Thursday, March 28, 2013

KESABARAN DAN KEIKHLASAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUKMIN


 (Disiarkan pada 23. 3. 2013)
Sabar bermaksud kuat menahan penderitaan, tidak putus asa dan tidak lekas marah. Sabar menempuhi dugaan hidup. Sabar  adalasebahagian daripada iman (AthThirmidzi binBaihaqi),                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 mana kala ikhlas merupakan hati yang bersih dan jujur. Kedua-dua fenomena tersebut berpang kal daripada hati norani seorang insan. Pada diri manusia itu  ada segumpal darah. Kalau ia baik maka baiklah seluruh amalan manusia  tetapi jika ia tidak baik maka rosaklah segala amalan seseorang itu. Segumpal darah yang dimaksudkan ialah “hati”. (Hadith Sahih).
Perkataan sabar banyak kali diguna dalam al-Qur’an untuk mengungkap tentang keperibadian seseorang dalam menangani cabaran hidup. Orang yang mempunyai hati yang luhur dan sabar adalah mereka yang dekat dengan Allah atau orang yang beriman kepada ketentuan Allah yang Maha pengasih dan Maha Penyayang.
Allah berfirman  yang bermaksud (terjemahan): “Hai orang-orang yang beriman! Sabar lah kamu dalam (ketaatan), bersabarlah  (menghadapi musuh), bersiap sedialah (menentang mereka) dan takutlah kamu kepada Allah, semoga kamu mendapat kemenangan.” (Ali-Imran 200)
Asal erti sabar itu ialah, menahan diri dari melakukkan tegahan syarak. Setengah Ahli Hikmat mengatakan: Sabar itu adalah tiga macam: satu, meninggalkan sungutan, dua, menerima ujian, dan tiga ialah benar-benar reda (rela)
Dalam ayat berkenaan Allah menyeru orang-orang yang mukmin itu supaya sabar  di dalam sebarang usaha yang membawa kepada mentaati Allah dan melaksanakan kewajipan agamanya. Juga diseru supaya sabar di dalam menghadapi cubaan dan menghadapi musuh dari sebarang gangguan serta  cabarannya. Seraya bersiap sedia dengan secukup-cukup kelengkapan  untuk menentang mereka dalam sebarang ketika, iaitu kelengkapan yang menjadi kewajipan setiap umat Islam mengadakannya.
Surah yang sama, Ali Imran, ayat 186, Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan): “……Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.”
Kalau kamu sabar menghadapi berbagai-bagai ujian, tabah menghadapi bala’ dan malapetaka yang menimpa ke atas harta dan diri kamu, serta tahan tidak menghiraukan ejekan, celaan dan gangguan orang-orang Ahli Kitab dan musrikin, di samping itu tetap pula bertakwa kepada Allah – terus menjalankan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya – sesungguhnya kesabaran dan takwa kamu itu setepat-tepat tadbir, iaitu daripada perkara yang mesti dijadikan keazaman tiap-tiap seorang, kerana ternayata mengandungi keistemewaan dan kehormatan.
Dalam mengejar kebahagian hidup di akhirat nanti kita wajar mengumpul dana pahala yang akan memurnikan kehidupan di akhirat nanti. Firman Allah yang bermaksud (terjemahan): Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az Zumar: 10).
Orang yang teguh pendiriannya dalam menghadapai ujian yang berat ibarat menggang gam bara api jika terasa panas tidak dilepaskannya – biar sampai menjadi abu – sangatlah besar pahalanya disisi Allah tidak terkira banyaknya.
Dalam hubungan ini al-Hasan  bin Ali (r.a.) meriwayatkan bahawa beliau telah men- dengar datuknya Rasulullah (s.a.w.) bersabda: “Tunaikanlah kewajipan agama, nescaya engkau akan menjadi orang yang paling kuat beribadat. Dan handaklah engkau bersifat Qanaah (memadai dengan apa yang ada padamu), nescaya engkau menjadi orang yang paling kaya. Hai anak! Sesungghnya dalam syurga terdapat sebatang pohon bernama al-Balwa. Didatangkan kepada orang-orang yang menghadapi ujian (Ahlil Bala’) mereka itu tidak akan dikenakan timbangan amalanya dan tidak dibukakan buku catatan amalannya, malahan ditumpahkan ke atas mereka pahala sebanyak-banyaknya.”
Surah Al-Baqarah ayat 155, Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan): “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada mu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, keku- rangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita  gembira bagi orang-orang yang sabar.”
Allah akan menguji umat Islam untuk membezakan antara  mereka yang taat  dengan mereka yang derhaka, dengan berbagai rupa ujian:
1.        Ketakutan; yakni takut kepada musuh.  Erti takut di sini ialah menanti-nanti perkara yang dibenci yang menyebabkan penderitaan di dalam hati.
2.        Kelaparan; yakni kekurangan bahan-bahan makanan.
3.        Kekurangan pada harta; yakni kerugian  di dalam perniagaan dan perusahaan.
4.        Kekurangan diri manusia; yakni berlaku banyak kematian
5.        Kekurangan buah-buahan; musim kemarau yang menyebabkan  kekurangan hasil pertnian.
Maka Allah akan memberi kegembiraan dengan menyediakan  syurga kepada orang yang sabar menerima  cubaan tersebut  di samping mendapat keampunan  dan rahmat-Nya, dan mereka itu mendapat petunjuk ke jalan yang benar. 
Dalam amalan yang berbentuk ibadat kerana Allah  sifat sabar itu  sentiasa menemani hati  orang yang beribadat. Perbuatan manusia adalah semata-mata kerana Allah maka itu perlu membudayakan sifat sabar kerana Allah. Tanpa sifat sabar  yang memimpin hati manusia akan mengalami kesulitan sebab yang lebih berkuasa ialah Allah.
Ikhlas ertinya bersih, tidak ada campuran, ibarat emas murni, tidak ada bercampur perak berapa persen pun. Perkerjaan yang bersih terhadap sesuatu, bernama ikhlas. Tempat ikhlas adalah di hati. Ikhlas tidak dapat dipisakan dari siddiq (benar) tulus. Lurus dan benar niat dan sengaja, kerana Allah belaka.
Hidup ini wajar dimuliakan dengan sifat ikhlas kerana bagi Allah tidak ada yang sulit bagi-Nya. Segala amalan hamba-Nya sama ada yang nyata mahupun yang tersembuyi dalam hati Allah mengetahuinya. Ikhlas tidak dapat dipisahkan dari siddiq (benar) tulus. Bilamana seorang berniat mengerjakan sesuatu pekerjaan, Maka mulai melangkah sudah dapat ditentukan ke mana tujuan dan bagaimana dasar.
