Friday, September 25, 2015

KELEZATAN HIDUP DALAM PERSPEKTIF ISLAM

 (Disiarkan pada 26. 09. 2015)
Hidup yang lezat ditamsilkan kepada kehidupan yang bahagia. Kebahagiaan hidup  di dunia berpangkal kepada kehadiran iman dan ketakwaan kepada Allah SWT. Ia akan melahirkan  suasana ukhuwah kemanusiaan serta kasih sayang dalam bermasyarakat di samping keluarga yang saleh dan salihin, kelak mewujudkan fenomen pembangunan keluarga yang berkiblat kepada rumahku adalah syurgaku.
               Rumahku  syurgaku, merupakan satu konotasi mulia yang melambangkan kebahagian hidup beragama. Institusi kekeluargaan bermula sejak kewujudan manusia di alam dunia ini. Keluarga terbentuk dari sepasang suami isteri yang diikat dengan satu perundangan yang dipanggil nikah melalui ijab kabul yang diselenggarakan oleh seorang hakim (imam) dan di hadiri oleh dua orang saksi.
               Rumah tempat tinggal merupakan satu kediaman yang melahirkan keseronokan dan kegembiraan bersama keluarga di bawah pimpinan  seorang suami yang taat kapada agama. Sebuah keluarga yang dibangunkan dalam sebuah rumah tangga sewajarnya dihiasi dengan suasana perasaan kasih sayang antara suami isteri bersama anak-anak bahagia.
               Kasih sayang yang lahir dalam membina keluarga bahagia berpangkal dari pengurusan seorang isteri dibawah bimbingan seorang suami yang dimuliakan dengan iman dan ketakwaan kepada Allah SWT. Cinta kepada agama Allah SWT akan melahirkan kelezatan hidup yang mulia yang sentiasa dihiasi dengan suasana tujuh belas rakaan sehari semalam yang menjadi tiang lahirnya  keluarga tercinta.
               Membina keluiarga bahagian semestinya berlandaskan kepada disiplin serta akhlak yang mulia terutama sekali kepada seorang suami sebagai pemimpin dalam pembinaan keluraga mithali. Seorang suami harus menangani kesabaran dalam urusan beribadat sama ada secara zahir atau secara batin kerana segala amalannya akan terpancara kepada pembangunan akhlak generasi pelapis dalam keluarganya.
               Dalam surah Ali Imran atau kelurga  Imran iaitu surah ke tiga mengandungi 200 ayat, kesemuanya diturunkan di Medina selepas turunnya surah Al-Anfal. Perkataan Ali Imran yang menjadi nama surat ini, terambil dari firman Allah dalam ayat 33 yang berbunyi:
               “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran di antara segala orang-orang yang di dalam alam.”
               Allah telah pilih mereka sebagai pati dari segala penduduk alam, kerana merekalah orang-orang yang menyandang pangkat Nabi dengan tugas seruan (risalah), yang dimuliakan dengan Nabi Adam (a.s.) iaitu bapa segala manusia, yang dari keturunannyalah terbit para Nabi dan Rasul-Nya.
               Kedua Nabi Nuh (a.s.) iaitu bapa manusia yang kedua, kerana pada zamannya telah berlaku taufan yang kencang dan bah yang besar yang memusnahkan semua keturunan manusia, hanya dia dan ahli-ahlinya yang taat terselamat berada di atas bahterah yang besar. Dari anak cucunya pula terbit para Nabi dan Rasul. Kemudian anak cucu mereka berselerak di permukaan bumi, dan selang beberapa lama kemudian telah meresap pengaruh dari adat menyembah berhala di kalangan mereka.
               Kemudian Allah bangkitkan pula Nabi Ibrahim (a.s.) sebagai Nabi dan Rasul. Sesudah itu berturutan anak cucunya dilantik menjadi Nabi ataupun Rasul, seorang demi seorang dan semasa ke semasa seperti Ismail, Ishaq, Yaakub dan Asbaat (campuran keturunan Yaakub). Dan di antara keturunannya yang mempunyai sebutan tinggi dan ternama ialah keluarga Imran iaitu Nabi Isa dan ibunya Maryam, anak perempuan Imran  Dan keturunan Ibrahim itu telah di akhiri dengan Nabi Muhammad (s.a.w.) dari keturunan Ismail (a.s.).
               Adapun surah “Ali Imran” sebagai mana yang disebut dalam berita-berita yang diriwayatkan oleh para Sahabat Nabi (s.a.w.) di antara kelebihannya ialah perbendaharaan bagi orang yang fakir dan menjadi penghujah di akhirat bagi yang membacanya.
               Barang siapa membaca ayat-ayat yang akhir dari surah Ali Imran pada malam hari, akan dtuliskan pahalanya seperti pahala beribadah sepanjang malam. Firman Allah surat Ali Imran ayat 3: 200 yang bermaksud:
               “Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah kamu (dalam ketaatan), bersabarlah (menghadapi musuh) bersedia-sedialah (menentang mereka) dan takutlah kamu kepada Allah, semoga kamu mendapat kemenangan.”
               Menegakkan iman kepada Allah bukanlah mudah rupanya. Bertambah suci tujuan, bertambah banyaklah kesulitan yang dihadapi. Musuh ada dari luar, iaitu kaum kafir yang selalu menentang. Tetapi ada lagi musuh yang lebih berbahaya dari itu, iaitu lawan yang mengakui dirinya jadi kawan, iaitu kaum munafik. Dan lalu menipudaya kamu. Dan ada lagi musuh yang berbahaya dari itu, iaitu hawa nafsumu, kalau tidak terkendali. 
               Tetapi kamu ada mempunyai modal yang tidak akan habis, iaitu IMAN. Bahkan iman itulah yang mereka musuhi. Maka supaya imanmu terpelihara dan citamu berhasil, iaitu kalimah Allah tertegak tinggi dari kalimat kafir runtuh ke bawah, hendaklah kamu pegang empat perkara:   1. Sabar: Tahan hati, teguh, sabar menahan nafsu, sabar mengedalikan diri, baik waktu bertahan, atau waktu menyerang, sabar sedang cubaan menimpa, dan sabar melakukan perintah Allah. 2. Menangkis atau melawan sabar; Sabar yang setingkat lagi kerana orang yang lebih lama tahan, itulah yang menang. 3. Hendaklah bersiap terus. Perkuat penjagaan. Kokohkan kewaspadaan. 4. Hendaklah takwa kepada Allah. Disinilah terletak kunci sebenarnya daripada yang tigadi atas.                                                                                                                               
               Perkahwinan dalam Islam merupakan satu perjanjian antara suami isteri. Allah berfirman  dalam surah An-Nisa ayat 4:21 yang bermaksud:
               “Dan mereka (isteri-isteri mu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.”
               Ia merupakan perjanjian antara lelaki dengan perempuan yang setiap pihak bertang- gungjawab ke atas pihak lain. Ia memberi ta’bir atau saranan supaya memelihara kebajikan dan berkasih sayang. Ia bukan sahaja setakat ‘aqad untuk memiliki tetapi hubungan antara lelaki dengan wanita dalam perkahwinan ialah hubungan kedamaian yang sama kedua pihak, mendapat ketenangan jiwa, berkongsi keseksaan dan saling kasih mengasihi.
