Saturday, October 26, 2013

TUJUAN JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG DALAM BERIBADAH

 (Disiarkan pada 26. 10. 2013)
Pembangunan tamadun manusia terletak kepada dua sifat fenomen kehidupan iaitu pembangu nan jangka pendik dan pembangunan jangka panjang. Kedua-dua fenomen tersebut wujud disebabkan keadaan hidup manusia adalah dalam dua unsur iaitu alam jasmani dan alam rohani. Maka itu yang dimaksudkan dengan jangka pendik  ialah pembangunan alam dunia dan jangka panjang ialah pembangunan rohani atau akhirat.
               Pada hakikatnya pembangunan kedua-dua alam, iaitu dunia dan akhirat bersandarkan kepada pembangunan rohani atau akhirat kerana tujuan hidup itu adalah kemanfaatan hidup di alam akhirat sebagai matlamat perjuangan hidup sebenar. Allah wujudkan makhluk manusia bersama dengan roh-Nya maka itu manusia mempunyai tanggungjawab utama sebagai khalifah Allah s.w.t. untuk memakmurkan alam kehidupan di alam dunia. Tanggungjawab demikian merupakan serampang dua mata. Iaitu sebagai pemakmur alam kehidupan yang bersifat jangka pendik dan yang kedua ialah memperolehi pahala dari Allah s.w.t. demi kemanfaatan pembangunan rohani, sebagai jangka panjang.
               Pembangunan kehidupan dunia disifatkan sebagai tujuan jangka pendik kerana masanya sebatas usia individu berkenaan. Walaubagaimana pun kewujudan pembangunan dunia yang bersifat amal jariah merupakan satu jenama kepada manusia demi mengekalkan hubungannya dengan aktiviti dunia setelah ia perpindah ke alam akhirat atau setelah ia meninggal dunia.
               Agama menyatakan bahawa setelah roh berpisah dengan jasadnya maka jasad itu tidak bertahan lama dan akan kembali kepada asalnya tanah dan rohnya akan meneruskan misinya untuk bertemu dengan Allah di akhirat (syurga) iaitu Zat yang menciptanya. Setelah ajal menjemput nyawa hubungan manusia dengan alam dunia telah terputus sama sekali kecuali tiga perkara iaitu mempunyai anak yang salih, amal jariah yang telah ditinggalkan, dan ilmu yang telah dimanfaatkan semasa hidup di dunia.  
               Anak yang salih memimpin masyarakat mengembangkan tauhid tentang keesahan Allah s.w.t.. Ia sentiasa mengagamakan masyarakat serta memakmurkan mesjid demi mengembangkan pembangunan rohani. Anak yang salih merupakan pengembang dan pemurni disiplin sejarah kehidupan manusia di dunia yang telah ditetapkan Allah yang dikenali sebagai khalifah-Nya. Maka usaha yang murni demikian, masyarakat akan sentiasa mengenang jasa baik bapanya  kerana membina anak di landasan ketauhidan Islam yang diredai Allah s.w.t.
               Amal jariah seperti mendirikan mesjid dan surau untuk tempat masyarakat Islam melaksanakan sembahyang berjemaah setiap kali solat lima waktu. Rumah Allah ini jua boleh dijadikan tempat bermusawara membina ukhuwah Islamiah demi membangunkan ummah. Usaha seorang anak dengan membina rumah Allah akan sentiasa mengenangkan khidmat seorang bapa yang telah memimpin anaknya menjadi pemimpin agama yang unggul.
               Memanfaatkan ilmu semasa hidup di dunia dapat direalisasikan dengan melaksanakan dakwah Islamiah melalui penulisannya. Karya yang diterbitnya amat tinggi nilainya kerana ia akan diguna orang walaupun penulisnya sudah tidak ada lagi di dunia. Penulisnya sentiasa harum namanya di kalangan pembanca yang citakan ilmu. Ilmu yang digunapakai dalam mengembangkan Islam sebagai cara hidup sentiasa mendapat santunan masyarakat dunia.     