Ada orang yang berniat hendak menolong fakir dan miskin. Pekerjaan memberi pertolongan, adalah baik, tetapi belum tentu baik jika dasarnya tidak subur. Barulah akan baik  dari zat sampai kepada sifatnya jika didasarkan kepada ikhlas. Iaitu menolong fakir dan miskin kerana Allah, bukan kerana semata mengharapkan puji dan sanjung manusia. Oleh sebab itu, perkataan ikhlas itu terpakai terhadap Allah semata-mata.
Ikhlas kepada Allah, hanya semata-mata percaya kepada-Nya. Ia tidak boleh dipersekutu kan dengan yang lain, pada zat, sifat dan pada kekuasaan-Nya. Hadapkan kepada-Nya segala sifat-sifat kesempurnaan yang penuh, hindarkan daripada persangkaan sifat-sifat kekurangan. Taat mengikut perintah-Nya. Cinta segala sesuatu kerana dia, benci kepada sesuatu yang dibenci-Nya, berteman dengan orang yang taat kepada-Nya, bermusuh  dengan orang yang melawan Dia. Lawan orang yang kafir  kepada-Nya, akui nikmat dan kebesaran-Nya, syukuri segala pemberian-Nya, sedikit atau banyak, sabar di atas cubaan yang ditimpakan-Nya. Seru dan mohon  pertolongan-Nya  di waktu kesempitan dan pujilah Dia  di waktu lapang. Cinta sesama manusia, bukan lantaran mereka manusia saja, tetapi lantaran mereka  itu makhluk Allah.
Berkata Muhammad bin Al-Narqazi: “Segala kejadian itu hanyalah bersumber kepada dua: Perbuatan Allah atas diri engkau, dan perbuatan engkau yang akan dihadapkan kepada Allah. Maka hendaklah rela menerima segala perbuatan-Nya, dan ikhlas mengerjakan segala
perbuatan  engkau terhadap-Nya. Dengan demikian engkau beroleh  kebahagian dunia akhirat.
                Firman Allah surah An-Anisa: 146 yang bermaksud (terjemahan) : “Melainkan orang yang taubat  dan memperbaiki dirinya berpegang dengan Allah saja dan ikhlas agamanya kerana Allah.”
                Allah telah menerangkan besarnya seksaan yang akan dikenakan kepada orang-orang munafik itu, maka pada ayat ini Allah memberi pengecualian bagi mereka dari seksaan tersebut. Jalannya iaitu, mestilah mengikuti syarat-syarat  seperti berikut:
1         Hendaklah orang-orang munafik itu taubat meminta ampun kepada Allah, segera membuang  perkerti-pekerti yang munafik, menyesal yang amat sangat atas perbuatan-perbuatannya yang telah lalu, dan berazam sungguh-sungguh yang ia tidak akan mengulangi lagi.
2         Hendaklah memperbaiki amalannya, dengan mengerjakan amal yang salih, iaitu kerja kebajikan yang dapat membersihkan dirinya dari kekotoran noda-noda munafik. Hendaklah selalu jujur (benar) dalam tutur katanya dan perbuatan, tulus dan amanah di dalam sebarang kerjanya, setia dan menepati terhadap janji-janjinya, tetap mengerjakan sembahyang dengan perasaan khusyuk dan tawaduk, takut kepada Allah dalam masa sembunyi dan dalam masa terang.
3         Berpegang teguh kepada Allah. Iaitu menjunjung peintah-Nya, berpandukan kitab-Nya, dan mengamalkan ajaran-Nya.
4         Tulus ikhlas mengamalkan agamanya semata-mata kerana Allah. Iaitu beramal dengan amalan yang tidak ada disertakan dengan perasaan riyak atau menunjuk-nunjukkan kepada orang.
Orang-orang yang telah melaksanakan syarat-syarat tersebut, termasuklah dalam golongan orang-orang yang beriman (mukmin), kerana mereka telah beriman sebagaimana orang-orang mukmin dan juga telah beramal sebagaimana orang-orang mukmin. Dan Allah berjanji bakal memberikan kepada orang-orang mukmin (yang telah beriman) itu, upah dan pahala yang sangat besar di akhirat, iaitu syurga.
Ikhlas kepada Kitabullah, ialah percaya dengan sungguh-sungguh bahawa kitab itu ialah Kalamullah, yang tidak serupa dengan kalam makhluk. Allah turunkan kepada Rasul-Nya  untuk menjadi tuntunan kita sekalain. Kita baca dan kita fahami isinya, kita junjung dan kita sucikan, kita perhatikan dengan hati yang khusyuk.
Ikhlas kepada Rasulullah s.a.w., mengakui dengan sungguh risalahnya, percaya pada segala yang dibawanya, taat mengikuti yang diperntahkannya, menjauhi segala yang dilarang nya, Membelanya di waktu hidupnya dan terus sampai wafatnya. Memusuhi orang yang memusuhinya, membela orang yang membelanya, membesarkan haknya, dan memuliakan dia. Hidupkan tarikat dan sunnahnya. Siarkan pengajarannya dan sampaikan serta luaskan syariatnya ke suluruh bumi.
Nafikan segala tuhmat (tuduhan) yang dihadapakan orang kepadanya dengan alasan yang cukup. Pegang teguh-teguh ilmu yang ditinggalkannya. Kerana dia diutus ke dunia untuk menyempurnakan budi pekerti manusia. Tuhan sendiri yang mengajarnya beradab, sabda beginda yang bermaksud: “Tidaklah beriman seorang kamu hingga Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain”. (HR: Bukhari dan Muslim)
Ikhlas kepada imam atau raja-raja dan pemerintah Muslimin, ialah taat kepada mereka di dalam agama, ikut perintahnya, hentikan larangannya. Jangan dilanggar undang-undangnya, jangan dikacau keamanan dalam negeri. Peringati mereka jika mereka salah dengan cara sopan-santun. Beri tahu kelalaian mereka dan hanya yang mengancam negeri lantaran kesalahan mereka. Ajak seluruh muslimin supaya taat kepada pemerintahan itu.
                Berkata Imam Ghazali: “Kerosakan negeri kerana kerosakan raja, kerosakan raja kerana kerosakan ulama, iaitu
ulamaussu” (Ulama Jahat). Kita tidak boleh taat jika pemerintah itu mengajak mengerjakan mungkar, dan tidak boleh diikuti kalau ulama menunjukkan fatwa yang sesat.    