               Apa tujuan hidup ini sebenar? Kelahirah manusia di dunia ini adalah lanjutan daripada kewujudannya di alam arwah dahulu sebagai tempat ujian kepada manusia akan sejauh mana keimanannya kepada Allah SWT dan sumpah setia, sebelumnya. Allah SWT tidak menjadikan manusia dan jin melainkan untuk berbakti dan beribadat kepadanya.
               Firman Allah surah Adz-Dzariyat ayat 51: 56-58 yang bermaksud:
               “Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah Aku, Aku tidak sekali-kali  menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak kehendaki mereka memberi makan kepada-Ku, sesungguhnya Allah SWT Dialah pemberi rezeki yang mem- punyai kekuasaan yang sangat teguh.”
               Menyembah Allah SWT. bererti memusatkan penyembahan kepadanya semata-mata dengan cara menjalani dan mengatur seluruh aspek kehidupan dunia secara zahir dan batin adalah sesuai dengan kehendak llahi, baik secara perseorangan dalam hubungan dengan khaliknya atau pun sebagai anggota masyarakat dalam hubungannya terhadap sesama manusia.
               Dengan maksud lain bahawa semua kegiatan seseorang hamba Allah sama ada yang berupa ibadat terhadapi llahi atau pun yang berupa muamalat terhadap sesama manusia, semuanya itu hendaklah dilakukan dalam rangka persembahannya kepada Allah SWT. dengan niat hendak mencapai keredhaan Allah semata-mata.
Inilah tujuan hakiki dari hidup ini iaitu keredhaan Allah SWT. keredhaan Ilahi yang memungkinkan tercapainya hidup yang sebenar-benarnya. Hidup yang lebih tinggi mutunya dari hidup yang duniawi, hidup yang bukan  bermaksud kebendaan sebagai kelanjutan hidup material ini iaitu  hidup di alam akhirat yang puncak kebahagiannya terletak dalam pertemuan
dengan Khalik. Inilah ertinya menyembah Allah SWT. sebagai tujuan hidup.
Di samping itu manusia semuanya telah bersumpah dan berjanji kepada Allah SWT. serta mengakui bahawa Allah adalah Tuhan yang perlu disembah dan Dialah yang mengatur seluruh  makhluk ini.
Allah SWT. menyatakan bahawa manusia telah mengakui keesaan-Nya dan berjanji untuk berbakti dan beribadat kepada-Nya di alam arwah. Maka setiap perjanjian itu perlu menempuhi neraca ujian, apakah iman itu benar dan kuat, sadurankah atau sejati (waja). Para rasul dalam melaksanakan ibadat untuk menyemerakkan akidah Islam sentiasa melalui berbagai kesulitan dan ujian. Sehingga ujian itu meragukan keselamatan para rasul.
Dalam menjalankan ibadat untuk mengembangkan akidah Islam kekuatan iman diperlukan sebagai benting yang teguh. Iman yang tidak goyah walaupun dia diuji dengan berbagai kesengsaraan dan malapetaka iman yang teguh tetap berdiri di sisi Allah SWT. Konotasi iman belandaskan kepada naluri individu terhadap keyakinannya  kepada adanya kewujudan Zat dan kekuasaan Allah SWT dalam cakerewa kehidupan di alam dunia mahupun di alam akhirat.
Iman yang disertakan dengan taat dan perjanjian yang disertakan dengan pengor- banan adalah dikira iman yang teguh. Oleh itu taat dalam menjunjung perintah Allah SWT. serta diboktikan dengan pengorbanan suci untuk menampakkan kalimah Allah SWT. dikira sebagai tanda bahawa seorang itu telah pun benar-benar beriman dan percaya kepada Allah SWT.
Dunia yang kita diami sekarang ini bukanlah merupakan syurga yang aman dan bahagia. Bahkan sebaliknya merupakan tempat ujian, tempat percubaan, tempat persaingan, pentas drama untuk manusia berlakon dan memainkan peranan penting sekali dalam menentukan nasib hidupnya di masa akan datang iaitu alam akhirat. Seandainya manusia dapat menghadapi segala cubaan-cubaan hidupnya dan dapatlah dia mempertahankan keperibadian sebagai manusia yang sebenar-benarnya.
Untuk memberi kemampuan diri kepada manusia dalam menghadapi perjuangan ini, maka manusia dilengkapkan dengan keistmewaan dan keutamaan-keutamaan tertentu. Manusia dilengkapi dengan lima perkara di antaranya: Agama, Ilmu, Akal, Jiwa, harta dan keturunan.
Barang siapa yang dapat menjaga kelima-lima perkra ini, maka bahagialah hidupnya dan terjaminlah keperibadiannya sebagai manusia, tetapi jika menempuihi kegagalan maka hinalah hidup mereka dan akan merana sepanjang masa serta sia-sialah sifat-sifat keisteme- waan dan keutamaan yang diberikan kepada mereka.
Kehidupan berumah tangga tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan masyarakat seluruhnya. Kebahagian manusia secara umum diukur mengikut kebahagiaan kehidupan rumahtangga.. Kerukunan rumahtangga adalah asas kepada keteguhan dan kemajuan masyarakat.
Kebanyakan bangsa menganggapkan bahawa perkahwinan adalah salah satu jenis perhambahaan wanita kepad alelaki. Tetapi Al-Qur’an telah menyamakan kedudukan wanita dan laki-laki menerusi pembahagian tugas dan hak-hak, di samping menjadikan ketua perkongsian rumah tangga kepada lelaki. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 2:228 yang bermaksud:
“”Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang Ma’ruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkat lebih daripada isterinya.”
Kerukunan berumah tangga dituntut oleh Islam kerana masyarakat yang bertamadun terbentuk dari keluarga  bahagia. Kasih sayang yang terbentuk dalam jiwa anak-anak akan membina masyarakat yang sentiasa memelihara ukhuwah kemanusiaan. Terbinanya budaya demikian akan melahirkan masyarakat yang cintakan keamanan dan kedamaian yang diredai oleh Allah s.w.t..
Bagaimana pun membentuk akhlak anak-anak yang  mulia supaya sentiasa mempu- nyai penampilan yang seirama dengan pembangunan sosial yang berlandaskan kemurnian beragama. Ketahuilah bahawa pembangunan sosial bermula sejak pertemuan jodoh kedua suami isteri. Jika si suami mempunyai hati yang jauh dari amalan hidup beragama maka adalah amat sukar  menjinakkan hati anak-anak kepada amalan-amalan yang berunsurkan ketamadunan beragama.
Begitu juga keadaan sebaliknya, jika si isteri adalah wanita yang  keji maka  akhlak tersebut akan dipusakai oleh  zuriatnya. Apabila bahan yang membentuk anak dalam rahim ibu adalah bahan yang kotor (haram) maka bagaimana acuan pembangunan yang disedia kepada anak itu apabila lahir kelak sukar membentuknya sebagai insan yang bermoral. Dan jika akhlaq suami isteri kelak sukar berkompromi dengan peraturan pembangunan sosial maka pembentukan akhlaq anak-anak mereka  akan menemui jalan buntu.