               Maka itu segala amal ibadah yang kita laksanakan wajar bertujuan kerana Allah. Dalam erti kata lain perlaksanaan ibadah dalam menangani kehidupan wajar mendapat keredaan dari Allah s.w.t.. Maka itu kita telah melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
               Melaksanakan perintah-Nya bermaksud kita telah menjalankan khidmat sebagai khalifah Allah di muka bumi ini iaitu memakmurkan alam kehidupan. Islam adalah agama Allah yang melakarkan cara hidup yang disediakan Allah s.w.t.. Firman Allah dalam surah  Al-Maaidah ayat 5:3 yang bermaksud (terjemahan):
               “Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu  nikmat-Ku dan telah Ku redai Islam itu  jadi agama mu”.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan Allah menerima wahyu dari Allah s.w.t. melalui malaikat Jibril selama 23 tahun. Dokumen wahyu tersebut ialah al-Quran yang mengandungi firman Allah sebanyak lebih kurang 6,666 ayat. Dokumen tersebut merupakan cara hidup manusia atau addin. Ia menjadi pegangan hidup untuk mencapai kesempurnaan hidup di alam dunia sebagai persediaan hidup di akhirat kelak. Dalam erti kata lain Islam (wahyu) itu adalah ciri-ciri kehidupan yang diredai Allah s.w.t..
               Firman Allah dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 3:103 yang bermaksud (terjemahan):
               “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan kamu bercerai-berai dan ingatlah  akan nikmat Allah (yang diberikan-Nya) kepada mu, ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya  hatimu, sehingga  kamu jadi bersaudara dengan nikmat-Nya  dan adalah kamu di atas pinggir lobang neraka lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah  menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, mudah-mudahan kamu menerima petunjuk”.
               Dalam pencaturan hidup yang berhubung dengan mu’amalah sama ada dalam hubungan perdagangan mahupun pemburuhan yang terlalu mementingkan kepada sumber rezeki, seringkali menimbulkan persengkitaan antara sesama akan tetapi apabila kita kembali berpegang teguh kepada tali Allah (agama Allah), maka kita mengetahui bahawa kerana hal yang demikianlah maka diangkatnya para utusan Allah.
               Islam bukanlah merupakan ikatan yang hanya menghimpunkan jumlah manusia sahaja tetapi juga menghimpunkan segala kebenaran yang menetapkan berbagai hubungan yang baik antara manusia dengan Tuhan yang Maha Pencipta  dan juga antara sesama manusia.
               Manusia tidak dapat hidup berdikari tanpa tunjang menunjang antara satu sama lain. Ukhuwah kemanusiaan amat penting dihidupkan dalam suasana bermasyarakat. Wujudnya ukhuwah kemanusiaan akan lahir perasaan kasih sayang yang akan mengikat kesetiakawanan sosial kelak membina tamadun kehidupan yang mampan.
               Istiqamah dalam menghidupkan ukhuwah kemanusian merupakan landasan pembangu nan yang sentiasa diredai Allah s.w.t.. Faktor demikianlah  akan membuahkan ibadah yang bersifat jangka panjang. Islam merupakan agama persaudaraan maka itu akan menelurkan disiplin pembangunan yang pasti menjanjikan kebahagian hidup di dunia dan juga di akhirat.
               Pembangunan yang dimurnikan dengan ciri-ciri Islam sebagai cara hidup ditegakkan dengan ibadah sembahyang. Sembahyang dari segi bahasa ialah “doa kepada kebaikan” iaitu doa untuk menghampiri diri kepada Allah; dengan memohon ampun ke atas sesuatu dosa atau mensyukuri sesuatu nikmat atau mendirikan sesuatu kewajipan ibadat. Sembahyang adalah tujuan jangka panjang kerana hasilnya adalah mendapat jaminan kebahagian hidup di akirat kelak.
               Sembahyang juga menyatakan  taat dan kehendak kepada  Allah melalui perkataan dan perbuatan. Sesungguhnya Allah mewajibkan sembahyang ke atas hamba-Nya  untuk Allah mengingatkan mereka bahawa mereka mempunyai kewajipan dan supaya mereka bergantung kepada sembahyang itu bagi meringankan apa-apa kesusahan dan bencana hidup yang mereka tempuhi. Makna sembahyang juga ialah memuji Allah yang patut dibuat oleh makhluk kepada-Nya.
