Monday, December 9, 2013

JANGAN KESAL APABILA KITA MEMBANTU ORANG LAIN

 (Disiarkan pada 7. 12. 2013)
Jiwa dan roh ibadah ialah kecintaan kepada Allah s.w.t. sebagai pencipta makhluk  dan alam semesta ini. Kecintaan kepada Allah itulah yang merupakan motor penggerak, pendorong dan menjiwai  manusia untuk tekun dan tetap melaksanakan ibadah. Amalan membantu orang lain yang memerlukan pertolongan merupakan ibadah kerana Allah. Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud (terjemahan): “Bertolong-tolonglah kamu di dalam perkara kebajikan dan kebaktian...”
               Maka itu janganlah rasa kesal terhadap bantuan yang telah kita hulurkan kepada orang.  Kita menolong dengan hati yang ikhlas kerana Allah. Keberadaan kita di alam kehidupan ini mempunyai dua tanggung jawab yang wajar dilaksanakan iaitu menolong diri sendiri dalam segala pembangunan kehidupan termasuklah mengilmukan diri dan juga menolong orang lain mengikut kemampuan kita sebagai hamba Allah.
               Jika anda membantu orang yang miskin dan melarat, memberi makan orang yang lapar, melayani orang yang sakit, dan anda lakukan hal itu bukan kerana mengharapkan keuntungan peribadi, tetapi semata-mata kerana mengharapkan reda Allah, maka perbuatan itu sudah masuk dalam kategori ibadah.
               Pada kelazimannya orang membantu dengan tujuan  supaya mendapat balasan dari orang yang ditolong atau mengharapkan kemanfaatan dari pertolongannya itu. Maka dengan demikian yang mendorongnya untuk membantu orang lain berlandaskan sama ada orang yang ditolong mempunyai kemampuan untuk membalas jasa yang diterimanya atau tidak.
               Peristiwa serupa ini sering berlaku terutama sekali dari kumpulan orang yang berada yang tidak berhati perut. Ada orang tertentu yang amalannya sering menziarahi upacara pengkubumian orang awam terutama sekali orang kampung yang telah meninggal dunia. Melihat orang lain menghulurkan bantuan dengan wang ringgit secara ikhlas mengikut kemampuan masing-masing, ia pun turut sama berbuat demikian.
Tetapi sebelum ia mencatatkan namanya ke dalam buku tabung bantuan yang disedia kan khas, ia berfikir: “kalau saya gunakan wang ini untuk keperluan keluargaku adalah lebih bermanfaat daripada saya menderma kepada tabung kematian! Keikhlasannya membantu telah dikalahkan oleh perasaan bongkak dan sombongnya; maka ia membantalkan niat hendak membantu.
               Satu peristiwa yang lain yang telah berlaku kepada seorang guru yang berkhidmat sebagai Pengetua di salah sebuah Sekolah Menengah di pedalaman atas Keningau. Anak sulungnya yang masih kecil terjetuh di parit rumahnya lalu mengalami luka di bahagian dahinya. Lukanya parah sehingga anak itu mandi darah.
Pengetua berkenaan tidak punya kereta, hanya mempunyai sebuah motosikal sahaja. Jarak jauh antara sekolah dengan hospital ialah tujuh kelometer. Lalu ia meminta pertolongan dari seorang kaya bergelar O.K.K. yang tinggal dekat dengan sekolah. Malangnya orang kaya itu tidak membantunya dengan alasan keretanya tidak ada minyak. Dengan ikhsan dari orang lain yang lalu di situ, Pengetua berkenaan dapat bantuan darpada seorang pemandu lori yang sedang ke pekan Keningau. Maka dapatlah anak itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Allah itu Maha adil kepada hambanya. Bulan berganti tahun dan tahun seri berganti. Pada suatu ketika Pengetua berkenaan ditukar ke jawatan Pegawai Pelajaran di daerah yang sama. Pada suatu masa beliau menghadiri mesyuarat Kurikulum bersama Pengarah Pelajaran di Kota Kinabalu. Selepas mesyuarat, beliaupun balik pada waktu malam.
Dalam pertengahan jalan kelihatan seorang wanita dengan pemandunya berdiri ditepi jalan menungguh ikhsan dari kereta lain, untuk balik pulang kerana kereta mereka mengalami kerosakan. Secara kebetulan wanita itu ialah isteri kepada OKK tersebut yang tidak membantu Pengetua menghantar anaknya ke hospital lima tahun yang lalu. Pegawai mempersilakan wanita itu naik sama dalam keretanya. Wanita itu melihat paras muka dalam
