Wednesday, August 3, 2011

PEMBAHARUAN MELAHIRKAN KEMODENAN MENGIKUTPERSEPSI ISLAM (Disiarkan pada 16.7.2011)

Setiap yang hidup itu mengalami perubahan samada dari segi fisikalnya mengikut peningkatan pada usianya atau dari segi geraklakunya yang meningkat atau mengurang. Yang pasti berlaku ialah ada perubahan. Perubahan itu wajar terutama sekali perubahan yang berbentuk positif. Perubahan positif merupakan fenomena pembaharuan atau yang biasa dikenali sebagai kemodenan. Islam tidak serasih dengan kehidupan orang yang jumud dan tidak memiliki inisiatif. Budaya hidup yang dikategosikan sebagai “dead wood” atau kayu mati itu tidak megenali pembaharuan.
Membicarakan tentang kemodenan bermakna perubahan pada keadaan sesuatu fenomena atau wajah sesuatu yang telah berubah kepada kebaikan. Felosofi dalam hidup semestinya berlandaskan kepada niat atau naluri untuk membuat sesuatu perubahan kepada keadaan hidupnya. Maka itu visi yang perlu dibina ialah “saya mesti berubah”.
Untuk memastikan perubahan diri telah berlaku semestnya mempunyai ilmu penge- tahuan. Ilmu pengetahuanlah membawa hidup kita kepada kemodenan. Wahyu pertama yang diturunkan kepada manusia (Muhammad) ialah “baca”. Memanfaatkan membaca akan menambah ilmu pada diri kita kelak akan meningkatkan ilmu pengetahuan yang menjadi aset kepada kemodenan.
Perubahan itu wajar mengikuti peredaran masa yang dimainkan oleh matahari. Allah bersumpah dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Demi masa manusia sentiasa dalam kerugian.” (Al-Ashr ayat(103)1-2. Ia membawa maksud berkhidmat kepada agama dan jangan membuang masa sebab setiap detik masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi. Kita wajar mengguna kan masa kerana Allah peruntukkan masa kepada manusia demi berkhidmat kepada agama Allah.
Jika kita tenungi keadaan alam semulajadi sememangnya mempunyai perubahan dari masa kesemasa. Perubahan itu akibat sesuatu yang dilakukan oleh olahan tangan manusia atau disebabkan oleh keadaan alam yang berubah atas kekuasaan Allah S.W.T.. Apa yang penting dalam memahami perubahan itu ialah melihat faktor yang mengakibatkan perubahan yang dikenali sebagai ‘punca’.
Punca kepada kemodenan adalah kekuatan minda(ilmu) memikirkan sesuatu yang baik atau baru yang diterjemahkan kepada tenaga kelak akan mengakibatkan perubahan atau kemodenan. Lahirnya kemodenan akan wujud satu fenomena pembaharuan pada keadaan hidup. Jika pembaharuan telah diperolehi maka manusia telah memanfaatkan masa dalam hidupnya sebagai khalifah Allah.
Dalam era pembangunan tamadun, pembaharuan itu adalah wajib. Keadaan kehidupan sememangnya sentiasa berubah kepada kebaikan, itulah yang dikenali sebagai kemodenan. Fenomena tersebut menjadi agenda dalam pembangunan sesuatu masyarakat. Kepakaran dalam berbagai bidang akan sentiasa mencari pembaharuan atau sentiasa mencari penemuan yang baru untuk memperbaiki keadaan apa yang sudah sedia ada.
Para saintis dalam berbagai bidang sentiasa berusaha menggunakan kepakarannya untuk mencari penemuan-penemuan yang baru. Suasana demikian menjadi kemestian dalam era pembangunan manusia sejagat. Felosofi pembangunan mengatakan bahawa keadaan pada hari ini sewajarnya lebih baik daripada kelmarin dan hari esok wajar lebih baik daripada hari ini dan seterusnya. Itulah suasana pembangunan atau yang dinamakan kemodenan.
Keadaan demikian hanya berlaku di alam kehidupan di dunia. Di alam akhirat atau di alam barzakh tidak ada lagi perubahan atau kemodenan. Keadaan wajah manusia di akhirat kelak nanti sentiasa mudah seperti orang yang berusia 33 tahun. Segala keadaan hidupnya adalah berpandu kepada kejayaan yang telah diperolehi semasa hidup di dunia. Maka itu rebutlah peluang semasa di dunia agar kita tidak tergolong sebagai manusia yang rugi.