Melahirkan keluarga bahagia asasnya adalah zuriat yang terbentuk dan terpimpin dengan ilmu agama. Kasih sayang antara suami isteri merupakan pemurni kepada pembangunan akhlak anak-anak yang kelak akan menjadi ahli masyarakat yang akan membentuk pembangunan kehidupan yang bertamadu. Anak yang baru lahir  dianggap sebagai kain putih yang bersih. Maka ibubapalah yang menentukan coraknya. Corak yang paling ampuh dan sempurna ialah didikan agama yang sempurna iaitu agama Islam. 

Friday, September 18, 2015

TANGAN KANAN DAN TANGAN KIRI

 (Disiarkan pada 19. 09. 2015)
Pepatah Melayu banyak menggunakan bahagian badan manusia sebagai satu tamsil atau iktibar dalam menelusuri kehidupan. Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori yang baik (membangun) dan kedua kategori yang kurang atau tidak baik (memuderatkan). Antaranya seperti ringan tangan untuk membantu; telinga nipis; berat perut ringan tulang; hati malaikat; tangan kanan dan tangan kiri; keras kepala; kaki judi, gaduh, kuda; kuku besi; mata duitan; hati batu dan sebagainya. Semua ini ditamsilkan kepada akhlak individu dalam menangani pembagunan kehidupan..
Antara maknanya ialah ringan tangan untuk membantu adalah kepada orang yang suka membantu terutama sekali kepada orang yang memerlukan bantuan. Telinga nipis  bermaksud orang yang mudah malu atau mudah memahami sesuatu pembangunan. Berat perut ringan tulang ditamsilkan kepada orang yang rajin berusaha. Hati malaikat adalah orang yang berhati mulia tidak suka menyakiti hati orang lain, kerana Allah. Tangan kanan dan tangan kiri ditamsilkan sebagai pembantu khas  yang setia berkhidmat atau melaksanakan amanah.
Keras kepala ditamsilkan kepada orang yang sukar mengikuti nasihat. Hati batu adalah orang yang tidak berkompromi tentang hal-hal pembangunan serta nasihat cara hidup sepertimana  yang dikehendaki oleh Islam. Kaki judi adalah orang yang budaya hidupnya sentiasa di meja judi. Ia suka aktiviti dalam pertaruhan untuk meraikan pendapatan atau keuntungan yang haram. Kaki gaduh adalah orang yang suka mencari hal yang melahirkan pergaduhan dan permusuhan. Kaki kuda ditamsilkan kepada orang yang suka bertaruh atau perjudian dalam lumba lari kuda. Kuku besi adalah satu pemerintahan ala kominis. Mata duitan ditamsilkan kepada orang yang ingin kaya dengan apa cara sekali pun.
Dalam mewujudkan masyarakat bahagia dan sentiasa berkerja sama antara satu sama lain kita memerlukan manusia dalam kategori pertama yang baik. Manusia hidup di dunia untuk melaksanakan pembangunan. Agama Islam memperincikan cara hidup dalam ketegori pertama. Kedatangan agama di tengah-tengah  masyarakat manusia ialah hendak memperbaiki akhlak serta cara hidup yang Allah SWT. redai.  
Tangan kanan dan tangan kiri dalam erti kata sebenar, kehadirannya sebagai anggota badan sering melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.  Budaya kerja keduanya ialah saling bantu membantu dalam melaksanakan khidmatnya kepada kehidupan manusia. Tidak pernah ingkar perintah, malah apakata hati yang disarankan  oleh otak keduanya seia sekata tidak pernah mementingkan diri walaupun dari segi kemampuan melaksanakan tugas, tangan kanan menunjukkan lebih menyerlah berbanding tangan kiri.
Kalau tangan kirinya mengalami kecederasan, tangan kanan pasti membantu untuk merawatnya. Begitu juga sebaliknya, jika tangan kanan itu mengalami kemuderatan, tangan kiri setia membantu dan mengurus apa yang perlu untuk menolong memulih dan memperbaiki masalah yang di alami oleh tangan kanan itu.
Begitu juga dalam bidang pembersihan, walaupun tangan kiri itu tugasnya adalah dalam bidang pembersihan selepas urusan ke tandas tetapi tangan kanan pasti membersih tangan kiri dengan menggunakan detergent atau bahan pencuci seperti sabun dan sebagainya. Apabila kuku jari tangan kiri itu panjang tangan kanan sentiasa melaksanakan khidmatnya untuk menolong memotongnya dan begitulah sebaliknya tangan kiri menjaga kebajikan tangan kanan.
Falsafah hidup keduanya mengamalkan berat sama dipikul ringan sama dijinjing.  Benda yang berat dilaksanakan secara bersama begitu juga dengan kerja-kerja yang ringan kedua belah tangan sentiasa berkerjasama. Samada orang yang kidal atau sebaliknya kerjasama kedua tangan mesti menjalankan amanahnya.
Allah berfirman dalam al-Qur’an surah  Al-Infitar ayat 82:7 yang bermaksud:
“(Allah) Dia telah menciptakan kamu, lalu menyempurnakan kejadianmu dan
menjadikan  (susunan tubuh) seimbang.”
Allah mengadakan engkau daripada tiada kepada ada, lalu menyempurnakan kejadian mu yang bertubuh cukup lengkap dan dibekali pula dengan pancaindera, khasnya pendenga- ran dan penglihatan. Dan menjadikan susunan tubuhmu seimbang tidak ada sebahagian ang- gotamu yang terlalu panjang atau pendek. Sebaliknya berbentuk cantik, sederhana, boleh diluruskan, dibengkokkan dan dilenturkan dengan mudahnya.
Peranan kedua belah tangan dalam menjalankan amanah Allah diserasikan dengan tahap potensi tulin. Setiap pergerakan badan dalam melaksanakan ibadah, kedua belah tangan besedia menjalankan amanah dalam pembangunan kehidupan. Setiap manusia  mempunyai potensi kekuatan semula jadi (fitrah) untuk bertumbuh dan berkembang menjadi insan yang
mulia. Potensi kekuatan semula jadi  ini dikenali sebagai intelek bahan.
Menurut Naquib (1990), intelek bahan merupakan intelek yang mengandungi bahan
tulin yang tidak mempunyai  sebarang bentuk, tetapi dapat menerima pelbagai bentuk keinte- lektualan mengikut  keupayaan terpendam yang ada padanya. Keupayaan terpendam ini berbeza antara satu individu dengan individu yang lain.
               Intelek bahan yang mengandungi potensi tulin diberi kepada setiap individu sebagai amanah dan intelek  itu harus dihakikikan atau dikembangkan sesuai dengan petunjuk Allah adalah dianggap sebagai ibadah. Tujuan penciptaan potensi tulin benar-benar dapat dicapai dengan wujudnya usaha bagi memperkembangkan potensi tersebut ke tahap yang sewajarnya. Seterusnya ini akan menggerakkan manusia melaksanakan tugas selaku hamba Allah atau khalifah Allah dengan sebaik mungkin.    
               Seluruh isi alam termasuk daya intelek yang ada pada diri manusia adalah milik Allah. Allah berfirman Surah al-Maidah ayat 5:17 yang bermaksud:
               “........Allah itulah memiliki langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya. Diciptakan-Nya apa yang dikehendaki-nya, dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.”
               Allah mendakwakan diri-Nya itu Tuhan ada mempunyai dalil dan bukti, iaitu kerajaan langit dan bumi dengan segala isi yang ada pada keduanya, semuanya itu adalah kepunyaan Allah SWT.