 Sembahyang, bersifat tujuan jangka panjang kerana masyarakat manusia memerlukan rohani untuk mengangkat jiwa seseorang kepada suatu tingkat tertinggi, iaitu  perasaan takutkan dirinya dari terpengaruh dengan kebendaan dan kepentingan diri yang akan
membawa kepada kerosakan di bumi kelak akan menjauhkannya daripada pahala Allah s.w.t.. Sedangkan sembahyang  memberikan masyarakat  manusia kekuatan rohani yang diperlukan
untuk memperbaiki diri.
Dilihat dari sudut jiwa, apabila seseorang tidak mempunyai hubungan rohani dengan Tuhannya, maka akan lahirlah tanda liar serta mempunyai perasaan tidak puas terhadap sesuatu. Ada kemungkinan ia mengatakan bahawa tingkah laku liarnya itu disebabkan oleh dia tidak bernasib baik dalam sesuatu permainan dan dengan demikian dia akan meneruskan tindakan liarnya dengan menjadi  pemabuk.
Orang seperti itu akan menghabiskan masa hidupnya  dalam keadaan demikian dan sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan tidak tenteram. Sedangkan sembahyang membolehkan seseorang itu memohon dari Tuhannya apa jua perkara yang dikehendakinya. Ia tidak akan merasa putus asa dan sembahyang juga akan mendorongkan seseorang memohon pertolongan hanya kepada Allah sahaja. Sesungguhnya seseorang manusia yang berpegang kepada tali Allah tidak akan sekali-kali berputus asa. Dia akan tabah menghadapi apa jua masalah yang rumit ataupun mungkin merbahaya.
Seseoran yang bersembahyang dan merasa gerun apabila berhadapan dengan Allah sebanyak 5 kali sehari semalam, sudah tentu tertanam imannya kepada Allah. Oleh itu imannya kepada Allah menjadi kuat . Dia dapat menahan dirinya dari keinginan nafsu serta menjauhkan dirinya daripada kejahatan dan kemungkaran. Allah berfirman dalam surah Ankabut ayat 45 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan dirikanla sembahyang. Sesungguhnya sembahyag itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (sembahyang) adalah lebih besar. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Dalam ayat ini Allah menyeruh umat Islam mendirikan sembahyang. Mendirikan sesuatu bermakna membuatnya dengan cara yang sempurna, iaitu  khusyuk yang sebenar kepada-Nya iaitu khusuk yang menghalang seseorang dari melakukan perkara keji dan mungkar.
Apabila sembahyang tidak merangkumi pengertian seperti ini, maka orang yang bersembahyang itu tidak boleh dikatakan mendirikan sembahyang malah ia memusnahkan nya. Oleh yang demikian sembahyang  bukanlah setakat berdiri, rukuk, sujud, dan membaca ayat-ayat sahaja yang sememangnya mudah dibuat oleh setiap orang tetapi ia mestilah turut khusyuk.
Sesungguhnya Allah memberi amaran  kepada mereka yang bersembahang dengan bentuk-bentuk yang lahir sahaja iaitu membuat gerakan dan membaca tetapi lali tentang makna ibadat. Firman Allah dalam surah  Al-Ma’un ayat 4 – 5
“Kecelakaan bagi orang-orang yang bersembahyang di mana mereka itu lalai dari sembahyangnya.”
Celakalah sungguh dan akan diseksa di dalam neraka Wail, orang yang melakukan kewajipan sembahyang lima waktu. Misalnya; meringan-ringankan, lali, cuai, sehingga luput waktunya dan tidak sempurna syarat rukunnya.
Dari sini jelaslah bahawa hubungan roh  kemanusiaan dengan Tuhannya  biarpun hanya dalam masa yang singkat pada setiap hari, merupakan keperluan-keperluan yang diingini  oleh manusia. Dengan sebab itulah Allah mewajibkan sembahyang kerana ianya tujuan jangka panjang iaitu akan diadili di akhirat kelak.  
Al-Quran menyuruh orang-orang yang beriman supaya menunaikan sembahyang. Allah berfirman dalam al-Quran  surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud (terjemahan):
“Maka dirikanlah sembahyang itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Muddaththir ayat 42 – 44 yang menceritakan
keadaan penghuni-penghuni neraka ketika mereka ditanya tentang sebab-sebab penyeksaan
mereka.
“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab: Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan sembahyang, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin.”
