Friday, July 29, 2011

MURNIKAN IBADAT DENGAN MELIHAT KE HUJUNG DAN BUKAN MELIHAT KE HADAPAN
(Disiarkan pada 30. 7. 2011)
Ada orang mengatakan “Pengalaman adalah guru yang paling bijaksana”. Berpandu kepada pengalaman, banyak perkara yang kita boleh perbaiki. Kadangkala orang mengatakan kegagalan merupakan kejayaan yang tertunda. Belajar dari kegagalan sebenar adalah berkerja bermula dari melihat kehujung. Kefahaman mengenai sesuatu fenomena berpaksi kepada peng- alaman yang telah kita lalui.
“Saya dengar saya tahu; saya lihat saya ingat dan saya buat saya faham”. Konotasi tersebut mendidik kita bahawa segala kejayaan dalam hidup bersandarkan kepada kefahaman sebab tanpa kefahaman sukar memperolehi kejayaan kerana bukan menjadi hak milik peribadi atau hak gunapaki. Memahami sesuatu akan bersama dengan ingatan kita buat selamanya tetapi tanpa memahami tentang perkara tersebut akan hanya bersama dengan ingatan kita selama tiga hari sahaja.
Dalam arena pembangunan semestinya berpandukan kepada pengalaman kerana ia akan mendidik kita lebih arif tentang agenda yang hendak dilaksanakan. Berkerja bermula melihat ke hujung bermaksud melihat kepada apa yang kita telah laksanakan atau belajar dari pengalaman yang kita telah lalui. Dari situ timbullah satu strategi penambahbaikan. Budaya demikian akan menggamit motivasi dalaman untuk menigkatkan semangat juang sebagai pemain dalam pembangunan kehidupan.
Pembangunan tamadun kehidupan manusia harus bermuara dari pembangunan keluarga. Setelah itu beralih kepada pembangunan masyarakat yang menyatukan berbagai budaya etnik dan kepercayaan. Membangunnya sebuah negara berteraskan dari pembangunan masyarakatnya yang menjadi agen perubuhan kepada majunya infrastrutkur kehidupan sesuatu tamadun. Semua disiplin pembangunan wajar bermula melihat ke hujung untuk mendapatkan intisari perjuangan demi meningkatkan arus perubahan demi melahirkan kemodenan dalam hidup.
Pembangunan manusia telah bermula sejak Nabi Adam a.s. sebagai manusia pertama diwujudkan oleh Allah di alam dunia ini. Untuk mewujudkan satu unit masyarakat manusia semestinya dalam berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Kewujudan kedua-dua pasangan tersebut akan lahir perasaan kasih sayang yang menguatkan fitrah pembiakan manusia.
Pepatah mengatakan “Two heads are better than one” membawa satu persepsi bahawa melahirkan pembangunan keluarga semestinya ada kerjasama antara kedua suami isteri. Apabila dua orang percembahkan pemikiran mereka maka produknya adalah lebih bermanfaat berban- ding dengan pemikiran daripada seorang sahaja.
Membina keluarga bahagia visi pembangunannya berpaksi kepada kerukunan beragama yang benar yang diredhai Allah S.W.T. Secara amnya setiap unit keluarga wajar mempelajari dari disiplin pembangunan yang telah dilalui oleh orang tuanya. Misinya dalam membina keluarga terbahagi kepada dua faktor. Pertama ialah membina keluarga agar suasana kehidupan adalah lebih baik berbanding apa yang telah dialaminya semasa ia di bawah kekolaan orang tuanya.
Kita wajar menunjukkan pencapaian yang lebih baik daripada pencapaian yang telah diperolehi oleh orang tua kita. Sebagai contoh, dari segi pencapaian akademik adalah wajar seorang anak misi dalam hidup adalah memperbaiki pencapaian diperolehi orang tuanya. Jika bapanya hanya mampu memperolehi akademik peringkat Diploma sahaja maka buat satu perjanjian dalam diri bahawa “Saya mesti memperolehi Sarjana Muda”. Dan seterusnya jika bapa telah memperolehi Sarjana Muda, buat satu usaha untuk memperbaiki akademiknya dengan memperolehi peringkat Sarjana dan seterusnya.