               Janganlah kamu terkeliru memikirkan kejadian Isa itu sehingga kamu mendakwakan nya sebagai manusia dan sebagai Tuhan. Isa adalah makhluk Allah yang dijadikan-Nya tidak mengikuti kebiasaan, dan dia telah melakukan berbagai-bagai perbuatan yang ajaib yang tidak pernah dilakukan oleh manusia biasa. Tetapi Allah bersifat kaya lagi berkuasa yang mana langit dan bumi ini adalah hak milik-Nya sebagai bukti yang Dia boleh berbuat sesuatu mengikut apa yang
dikehendaki-Nya.           
               Bagaimana pun, Islam mengakui hak manusia untuk memiliki daya intelek, tetapi konsep pemikiran itu hanya sebagai perlanjutan daripada pemilikan mutlak Allah. Daya intelek merupakan nikmat yang diberi oleh Allah kepada manusia sebagai amanah. Manusia disuruh menggunakan amanah itu untuk beribadah kepada Allah.
               Ibadah dalam pengertian yang luas merupakan mekanisme bagi mencapai kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Menurut ajaran Islam, manusia akan mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat,  sekiranya mereka  berjaya menghadapi ujian Allah.
               Allah berfirman Surah al-Ankabut ayat 29:2 – 3 yang bermaksud
               “Adakah manusia itu menyangka akan dibiarkan (begitu saja) lantaran mereka mengatakan: Kami telah beriman – tanpa mereka diuji.”
               “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang-orang dahulu sebelum mereka. Dan sesungguhnya Allah itu mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia juga mengetahui para pendusta.”    
                Meskipun ayat ini berbentuk pertanyaan, tetapi mengandung erti kepastian. Iaitu  Allah memastikan, adakah sahabat-sahabatmu ya Muhamad dari golongan orang-orang yang telah diselamatkan dari penganiyaan kaum musrikin bahawa mereka itu akan Kami (Allah) biarkan begitu sahaja tanpa mendapat ujian atau menerima cubaan lantaran mereka berkata: Kami sudah beriman kepadamu dan percaya kepada pengajaran dan hukum-hukum yang engkau bawakan dari sisi Allah?
Jawapannya: Tidak sekali-kali tidak! Kami (Allah) pasti akan menguji mereka dengan bermacam-macam ujian dan cubaan yang sangat berat. Umpamanya seperti berhijrah kepada rasul ke Medinah dan berjihad, yakni memerangi musuh pada jalan Allah, mengekang kehendak hawa nafsu. Dan berbagai ujian lagi yang boleh menyebabkan hilangnya nyawa,  hilangnya harta kekayaan dan juga hasil pertanian.
Kerana tujuan mengadakan ujian yang demikian itu ialah, untuk menampakkan kelebihan orang yang ikhlas dari yang munafik, dan membezakan di antara orang yang memahami agama serta berpegang teguh kepadanya dengan  yang tidak berpendirian atau yang mudah terumbang-ambing ke sana kemari tidak tentu arah dan tujuannya. Maka masing-masing pihak yang bertentangan itu, akan diberikan hukuman dan balasan mengikuti kadar amalannya.
               Dalam ayat ketiga surah yang sama, Allah menceritakan tentang kesusahan-kesusahan yang pernah dialami oleh para rasul pada zaman dahulu bersama pengikut-pengikut mereka. Para rasul itu telah pun menghadapi ujian-ujian yang berat. Dan pengikut-pengikut mereka juga telah mengalami berbagai-bagai penderitaan dan kesusahan. Tetapi mereka telah menerimanya dengan cukup sabar dan hati yang tabah.
               Umpamanya kaum Bani Israil mereka telah diuji dengan kekejaman Firaun yang sangat ganas. Berbagai-bagai seksaan dan malapetaka ditimpakan olehnya kepada mereka. Begitu juga pengikut-pengikut Nabi Isa (a.s.) yang telah beriman kepadanya. Mereka telah menderita bermacam-macam bala yang ditimpakan  kepada mereka oleh golongan orang yang mendustakan  Nabi Isa yang melakukan kejahatan dan kezaliman kepada orang-orang yang beriman.
               Dalam peperangan Uhud seorang pemuda bernama Musab bin Omar ra.bertugas memegang bendera angkatan perang muslim dan bertempur dengan sangat dahsyat . Selama bertempur tangan kanannya terpotong. Bendera terjatuh ke tanah kemudian ia mengambilnya dengan tangan kiri. Ia memegang bendera dengan  tangan kiri dan meneruskan perjuagan menentang kemarahan musuh. Kemudian tangan kirinya juga dipotong oleh musuh.
Bendera jatuh ke tanah  kali keduanya. Ia berlutut dan menjepit bendera angkatan perang muslim dengan dada dan dagunya. Ia syahid dalam kondisi seperti ini. Kerana Musab r.a. sangat merip dengan Nabi Muhammad SAW. Orang kafir mengumumkan bahawa Nabi SAW. telah terbunuh. Ini melemahkan semangat orang-orang beriman.     
Begitulah satu keadaan yang menunjukkan bagaimana kesetiaan tangan kanan dan tangan kiri itu memegang amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh badan semasa menghadapi situasi yang begitu sengit sekali, sehingga nyawa menjadi taruhan sekali pun. Iman yang mantab dan tidak goyah kepada sebarang penindasan kepada Islam, kedua belah tangan tetap melaksanakan amanah yang unggul.
               Selain mejalankan amanah, tangan juga merupakan anggota badan yang dapat melakarkan sifat hati manusia yang berpandangan kompleks seperti dapat melakarkan satu alam atau landskap atau satu pemandangan  semula jadi mengenai alam kehidupan. Tangan boleh melakarkan satu pemandangan berbentuk lukisan yang melahirkan satu perasaan bahawa alam ini serasi dengan jiwa manusia.
               Khidmat tangan kepada manusia serba boleh mengikut kehendak iman dan ketakwaan hati kepada Allah SWT. Ia boleh menjalankan khidmat  yang berbentuk pembangunan jasmani mahupun pembangunan rohani. Olahan tangan manusialah yang melahirkan berbagai bentuk pembangunan di alam kehidupan.
               Walaubagaimana pun tangan juga boleh melakukan khidmat kepada manusia yang berbentuk negatif seperti merosakkan harta benda serta melahirkan sesuatu yang menyun-
sangkan pembangunan. Panjang tangan ditamsilkan kepada orang yang suka mengambil harta orang lain tanpa izin. Ia kurang berkhidmat untuk dirinya dan hanya mengharapkan rezeki orang lain untuk meneruskan hidupnya di bumi ini.
               Pengetahuan agama amat penting dalam menelusuri kehidupan di dunia. Agama mendidik manusia bagaimana berdikari dan membantu diri agar tidak menyusahkan orang lain demi kelangsungan hidupnya di alam ini.
               Allah bekalkan manusia dengan berbagai fitrah hidup termasuklah melengkapkan setiap insan dengan akal dan otak untuk kemahiran berfikir. Allah juga bekalkan ilmu untuk membolehkan manusia memahami teka teki kehidupan. Ilmu dunia dan juga ilmu ukhrowi sebagai kekuatannya menangani hidup di alam dunia untuk mengumpul dana pahala sebagai teman hidupnya apabila beralih kehidupan di akhirat sebagai distinasi mutlak di mana manusia berjumpa dengan Zat yang mewujdukan manusia  serta segala makhluk yang ada di permukaan bumi.