Al-Quran tidak menyatakan secara terperinci tentang cara-cara sembayang. Walau bagaimanapun ia diperincikan oleh Nabi s.a.w. kerana baginda pernah bersabda kepada sahabat-saabatnya yang bermaksud:

“Bersembahyanglah sepertimana kamu melihat aku sembayang.”

Saturday, October 12, 2013

SANDARAN PRATIKAL DALAM BERIBADAH

 (Disiarkan pada 12. 10. 2013)
Islam mengakui tauhid yang mutlak, zat dan sifat Allah serta mengarah semata-mata kepada-Nya di dalam beribadat. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 163 yang ber- maksud (terjemahan): “Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang”.
               Tauhid ialah kaedah pertama dalam Islam di mana hati orang-orang wajib beriman. Ia adalah sandaran pratikal dalam beribadah. Kalimah Allah ialah nama yang disebutkan kepada “Pencipta”.
               Syahadat orang-orang Islam “La ilaha illah” ialah pengiktirafan dengan lidah serta hati mempercayai dengan pengetahuan dan keyakinan bahawa tidak ada yang disembah melainkan Allah. Syahadat seperti ini ialah syahadat dengan kewujudan Allah dan dengan keesaan-Nya.
               Sunnah Allah menetapkan bahawa akidah mempunyai kuasa ke atas gerakan badan. Apa jua amalan sama ada baik atau buruk adalah merujuk kepada rosak atau tidak-Nya sesuatu akidah itu.
               Tauhid dalam Islam tidak mempunyai keraguan. Tauhid itu keluar dari hati dan diikuti dengan semua sifat mulia. Kalimah tauhid menamakan kepercayaan kepada orang yang mengatakannya bahawa tidak ada yang disembah, tidak ada yang menghidup, tidak ada yang mematikan, tidak ada yang memberi reziki dan tidak ada yang memberi manfaat kecuali Allah s.w.t.
               Orang-orang mukmin mempunyai kebenaran dalam akidah tauhidmya. Tidak ada seorang pun yang menguasainya. Dan mendapati bahawa apa yang berlaku  ke atas alam akibat  tunduk kepada raja-raja dan pembesar-pembesar yang zalim adalah disebabkan oleh kejahilan mereka tentang Pemberi kesan tertinggi serta akidah mereka tunduk kepada kekuatan mereka yang waham, yang menunjukkan kepada mereka bahawa pemimpin mereka dari satu kumpulan adalah lebih baik dari kumpulan mereka sendiri. Dengan inilah Al-Quran menegah mereka dari meminta tolong selain daripada Allah.
               Firman Allah dalam surah Al-A’raf:194 yang bermaksud (terjemahan):
               “Sesungguhnya  berhala-berhala yang kamu seru selain Allah itu adalah makhluk (yang lemah) yang serupa juga dengan kamu, kerana itu serulah berhala-berhala itu supaya diperkenankan  permintaanmu, jika kamu memang orang-orang yang benar (dalam keperca- yaan mereka)”  
               Orang-orang mukmin dapat mengambil faedah dari tauhid iaitu bersifat dengan sifat berani dan tidak takut mati; sebab yang memiliki mati hanya Allah sahaja. Adanya sifat ini akan mengangkat diri ke darjat kemuliaan. Ia sanggup mati syahid pada jalan Allah. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali Imran ayat 145 yang bermaksud (terjemahan):
               “Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, (Allah menetapkan) ketetapan yang tertentu waktunya”.
               Islam agama yang sesuai dengan lojik dan akal. Ia tidak menyeruh penganutnya mempercayai sesuatu kecuali setelah ditunjukkan kebenaran yang dapat diterima oleh akal. Ia juga tidak menentang akidah yang lain kecuali setelah dinyatakan yang akidah itu salah.
               Mempercayai berbilang-bilang Tuhan umpamanya, menjadikan  manusia sebagai hamba Tuhan-tuhan itu. Jadi dengan demikian manusia bertanggungjawab untuk mendapat kan keredaan dari Tuhan-tuhan tersebut. Bagi mencapai tujuan ini mereka hendaklah mengadakan persediaan-persediaan seperti memberi hadiah-hadiah, nazar-nazar dan korban-korban untuk Tuhan-tuhan itu. Dalam hubungan ini Allah berfirman kepada orang-orang musyrikin seperti dalam surah Yunus ayat 39 – 40 yang bermaksud (terjemahan):
               “Manakah yang lebih baik, Tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah yang maha Esa lagi Maha Perkasa? Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya
(menyembah)nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat itu. Allah tidak menurun kan suatu keterangan pun  tentang nama-nama itu. Keputusan itu  hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintah agar kamu tidak menyembah selain Dia”.