Saturday, March 16, 2013

HIDUP MERUPAKANIBADAT KERANA ALLAH


 (Disiarkan pada 16. 3. 2013)          
Konotasi “hidup” adalah satu fenomena yang mengalami berbagai perubahan pada diri sendiri. Manusia dan binatang atau haiwan dianggap hidup apabila dia bernyawa dan bernafas. Tumbuh-tumbuhan ialah hidup apabila ia tumbuh dan membesar. Api di anggap hidup jika ia menyala memakan kayu dan sebagainya. Dalam semua fenomena alam tersebut memerlukan sesuatu yang mengakibatkannya hidup. Setiap makhluk alam mempunyai sifat-sifat tertentu atau aktiviti-aktiviti mahupun disiplin hidup masing-masing.
Dalam semua makhluk yang hidup Allah bekalkan dengan ‘instinct’ yang membolehkan ia bergerak. Manusia merupakan makhluk Allah yang sangat kompleks disiplin kehidupannya. Ia mempunyai fitrah berfikir yang dibantu oleh akal untuk mentafsir dan memahami sesuatu alam khidupan demi kemanfaatannya dalam pembangunan kehidupan mahupun membina satu disiplin hidup melandaskan budaya “give and take”, atau tolong menolong antara sesama makhluk.
Dalam semua fenomena kehidupan makhluk Allah ia mempunyai satu disiplin atau perjuangan dalam hidup yang tersendiri untuk kemanfaatan diri dan juga kepada makhluk lain. Manusia hidup di alam dunia semestinya mempunyai perjuangan yang amat kompleks sekali disebabkan kehadiran unsur roh pada kehidupannya.
Perjuangan hidup makhluk binatang atau haiwan adalah terdorong untuk kemanfaatan  perutnya. Tetapi manusia hidup untuk berjuang dalam tiga fenomena iaitu untuk jasmaninya; untuk rohaninya dan kerana Allah s.w.t. Perjuangannya ialah berupa ibadat kerana Allah. Manusia mempunyai tiga tugas yang amat berat dalam membangunkan tamadun kehidupan. Tugas pertama ialah demi kebajikan kehidupan alam nyata atau biasa dikenali sebagai jasmani,  yang kedua ialah kehidupan di alam ghaib iaitu kebajikan rohaninya dan ketiga ialah kerana Allah untuk kemanfaatan hidup di akhirat nanti setelah selesai agenda di dunia. 
Allah mengutuskan manusia ke bumi ini untuk melaksanakan ibadat menyembah dan beribadat kerana Allah: (Az-Zariyat 51: 56. Tugas utama atau amanat yang dipertanggugjawab kan kepada manusia ialah menjaga dan memakmurkan alam kehidupan di dunia. Muamalat sebagai khalifah di muka bumi ini ialah melaksanakan perintah Allah dan menjauhi segala larangannya  serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. (Al-Hujerat 13)  
Kebajikan  kehidupan di alam nyata merupakan perjuangan yang amat rumit sekali untuk dilaksanakan kerana manusia berhadapan dengan dua masalah dalam membina tamadun kehidupan. Pertama ialah manusia berhadapan dengan musuh ketatnya iaitu iblis laknatallah yang telah mendapat kebenaran dari Allah sendiri untuk membalas dendam kepada manusia kerana gara-gara manusialah (Adam) maka iblis tidak dapat menikmati hidup yang Allah redai.
Masalah kedua ialah pada diri manusia itu sebagai hamba Allah kerana manusia sememangnya dijadikan sebagai makhluk yang lemah;(Al-Adiyat: 6 – 8). Pada diri manusia itu ia mempunyai keinginan  atau hawa nafsu yang sering melemahankan martabat kemanusiaannya. Tetapi Allah bekalkan satu fitrah kekuatan untuk mengawal nafsu  dari kebebasannya memandu manusia agar tindakannya di atas landasan keredaan Allah, iaitu “akal”. Akal berfungsi sebagai ‘rasul’ dalam diri seorang insan. Jikalau tindakan manusia itu dikuasai oleh akal maka selamatlah manusia tetapi jikalau amalannya bersandarkan kepada kehendak nafsu maka rugilah ia dari dunia hingga akhirat.
Tugas kedua ialah memelihara kebajikan rohani kita sejajar dengan kebajikan jasmani. Adalah sangat dianjurkan oleh Islam supaya memberi keutamaan kepada pejagaan kebajikan rohani kerana kebajikan jasmaninya akan dengan sendirinya terbela. Tetapi jika jasmani diutamakan maka rohaninya akan meranah. Sebagai analogi mengenai muamalat alam kehidupan, jika kita menanam padi tanpa diundang rumput tumbuh subur bersama. Tetapi jikakita tanam rumput jangan mimpi padi akan tumbuh!    
                Tanggungjawab ke tiga ialah melaksanakan amanat Allah iaitu sebagai hamba  dan khalifah-Nya. Tanggungjawab kepada Allah membabitkan empat  perkara asas iaitu  tanggung jawab kepada Allah; tanggungjawab kepada manusia; tanggungjawab kepada alam; dan tanggungjawab kepada diri sendiri.
                Tanggungjawab kepada Allah merupakan kewajipan yang utama. Manusia melaksanakan semua keempat-empat tanggungjawab ini yang merupakan perintah Allah, dengan sempurna dianggap manusia yang bertakwa kepada Allah s.w.t.(Surah al-Hujuratayat 49 : 13). 
                Tanggugjawab kepada manusia berkiblat kepada permurnian disiplin ukhuwah kemanu- siaan yang memelihara keharmonian hidup bermasyarakat. Hidup tanpa sajian dengan kehadiran orang lain ta’ mendatangkan kemanfaatan kepada sesiapa pun. Kehadiran orang lain akan melahirkan perasaan kasih sayang kelak  membentuk fenomena bermasyarakat yang wajar ada pada kehidupan manusia sebagai hamba Allah. Manusia sukar hidup seorangan tanpa orang lain kerana semua ibadah dalam kelangsungan hidup memerlukan kehadiran orang lain.
                Dalam semua bentuk muamalah hidup manusia tidak dapat melakukan sendirian. Ambil misalan seperti mendapatkan sehelai kain baju. Pada mulanya untuk mendapatkan kain kita kena tanam kepas terlebih dahulu yang kepasnya boleh diputar untuk dibuat sebagai benang. Benang itu kita perlukan kepakaran orang lain untuk menenunnya  menjadi sehelai kain.
Sesudah ada kain kita memerlukan kepakaran orang lain untuk membuatnya sehelai kain baju. Apabila kainbaju itu telah siap maka kita memelukan orang lain lagi untuk memasarkannya di pasar umum untuk orang  awam. Maka matarantai perlaksana membuat sehelai kain baju kita memerlukan kepakaran berbagai pihak sebelum kita dapat sehelai baju untuk menutup aurat kita.