Kepada segala pencapaian melalui usaha wajar berprinsip demikian; tetapi tidak pada keadaan lainnya dalam membina keluarga terutama sekali yang menyentuh soal jodoh. Sebagai contoh, jika bapa berpoligami, anak kurang wajar dalam keadaan biasa, mengikuti jejak langkahnya untuk mempunyai isteri lebih daripada dua, dikecuali sememangnya sudah ada jodohnya
Bapa yang mengutamakan hidup dalam kemurnian beragama wajar menjadi pegagang hidup seorang anak. Untuk memperbaiki ibadat wajar lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dengan menjadikan diri sebagai mahasiswa di universiti dalam pengkurusan di bidang agama. Menjadi anak yang solih dituntut oleh agama kerana bapa nanti akan berjaya menikmati pahala amal jariah semasa hidup di akhirat kelak.
Fondasi yang bapa telah bina kepada anak, ia wajar disemaikan kepada masyarakat agar kita menjadi pemain yang berwibawa dalam membina tamadun. Janganlah mengikuti pepatah Melayu mengatakan: “Bapa borek anaknya rintik”. Lebih parah lagi jikalau bapanya penganggur dan anaknya pengemis atau bapanya ‘kaki gaduh’ dan anaknya penjenayah atau perompak, tidak mengenali kerukunan undang-undang awam.
Pembangunan masyarkat semestinya berteraskan kepada pembangunan setiap keluarga dalam institusi pembangunan tamadun manusia. Berjayanya institusi kekeluargaan dari berbilang etnik yang membentuk sebuah masyarakat akan terbina teras pembangunan tamadun kehidupan.
Kita wajar memahami bahawa kejayaan pencapaian seseorang individu adalah disebab kan kehadiran orang lain dalam kehidupan bermasyarakat. Persaingan itu wajar ada dalam membina tamadun untuk melahirkan kemodenan dalam hidup bermasyarakat. Semangat juang wajar ditanamkan dalam setiap jiwa individu dan membuat satu janji kepada diri bahawa “Saya mesti berubah”.
Semangat yang memotivasikan diri adalah “Kalau orang lain boleh buat dan berjaya mengapa saya tidak?” wajar dijadikan sebagai prinsip hidup. Kita melihat diri kita dan bandingkan dengan orang lain, dari segi fisikalnya rata-rata serupa kecuali kekuatan potensi intelek. Tetapi wajar kita memahami bahawa Allah jadikan manusia sebagai khalifah-Nya maka itu segala keperluan dalam pembangunan kehidupan adalah prerogative Allah s.w.t.
Pepatah bahasa Inggeris mengatakan “ask, and you will be given; knock and you will be entered”. Dalam hidup segala khidmat yang kita laksanakan demi keperluan diri, keluarga dan masyarata amnya adalah merupakan ibadah. Dalam surah Al-Fatihah kita diajarkan “Iyyaka nakbudhu wah iyyaka nastain”, yang membawa maksud kepada engkau Ya Allah kami menyembah dan kepada Engkau juga kami meminta pertolongan. Jika nakbudhunya beres maka pertolongan sentiasa Allah perkenanakan.
Manusia sebagai pemain dalam arena pembangunan manusia hanya bertawakal. Tawakal itu adalah satu usaha diiringi dengan keyakinan bahawa segala usaha yang kita laksanakan adalah ibadat kerana Allah. Maka itu wajar bina satu persepsi bahawa dengan iman kepada Allah yang diiringi dengan keyakinan diri akan membina keyakinan bahawa segala usaha kita akan membuahkan hasil..
Hasil yang dapat diperolehi sebenar adalah pembangunan tamadun bermasyarakat. Bermuara dari situ kita melangkah tugas kepada membina negara yang kita cintai. Membangun nya satu-satu negara harus dilihat dari perspektif alam sejagat atau alam dunia. Dalam membangunkan masyarakat kita perlukan saingan antara sesama manusia. Maka itu kehadiran ilmu pada setiap individu adalah wajib.