kereta hanya pemandu Pegawai dan Pegawai itu sendiri.
Ia berkata: “Inilah rasa tidak malu meminta tolong orang!” Ucapan terima kasih bukan budaya dalam hidupnya, jauh dari rasa bersyukur mendapat keindraan lain untuk balik. Ia tidak menerima kasih atas bantuan pegawai tersebut, mungkin kerana menjaga maruahnya jatuh sebagai isteri OKK itu, jika ia mengucap terima kasih! Kelemahan manusia  bersumberi dari akhlak yang lemah kerana tidak mensyukuri hidup ini kerana jiwanya jauh dari Allah s.w.t..
Membantu adalah sebahagian daripada ibadah kerana Allah. Maka itu wajar kita mensyukurinya kerana kita telah membantu  orang lain. Soal orang itu dapat membalas jasa baik yang telah diterimanya di kemudian hari adalah soal kedua. Allahlah yang Maha Kuasa menentukannya tentang pahala terhadap ibadah yang telah kita laksanakan. Firman Allah      Al-Maidah ayat 2: “.....dan bertolong-tolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan...”
Berbudi pekerti adalah keutamaan dalam hidup bermasyarakat mengikut pandangan Islam kerana ia merupakan buah kepada segala ibadah. Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi-Nya dan kekasihi-Nya dengan memunji kepadanya dan memperlihatkan nikmat-Nya di hadapannya. Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan):
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbuat pekerti yang agung.” (Al-Qalam: 4)
Allah memuji Nabi Muhammad s.a.w.: Sesungguhnya Baginda itu mempunyai akhlak keagamaan yang agung dan budi pekerti yang mulia, kerana Allah telah menghimpunkan kepada dirinya ketinggian martabat dengan mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Alangkah agungnya kurnia serta pangkat  yang disandang  oleh Baginda dari Tuhan yang Maha Tinggi lagi mulia.
Sesungguhnya di antara budi pekertinya yang mulia itu ialah bersifat sebagai orang yang alim, penyantun, sangat pemalu, kuat beribadah, pemurah, penyabar, suka bersyukur, merendah diri, zuhud yakni tidak mementingkan kemewahan hidup di dunia, belas dan kasihan, baik pergaulannya dengan beradab sopan, dan lain-lain sifat yang mulia dan perangai yang sangat diredai.
Ahmad meriwayatkan dari Aisyah, katanya; “Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah memukul khadam lelaki dengan tangannya dan tidak juga memukul khadam perempuan, juga tidak pernah memukul sesuatu dengan tangannya melainkan dalam perkara jihad pada jalan Allah. Tidak pernah memilih antara dua perkara melainkan yang disukainya ialah yang paling mudah dilakukannya supaya tidak berdosa. Apabila perkara itu mengandungi dosa, Bagindalah orang yang paling menjauhi dirinya daripada dosa dan tidak malu menuntut bela bagi dirinya daripada sesuatu yang didatangkan kepadanya melainkan jika perkara itu mencemarkan kehormatan Allah.
   Jahir bin Abdillah berkata, Rasululah s.a.w. bersabda , “Sesungguhnya kamu adalah seseorang yang telah dibuat baik oleh Allah, maka baikkanlah budi pekertimu.” Rasulullah s.a.w. bersabda dalam doanya, “Ya Allah, sebagaimana Engkau telah menjadikan baik kejadianku, maka baikikanlah budi  pekertiku”. Diriwayatkan oleh Abi said Al-khudri.
Usamah bin Syarik berkata, Aku pernah menyaksikan orang-orang Badui Arab bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w., “Apakah yang lebih baik di antara apa yang diberikan pada seorang hamba?” Baginda bersabda, “Budi  pekerti yang baik.” Beliau bersabda sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kamu dan paling dekat tempatnya di antara kamu dengan aku pada hari kiamat adalah orang-orang yang paling baik budi pekertinya.”
Perjalanan hidup manusia sentiasa dihiasi oleh akhlaknya yang kalau tidak ditangani dengan betul manusia akan tergelincir dari landasan hidup yang diredai Allah s.w.t.. Pada mulanya kehidupan manusia sememangnya disinari cahaya kebahagiaan atas kehadiran orang lain. Nabi Adam a.s kurang selesa di syurga tanpa teman tetapi setelah Allah wujudkan Siti