Walaupun kemampuan kita dari segi ekonomi ada tetapi tidak ada manfaatnya jika tidak dapat membeli kain baju kerana tidak ada dijual di pasaran umum. Maka itu menempuhi hidup bahagia di alam ini, kehadiran orang lain adalah amat diperlukan. Inilah system hidup yang dkenali sebagai disiplin “give and take”, atau tolong menolong antara satu sama lain demi kebuntuhan berbagai keperluan hiup masing-masing.
                Ukhuwah kemanusian ibarat hubungan tangan kiri dengan tangan kanan. Kesempurnaan perlaksanaan agenda pembangunan terletak kepada kerjasama yang baik antara kedua anggota badan tersebut. Walaupun tangan kanan itu tugasnya lebih mulia berbanding dengan tangan kiri yang hanya tertumpu kepada bidang pembersihan. Kedua-dua anggota badan itu adalah bermanfaat dalam semua urusan.
                Tangan kanan itu tugasnya mulia belaka seperti bersalaman, lelaki atau perempuan, menerima wang dan sebagainya tetapi tangan kiri juga tidak sehina yang difikirkan  kerana tangan kiri sentiasa dihiasi dengan memakai jam tangan yang berjenama tinggi untuk menjaga masa bagi manusia menunaikan solat wajib kerana kerana Allah s.w.t.. Begitu juga perhiasan-perhiasan badan terutama sekali wanita, dengan menghiasi jejari tangan kiri dengan kilauan emas dan intan belian.
                Tanggungjawab terhadap diri sendiri terletak  kepada pemurnian ilmu  sebagai nadi pembangunan umat. Ilmu wajar diperolehi sejak dari buaian hingga ke liang lahad atau yang biasa diunggkapkan sebagai menuntut ilmu seumur hidup (long life learning). Mengilmukan manusia tanggungjawab setiap individu kerana dengan usaha demikian maka kekhalifhan  kita di alam dunia dapat disempurnakan. Dengan kesempurnaan  perlaksanaan tanggungjawab tersebut maka Allah akan membekalkan dana pahala yang menjadi teman hidup kita di alam akhirat nanti. Insyallah!
                Tanggungjawab kepada alam merupakan urutan rangking ketiga dalam sinario kehidu-
pan manusia. Tidak ada makna dalam kehidupan ini tanpa kemurnian serta kebersihan alam. Sudah menjadi fitrah manusia menjaga kebersihan alam kerana kegagalan berbuat demikian mengakibatkan pembangunan kehidupan sukar mematuhi disiplin kesihatan.
                Menjaga kebersihan alam menjadi keutamaan tamadun kehidupan manusia di mana sahaja ia berada. Mengikut kajian pihak Amerika dalam tahun 1979, mengkategorikan keber- sihan alam adalah dalam rangking ketiga selepas khidmat para pakar medik  yang mendapat pertama dan pendidikan tempat yang kedua.
                Alam kehidupan boleh dikategorikan kepada empat: iaitu alam manusia ; alam haiwan; alam tumbuh-tumbuhan; dan alam kerohanian. Manusia diberi tugas sebagai khalifah Allah mempunyai tanggungjawab mengenai keselamatan serta kebersihan pada keempat-empat alam tersebut. Kegagalan manusia memahami tugas sebagai pemakmur alam, mengakibatkan alam berkenaan tidak sesuai untuk wujud di alam dunia.
                Sebelum kita meninjau ciri-ciri keselamatan alam yang lain adalah amat mustahak kita memahami tentang keselamatan dan kebersihan alam manusia sendiri terlebih dahulu. Menjadi Penghulu kepada alam-alam yang lain wajar keadaan alam manusia dalam keadaan yang murni, selamat dan sempurna. 
                Ibadah sebenarnya adalah landasan kehidupan yang diredai Allah s.w.t. maka itu harus dipelihara daripada amalan subahat dan koropsi yang akan menghasilkan produk-produk yang berunsur haram. Kehidupan itu harus dijaga dari sebarang kepincangan  agar ia bebas dari segala kerenah berokrasi yang berkiblat kepada kepentingan diri yang diwarnai oleh budaya tamak dan haloba
Falsafah pengurusan kehidupan harus berpaksi kepada kefahaman bahawa apa yang kita laksanakan Allah reda atau tidak? Manusia wajar mencorakkan disiplin pengerusan dan harus dalam suasana system menang-menang. Agenda yang dilaksanakan mempunyai impak kepada pembangunan masyarakat dan negara agar kerajaan wajar mendapat pulangan serupa dengan apa yang kita perolehi sebagai pemain.
Membelakangi kesucian beragama akan memesongkan manusia dari dunia keadilan. Manusia hidup bermasyarakat dan setiap individu mempunyai peranannya dalam memurnikan kehidupan. Kita perlukan keadilan kepada diri kita sendiri sejajar dengan manusia yang mem- bentuk masyarakat.
Adil pada diri sendiri wajar menjauhi amalan-amalan songsang yang akan mengakibatkan keruntuhan moral serta merosakkan martabat kemanusiaan sebagai hamba Allah.  Pembangunan sosial wajar dalam suasan berhemah agar tidak sampai kepada kemuncak mempertaruhkan maruah diri hingga hilang perkiraan kelak mengakibatkan tergadainya kesucian beragama.
                Akibatnya martabat kemanusiaan sudah dipinggir dunai kehaiwanan. Pembuangan anak yang tidak berdosa berlaku berleluasa. Anak yang terselamat dari keganasan manusia datang mendaftar ke sekolah ingin menuntut ilmu, memberi tahu pendaftar sekolah bahawa dia tidak tahu kepada siapa ia memanggil bapa!
                Kehidupan di dunia haruslah dihiasi dengan ketakwaan kepada Allah s.w.t. agar dapat membetulkan halatuju pembangunan yang dimainkan oleh setiap individu. Untuk mencapai kesempurnaan dalam perlaksanaan pembangunan, harus  berlandaskan kepada keikhlasan dan kejujuran bagi memurnikan satu-satu agenda dalam takwim kehidupan. Walaubagaimanapun untuk memelihara disiplin pengurusan diri  harus  kita kenal dengan disiplin tujuh belas rakaat yang akan membimbing manusia ke arah kesempurnaan hidup yang diredai Allah s.w.t. 
                Tanggungjawab kepada alam tidak kurang pentingnya kerana segalanya apa yang kita perlukan dalam hidup, alam setia membekalnya. Kehadiran tumbuh-tumbuhan di satu-satu
tempat memberikan berbagai kemanfaatan kepada manusia. Kekuasaan Allah dalam mewujud kan tumbuh-tumbuhan  amat luar biasa sehingga pokok-pokok boleh mewujudan sungai untuk membangunan kehidupan manusia.
