah manusia  itu menyangka akan dibiarkan (begitu sahaja) lantaran mereka mengatakan: Kami telah beriman – tanpa mereka diuji?Sesungguhnya Kami(Allah) telah menguji  orang-orang dahulu sebelum mereka. Dan sesungguhnya Allah itu  mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia juga mengetahu para pendusta.        
               Ditinjau dari sudut sejarah semenjak manusia itu diciptakan oleh Allah S.W.T. dan semenjak diciptakan kebaikan dan keburukan, semenjak itulah antara keduanya mendapat pelawanan. Kebenaran memenangani kemungkaran, sebaliknya kemungkaran atau kebatilan itu hadir di tengah-tengah kebenaran untuk mengganggu dan mencampur adukkan keduanya. Begitulah seterusnya sampai saat ini. Antara yang benar dengan yang salah terus terjadi perlawanan, namun kenyataan yang dapat kita saksikan bahawa kebatilan itu pasti akan menerima kehancuran.  
               Beberapa cubaan juga diberikan oleh Allah S.W.T. terhadap Nabi yang telah terdahulu. Betapa besarnya cubaan dan ujian yang harus mereka terima.
                    Istiqamah dalam kehidupan Nabi Adam adalah antara contoh Allah berikan terhadap nabi yang telah mencatatkan sejarah. Setelah Adam diciptakan oleh Allah S.W.T. di dalam syurga, lalu Allah memerintahkan kepada semua Malaikat supaya sujud kepada  Adam as, maka sujudlah para semua Malaikat kecuali yang sombong dan  tergolong kafir, iaitu iblis laknatullah.
               Tinggallah Adam as. sendiri di dalam syurga. Namun Allah mengetahui bahawa Adam merasa kesepian kemudian Allah menciptakan seorang wanita bernama Hawa. Allah berfirman dalam al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 2:35 yang bermaksid:
               “Hai Adam damailah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-
makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan jangan kamu  dekati
pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.”
               Akhirnya Nabi Adam as. tidak lama bertahan di syurga lantaran tergoda oleh pujukan syaitan (iblis) dengan rayuannya. Dilanggarnya perintah Allah, didekati pohon khuldi yang terlarang itu, dimakannya buah pohon tersebut.  Kemudian keduanya dikeluarkan dari syurga. Allah berfirman dalam al-Quran Surah Al-A’raf ayat 7:20  yang bermaksud:
               “Maka  syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: “Tuhan kamu tidak melarang mu dari mendekati pohon ini, melaikan supaya kamu berdua tidak menjadi melaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (Dalam syurga).
               Kemudian syaitan membujuk kepada Adam as. dan Hawa dengan bersumpah bahawa dia sesungguhnya termasuk orang-orang yang memberi nasihat:
               Allah kemudian berfirman dalam al-Quran Surah Al-A’raf ayat 7:22 yang bermaksud:
               “Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan menyeru mereka; Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.”
               Iblis terus juga memujuk dan menggoda, sehingga Adam dan Hawa dapat ditundukkan oleh tipu dayanya. Sebab keduanya menyangka Iblis benar-benar jujur, dan percaya bahawa orang yang berani bersumpah dengan nama Allah tentulah tidak berdusta. Keduanya kalah oleh tipu daya Iblis untuk menahan diri daripada memakan buah kayu di syurga. Akhirnya  Hawa telah mendahului merasa buah larangan itu dan memakannya, yang diikuti pula oleh Adam kerana melayani kemahuan isterinya yang mengajak sama memakannya.
               Pohon khuldi yang dilarang oleh Allah S.W.T.untuk mendekatinya, ada yang mengerti kan sebagaimana nama yang diberikan oleh syaitan dalam surah Thaha ayat 20:120.  Syajatratulkuldi atau pohon kekekalan, kerana menurut syaitan orang yang memakannya akan kekal tidak akan mati
                    Namun ada yang berpendapat bahawa khuldi tersebut hanya merupakan kiasan, sesungguhnya yang dimaksudkan menghampiri pohon khuldi dan memakannya adalah bahawa Adam as. dan Hawa telah melakukan hubungan kelamin ketika di syurga. Sebagai man firman Allah dalam surah al-A’raf di atas, tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah keduanya aurat-aurat mereka.