               Al-Quran menyatakan perbezaan besar antara menyembah Tuhan yang satu yang semua perkara  tunduk kepada hukumnya; di samping menyatakan ringannya pengorbanan manusia mengikut ajaran tauhid. Tauhid juga menyatupadukan manusia, di samping mengha- puskan perbezaan yang berlaku akibat perbezaan akidah. Kemudian Al-Quran berpindah kepada berhujah dengan orang-orang musyrikin dengan katanya yang bermaksud: bagaimana kamu boleh menyembah tuhan-tuhan yang kamu sendiri buat dan kamu atau bapa-bapa kamu  yang memberi tuhan-tuhan itu?
               Sesiapa yang meneliti rahsia alam, mengetahui peraturan, ciptaan yang halus dan kesatuan maksud bagi semua juzuk alam, maka tidak dapat tidak ia akan beriman dengan keEsaan Allah dan akan jelas baginya  ketinggian ayat Al-Quran yang mengakui hakikat ini.
               Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 21 – 22 yang bermaksud (terjemahan): “Apakah mereka mengambil Tuhan-tuhan dari bumi yang dapat menghidupkan (orang-orang mati?). Sekiranya ada di langit dan di bumi  Tuhan selain Allah, tentulah kedua-duanya itu telah rosak binasa”.
               Allah mencela perbuatan orang-orang musyrik yang mengambil beberapa banyak Tuhan di muka bumi ini, untuk dijadikan Tuhan yang disembah, iaitu dengan mengambil bermacam-macam berhala dan patung daripada batu, emas, perak dan lain-lain benda lagi untuk dipujanya. Apakah berhala dan patung  yang mereka jadikan Tuhan itu dapat meng- hidupkan orang yang sudah mati? Jawapannya, berhala yang begitu hina keadaannya masakan dapat menghidupkan orang yang mati dan membangkitkan mereka dari kubur masing-masing. Sifat ketuhanan mestilah dapat menghidupkan orang yang sudah mati. Kalau tidak dapat menghidupkan  orang yang sudah mati, maka tidak layak untuk menjadi Tuhan.
               Allah telah membuat dalil yang bersandarkan hukum akal mengenai Tuhan, dan menolak  tentang  adanya Tuhan selain Allah. Iaitu, sekiranya  di langit dan di bumi ini ada Tuhan yang lain lagi yang memerintah selain Allah, nescaya kedua-duanya akan binasa berserta dengan penduduk langit dan bumi tersebut. Kerana sekiranya ada dua Tuhan yang memerintah di langit dan di bumi, pastilah akan berlaku dua kemungkinan.
1.       Mungkin kedua-duanya  berselisih
2.       Mungkin pula kedua-duanya sepakat.
Kalau  ada dua Tuhan  yang memerintah di langit dan  di bumi  sedangkan  kedua-dua
nya pula berselisih pendapat dan masing-masing hendak melakukan tindakan yang belainan, bererti kedua-duanya saling bertentangan dan akan berlawan. Sebab, kalau yang satu hendak mengadakan sesuatu benda sedangkan yang lain tidak mahu mengadakannya lalu kedua-duanya berselisih, maka benda yang hendak diadakan itu tidak akan wujud. Akibatnya kedua-dua Tuhan itu akan merosakkan perjalanan alam. Hal ini tidak dapat diterima oleh akal yang sihat. Kerana alam sudah pun wujud dan berjalan dengan teratur serta dalam keadaan yang baik.
               Dan kalau kedua-dua Tuhan itu pula sependapat dan sepakat, hal ini juga tidak di terima oleh akal; kerana kalau kedua-duanya hendaka mengadakan sesuatu benda, bererti makluk yang dijadikan itu lahir daripada hasil kerjasama mereka. Adapun hasil kerjasama dari dua orang yang sepakat dan bersatu, adalah dianggap sebagai suatu kelemahan andainya mereka nanti berpisah. Sebab kalau mereka berpisah, masing-masing tidak dapat berdiri di atas kakinya sendiri, malahan masing-masing saling berhajat kepada yang lain. Bukanlah layaknya Tuhan itu bersifat lemah dan berhajat pula kepada yang lain.