Maka kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga alam ini agar ia bebas dari pencemaran udara. Kebersihan alam sekitar menjadi tanggungjawab kita bersama. Jagalah keberihan termasuk kebersihan diri, alam tumbuh-tumbuhan serta alam haiwan yang hidup bersama di alam ini. Segala amalan mengenai penjagaannya merupakan ibadat kerana Allah.  

Tuesday, March 5, 2013

MEMBINA DAN MEMBANGUN MANUIA


 (Disiarkanpada 23. 2. 2013)
Membangunkan negara perlu bermuara dari membina masyarakatnya. Dalam erti kata lain membangun merupakan muamalah atau amal ibadat manakala membina ialah mentarbiakan atau mengilmukan manusia supaya menjadi pemain yang mempunyai peribadi yang unggul atau towering personality. Kedatangan agama Islam adalah untuk membina tamadun manusia agar dapat menjadi agen perubahan  kepada pembangunan kehidupan di alam nyata mahupun di alam akhirat.
                Mantan Ketua Pengarah Pendidikan,  Datuk Dr. Wira Abdul Rahman mengatakan bahawa dalam usaha mendidik  atau  mentarbaihkan manusia bermula dengan peringkat rendah, setelah itu beralih kepada peringkat menengah dan seterusnya ke institusi pengajian tinggi di universiti. Disiplin mengilmukan diri megikut peningkatan usianya. Dalam erti kata lain beliau mengungkapkan, system mengilmukan insan pada dasarnya ialah:“Primary is to prepare and secondary is to repair.”
Sekolah rendah merupakan membina insan dengan ilmu sebagai persediaannya ke peringkat menengah di mana anak itu diajar menelusuri pembangunan kehidupan. Pembangunan di situ membawa makna mengenali tentang disiplin kehidupan berlandaskan wahyu Illahi iaitu al-Quranal Karim serta Hadith Rasulullah, Nabi Muhammad s.a.w. 
Membina insan wajar bermuara dari ilmu tauhid sebagai mukadimah dalam mengenali dunia kerohanian di samping mengenal diri sebagai hamba Allah s.w.t. Mentarbiahkan anak untuk mengenali dirinya sebagai hamba Allah akan terbina iman dan takwa dalam hatinya yang akan memupuk diri tentang makna kasih sayang kepada Allah s.w.t..
Ilmu kerohanian menjadi kemestian kepada setiap insan mengetahuinya kerana ia  menjadi pemangkin jiwa mengenali pembangunan dunia seiring dengan pembangunan ukhrowi di samping mengenali unsur-unsur kejadian manusia sebagai hamba Allah. Dengan ilmu kerohanian dapatlah manusia memahami wawasan kehidupan dan membawanya ke dimensi keimanan mengenai matlamat hidup ini.
Membangunkan kerohanian akan dengan sendirinya membawa pembangunan jasmani atau dunia. Tetapi sebaliknya jika keutamaan pembangunan itu kiblatnya kepada keduniaan semata maka manusia akan mengalami kerugian sebab pembangunan rohani tidak akan turut sama terbela.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud (terjemahan): “Dan tidak adalah kehidupan dunia ini kecuali medan permainan dan gurau senda berlaka dan sesungguhnya kampung akhirat  itu kehidupan yang sebenarnya jika mereka mengetahui.” (Al-Ankabut: 64)
Oleh yang demikian, Allah  s.w.t.  sentiasa memberi  peringatan kepada manusia supaya selalu berwaspada dan berhati-hati agar tidak termasuk ke dalam golongan orang-orang yang berpengaruh oleh kehidupan dunia di mana mereka sudah tergoda  dengan syaitan dan menjadikannya penasihat yang paling karib dalam segala urusan hidup.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud (terjemahan): “Wahai manusia sesungguhnya janji Allah itu benar dan janganlah sekali-kali kamu  terpedaya dengan kehidupan dunia ini.” (Fathir: 5)
                Bagi mereka yang terpesona dengan dunia dan terjebak dalam perangkap syaitan, menganggap dunia ini tempat berlakunya sesuatu, dia hidup, dia mati hanya di dunialah yang menentukannya bahkan matlamat hidup dan matinya  adalah dunia, akhirat tiada langsung  dalam perhitungannya seperti firman Allah yang bermaksud (terjemahan):
“Bahawa kehidupan ini tidak lain hanya kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan kita
hidup dan sekali-kali kita tidak  akan dibangkitkan.” (Al-Mukminun: 37).
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud (terjemahan): “Orang yang lebih menyukai kehidupan dunia dari akhirat dan menhalang manusia dari jalan Allah sukakan supaya jalan Allah itu bengkok, mereka itu telah jauh berada di dalam kesesatan.” (Ibrahim: 3)
Allah s.w.t. berfiman yang bermakna (terjemahan): “Sesungguhnya orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dan merasa puas dengan dunia serta tenteram (selesa) dengannya dan orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya di dalam neraka disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan.” (Yunus: 7 – 8).
Dari ayat-ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa dunia ini adalah suatu pentas sandiwara yang menayangkan gambar-gambar hiburan, bersukaria, berfoya-foya, bermain-main dan hanya sebentar sahaja akan berakhir. Segala keindahan dunia yang  mempesonakan ini adalah palsu dan orang yang terpesona dan tergoda dengan godaan tersebut adalah orang-orang yang rugi baik di dunia mahupun di akhirat.
Pengampu-pengampu dunia mengikut apa yang dijelaskan oleh al-Quran itu adalah mempunyai sifat-sifat antara lainnya  seperti membelanjakan harta benda atau sanggup mengorbankan jiwa demi untuk kemegahan dunia dan kepentingan diri di samping memper- mainkan agama atau mempersendakannya  dengan tujuan-tujuan  tertentu serta juga sentiasa berusaha untuk melenyapkan agamaAllah s.w.t. dari muka bumi ini.
Mereka yang semacam ini ditemankan oleh Allah s.w.t. dengan syaitan yang akan menjadi kawan karib dan penasihatnya dalam segala urusan dan tanggungjawab mengindahkan jenayah-jenayah, kejahatan dan kekufuran yang mereka lakukan hingga mana mereka bukan sahaja merasa seronok dan bangga dengan kejahatan tersebut  bahkan juga menganggap bahawa merekalah  orang yang benar dan mendapat hidayah dari Allah s.w.t.. ((Mohd. Ali bin Abu Bakar 2007).
Terbinanya insan yang soleh lalu menelusuri pembangunan kerohanian untuk kemurnian pembangunan kehidupan di alam dunia, merupakan insan cemerlang yang telah membangunkan martabat kemanusiaan. Amanat Allah sebagai khalifah di alam nyata menjadi perjuangan utamanya dalam membangunkan kerukunan beragama.
