Saturday, August 20, 2011

SEMPURNAKAN IBADAH DENGAN IMAN DAN TAKWA (bahagian kedua)

(Disiarkan pada20. 8. 2011)
Berpuasa di bulan suci Ramadan adalah wajib bagi semua mukmin kecuali kes-kes tertentu yang dibenarkan oleh hukum syarak. Ia menjadi rukun Islam yang ketiga. Allah sempurnakan Islam sebagai agama bagi manusia maka itu wajar mematuhi segala rukun-rukunnya. Mengerjakan ibadah puasa akan dapat kita rasai dalam hati hubungan kemanusiaan sejagat. Membina ukhuwah kemanusiaan adalah satu bentuk ibadat kelak mengikatkan rasa kasih sayang antara semsama ummat kerana manusia adalah keluarga Bani Adam.
Manusia membangun kerana adanya masyarakat yang kreatif dan inovatif. Kita digelar berjaya kerana ada orang lain yang masih mundur tidak produktif atau maju dalam bidang pembangunan kehidupan. Kita pintar dan berwibawa sebagai pemain dalam arena pembangunan kerana orang lain masih dalam pringkat mengikuri atau masyarakat sebagai pengguna semata. Manusia diwujudkan Allah sebagai makhluk yang bersosial. Peringkat pencapainya adalah beranika ragam berpandu kepada potensi intelek yang dipunyainya. Adalah menjadi budaya hidup manusia yang ada menjadi ‘producer’ dan ada yang sebagai ‘pegguna’ semata.
Rukun Islam yang ke empat ialah membayar zakat fitrah khususnya di bulan suci Ramadan. Ibadah tersebut membina kekompakan solidaritas sosial. Semua umat manusia adalah bersaudara maka itu kebajikan setiap umat wajar dipelihara demi melahirkan suasana ukhuwah kemanusiaan.
Persaudaraan sejagat merupakan mengikat kekeluargaan Bani Adam yang sepatutnya dipersatukan. Fenomena tersebut adalah amat penting memandangkan kehidupan manusia sejagat telah mencapai tahap kerosakan yang amat dahsyat. Peranan manusia sebagai bangsa pemakmur bumi (khalifah) telah bertukar kepada bangsa perosak bumi. Di manapun sudut permukaan bumi dan di segenap penjuru dunia sudah tidak ada lagi tempat tinggal yang aman damai untuk didiami.
Dorongan sifat tamak haloba serta kerakusan dan kebencian yang mendalam, manusia dengan bangganya berlumba-lumba mencipta pelbagai senjata pemusnah secara besar-besaran, yang kononnya sebagai alat untuk mempertahankan bangsa dan negara dari serangan negara lain. Tetapi ketahuilah bahawa pelbagai senjata inilah yang memunahkan bangsa manusia dan bumi tempat tinggal mereka sendiri. Maka itu kepentingan menghidupkan ukhuwah kemanu siaan menjadi kewajipan setiap umat.
Zakat merupakan syiar kedua di dalam Islam dan salah satu rukun kewangan masyarakat yang terbesar. Ia adalah umpama saudara kandung kepada solat di dalam al-Qur’an dan hadith. Zakat diganding dengan solat di dalam al-Qur’an sebanyak dua puluh lapan kali. Kadang kala dalam bentuk perintah umpamanya”
“Dirikanlah solat dan tunaikan zakat (al-Baqarah: 43)
Kadangkala dalam bentuk peberitahuan, umpamanya:
“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman melakukan amal soleh, mndirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhan mereka, mereka tidak merasa gentar dan idak kecewa.” Al-Baqarah: 277)
Bagitu juga Allah telah memuji Nabi Ismail a.s. dengan firman-Nya yang bermaksud (terjemahan): “Dan dia menyuruh kaum keluarganya bersolat dan menunaikan zakat dan dia adalah orang yang diredhai di sisi Tuhannya.” Maryam: 55
Zakat adalah ibadat silam (seperti solat) sepertimana yang telah dibawa oleh resalah kenabian dan dianjurkan oleh para nabi. Ia tergolong dalam perkara pertama yang diarahkan oleh Allah kepada mereka dan perkara pertama yang mereka arahkan kepada umat mereka.