               Oleh kerana bukti tentang pengatur langit  dan bumi itu tak dapat tidak mestilah satu, maka nyatalah yang bersifat esa dan satu itu hanyalah Allah. Maha Suci Allah, Tuhan yang
kekuasaan-Nya meliputi seluruh, termasuklah Arasy pusat tempat mentadbirkan perjalanan alam ini, dan Maha Suci Allah daripada disifatkan oleh orang-orang musyrik bahawa Dia mempunyai anak atau isteri, iaitu sifat yang sama sekali tidak layak bagi-Nya.
               Al-Quran bukan sahaja setakat menyatakan akan berlaku kerosakan sekiranya ada Tuhan yang berbilang-bilang, malah ia juga menggambar setengah-setengah tanda kerosakan dengan menggunakan gambaran tinggi yang meyakinkan. Firman Allah dalam surah Al-Mu’minum ayat 91 yang bermaksud (terjemahan):
               “ Allah sekali-kali tidak mempunyai anak dan sekali-kali tidak ada Tuhan (yang lain) berserta-Nya. Kalau ada Tuhan berserta-Nya, tentulah masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang dicipta-Nya dan tentulah sebahagian dari Tuhan-tuhan itu akan menyalahkan sebahagian yang lain. Maha Suci Allah dan apa yang mereka sifatkan itu”.
               Menyekutukan Allah kerap juga disebut mensyirikkan Allah. Syirik ialah melakukan ibadat  kepada selain dari Allah, sama ada kepada berhala, pokok, binatang, kubur, planet, kekuatan alam semulajadi, menyembah manusia ataupun mempecayai bahawa Allah mempunyai pembantu atau anak.
               Islam telah menjelaskan kebatilan syirik. Firman Allah dalam Al-Quran Surah An-Nisa ayat 116 yang bermaksud (terjemahan):
“ Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang mensyikirikkan-Nya, dan Allah mengampun dosa selain dari itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan sesiapa yang mensyirikkan Allah sesungguhnya dia telah sesat dengan sesat yang jauh”.
Oleh kerana syirik merupakan hasil dari kejahilan dan waham, ia membawa banyak keburukan kepada masyarakat manusia yang mana keburukan-keburukan seperti itu  tidak dibawa oleh akidah-akidah lain. Kita dapati di samping ia bercanggah dengan akal dan lojik maka ia menjadikan akal bersedia menerima setiap benda waham, khurafat dan dongeng yang melemahkan orang itu sendiri serta menghalang kemajuannya.
Kerapkali syirik mencampurkan ajaran-ajaran ketuhanan yang tinggi yang berbeza-beza dan menyelewingkannya dari hakikat yang sebenar, sebab ianya sengaja diputarbelitkan oleh pendukung syirik.
Islam memerangi syirik dengan tujuan membebaskan diri manusia dari menjadi hamba kepada mana-mana makhluk di bumi. Serangan Islam ke atas syirik bukan setakat membawa dalil akli untuk menunjukkan keEsahan Allah; tetapi juga menghapuskan kesamar-samaran serta membanyakkan hujah-hujah akliyah dan saintifik; dengan berbagai ibarat serta men- datangkan misal-misal.
Allah berfirman dalam al-Quran surah Al-ikhlas ayat 1 – 4 yang bermaksud (terjemahan):
“Katakanlah: Dialah Allah yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia”.
Allah juga berfirman dalam Al-Quran surah Al-Ma’idah ayat 72 – 75 yang bermaksud (terjemahan):
“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Sesungguhnya Allah ialah al-Masih putra Mariam. Pada al-Masih (sendiri) berkata: Hai Bani Israil: Sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu “Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempat-nya ialah Neraka. Tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun. Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan  bahawasanya Allah salah seorang dari yang  tiga pada hal sekali-kali tidak ada tuhan selain dari Tuhan yang esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan  itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan disentuh
seksaan pedih. Mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya. Pada hal Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Al-Masih Putra Mariam itu hanyalah seorang Rasul(utusan), sungguhnya beberapa rasul telah terdahulu daripadanya. Ibunya seorang perempuan yang sangat lurus. Kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikanlah  bagaimana Kami menjalankan  kepada mereka (ahli kitab) tanda-tanda kekuasaan Kami (Allah) menjelaskan keterangan-keterangan kepada mereka kemudian perhatikanlah ke mana mereka berputar  (dari kebenaran)”.  