Hidup secara Islam adalah mempunyai syarat-syarat tertentu yang sentiasa menghubung kan manusia dengan khaliqnya di samping berwaspada dalam melaksanakan rencana. Syrata-syarat tesebut antaranya ialah takwa kepada Tuhan. Di dalam al-Quran kalimat takwa seringkali disebut (lebih kurang 238 – 523 kali).
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya orang yang paling  mulia  di sisi Tuhan ialah orang yang paling bertakwa.”
Bertakwa bererti percaya sepenuhnya, beribadat sepenuhnya,  cinta, harap dan takut  bulat  kepada Tuhan semata-mata. Dengan demikian bermakna kerana Tuhan  untuk Tuhan. Dia tidak takut  kepada apa pun dan tidak mengharapkan  kepada sesiapa pun kecuali hanya kerana Allah s.w.t. semata-mata.
Takwa adalah di antara asas Islam untuk menjamin seseorang itu bagi mencapai  keselamatan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat kerana ianya sebagai tenaga yang dapat membimbing seseorang itu untuk mengenali baik atau buruknya dan manfaat atau mudaratnya sesuatu perkara itu, semuanya adalah dinilai dan diukur dengan pengukuran takwa. 
Syarat kedua yang sentiasa menghubungkan manusia dengan Allah s.w.t. ialah merencana hari esok. Allah s.w.t. menyarankan kepada kita supaya membuat perencanaan dalam hidup ini baik perencanaan untuk menghayati di dunia ini mahupun bagi menghadapi hari akhirat
nanti.
Seorang mukmin itu tidak cukup dengan beramal dan berfikir  untuk hari ini sahaja tetapi dia harus merencanakan hidupnya terhadap usaha  dan amal yang akan dilakukannya  dengan ikhlas, hari esok dalam pengertian jangka pendek ialah terhadap dunia dan dalam jangka panjang  ialah hari akhirat.
Firman Allah yang bermaksud (terjemahan): “Wahai orang yang beriman hendaklah bertakwa kepada Allah dan hendaklah setiap orang itu  memerhatikan apa yang telah dilakukan nya untuk hari esok (akhirat). Dan bertakwalah  kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.” (Al-Hasyr: 18)
Allah menyeruh kepada orang-orang yang beriman supaya  mereka sentiasa  bertakwa kepada Allah, yakni takutkan Allah jangan sampai diseksa  iaitu dengan mematuhi perintah-Nya dan menjauhi tegahan-Nya.  
Dan hendaklah  setiap diri memperhatikan apa yang hendak dibuatnya untuk hari esok. Yakni hendaklah beramal di dunia dengan amalan-amalan yang baik yang akan mendatangkan keuntungan  di akhirat kelak. Kerana setiap amalan  itu akan dipamerkan  di hadapan Allah s.w.t. untuk diperkirakan dan diberi pembalasan. Hari esok yang dimaksudkan di sini ialah hari akhirat atau kiamat , kerana terlalu cepat  dan dekat kedatangannya, seolah-olahnya keesokan hari ia akan muncul.
Syrat ketiga ialah bertakwa menjalankan perancangan. Dalam menjalankan rencana kita tetap bertakwa kepada Tuhan, dengan erti kata lain, kita harus waspada terhadap segala sesuatu yang menghalang atau menyelewing  daripada rencana ini. Hidup di dunia  diibaratkan  suatu jalan yang belum berturap, banyak onak dan duri, banyak batu-batu tajam dan runcing, maka hendaklah berhati-hati  dan berwaspada  dalam perjalanan agar kaki tidak akan luka serta rencana perlaksanaanya tidak terkandas. Kewaspadaan ini ialah dengan memakai takwa iaitu tetap hati kepada Tuhan dengan menjauhkan segala larangannya dan melakukan  segala suruhannya. 
Membina diri dengan ilmu untuk membangunkan tamadun kehidupan merupakan agenda utama dalam kehidupan di dunia dan juga akhirat. Ia merupakan amanat Allah s.w.t. untuk manusia sebagai khalifah-Nya. Memakmurkan alam kehidupan dengan segala makhluk Allah  hidup di dalamnya merupakan satu tanggungjawab yang amat berat. Maka itu setiap insan wajar lengkapkan diri dengan iman dan takwa kepada Allah s.w.t. sebagai perisai dalam menangani hidup demi keredaan Allah s.w.t. kelak dapat mengumpul dana pahala sebagai bekalan hidup seterusnya di akhirat nanti. 
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu  sebelum kamu dihitung (di akhiratt).
Begitu juga ucapan Saidina Omar bin Al-Khatab: “Buatlah perhitungan terhadap dirimu tentang amal kamu kerjakan dan lakukanlah nilai  (timbangan) sebelum kamu dinilai nanti (di akhirat).” Kedua-dua perancangan ini hendaklah dilakukan oleh setiap muslim iaitu  perancangan hidup di dunia dan perancangan untuk hidup di akhirat.
Berdasarkan kenyataan di atas jelaslah kepada kita bahawa hidup di dunia ini manusia sentiasa diuji dan di cuba, makin besar pangkat dan lebih besar darjat kian besar pula ujian yang terpaksa ditempuhinya. Ini kerana Tuhan ingin meyakinkan amalan seseorang  dan kebenaran tauhid kepadanya sejak dari kecil hingga sampai akhir hayat adalah penuh dengan percubaan.
Kita seharusnya menghadapi alunan hidup yang bergolombang ini dengan perlahan-lahan, program dan rencana-rencana tertentu  agar hidup ini akan melahirkan kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat. Pembangunan manusia itu merupakan teka teki kehidupan. Manusia harus mencari jawapannya; kegagalan mendapatkannya mengakibatkan perjalanan menuju akhirat akan menempuhi berbagai masalah. 

KEWAJIPAN MANUSIA SEBAGAI PEMAKMUR ALAM KEHIDUPAN


 (Disiarkan pada 2. 3. 2013)
Allah telah mewujudkan manusia sebagai Khalifah-Nya di muka bumi yang ditentang oleh para malaikat kerana bagi mereka manusia mempunyai kelemahan dalam melaksanakan amanat tersebut. Tetapi kehadiran ilmu kepada manusia yang telah diajar oleh Allah yang mana tidak ada pada para Malaikat, maka mereka tunduk kepada kehendak Allah s.w.t..