               Segala fitrah Allah bekalkan kepada manusia wajar difahami dan pergunakan dalam hidup agar kita dapat meneruskan khidmat kita sebagai khalifah Allah. Hidup ini Allah sediakan dengan dua fenomena yang kemanfaatannya kepada kehidupan bertentangan antara satu sama lain seperti pembangunan yang bersifat positif dan pembangunan yang bersif negatif. Maka itu sebagai manusia yang berakal jalankan khidmat yang sesuai dengan fitrah kehidupan yang Allah sediakan. Dengan iman dan takwa kepada Allah manusia diberi Allah jaminan keselamatan, kebahagian dunia dan akhirat. Insya Allah!

Sunday, September 13, 2015

RINGAN TANGAN MEMBANTU, ALLAH MUDAKAN URUSAN HIDUP KITA

 (Disiarkan pada 12. 9. 2015)
Manusia  hidup di dunia semestinya bermasyarakat kerana segala bahan keperluan hidup kita tidak dapat sediakan sendiri tanpa bantuan orang lain. Maka itu hidup ini wajar diserikan dengan budaya saling bantu membantu. Allah berfirman kepada Nabi Musa bahawa segala ilmu yang ada di alam ini tidak dapat dikuasai oleh seorang diri. Maka itu Allah perintahkan Nabi Musa hendak berilmu dengan Nabi Khidir.
               Mengikut falsafah ekonomi mengatakan bahawa: “There is no end in wants,” yang membawa maksud tidak ada penghujung kepada kemahuan. Keadaan ini bertambah serius  apabila lahirnya sains dan teknologi yang memudahkan urusan pentadbiran melalui berbagai sistem teknologi. Dunia  sains dan teknologi semakin cepat dan bertambah canggih memapar kan keadaan hidup yang lebih sofistikated.
               Walaupun kewujudan sains dan teknologi yang memudahkan serba serbih permasala- han pembangunan kehidupan namun sebagai umat manusia banyak lagi keperluan-keperluan hidup yang memerlukan kehadiran orang lain untuk meringankan bebanan permasalahan tersebut.
               Allah telah memberi analogi hidup yang ada pada sifat manusia yang membudayakan tolong menolong demi kemanfaatan hidup bersama. Sebagai contoh, tangan kiri dan tangan kanan pada dasarnya sentiasa  membantu antara sesama sendiri. Hidup mempunyai dua tangan akan memudahkan segala urusan hidup. Walaupun kedua-dua tangan tidak sama kekuatannya dalam mengolah aktiviti kehidupan tetapi kehadirannya berdua sangat memu- dahkan dalam urusan pembangunan.
               Semasa berjalan, kehadiran kedua tangan amat diperlukan untuk menseimbangkan pergerakan badan. Malah apabila kita berjalan,  ada masanya berlaku kegagalan otak untuk menseimbangkan berat badan terutama sekali semasa melintasi titian yang sempit seperti jambatan untuk melintasi sebuah parit atau sungai kecil, kedua tangan kanan dan tangan kiri sentiasa bersedia membantu menseimbangkan badan supaya kita tidak jatuh ke bawah.
               Dalam sukan gymnasik kita ada satu acara yang menggunakan batang titian atau balancing beam di mana kedua belah tangan memainkan peranan yang amat penting untuk menseimbangkan pergerakan badan di atas titian agar tidak terjatuh ke bawah. Keserasian pergerakan kedua belah tangan amat membantu ahli gimnastik yang mempersembahkan pergerakan badan yang beranika di atas titian.
Acara ini dinilai markah dari segi pergerakan badan yang beranika dengan sempurna, tidak terjatuh semasa pesembahannya. Nilaian kedua ialah pergerakan badan yang serasih dengan pergerakan tangan. Nilaian yang ke tiga ialah cara menutup acara ini dengan pergerakan badan yang beranika di udara sebelum turun ke bawah dalam posisi berdiri tegak diatas tanah dengan tangan yang lurus ke atas.
Kedua belah tangan kiri dengan tangan kanan membantu pergerakan badan yang beranika memudahkan ahli gimnastik menunjukkan satu persembahan yang amat menarik pada pandangan para juri serta masyarakat yang menonton.
               Dalam erti kata lain tarikan bumi atau gravitional force yang menarik badan kita jatuh ke tanah dapat dielakkan dengan bantuan kedua belah tangan kiri dan tangan kanan untuk menstabilkan pergerakan badan. Memudahkan pergerakan badan semasa berjalan, dibantu oleh kedua belah tangan dengan menghayunkannya ke depan dan kebelakang silih berganti demi menimbulkan satu pergerakan badan yang cergas yang mencerminkan kesihatan  jasmani yang utuh.
               Manusia berjalan menghiasai pergerakannya dengan tangan kiri bersama kaki kanan maju ke hadapan  kemudian diselangkan pergerakannya dengan tangan kanan bersama kaki kiri maju ke hadapan begitu berterusan sehingga dapat bergerak dari satu tempat  ke tempat  lain.  Pergerakan tangan bersama kaki sedemikian rupa dalam kadar yang cepat membantu manusia untuk berlari begitu pantas terutama sekali semasa pertandingan acara sukan lumba lari seratus meter.
               Analogi ini dapat ditamsilkan bahawa budaya membantu orang lain mengatasi masalah yang mereka sedang alami dalam hidup, Allah akan memudahkan perjalanan hidup orang yang membantu. Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui serta Mendengar segala sesuatu. Tidak ada satu bahagian kecil pun dari alam ini yang ta’ diketahui dan tidak didengar dan tidak dilihat oleh Allah.  
Jangankan alam manusia dan benda, seluruh malaikat, jin dan iblis yang ghaib bagi kita,  masing-masingnya diketahui, masing-masingnya dilihat dan di dengar oleh Allah. Tidak satu pun jua di antara makhluk Allah bernama manusia, malaikat, jin dan iblis yang dapat menyembunyikan diri dari pengetahuan Allah. Tidak sedikit jumlahnya ayat-ayat dalam kitab Suci Al-Qur’an yang berbunyi:
               “Innallaha Samii’un Aliim
               “Innaallaha Samii’un Basir”
Ertinya:
               “Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”
               “Sesungguhnya Allah Mendengar dan Maha Melihat.”   
               Tuhan yang mengadakan segala bentuk dan rupa. Tuhanlah yang mengadakan semua
Warna, mengadakan tinggi dan rendah, panjang dan pendek. Semuanya Allah yang mengada kan, tentu sahaja Allah yang mengadakan semua itu melihat sendiri akan segala yang diadakan-Nya itu. 
               Ringan tangan menolong orang lain merupakan akhlak yang paling sabar kelak melahirkan perasaan kasih sayang dalam menangani hidup. Kebahagian hidup bukan terletak kepada kekayaan kebendaan, ketinggian pangkat, kekuasaan yang besar. Begitulah akan selalu dalam kegelisahan dan kepanikan. Dapat isteri yang ayu, masih ingin isteri yang lebih ayu. Begitulah seterusnya, nafsu dan keinginan selalu menggoda ketenangan jiwanya.
               Nikmat atau pemberian Allah yang terbesar, pemberian yang paling berharga bukan harta kekayaan, tetapi kesabaran. Orang yang sabar lebih berbahagia dari orang yang kaya, orang yang miskin yang sabar lebih bahagia daripada orang yang kaya yang selalu gelisah, panik dan diresahkan nafsu-nafsu. Kecuali orang yang kaya yang kekayaannya di dapati secara halal, tidak bertentangan dengan rasa susila, dan lain-lain.