Sunday, October 6, 2013

ISTIGHFAR MENYELAMATKAN UMAT DARI AZAB ALLAH

 (Disiarkan pada 05. 10. 2013)
Istighfar merupakan lafaz setiap mukmin memohon ampun daripada Allah s.w.t. terhadap segala dosa yang dilakukan akibat kelemahan mereka dalam menangani kehidupan. Allah itu Maha Pengampun terutama sekali kepada masyarakat mukmin yang telah sedarkan diri dan ingin beristighfar kerana bertaubat terhadap segala salah laku dalam perlaksanaan hidup.
               Bertaubat adalah satu ibadah yang meninggalkan dosa yang telah ia lakukan serta merasa dalam hati penyesalan terhadapnya dan tidak melakukan lagi. Walaubagaimana pun kelemahan iman tidak menjanjikan keikhlasan dalam melaksnakan ibadah taubat apabila salah laku yang ia telah insaf akan diulanginya lagi apabila peluang itu menjelma. Taubat seperti itu   orang mengatakan sebagai “taubat sambal”.
Laksana orang yang memakan sambal pedas dan merasa seksa dimulutnya kerana pedasnya seolah-olah menggegar jantungnya. Ia berjanji tidak menyentuh makanan itu lagi tetapi apabila terhidang di hadapannya ia mengulangi lagi keseksaan merasa pedas. Maka itu bertaubat biarlah dengan ikhlas kerana iman kepada Allah.
               Islam ialah agama mendidik cara hidup yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sepertimana yang difirmankan Allah s.w.t. dalam surah al-Ma’idah ayat 3 yang bermaksud (terjemaan): .....“Pada hari ini telah-Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah-Ku redhai Islam itu  menjadi agama bagimu.”
               Ahli-ahli bahasa, ahli tafsir dan para Orientalis melihat pengertian ‘Islam’ dari segi makna bahasanya mereka banyak menimbulkan perbincangan. Sebenarnya jika kita meneliti perkataan ‘salama’ dari segi bahasa kita dapati ia membawa pengertian-pengertian berikut:  Pertama, terlepas dan bebas dari keburukan-keburukan atau kekurangan-kekurangan yang zahir atau yang batin. Kedua aman dan damai. Dan Ketiga, taat dan patuh.                                        
               Pengertian dari segi syarak, Islam ialah  mentauhidkan Allah, tunduk, patuh  dan ikhlas kepada-Nya serta beriman dengan dasar-dasar agama yang diturunkan dari Allah. Al-Quran menganggap ‘Islam’ sebagai bertentangan dengan ‘Syirik’. Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan):
               “Katakanlah, apa akan aku jadikan  pelindung selain dari Allah yang menjadikan langit dan bumi, pada hal Dia memberi makan dan tidak diberi makan?Katakanlah; sesungguhnya aku diperintah supaya aku menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri (kepada Allah dan jangan sekali-kali kamu masuk golongan orang-orang musyrik”). Al-An’am: 14.
               Tatkala Rasulullah s.a.w. diseru oleh  orang-orang musyrikin supaya mengikuti agama nenek moyang mereka, maka Allah turunkan ayat ini, yang maksudnya: “Katakan ya Muhammad kepada mereka: Adakah  patut selain Allah akan saya jadikan Tuhan yang disembah dan akan saya jadikan pelindung tempat  meminta pertolongan?” Perbuatan ini tentulah tidak layak. Tak mungkin selain Allah hendak dijadikan pelindung.
               Terjadinya langit dan bumi ini, yang tercipta tanpa memakai model yang ditiru terlebih dahulu, adalah bukti tentang kemahiran sang penciptanya, iaitu Allah. Mengapa hendak dicari juga perlindungan selain Allah?
               Allah itu Maha Kaya. Dialah yang memberi rezeki makan minum kepada hamba-hamba-Nya, dan memberikan segala yang mereka hajati, sedang Allah tiada berhajat kepada sesuatu apapun. Maka Tuhan yang demikian sifatnya sahajalah yang layak dijadikan pelindung tempat meminta pertolongan.