Khalifah adalah gelaran ketua agama atau raja yang memerintah negara sebagai pengganti Nabi Muhammad s.a.w. selepas wafatnya.  Sebagai contoh,  Sayidina Abu Bakar menjadi khalifah  yang pertama selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w..  Keistimewaan manusia diwujudkan Allah s.w.t. di muka bumi ini ialah Allah melantiknya sebagai khalifah atau penggantinya di muka bumi ini.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud (terjemahan): “Ingatlah ketika Tuhanmu  berfirman kepada para malaikat. ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata : ‘Apakah Engkau hendak menjadikan  (khalifah) di muka bumi itu  orang yang membuat  kerosakan padanya dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau.’ Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya  Aku lebih  mengetahui dari apa yang kamu tidak  ketahui.’” (Al-Baqarah: 30)
Manusia dilantik sebagai penguasa (Khalifah) di bumi (Al-An’am:165). Di tangan manusia terletek kekuasaan untuk mengatur dan mengendalikan segala isi alam ini (Al-Baqarah: 29). Oleh itu, maju dan mundur, baik dan buruknya keadaan alam ini adalah bergantung kepada manusia. Manusialah yang layak memegang amanah ini yang tidak dapat  ditanggung oleh makhluk-makhluk lain (Al-Ahzab: 72).
Mengapakah makhluk malaikat yang sudah bersedia menanggungjawabkan amanat sebagai khalifah, Allah tidak merestuinya? Allah wujudkan makhluk malaikat hanya untuk melaksanakan satu jenis tugas sahaja iaitu sujud, bertahmit, bertasbih dan memuji Allah sebagai Zat yang maha berkuasa. Ibadatnya hanya kepada Allah s.w.t. Soal pembangunan  kehidupan tidak ada pada malaikat. Mereka tidak ada nafsu dan tugasnya hanya melaksanakan ibadat kepada Allah. Iman para malaikat kepada Allah tidak pernah turun dan sentiasa kuat.
Tanggungjawab manusia terhadap Tuhan tentang  amanat ini bukanlah suatu perkara yang ringan malah ianya haruslah  melaksanakannya  dengan baik dan jujur. Perkara utama tentang kelayakan jawatan khalifah ialah bahawa manusia itu hendaklah mengenali Tuhannya dengan sebenar-benarnya dan beribadat kepadanya dengan sebenar-benar ibadat.
Firman Allah yang bermaksud (terjemahan): “………Allah  amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu dan Allah ilmu-Nya telah meliputi tiap-tiap sesuatu.” (Al-Thalaq: 12)
Mengenali Allah s.w.t. itu ialah tujuan bagi segala kejadian langit dan bumi. Bilamana manusia melalaikan tugas itu, nescaya Allah s.w.t. akan turunkan kepadanya azab yang pedih. Sebaliknya apabila mereka dapat menjalankan segala tugas  dan tanggungjawabnya itu dengan sempurna, nescaya di diberikan Allah s.w.t. penganugerahan yang utama dan mulia. 
Semua kegiatan seorang hamba Allah sama ada yang berupa ibadat  terhadap Illahi atau pun yang berupa muamalat terhadapa sesama manusia, semuanya itu hendaklah dilakukan dalam rangka persembahannya kepada Allah s.w.t. dengan niat hendak mencapai keredaan Allah semata-mata. Inilah tujuan hakiki dari hidup ini iaitu keredaan Allah s.w.t., keredaan Illahi yang memungkinkan tercapainya hidup yang sebenar-benarnya.
Manusia semuanya telah bersumpah dan berjanji kepada Allah s.w.t. serta mengakui bahawa Allah adalah  Tuhan yang perlu disembah dan Dialah  yang mengatur seluruh makhluk lain yang ada di alam nyata dan di alam ghaib.
Allah s.w.t. menyatakan bahawa manusia telah mengakui keesaan-Nya dan berjanji untuk
berbakti dan beribadat kepada-Nya di alam arwah. Maka setiap perjanjian itu perlu menempuhi  neraca ujian, apakah iman itu benar atau palsu, sadurankah atau sejati (waja), ianya ibarat emas yang mesti diuji  terlebih dahulu, apakah tulin  atau tidak. Setelah diuji  barulah ianya bernilai baik atau tidak, tinggi atau rendahnya mutu emas itu.
Begitu juga iman  belum boleh dikatakan seorang itu  baik dan beriman kerana kedudu- kan iman seseorang itu berbagai rupa menurut kesangupan menguasai iman masing-masing. Iman yang tidak disertakan dengan taat dan perjanjian yang tidak disertakan dengan pengorbanan adalah dikira palsu  dan tidak boleh dipercayai. Oleh itu taat dalam menjunjung perintah Allah s.w.t. serta dibuktikan dengan pengorbanan suci untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t. dikira  sebagai tanda  bahawa seseorang  itu telah pun benar-benar beriman dan percaya kepada keesahan Allah s.w.t..
Dunia yang kita diami sekarang ini merupakan tempat ujian, tempat percubaan, tempat persaingan, pentas drama untuk manusia berlakon dan memainkan peranan penting sekali dalam menentukan nasib hidupnya di masa akan datang iaitu di alam akhirat. Seandainya manusia dapat menghadapi segala cubaan-cubaan dan rintangan-rintangan serta ranjau-ranjau dalam perjalanan hidup, maka berjayalah mereka  di dalam hidupnya dan dapatlah dia mempertahankan keperi- badian sebagai manusia yang sebenar-benarnya.
Untuk memberi kemampuan diri menghadapi perjuangan dalam hidup maka manusia dilengkapkan dengan lima perkara antaranya: agama, akal, jiwa, harta dan keturunan. Barang siapa yang dapat menjaga kelima-lima perkara ini, maka bahagialah hidupnya  dan terjaminlah keperibadiannya sebagai manusia.
Dalam muamalat hidup demi menjaga lima perkara tersebut seorang manusia mesti hidup pada masa dan zamannya dari segi  pemikiran, sikap, nilai-nilai, perilaku dan pandangan hidup; dalam segi kemenangan dan kekalahannya  di medan persaingan. Ia mesti ikut berkecimpung  dan menerujunkan diri dalam aktiviti  masyarakat. Bergerak, melangkah  dan berfikir seperti mereka. Ia tidak boleh hidup di dalam keterasingan dengan kenangan, pemikiran, gambaran, adat kebiasaan, nilai-nilai, syi’ar-syi’ar, keyakinan dan kepercayaan di masa lampau yang boleh jadi sesuai untuk suatu ketika di masa  dahulu dan sudah tidak sesuai lagi di masa kini.
Adalah menjadi kewajipan manusia memahami keadaan semasa dalam menelusuri kehidupan. Unsur pertama yang terpenting bagi mencapai makna kemodenan yang sebenar adalah wajib memahami keadaan “zaman” yang sedang kita tempuh sekarang ini secara terperinci, benar dan mendalam. Kerana, jika kita tidak mengerti dan tidak mengenal “wajah zaman” kini dengan sebenar dan mendalam, maka akan mengakibatkan terjadinya perkara yang sangat buruk.