               Firman Allah Surah Al-Qasos ayat  28:79 dan 80 yang bermaksud:
               “Kemudian Qarun keluar kepada  kaumnya dengan memakai perhiasannya. Kata orang-orang yang mengingini
kesenangan hidup di dunia. “Alangkah baiknya jika kami  mendapat (kekayaan) seperti yang  didapat oleh  Qarun itu. Sesungguhnya dia memang bernasib baik beruntung besar.” Berkata orang-orang yang berilmu pengetahuan: “Celaka kamu! Pahala Allah itu  terlebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal salih. Tetapi tiada yang sanggup menerimanya melainkan orang-orang yang berhati teguh (sabar).”
               Pada suatu hari Qarun keluar bersiar-siar, untuk memperhatikan kepada kaumnya di negerinya tentang ketinggian martabatnya dan kebesaran dirinya di kalangan masyarakat. Dia memakai pakaian seindah-indahnya yang dipenuhi dengan bermacam-macam perhiasan, yang diiringi oleh  para khadam dan pengiring-pengirinnya, semata-mata untuk bermegah di hadapan khalayak ramai dan ingin diagung-agungkan oleh mereka.
Pada hal sikapnya yang angkuh itu  sangat dikeji dan dicela oleh orang-orang yang berakal, kerana perangainya itu boleh menyinggung perasaan, menimbulkan iri hati kepada yang miskin sehingga dipandang rendah, dan merosakkan perpaduan disebabkan adanya perbezaan darjat yang diperlihatkan. Hal ini boleh membawa perpecahan di kalangan umat, dan akhirnya musuh akan dapat pula menguasai mereka.
Dan satu pihak lagi golongan orang-orang yang mempunyai pengetahuan dalam
agama, lagi percaya kepada Allah dan kepada janji-Nya yang menyediakan  pahala kepada  hamba-hamba-Nya  di akhirat – sebagai pembalas ucapan orang-orang yang teringin itu – dengan berkata celaka kamu! Dan alangkah ruginya! Betapa kamu mengidam-idamkan kemewahan hidup di dunia, sedangkan di sisi Allah ada pahala yang terlebih baik. Pahala itu disediakan bagi orang-orang yang percaya lagi beriman serta  mengerjakan amalan yang baik. Pahala itulah yang akan kekal, sedangkan apa yang kamu ingini pula lambat-laun akan hilang dan lenyap.  
Nasihat yang mereka berikan itu tidak mudah diterima orang, kecuali yang mahu menerimanya ialah orang sabar, iaitu berhati teguh, kerana teguh pendiriannya dalam menger- jakan ketaatan dan menjauhi yang haram atau larangan, demikian pula dia reda menerima qada’ dan takdir Allah yang mengandungi manfaat atau muderat, reda membelanjakan harta kekayaannya kepada perkara-perkara yang mendatangkan kebahagiaan bagi dirinya dan kesejahteraan kepada masyarakat, sehingga menjadi contoh yang baik bagi umat dan bangsanya, maka begitulah sifat orang yang sabar.
               Bersabda Rasulullah saw. sebagai berikut: “Tidak ada  yang pernah diberikan (Allah) kepada seseorang manusia yang lebih baik dan lebih besar daripada kesabaran.”
Besabda  pula Rasulullah saw sebagai berikut:
“Bahawa kesabaran itu adalah sinar atau cahaya.”
Dengan beberapa ayat al-Qur’an dan beberapa Hadis yang tersebut di atas itu, dinyatakan dengan tegas, bahawa orang yang beruntung dan berbahagia di dunia ini, bukanlah orang yang kaya raya seperti Qaruun tetapi yang paling beruntung itu ialah orang  yang diberi Allah sifat sabar atau kesabaran. Dan pemberian yang terbaik dan paling berharga yang  pernah diberikan Allah terhadap seseorang, bukanlah harta benda yang banyak tetapi adalah kesabaran.
Dengan harta benda yang banyak, seseorang belum tentu dapat merasakan kebaha-
giaan dan keberuntungan dalam hidup, tetapi dengan kesabaran, seorang dapat merasakan
keberuntungan dan kebahagian itu.
Lihatlah beberapa banyaknya orang-orang yang hidupnya sederhana tapi kaya, malah tidak sedikit jumlahnya orang-orang yang hidup dan melarat, tetapi mereka selalu dalam keadaan bahagia dan gembira, malah sering terdengar galak ketawa. Mereka senang terhadap rumah dan tempat tinggal mereka sekalipun merupakan  pondok saja. Ya mereka senang terhadap apa saja yang terdapat disekeliling mereka senang terhadap sawah ladang dan tanam-tanaman. Mereka tidak mempunyai musuh dalam hidup.
               Berbeza sekali dengan orang-orang yang kaya raya dengan kekayaan yang tidak halal. Mereka selalu khawatir kalau harta kekayaan itu hilang atau berkurang. Khawatir terhadap semua orang yang mereka kenal dan yang tidak mereka kenal, takut kalau ada yang mengetahui akan rahasia mereka. Lebih khawatir lagi terhadap alat-alat negara yang selalu mengintai mereka. Di dalam hati mereka selalu ada kekhawatiran dan ketakutan. Di hadapan mereka terbayang  selalu polis yang akan datang mengeledah rumah mereka, Kemurkaan Allah dan kemarahan para Malaikat.
               Dalam beribadah kita dianjurkan untuk menyembah kepada Allah SWT dan kepada Allah jualah kita meminta pertolongan: “Iyyakana’ budu waiyyaka nastain.” Jika nakbudu kita beres, maka nastainnya pasti ada.
Jika ibadah kita sentiasa ada pasti pertolongan Allah SWT sentiasa diberi. Ini bermakna apabila kita beribadah kerana Allah SWT sebenarnya kita mengamalkan budaya memberi pujian kepada Allah dan mengesakan-Nya bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Dialah yang berkuasa di atas segala-galanya yang ada di antara langit dan bumi, di akhirat dan juga di alam ghaib.
Dalam  hidup ini manusia sentiasa diporak-porandakan oleh kerenah-karenah pemba- ngunan sosial di mana manusia sebagai pemainnya, terpaksa bertungkus lumus menggunakan
tenaga dan kepekaan berfikir untuk mengurus dan memperbaiki keadaan.
Jika daya juang manusia tidak dapat menyelesaikan masalah yang melanda kepada agenda yang dirangka untuk memurnikan kehidupan maka terpaksa kita merujuk kepada pihak yang mempunyai kemampuan menolong menyelesaikan masalah tersebut.
Inilah yang dikatakan sebagai bermasyarakat. Ada orang yang menolong dan ada orang yang menerima pertolo- ngan. Dalam bahasa Inggerisnya “give and take”.  Jika suasana demikian hidup dalam bermasyarakat majmuk, maka pembangunan ummah dapat direalisasi kan.
Banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang menceritakan tentang kehidupan di dunia ini dengan tujuan untuk mengingatkan oang-orang mukmin agar dapat menghayatinya dengan mengikut apa yang diperintah oleh Allah SWT dan Rasul saw di samping selalu berwaspada  terhadap keindahan dunia yang memposanakan dan tidak terjerumus ke lembah kehinaan dunia, sehingga mengabaikan segala perintah Allah SWT dan Rasul saw. Di antara ayat ayat itu ialah:
“Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang mempersonakan (memperdayakan). (Surah Ali Imran ayat 3:185)

“Tidak ada kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda guru belaka sedangkan akhirat lebih baik dari itu bagi orang yang bertakwa, tidakkah kamu memahami nya.” (Surah An-An’am ayat 6:32) 