Hawa sebagai temannya maka manusia bertukar perasaan kepada gembira yang tidak kepalang sehingga dia lupa dirinya.
               Kegembiraannya melahirkan suasana kemalangan nasib manusia! Mengapakah dahulu dia memakan buah kayu yang dilarang oleh Tuhan? Belum juga  buah itu dimakan sampai kenyang , ternyata telah dimurkai Tuhan. Sampai hal ini menyebabkan dia  dan anak cucunya harus menerima nasib yang kurang menyenangkan. Padahal andaikata dia dahulu tidak melanggar larangan Tuhan, iaitu Adam dan Hawa berserta anak cucunya sampai sekarang ini akan dia di petamanan yang indah, di syurga sana.
               Tentu saja bangsa manusia kan hidup bersenang-senang  tanpa berkerja, tanpa mencu- curkan keringat  demi sesuap pagi dan petang. Mereka akan bergembira, hidup  tanpa percobaan dan tanpa mengalami kesukaran sedikitpun. Kerja cuma bersenang-senang dan bergembira.
               Sekarang apa yang kita alami? Kita bangsa manusia harus bersusah payah di dalam hidup. Berjuang untuk hidup di bumi Tuhan, memperjuangkan hidup dan kehidupan. Kecuali sesuap pagi dan petang, kita harus memperjuangkan  hak dan kewajipan kita sebagai manusia makhluk Tuhan. Memperjuangkan nilai-nilai keadilan, kebenaran, kemerdekaan, persamaan, yakin persamaan hak dan kewajipan di segala bidang kehidupan umat manusia ataupun diri kita sendiri.
               Lebih dari itu lagi! Bukankah kita sendiri mengalami peperangan di dalam diri sendiri? Perang antara hak dan bathil. Perang antara nafsu keinginan jahat dengan kebenaran. Perang antara nafsu syaitan dengan hati nurani yang bersih. Itulah peperangan yang paling besar. Kita harus bersusah payah untuk itu.
               Lebih dari itu lagi bukankah di dalam memperjuangkan segala yang kita sebut  tadi kita harus berani menanggung segala kosekwensinya? Kita harus berani menghadapi hukuman lahir dan batin. Harus berani menghadapi tentangan dari segala pihak yang memusuhi kita. Tekanan atau paksaan. Dan banyak lagi resiko yang tidak ringan. Kita harus bersusah payah untuk hidup. Dan kerana inilah manusia bernasib malang.
               Walaubagaimana pun pandangan tersebut  adalah pandangan  yang pessimis. Panda- ngan negatifnya sahaja. Seakan-akan kita lupa akan anugerah Allah. Lupa kepada kenikmatan dan belas kasih sayang Tuhan.
               Tujuan kita  ingin  menggambarkan bagimana proses nasib umat manusia yang telah mengalami liku-lilu hidup, dari hidup dari pertamanan yang indah, sampai ke tempat yang penuh  onak dan duri, iaitu di bumi, dan boleh kembali lagi ke pertamanan yang indah itu lagi, asal telah mendapat  diploma atau pernyataan dari Tuhan, selesai diuji. Dan telah lulus ujian itu. Memang demikianlah yang harus terjadi  dan telah terjadi. Mungkin hal ini telah direncanakan oleh Zat Yang Maha Bijaksana.
               Firman Allah surah Al-A’raf ayat 24 yang bermaksud (terjemahan): “Allah berfirman: Turunlah kamu! Antara kamu dengan yang lain bermusuh-musuhan, dan bagi kamu tempat tinggal di bumi, dan (di sanalah)kesenangan sampai waktu yang telah ditetapkan.”
               Firman Allah lagi yang bermaksud (terjemahan): Allah berfirman: “Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan.”(Al-A’raf ayat 25)
               Kamu harus hidup terlebih dahulu di muka bumi, terlebih dahulu mengalami suka dan duka hidup, baru nanti kamu kembali kepada-Ku, yakni di mana telah sampai saat atau waktu tiba. Tetapi kamu di bumi tidak mesti harus susah terus. Kamu ditempatkan di bumi Tuhan yang indah pula. Di sana diberi persediaan makanan dari berbagai tanaman dan sumber penghidupan yang cukup. Asal kamu mahu bersusah. Ertinya, kamu boleh juga bersenang-
senang sampai saat ada panggilan kembali menghadap ke hadirat-Ku.