Di antara salah satu unsur yang terpenting sebagai bekalan hidup pada zaman moden ini ialah ilmu Sains dan Teknologi. Ilmu pengetahuan dan sains yang kita maksudkan adalah ilmu pengetahuan dan sains moden yang berlandaskan kajian nyata, ujian dan percubaan, seperti fisik, kimia, matematik dan seumpamanya yang telah berhasil membawa manusia menerokai angkasa lepas dan mencipta computer. Inilah satu perubahan yang amat dialu-alukan dalam pembangunan manusia sejagat.
Untuk memelihara dan menjaga kemurnian dan keaslian ajaran Islam tidak bermakna kita dilanrang untuk mengambil dan memanfaatkan sains dan teknologi yang telah dapat dicipta oleh Dunia Barat. Bahkan realiti kehidupan hari ini seakan mewajibkan kita untuk mengejar ketinggalan dengan beberapa alasan seperti berikut:.
Pertama, mengikut ajaran Islam, menuntut dan mempelajari salah satu cabang ilmu pengetahuan ataupun sains yang bermanfaat bagi ummat dalam urusan dunia dan akhirat secara keseluruhan adalah “Fardu Kifayah”. Bahkan Islam menuntut ummatnya untuk menyediakan “pakar-pakar” dalam bidang-bidang tersebut, supaya mereka tidak bergantung kepada orang lain.
Fardu Kifayah, adalah satu kewajipan yang menyeluruh. Apabila ada beberapa orang tanpil kehadapan untuk memikul tugas tersebut, maka gugurlah kewajipan dari yang lainnya. Namun bila tidak ada seorangpun yang tampil, maka seluruh anggota ummat akan menanggung dosa dan kesalahan.
Kedua ialah Islam mewajibkan ummatnya untuk menjadi contoh tauladan dan pemimpin bagi yang lainnya yang diibaratkan di dalam Al-Qur’an dengan sebutan “Menjadi Saksi ke atas seluruh manusia”. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan demikianlah, Kami telah menjadikan kamu (ummat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu”. (surah Al-Baqarah: 143)
Kedudukan yang tinggi dan mulia yang telah digariskan Al-Qur’anul Karim telah menuntut ummat Islam supaya terus berada di hadapan dalam semua bidang yang boleh mem- bawa keharuman dan kebaikan umat manusia, sehingga mereka dapat melaksanakan tugas “pembangunan peradaban manusia” mengikut lunas-lunas ajaran Islam. Model yang paling utama dan penting dalam menjalankan tugas itu ialah “Ilmu Pengetahuan” seperti di tegaskan oleh Allah dalam firman-Nya, yang bermaksud: “ Ingatlah ketika Rabb-mu berfirman kepada para Malaikat……………sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yan kamu sembunyikan”. (Surah al-Baqarah: 30 – 33).
Ummat Islam tidak boleh bergantung dan menjadi beban bagi orang lain dan menerima sahaja keadaan sebagai “pengekor” dan pengikut bagi ummat yang sudah maju.
Ketiga, ummat Islam mesti menjadi “tuan” di negaranya sendiri. Tidak boleh ada orang lain yang mengatur gerak-gerinya di rumahnya sendiri selain daripada ajaran Islam. Maka itu mereka diwajibkan untuk mempersiapkan segala bentuk dan jenis kekuatan untuk menahan dan menolak serangan musuh yang selalu mengintai dari masa ke semasa. Dan jalan utama untuk mempersiapkan “kekuatan” tersebut adalah dengan cara menguasai ilmu sains dan teknologi. Oleh kerana itu, menuntut ilmu pengetahuan dan memperdalamnya adalah satu kewajipan yang nyata dan tidak boleh ditunda-tunda lagi, sesuai dengan kaedah Usul Fiqh, bermaksud: “Apabila satu kewajipan tidak dapat dilaksanakan, melainkan dengan adanya satu perkara lain, maka perkara tersebut adalah wajib”.