Sebagai contoh, seorang pakar perubatan  yang mencadangkan ubat yang mahal untuk seorang pesakit, namun dia tidak melakukan pemeriksaan dan ‘diagnose’ yang teliti dan benar kepada pesakitnya terlebih dahulu. Boleh jadi ubat tersebut boleh menambah buruk  keadaan si pesakit atau juga menyebabkan kematiannya.
Setiap insan mempunyai hak hidup. Allah, Tuhan sekalian alam  telah mengurniakan hidup bagi setiap insan. Maka hak ini tidak boleh dicabar kecuali dalam kebenaran. Hidup itu juga hak kemasyarakatan. Firman Allah yang bermaksud (terjemahan): “Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan mematikan, dan Kamilah  yang kekal memiliki segala-galanya. (Al-Hijr: 15:23)
Maka itu memelihara kerehatan dan kesihatan tubuh badan hendaklah dikawal dengan baik, sebab manusia berfungsi sebagai khalifah di dunia ini untuk memakmurkan bumi yang luas terbentang ini memerlukan tenaga fikiran yang sihat. Setiap kegiatan yang diniatkan untuk
pembangunan hidup bagi mencapai keredaan Allah, semuanya dikira amal salih mengikut istilah Islam.
  Dalam melaksanakan ibadat kerana Allah atau dalam urusan muamalat kekhalifahan kita di dunia ini kita memerlukan akal dalam segala urusan. Akal adalah satu tabi’at semula jadi  dalam kejadian manusia, yang merupakan salah satu gejala daripada haqiqat kemanusiaan. Tidak sesiapa pun menafikan wujudnya gejala ini dalam kehidupan manusia melainkan mereka telah dikeluarkan dari golongan manusia. Gejala ini memboktikan adanya  suatu alat anggota yang dapat melahirkan tugas berakal dan berfikir, seperti juga anggota lain  yang terdapat dalam diri manusia.
Prinsip Islam yang paling pokok iaitu prinsip akal menjadi asas agama. Agama mempunyai dua sudut iaitu  sudut permulaan sebagai sumber dan punca, kedua  sudut akhiran sebagai daya atau kuasa penerima. Sudut pertama tadi  ialah wahyu, kerana agama yang sebenar ialah agama yang datang dari Allah melalui wahyu yang disampaikan kepada para Rasul dan Utusan, sebagai penghubung antara Allah dan manusia. Adapun sudut kedua ialah “akal”, kerana manusia memang dituntut  oleh agama agar membentangkan prinsip pegangan kepada akal supaya dapat membezakan antara agama yang benar dan agama yang sesat.
Dengan akal manusia dapat membezakan antara agama yang haq dari agama yang sesat, dapat membandingkan antara kebenaran dan kesesatan yang pada hakikatnya tidak boleh  dikom- promikan. Bahkan dengan penggunaan akal dapat meyakinkan  keadilan Allah, kerana menurut Islam atas asas keadilan inilah  diletakkan “Taklif – atau tanggungjawab agama” kepada manusia.
Berdasarkan kepada hakikat ini  maka sekiranya akal dapat mengetahui kebenaran Da’wah Islam yang disampaikan kepadanya tetapi ia tidak mahu menerima dan mengikutinya tanpa ada sesuatu halangan pun maka ia adalah bertanggungjawab di atas keingkarannya. Sewajarnyalah ia menerima balasan ‘azab dan seksaan melalui keadilan, tetapi jika masih terasa jelas  dan masih samar-samar sekalipun telah habis tenaga dan usahanya  bagi mendapatkan kebenaran maka beliau dianggap dalam keringanan. (Md Sulaiman Haji Yasin 1982).
Akal biasanya diertikan dengan fikir atau fikiran. Manusia berakal boleh berfikir dan memahami sesuatu fenomena. Menurut etimology  Arab, akal bermakna mengikat atau menahan dan membezakan. Dalam kontek ini manusia menghubungkan bahawa akal merupakan tenaga dan menahan diri makhluk yang memilikinya daripada melakukan perbuatan buruk atau jahat.
Umumnya akal diertikan  sebagai alat untuk berfikir, menimbang buruk baiknya atau merasakan segala perubahan, keadaan, sehingga dapat mengambil iktibar daripadanya. Setengah orang mentafsirkan akal sebagai nur (cahaya) yang dibebaskan Allah pada hati manusia dan aliran tenaga nur ini bersambung hingga ke otak. (HAMFAL 1998)
Zaman kita sekarang ini mempunyai karakteristik tersendiri yang berbeza dari masa –masa terdahulu dan kita  wajib mengenal dan memahaminya dengan mendalam, baik unsur positif dan negatifnya. Abad ini adalah abad Sains dan Teknologi; Kebebasan, Pemeliharaan Hak-hak Manusia sejagat dan masa Kemerdekaan Bangsa-bangsa di dunia; Zaman serba cepat, canggih dan perkembangan yang luar biasa. Masa Perpaduan  dan Penyatuan Kekuatan; Period Perancangan Taktik dan strategik bukan zaman ‘asal jadi’ atau pun menyerah diri dengan keadaan. Inilah zaman yang dipersiapkan sepenuhnya untuk menyongsong cabaran masa hadapan  dan tidak hanya puas dengan kejayaan yang diraih pada masa kini ataupun keberhasilan yang telah lampu.
Perkara-perkara tersebut adalah merupakan segi-segi positif. Namun, abad kita ini bukanlah sunyi daripada kekurangan dan segi-segi negatif, sebagai salah satu Sunnah Allah ke
atas alam  raya ini, iaitu adanya kebaikan dan keburukan, manfaat dan muderat, kegembiraan dan kesedihan, kepedihan dan kenikmatan.
Pada zaman ini kebendaan duniawi dan  manfaat karier menguasai hidup manusia. Orang-orang yang hidup di zaman moden ini cendrung sentiasa mengikuti ajakan dan dorongan hawa nafsu, pencemaran berlaku di setiap sudut kehidupan insan. (Yusuf Al-Qardhawi 1996). Potensi ilmu dapat menempatkan manusia di istana kemuliaan jika ia digunakan berlandaskan kepada kesyukuran terhadap yang Maha Pencipta.
Jika manusia menggunakan akan fikirannya dengan baik, dia akan selamat dan memperolehi kemenangan tetapi sebaliknya jika akan fikiran tadi digunakan berdasarkan kehendak hawa nafsunya maka akan celaka dan merugikannya.