Allah telah memuji bapa segala Nabi iaitu Ibrahim bersama Ishaq dan Ya’qub ‘alaihimus salam dengan firman-Nya kepada mereka yang bermaksud (terjemahan):
“Kami telah jadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah Kami dan Kami telah wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, mendirikan solat, menunaikan zakat dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah.” (an-Anbiya: 73)
Solat adalah ibadat jasad serta rohani. Zakat adalah ibadah kewangan dan kemasyara- katan. Disebabkan kedudukannya sebagai ibadat serta amalan mendekatkan diri kepada Allah maka disyaratkan di dalamnya niat dan ikhlas. Zakat tidak diterima melainkan dengan niat untuk
mendekatkan diri kepada Allah.
Rukun Islam yang kelima ialah menunaikan Haji kepada mereka yang mampu. Walau bagaimanapun syarat yang kelima ini jangan dipandang ringan kerana dengan alasan tidak ada kemampuan untuk menunaikannya. Dalam hidup Allah bekalkan manusia dengan kemahiran berfikir. Apa yang penting ialah keikhlasan dalam hati yang ingin menunaikan rukun Islam yang Kelima.
Penulis ingin berkongsi ilmu yang telah berlaku kepada salah seorang kawan karibnya yang berkhidmat sebagai seorang guru iaitu Penyelia Pendidikan dalam sebuah daerah di Pedalaman atas pada masa lalu. Penulis amat terperanjat apabila melihat tanda namanya mempunyai Haji, semasa lawatan rasmi ke daerahnya. Lantas penuis terus menyelidik bagai mana ia dapat menunaikan ibadah Haji.
Beliau memulakan cerita mengenai keikhlasannya hendak menunaikan ibadah Haji tetapi halangan utama beliau ialah tidak ada kemampuan. Ia memahami bahawa menunaikan rukun Islam yang kelima disyaratkan kepada orang-orang yang mampu sahaja. Tetapi semangat dan keinginannya hendak memijak kaki di tanah suci amat tinggi sekali. Hendak meminta tolong dari orang yang boleh menolong tidak menjadi pilihannya.
Beliau memikirkan bahawa Allah itu Maha Kuasa. Setiap kemuskilan yang dialami oleh hamba-Nya wajar ada penyelesaiannya. Kemudian datang satu ilham dalam hati beliau untuk memohon pertolongan dari Allah dengan mendirikan solat tahajjud secara istikamah selama empat puluh hari. Dengan tidak disangka seorang hamba Allah menghulurkan pertolongan kepadanya. Peliknya ialah beliau tidak mengenali orang berkenaan. Maka dapatlah ia menunaikan ibadah Haji, iaitu rukun Islam yang kelima.
Mengambil ikhtibar dari pengalaman yang dilalui oleh guru berkenaan. penulis mendapat satu ilham untuk menunaikan keinginannya melaksanakan rukun Islam yang ke lima yang telah melekat dihatinya sejak penulis memeluk Islam. Sembahyang tahajjud menjadi amalannya setiap malam selepas tidur secara istikamah selama empat puluh hari. Pada masa itu memangnya penulis telah mendaftarkan nama untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun itu tetapi belum dapat disahkan kerana kemampuan itu tidak mengizinkan.
Masa tinggal satu minggu sahaja lagi untuk penulis membuat pengesahan kepada tabung Haji samada meneruskan
penerbangan ke tanah suci atau dibatalkan. Tiba-tiba mendapat telefon dari bahagian Kewangan, Jabatan Pendidikan meminta penulis datang ke pejabatnya untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Dengan tidak disangka-sangka resposibiliti elaun atau elaun tanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai Pegawai Pelajaran Bahagian telah diluluskan dan panggilan untuk datang ke bahagian kewangan ialah untuk menanda tangani cek bernilai “cukup untuk belanja menunaikan ibadah Haji”.
Suasana menyerikan kegembiraan hati penulis kerana telah terjawab niat dalam hati dari
solat tahajjud yang dijalankan selama empat puluh hari. Walaubagaimanapun, berurusan dengan masalah dunia manusia sentiasa menjadi lemah dan tidak dapat menentukan keutamaan sama ada urusan akhirat atau urusan dunia kerana pada masa yang sama penulis telah memulakan pembinaan sebuah rumah banglonya.