               Akhirnya oleh Allah S.W.T. Adam dan Hawa dilimparkan ke dunia, hidup sampai waktu yang ditentukan. Keduanya menyesali atas dosa yang dilakukan ketika disyurga dan memohon keampunan kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah berfirman dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 2:37 yang bermaksud:
               “Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
               Kemudian Adam as. Yang ditugaskan oleh Allah S.W.T. sebagai khalifah di permukaan bumi memulai hidupnya bersama Hawa dengan berbagai cubaan dan ujian, namun Adam tetap bertakwa kepada Allah S.W.T., dan bertambah teguh istiqamahnya.
               Istiqamah dalam kehidupan Nabi Ibrahim untuk menegakkan kebenaran dan menghancurkan pepalsuan juga mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya.  Kehadiran di tengah-tengah umat yang sombong dan angkuh akan perintah Allah tidak merubah sikapnya dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Dia berusaha mencari kebenaran itu.
                    Nabi Ibrahim as. Mencari kebenaran yang hakiki, kebenaran yang dianugerahkan oleh Penciptanya yang Agung, bukan kebenaran pada patung-patung dan berhala yang disembah oleh orang-orang yang tidak mampu mengenalisa dan mengerti itu. Dia terus mencari dan mencari. Ketika malam telah menjadi gelap dia melihat bintang-bintang lalu ia berkaa; inikah  Tuhan ku? Tetapi tatkala bintang-bintang itu  tenggelam dia berkata: “Saya tidak suka kepada yang tenggelam”. Kemudian tatakala ia melihat bulan terbit dan dia berkata: “Inikah Tuhanku?”, tetapi setelah dilihatnya bulan itu menghilang dan terbenam. Kemudian dia bermohon kepada Illahi, jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepada ku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat.
                    Nabi Ibrahim as. terus mencari kebenaran itu, tatkala dilihatnya mata hari terbit dia berkata berkata inikah Tuhanku? kerana inilah yang lebih besar, maka tatkala mata hari itu terbenam dia berkata, hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. Sebagai suatu bukti bahawa dia telah menemukan sesuatu yang dicari Kebenaran yang hakiki itu bukan pada mata hari, tetapi kebenaran yang sesungguhnya yang mencipta benda-benada itu dan seluruh yang ada di alam raya ini.
                    Kemudian Ibrahim berkata lagi:
                    “Sesungguhnya aku menghadapkan diri ku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah.” (Al-An’am: 6:79)
                    Usaha Nabi Ibrahim mencari kebenaran sehingga ia merosakkan segala patung-patung sembahan umatnya yang mengakibatnya di bakar hidup-hidup oleh pemerintah Namsud. Tetapi Allah menyelamatkan Ibrahim dari kobaran api yang besar itu.. Allah berfirman maksudnya:
                    “Kami berfirman: Hai api menjadi dinginlah dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim” (Al-Anbiya: ayat 21:69).
                    Kerana kemugkaran raja Namrud terhadap Allah maka akhirnya ia, berserta pengikut nya yang ingkar itu mendapat seksaan dari Allah dengan datangnya nyamuk-nyamuk yang sangat luar biasa banyaknya dengan membawa penyakit untuk mereka. Namrud berserta pengikutnya mati dalam menanggung seksaan Allah tersebut.

                    Namun tidak sekadar itu saja,Nabi Ibrahim harus menerima cubaan yang lebih berat lagi iaitu agar mengorbankan putra yang disayanginya Ismail as. Namu kerana keimanan yang ada di lubuk hati Nabi Ibrahim as. telah kuat dan kukuh, maka perintah dan cubaan itu dengan senang hati dilaksanakannya. Allah menyintai orang-orang yang beriman maka di selamat kanNya Ismail dari perinstiwa  pengorbanan itu. Maka terlepaslah Nabi Ibrahim dari dolongan yang amat berat itu dan termasuk golongan orang-orang yang beruntung di sisi Allah S.W.T.