Saturday, September 5, 2015

BERTIMBANG RASA MEMUPUK PERSAUDARAAN

 (Disiarkan pada 5. Sept. 2015)
Islam memelihara budaya kekitaan dalam hidup demi menghidupkan rasa ukhuwah dalam bermasyarakat. Unsur manusia ada dua, jasmani dan rohani, maka kedua-duanya wajar dipelihara untuk mewujudkan perasaan bertimbang rasa terhadap makhluk-makhluk Allah SWT.
               Bertibang rasa itu merupakan naluri manusia yang berunsur ghaib tetapi kehadirannya dalam jiwa setiap individu amat diperlukan. Bertimbang rasa terhadap diri sendiri merupakan satu kehormatan dan rasa kasih sayang terhadap diri kerana Allah. Bertimbang rasa terhadap orang lain akan memupuk perasaan kasih sayang dan memelihara disiplin hormat menghormati kepada sesama insan kerana Allah.
               Naluri ini sebenar merupakan pendirian hidup  manusia demi melahirkan budaya hormat menghormati dengan orang lain kelak akan mewujudkan perasaan kasih sayang dalam bermasyarakat. Semangat demikian menjadi nadi demi melahirkan ukhuwah kemanusiaan serta memurnikan perasaan kekitaan yang menjadikan teras kespaduan ummah.
               Hidup di dunia semestinya membudayakan perasaan bertimbang rasa terhadap orang lain kerana budaya demikian akan melahirkan ukhuwah dan kasih sayang yang wajar ada dalam pembangunan masyarakat. Manusia hidup bermasyarakat membentuk nilai-nilai murni dalam hubungan kemanusiaan sebagai teras pembangunan sosial.
               Setiap individu harus memelihara kesetiaan sosial yang disulami dengan  perasaan  bertimbang rasa sebagai pemangkin untuk membudayakan benih-benih kasih sayang  sesama insan. Hidup seorang insan wajar memelihara jasmani dan rohaninya kerana kedua-duanya mewujudkan perasaan timbamg rasa terhadap makhlu-makhluk Allah SWT.
               Timbang rasa sebenar adalah gerak geri individu yang menjadi perhiasan dalam hidup kepada setiap  manusia. Orang yang bertimbang rasa terhadap sesuatu sama ada kepada dirinya sendiri, kepada orang lain atau kepada makhluk lain seperti haiwan, dan tumuh-tumbuhan, adalah satu perhiasan terhadap akhlak manusia di hadapan Allah SWT.
               Islam memandang sifat semulajadi manusia, yang mencerminkan fenomena percantu- man entiti yang terbentuk daripada tanahliat yang menggambarkan  kecenderungan manusia ke arah kejahatan, manakala entiti manusia yang terbentuk daripada roh suci menggambarkan kecenderungannya ke arah kebaikan.
               Manusia mempunyai kebolehan yang terpendam untuk menjadi jahat atau menjadi baik disamping memiliki potensi intelek yang boleh  menerima petunjuk Allah SWT. Ia mempunyai entiti yang unik. Manusia bukanlah malaikat dan jua bukan syaitan.
Manusia yang mempunyai akhlak yang mulia dan tingkahlaku yang memupuk persau- daraan dalam peradaban bermasyarkat mencerminkan kemalaikatan dalam hidup.
Walaubagaiman pun ada manusia yang sukar menerima nilai-nilai kebaikan serta pembangunan hidup di alam dunia. Falsafah kehidupannya tertumpu kepada kepentingan diri semata dan sentiasa mengkufuri nikmat Allah SWT.. Manusia seperti ini dilebelkan sebagai akhlak kesyaitanan. 
               Allah berfirman surah Ar-Ra’d ayat 13:11 yang bermaksud:
               “..........Setiap manusia bertanggungjawab terhadap nasibnya sendiri.”
               Hidup dalam suasana sentiasa bertimbang rasa terhadap orang lain serta makhluk Allah yang ada dalam alam kehidupan, dituntut oleh agama Islam. Manusia yang merasa asing terhadap budaya tersebut dikategorikan sebagai makhluk yang amat zalim. Ia sukar berkompromi terhadap sebarang keputusan dan tidak kenal kasih sayang dalam bermasya rakat.
               Sudah dikenal oleh setiap orang, bahawa raja Fir’aun (Ramses 11) yang sezaman dengan Nabi Musa a.s. adalah sejahat-jahat dan  seganas-ganas raja atau manusia yang pernah hidup dipermukaan bumi ini. Dengan kekuasaan yang amat besar, dan menindas manusia,
menebarkan kejahatan dan penindasan terhadap rakyatnya sendiri. Inilah manusia yang tidak
punya timbang rasa sama sekali terhadap rakyatnya.
               Raja Firaun sebagai binatang buas, tidak pernah merasa puas dengan kekejaman yang sudah dilaksanakannya itu. Ketidakpuasanna itu meletus dengan menganggap dirinya sebagai Tuhan, semua manusia harus berlutut, bersimpuh dan menyembah kepadanya.
               Tuhan, lalu mengutuskan Nabi Musa dan adiknya Nabi Harun untuk menentang dan melenyapkan kekejaman dan kecongkaan yang telah melebihi puncak mikanismumnya itu. Sungguh tidak ringan tugas dan kewajipan yang diletakkan di atas bahu kedua Nabi dan Rasul yang mulia itu. Allah berfirman  kepada Musa dalam surah Thaha ayat 20:42 dan 43. Yang bermaksud:
               “Pergilah engkau bersama saudaramu dengan ayat-ayat (Mujizat-mujizat)-Ku dan
Jangan lengah lupa mengingati-Ku. Pergilah engkau berdua berjumpa Firaun, sesungguhnya dia telah bermaharajarela.”
Taat dan patuh menjalankan perintah Allah, Musa dan Harun langsung menuju istana Fir’aun, masuk bertemu dengan Fir’aun, lalu berkata kepadanya: Firman Allah surah Thaha ayat 20:47 yang beremaksud:
“Hadapilah dia dan katakanlah: Sesungguhnya kami berdua adalah utusan Tuhan engkau, dan bebaskanlah anak-anak Israil bersama kami, dan janganlah engkau seksa mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa keterangan dari Tuhan engkau, dan kesejahteraan itu di atas orang-orang mengikuti petunjuk.”.
Ketika ditanya oleh Fir’aun siapakah Tuhanmu, Nabi Musa dengan tegas menyatakan bahawa Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah Allah yang mencipta segala sesuatu, dan ta’ ada Tuhan yang wajib disembah selain Allah itu.
Dapatlah kita bayangkan bagaimana marahnya Fir’aun dan orang-orang yang menjadi kakitangannya mendengar ucapan Nabi Musa itu, sehingga tidaklah heran antara Nabi Musa dan Fir’aun terjadi perang dingin dan perang panas.
Tetapi sangat menghairankan bahawa Asiah, isteri Fir’aun seorang yang paling dekat kepada Fir’aun sendiri, dapat menerima ajaran Nabi Musa dan Nai Harun ini.
Begitu ajaib jalannya hidayat Allah itu, dia tidak dapat menembusi dada Fir’aun, tetapi dapat menembus tembuk istananya sehingga isterinya yang tinggal di dalam istana itu dapat melihat dan menangkap sinar hidayat Allah ini dengan mudah sekali.
Setelah Far’aun mengetahui bahawa isterinya sendiri sudah beriman dengan ajaran Nabi Musa dan Nabi Harun yang menjadi musuhnya sendiri, bukan main marahnya Raja Fir’aun terhadap isterinya itu.