Keinginan dalam hati hendak menunaikan rukun Islam yang ke lima sudah menjadi keinginan memperolehi sebuah rumah banglo. Hati kecil berkata: “selesai dahulu urusan dunia barulah kapada urusan akhirat!” Tabung Haji terpaksan mengambil tempat penulis dan diberi kepada orang lain yang ramai menunggu peluang ke tanah Suci.
Penulis hendak berkongsi ilmu kepada para pembanca Bicara Minda tentang ibadat yang
telah kita membuat perjanjian kepada Allah dan tiba-tiba menukar haluan apabila niat itu telah mendapat keredhaan dari Allah S.W.T. Amalan serupa demikian Allah tidak suka dan marah. Semasa para jemaah Haji pergi ke Mina hendak melontar, penulis telah mengalami kemalangan jalan raya yang amat ngeri sekali. Kereta yang dipandunya bertembung dengan lori logging sehingga terheret ke belakang sejauh satu ratai.
Bonet keretanya terbuka dan menghempap kepada cermin pemandu mengakibatkan kepalanya mengalami kecedraan teruk. Pada masa itu para jemaah Haji di tanah suci berada di Minah hendak melontar sekaligus melaksanakan sunat mencukur rambut tetapi penulis berada di hospital juga mencukur rambut kerana doktor hendak membuat dua puluh jahitan pada kepala yang kulitnya hancur akibat terkena pecahan cermin yang dihempat bonet kereta.
Akibat dari kemalangan itu penulis telah membelanjakan wang keseluruhannya termasuk lah pembaikan kereta, sebanyak dua kali ganda perbelajaan untuk menuaikan Haji. Bukan hanya itu sahaja tetapi apabila penulis hendak menempah penerbangan ke tanah cuci untuk mengikuti jemaah Haji yang berikutnya, Tabung Haji hanya dapat memberi tempat setelah lima tahun berlalu!
Kita telah meminta pertolongan Allah untuk menyelesaikan masalah perbelajaan ke tanah suci dan setelah Allah redhai doa kita tidak pula bersyukur dan meneruskan misi ke tanah suci malah urusan dunia pula yang diberi keutamaan. Maka disitu jelas kelihatan kelemahan manusia seperti mana Nabi Adam a.s. telah tunjukkan apabila hidupnya dimuliakan Allah dengan kedatangan Siti Hawa sebagai teman hidupnya.
Adam tidak merasa bersyukur kepada Allah malah membelakangi pula kekuasaan Allah. Akibatnya Adam bersama Siti Hawa disingkir dari syurga dan turun ke bumi buat selama-lamanya hingga akhir hayat baru kembali menemui Allah S.W.T.
Tanggungjawab yang kita mesti laksanakan adalah ibdah Haji yang telah ditetapkan oleh agama Allah iaitu Islam. Disitulah makna ukhuwah kemanusiaan. Kehadiran orang lain adalah untuk membina kekompakan solidaritas sosial. Allah itu maha kuasa; segala kemuskilan hamba-Nya pasti mendapat pertolongan dengan syarat orang itu berdoa dengan hati yang Kyushuk dan ikhlas.
Kelonggaran diberi kepada orang-orang yang tidak mampu untuk melaksanakan rukun Islam kelima. Tetapi jika kita usahakan demi kebaktian kepada agama maka Allah sentiasa bersedia memudahkan urusan untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu asalkan kita mempunyai keikhlasan dan niat yang kuat.
Maka itu bertawakallah kepada Allah maka niat kita yang ikhlas itu pasti diperkenankan-Nya. Ingat dalam hidup bahawa urusan dengan Allah tidak ada yang mustahil. Semua kekuasaan Allah sebagai Zat yang Maha Agung itu. Buatlah keutamaan kepada urusan akhirat yang hidupnya kekal abadi dan urusan dunia yang merupakan buat seketika sahaja boleh dipertimbangkan setelah iman dan takwa menyerikan pemikiran anda sebagai hamba Allah S.W.T

No comments:

Post a Comment