Di peringkat antarabagsa juga kita bawakan budaya bersaing antara sesama negara. Ini menyentuh mengenai menjadi “konsumer” atau menjadi “producer” dalam satu-satu komoditi. Jika kita melihat ke belakang umat Islam sepatutnya menjadi producer dalam arena sains dan teknologi. Kepakaran tokoh-tokoh Islam telah “dicuri” oleh masyarakat Yahudi dan menjadikan mereka sebagai “producer” dan Islam sebagai “konsumer”
Masyarakat Barat telah berjaya membina kemodenan dalam tamadun kehidupan manusia sejagat dengan melihat pembangunan itu kebelakang dan bukan kehadapan. Sebenarnya mereka telah ketinggalan dari segi kepakaran potensi intelek. Tetapi mereka melihat kebelakang dan membuat beberapa stratigi untuk merampas kepakaran masyarakat Islam dan seterusnya mengem bangkannya kelak menjadikan mereka sekarang sebagai producer.
Masyarakat Islam di zaman moden ini hanya melihat ke hadapan dan menjadi consumer yang baik kepada kejayaan Barat yang telah mendominasikan kepakaran dalam bidang sains dan teknologi dunia amnya dan Islam sejagat khasnya. Ahli fikir Islam mengatakan bahawa teknologi Barat boleh dibeli kerana dunia Islam kaya dengan sumber alamnya seperti minyak. Membeli kepakaran negara lain menjadikan kita sebagai consumer dan tidak menajdi producer.
Negara Jepun pada masa yang lampau hendak mendominasikan teknologi dunia dengan meletusnya peperangan dunia ke dua. Satu contoh yang ditunjukkan oleh pejuang-pejuang Jepun semasa perang Dunia ke dua ialah serangan hendap kepada Pearl Harbour Amerika Syarikat dengan tujuan hendak merampas pusat persenjatan Amerika Syarikat.
Jepun berbuat demikian kerana ia hanya melihat ke hadapan dan bukan melihat ke hujung. Akibatnya ia dihadiakan oleh Amerika Syarikat dengan sebiji Bom Atom yang dijatuhkan di Herosima, mengakibatkan negara yang matahari terbit itu lumpuh sama sekali. Ia menyerah diri kepada kekuasaan dunia.
Belajar dari pengalaman pahit itu Jepun mula membangun dengan menggunakan kepa- karannya sendiri dalam bidang automobil. Negara Jepun tidak punya sumber aslinya seperti minyak dan sebagainya tetapi dengan ilmu yang ada pada mereka, dimanfaatkan dan dikembangkan. Negara dari matahari terbit itu menjadi pengguna yang bijaksana.
Bahan-bahan asli dari bumi negara-negara jiran seperti Malaysia, the Philippine, Indonesia dan sebagainya dilanggannya kemudian diproses menjadi komoditi utama dalam perindusterian yang menjanjikan pulangan yang amat lumayan. Teknologi dalam perindusterian automobile telah mendominasikan dunia sehingga jenama automobilenya seperti Toyota telah berjalan di bumi di merata dunia.
Negara Jepun adalah dalam garisan bumi yang aktif dengan Gunung Berapinya. Gempa bumi yang mempunyai gegaran yang tertinggi pada skala rector sering dialaminya. Melihat dari pengalaman menempuhi bencana alam seperti gempa bumi, Jepun berjaya membina bangunan pencakar langitnya yang boleh menerima kekuatan gegaran gempa bumi atau “shock proof building”.
Pengalaman adalah guru yang paling bijaksana seperti mana negara Jepun telah membina negaranya ke kemuncak yang boleh bersaing dengan negara-negara maju di seluruh dunia akibat berkerja melihat ke hujung iaitu belajar dari pengalaman yang telah dilaluinya. Peristiwa yang telah berlaku kepada negara di masa lampau dijadikan sebagai stratigi atau intisari untuk mencari jalan memperbaiki keadaan.
Peristiwa yang berlaku pada Mei 13, 1969, negara Malaysia telah mengalami satu kejutan budaya suku kaum yang amat membahayakan kepada keutuhan bernegara. Rusuhan kaum telah berlaku di mana kaum Cina telah turun ke padang hendak menentang kebiwaan pemerintahan negara. Soal perkauman telah digunakan sebagai isu. Perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan keturunan telah menurun sama sekali. Belajar dari peristiwa itu maka kerajaan dapat membentuk undang-undang negara yang memberi keutamaan kepada bangsa Melayu dalam segala segi pembangunan.

No comments:

Post a Comment