Isterinya dipanggil dan ditanya sendiri. Isterinya dengan terus terang menyatakan kepada Fir’aun, bahaws ia tidak dapat mengakui Fir’aun sebagai Tuhan, tetapi mengakuinys sebagai suami. Bahawa ia percaya dan yakin tidak ada Tuhan yang wajib disembah selain Allah, sebagai yang diajarkan oleh Nabi Musa dan Nabi Haru.
Fir’aun mencoba membujuk-bujuk isterinya sendiri, agar kembali dari ajaran Nabi Musa itu. Bagaimana pun bentuknya bujukan itu, isteri Fir’aun yang bernama Asiah itu tetap atas ajaran Nabi Musa.
Kegagalan Fir’aun membujuk-bujuk isterinya, dan gagal atas usahanya menundukkan isterinya sendiri, Fir’aun akhirnya menjadi marah kerana merasa terhina. Isterinya mula-mula diancam dengan berbagai-bagai ancaman. Kerana ancaman ini pun tidak berbekas sedikit pun, isterinya itu lalu diseksanya berbagai-bagai seksaan yang jauh melampaui perikemanusiaan.
Dari seorang yang bernama Ratu Besar, First Lady, isteri fir’aun berubah menjadi mangsa kekejaman dan keganasan yang jauh meliwati batas.
Dengan seksaan yang bagaimana juga hebatnya namun isterinya Fir’aun tetap atas keimanannya, tidak goyah dan tidak berubah sedikit jua. Pernah dia berhari-hari dijemur di padang pasir di bawah terik matahari. Dimasukkan di kandang harimau dan singa yang di-
laparkan tetapi singa dan harimau itu ta’ mahu menerakamnya. Di masukan ke dalam kandang ular berbisa, tetapi ular pun ta’ sudi membinasakannya.
Kerana semua itu ta’ berbekas sedikit pun terhadap keimaannya, Fir’aun menjadi lebih marah dan lebih berang . Akhirnya diputuskannya sendiri, bahawa isterinya itu harus dibunuh  dengan mempergunakan mata pedang...!
Segala sesuatu sudah dipersiapkan. Kaki dan tangannya diikat. Seorang algoja yang ta’ kenal kasihan diserahi tugas untuk memisahkan batang lehernya dengan badannya dengan menmyempurnakan mata pedang. Raja Fir’aun sendiri turut menyaksikan apa yang dilakukan itu.
Di saat algoja itu mencabut mata pedang dari sarungnya, isteri Fir’aun berdoa kepada Allah yang bermaksud:
“Ya Tuhanku, dirikanlah untukku sebuah rumah di dalam syurga di sisi-Mu, dan bebaskan aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan bebaskan aku dari kaum yang zalim.” (Surah Al-Tahrin ayat 66:11).
Sesudah mengucapkan do’a itu, kepada isteri Fir’aun diperlihatkan Allah akan rumah yang sudah tersedia untuknya di dalam syurga di samping Arasy Tuhan sendiri. Melihat rumahnya yang sudah tersedia itu, isteri Fir’aun tersenyum manis.
Melihat isterinya tersenyum manis di hadapan algoja yang sudah siap untuk menghayunkan mata pedang ke lehernya, Fir’aun berteriak kepada orang ramai yang menyak- sikannya: “ Coba lihat, dia sudah menjadi gila,masakan dia tersenyum manis dikala mata pedang akan dihayunkan ke batang lehernya.”
Akhirnya tangan algoja menghayunkan mata pedangnya tepat mengenai leher Aisiah. Istri Fir’aun  meninggal dalam keadaan tersenyu manis, dan rohnya langsung masuk ke dalam syurga menempati rumah yang sudah tesedia baginya.
Kejadian ini tercantum dalam kitab Suci Al-Qur’an surah At-Tahrin ayat 11 yang bermaksud:
Allah telah mengadakan satu contoh (keimanan) bagi orang-orang yang beriman, iaitu  Isteri Fir’aun,, tatkala ia berdo’a:   Ya Tuhan, dirikanlah untukku sebuah rumah di Syurga di samping Mu dan bebaskanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan bebaskan  aku dari kaum yang zalim itu.”
Perumpamaan Allah ini mengingatkan bahawa di akhirat nanti hubungan kerabat anak atau isteri tidak mendatangkan sebarang faedah lantaran ada perbezaan agama di antara mereka, sebagaimana Nabi Nuh (a.s.) dan Nabi Lut (a.s.) yang mempunyai kemuliaan di sisi Allah tidak dapat mempertahankan isteri masing-masing dari seksa Allah lantaran keduannya telah derhaka kepada Allah.
Bertimbang rasa terhadap diri sendiri memfokoskan kepada kesihatan tubuh badan. Kesihatan yang dijaga sejak dari muda akan mengalami kesihatan yang utuh apabila meningkat usia emas. Segalanya bermula dari kegagalan diri menjaga kesihatn badan sejak di zaman masa muda lagi.
Mengkufuri kesihatan diri yang dibekalkan Allah kepada setiap insan akan mengakhiri hidupnya terlanta di katil hospital menanggung kesihatan yang sudah meningalkan kita. Allah telah berfirman dalam al-Quran surah Al-Raa’d ayat 13:11 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan (apa yang ada pada bangsa) selagi mereka tidak mengubah keadaan (sesuatu) yang ada pada diri mereka .”
Pada mulanya Allah bekalkan kita dengan kesihatan badan tetapi manusia mengkufuri nikmat sihat tersebut dengan tidak menjaganya, maka Allah tarik balik nikmat sihat itu menjadi hidup ini sentiasa ditemani oleh berbagai penyakit yang amat menyusahkan kita dari segi ekonomi dan pembangunan sosial.
Dilihat dari segi punca penyakit menginap dalam hidup kita bermura dari amalan
pemakanan yang berlebihan serta juga makanan yang kurang bermanfaat kepada kesihatan.
Semua jenis makanan yang ada dalam kehidupan ini adalah bekalan dari Allah kepada manusia. Maka itu kita harus menggunakan akal (ilmu) serta iman kepada Allah SWT. untuk memahami khasiat setiap jenis makanan. Mengambil sebarang jenis makanan harus dengan adabnya. Setiap makanan ia baik sekali pun jika diambil secara berlebihan badan kita tidak mampu menerimanya maka akan berlakulah berbagai penyakit yang kita alami.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad saw bersabda apabila kita makan hendaklah kita bertimbang rasa terhadap perut kita. Makanan yang dimasukkan ke mulut kita haruslah dalam rasio sepertiganya makanan, sepertihanya  air, sepertiganya  lagi adalah udara untuk bernafas.
               Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor Mahathir Muhammad juga turut sama menasihatkan rakyat Malaysia supaya memelihara kesihatan jasmani dengan mengamalkan budaya  hidup semasa makan untuk berhenti apabila merasa kesedapan dengan makanan yang dihidang itu. Tetapi malangnya tabiat manusia apabila merasa kesedapan maka disitulah ia hilang perkiraan sama ada sepertiga makanan yang wajar diambil atau berhenti makan apabila merasa kesedapan, kedu-dua nasihat tersebut diketepikan.

            Budaya tidak bertimbang rasa inilah sebenar kelemahan manusia menangani pembangunan kehidupan sehingga apa yang dimuatkan dalam agenda pembangunan sukar dilaksanakan kerana kesihatan tidak mengizinkannya lagi. Bertimbang rasa adalah terletak kepada kekuatan iman dan ketakwaan kepada Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha penyayang itu.