Keempat ialah sains dan teknologi moden ternyata telah banyak membantu dan memudahkan tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan manusia dengan lebih tepat, cepat dan hemat tenaga. Keutamaan-keutamaan seperti ini juga berhak dicapai, dinikmati dan dirasai oleh masya- rakat Islam kerana ianya adalah merupakan salah satu nikmat Allah S.W.T. yang “telah mengajarkan (pengetahuan) kepada insan tentang apa-apa yang mereka belum ketahui”. (Surah al-Alaq: 5)
Allah S.W.T. menghendaki kebaikan dan kemudahan untuk seluruh hamba-hamba-Nya,
bukan kesusahan dan kepenatan. Dan syariat Islam memerintahkan kita untuk mengambil dan memanfaatkan apa-apa sahaja yang sesuai dengan kaedah-kaedah dan perinsipnya. Ummat Islam telah lama menggunakan dan memanfaatkan hasil-hasil penyelidikan sains dan teknologi, misalnya, untuk mencetak Mashaf Al-Qur’anul Karim, Kitab-kitab Pengajian Agama, dan usaha-usaha untuk memudahkan perlaksanaan ibadah seperti Ibadah Haji dan sebagainya.
Pada hari ini mereka sedang berusaha “Memanfaatkan” komputer untuk pengajaran Sunnah Nabi Muhammad s.a.w., Ilmu-ilmu Syariat dan pengembangan Bahasa Arab. Usaha-usaha seperti ini sangat membantu dalam pengembangan wawasan Islam dan pendidikan Ummat.
Kelima, kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi yang pada hari ini kita ambil dan manfaatkan daripada Dunia Barat adalah merupakan hasil pengembangan lanjut ilmu penge- tahuan dan sains yang mereka pernah ambil dahulu daripada Ummat Islam. Hakikat ini telah diakui sendiri oleh para pakar dari Dunia Barat sendiri. Ini bererti kemajuan ilmu pegetahuan dan sains tersebut adalah “harta milik kita” yang dikembalikan lagi kepada kita. Jadi benda dan perkara tersebut bukanlah barang baru atau asing bagi kita.
Walaubagaimanapun apa alasannya ilmu pengetahuan dan sains moden yang wujud hari ini adalah sudah menjadi “dominasi” dan “Milik Barat”, sama ada kita suka ataupun tidak. Selagi kita tidak berpacu dan berlumba untuk mengejar, mempelajari dan menguasanya secara benar, maka kita tidak akan dapat bersaing dengan mereka.
Ahli fikir dalam aliran “kemajuan dan pembaharuan” pernah berhujah kepada kita, katanya: “Dengan bekalan kekayaan yang dilimpahkan kepada kita berupa minyak, boleh sahaja kita membeli dan memindah teknologi dari belahan dunia mana sahaja, kemudian kita pegunakan untuk kepentingan pembangunan dan usaha-usaha kemajuan di negara-negara Islam”
Realiti dan fakta yang nampak di hadapan kita sekarang mengatakan bahawa semua teknologi yang “dibeli” dari negara-negara asing tidak dapat menaikkan taraf, kemajuan dan kemodanan bangsa yang membelinya. Bahkan teknologi tersebut hanya mampu menjadi bangsa pembelinya sebagai “consumer” yang baik, dan tidak pernah mengubahnya menjadi bangsa “producer”.
Teknologi yang kita inginkan ialah teknologi yang lahir dan dikembangkan di negara kita sendiri; tumbuh dan berkembang bersama dengan berkembang ilmu pengetahuan dan sains di lingkungan kita; sesuai dengan pertumbuhan kepakaran dan kemajuan ummat kita. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil jika kita terus berupaya dengan sekuat tenaga dan niat yang luhur untuk mencapai ketinggalan ilmu pengetahuan dan sains moden. Allah Taala akan sentiasa memberikan petunjuk dan pertolongan-Nya kepada mereka yang berjuang untuk kepentingan Agama dan Ummat Islam.
Di abad sains dan teknologi ini memaksa manusia mengikuti arus pembangunan tamadun manusia sejagat. Pembaharuan dan kemodenan dalam segala segi kehidupan wajar dijadikan sebagai keutamaan dalam hidup tanpanya akan kita mengalami ketinggalan dalam aspek pemba- ngunan manusia seutuhnya. Tidak ada sebab berlaku budaya demikian kerana Islam adalah cara hidup yang sewajanya sentiasa serasi dengan perubahan zaman atau kemodenan.

No comments:

Post a Comment