               Jangan kesal memikirkan bantuan yang kita hulurkan kerana kita tidak tahu mungkin melalui bantuan itulah  maka hidup kita dipermudahkan Allah dan dimurahkan rezeki. Hidup ini tidak sentiasa senang dan tidak juga sentiasa susah, kerana suka dan duka merupakan garam hidup setiap insan yang mengakui dirinya sebagai hamba Allah.

3 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
    Saya MUHAMMAD AHLAM FIRDAUS BIN ABDULLAH CHEK merupakan seorang pelajar malaysia yang sedang menuntut pengajian saya di UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MEDAN SUMATERA UTARA INDONESIA dalam bidang syariah islamiyah.

    Saya ingin membuat sedikit permohonan kepada pihak tuan/puan/encik/cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi disini.

    Ini kerana saya tidak lah mendapat mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,memandangkan kos sara hidup sekarang amatlah tinggi.

    Bapa saya seorang jaga keselamatan di sebuah kilang papan,manakalah ibu saya suri rumah sepenuh masa,gaji bapa saya tidak cukup untuk menampung 7 adik beradik saya yang masih di bangku persekolahan,dulu bapa saya menanggung 8 adik beradik saya ini kerana abang saya baru sahaja pergi meninggal kan kami sekeluarga pada bulan lepas akibat menghidap penyakit kanser tulang tahap 4.

    Saya mengharap kan jasa baik tuan / puan / encik / cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam mènyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi sekarang,pengajian saya sepatut nya di tamatkan dalam bulan lepas,aakan tetapi saya pulang untuk menjaga abang saya di hospital sehinggalah nafas dia yang terakhir

    Saya memohon agar pihak tuan / puan / encik / cik /datuk /datin dapat membantu saya dengan segera jika diberi sebagai pinjaman saya tidak mengapa,saya akan tetap membayar kembali dengan kadar segera.

    Whatsapp(0196135660)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
    Saya MUHAMMAD AHLAM FIRDAUS BIN ABDULLAH CHEK merupakan seorang pelajar malaysia yang sedang menuntut pengajian saya di UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MEDAN SUMATERA UTARA INDONESIA dalam bidang syariah islamiyah.

    Saya ingin membuat sedikit permohonan kepada pihak tuan/puan/encik/cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi disini.

    Ini kerana saya tidak lah mendapat mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,memandangkan kos sara hidup sekarang amatlah tinggi.

    Bapa saya seorang jaga keselamatan di sebuah kilang papan,manakalah ibu saya suri rumah sepenuh masa,gaji bapa saya tidak cukup untuk menampung 7 adik beradik saya yang masih di bangku persekolahan,dulu bapa saya menanggung 8 adik beradik saya ini kerana abang saya baru sahaja pergi meninggal kan kami sekeluarga pada bulan lepas akibat menghidap penyakit kanser tulang tahap 4.

    Saya mengharap kan jasa baik tuan / puan / encik / cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam mènyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi sekarang,pengajian saya sepatut nya di tamatkan dalam bulan lepas,aakan tetapi saya pulang untuk menjaga abang saya di hospital sehinggalah nafas dia yang terakhir

    Saya memohon agar pihak tuan / puan / encik / cik /datuk /datin dapat membantu saya dengan segera jika diberi sebagai pinjaman saya tidak mengapa,saya akan tetap membayar kembali dengan kadar segera.

    Whatsapp(0196135660)

    ReplyDelete