               Setelah alasan-alasan tadi diberikan yang menetapkan wajibnya Allah itu dipertuhan – bukan yang lain – katakanlah pula ya Muhammad kepada orang-orang musyrikin itu: Sesungguhnya aku diperintahkan oleh Allah supaya menjadi orang yang pertama sekali dari golongan umat Islam kerana bersedia menyerahkan diriku kepada  Allah untuk mematuhi segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang menyekutukan Allah disebabkan memilih pelindung kepada yang lain.
               Beristighfar memohon bertaubat daripada Allah terhadap segala salah laku yang ditegah Allah s.w.t. Al-Quran menjadikan istighfar (minta ampun) sebagai jalan untuk mencapai rahmat Allah serta jalan mendapat kebaikan dan anugerah Allah  dalam kehidupan dunia. Firman Allah dalam al-Quran surah Hud ayat 3 yang bermaksud (terjemahan): “Dan (dia berkata): Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya nescahaya Dia menurunkan hujan  yang sangat deras atasmu dan Dia akan menambahkan
Kekuatanmu.”
               Dan Allah bercakap kepada Nabi Muhammad dengan firman-Nya dalam al-Quran surah Al-Anfal ayat 33 yang bermaksud (terjemahan):
               “Dan Allah sekali-kali tidak mengazabkan mereka, sedang kamu di antara mereka, dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun” 
               Sebab-sebab  Allah menangguh turunnya  seksa ke atas mereka (musyrik) pinta ada dua sebab. Pertama ialah Nabi s.a.w. masih berada di kalangan mereka sebagai rasul, kerana Baginda adalah utusan yang membawa rahmat – bukan membawa seksa dan azab. Kedua, Allah belum mahu menyeksa, kerana di kalangan mereka masih terdapat orang-orang Islam yang lemah  yang sentiasa memohon keampunan atau beristigfar kepada Allah dari segala seksa dan azab.
               Al-Quran menjadikan istighfar (minta ampun) sebagai jalan untuk mencapai rahmat  Allah serta jalan mendapat kebaikan dan anugerah Allah dalam kehidupan dunia. Firman Allah  dalam al-Quran surah Hud ayat 3 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubatlah kepada-Nya (jika kamu mengerjakan yang demikian ), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik  (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan  kepada tiap-tiap orang  yang mempunyai keutamaan (balasan)keutamaannya”. 
“Taubat” pada bahasa  bermakna “kembali”. Jika seseorang bartaubat bermakna ia meninggalkan dosa yang telah dilakukannya serta menyesali perbuatannya. Taubat yang dituntut oleh al-Quran ialah taubat yang segera dilakukan sesudah sahaja seseorang itu melakukan dosa. Firman Allah dalam Al-Quran surah An-Nisa’ ayat 17 yang bermaksud (terjemahan):
“Sesungguhnya taubat disisi Allah hanyalah  taubat bagi orang-orang yang mengerja kan kejahatan lantaran kejahilan  yang kemudian mereka bertaubat  dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Bertaubat merupakan satu kesedaran diri terhadap hubungan dengan Allah dan telah mengenali kelemahan-kelemahannya dalam melaksanakan amal-amal ibadah. Mengenali kelemahan merupakan langkah pertama untuk menimbulkan ketenangan dalam jiwa manusia. Untuk itu harus diikuti dengan aktiviti ibadah yang akan memantapkan jiwa untuk membuang kesusahan hati dan keluh kesah yang menjadi musuh  utama kepadanya. Sesungguhnya zikirullah merupakan suatu cara yang berkesan untuk sampai kepada ketenangan jiwa.
Punca kesusahan hati dan tidak tenteramnya jiwa adalah lahir dari perasaan seseorang yang merasakan dirinya lemah apabila berhadapan dengan peristiwa-peristiwa hidup. Tetapi keimanan yang kukuh kepada Allah boleh memberi ketenangan kepada jiwa manusia serta memberi kekuatan kepadanya untuk berhadapan dengan peristiwa-peristiwa hidup itu dan dia menganggapkan semua yang dilihatnya merupakan perkara kecil yang tidak harus dirisaukan.
Hakikat ini diakui Dr. Brell yang mengatakan: “Sesungguhnya seorang yang beragama sebenarnya tidak mengalami penyakit jiwa”. Katanya lagi: “Sesungguhnya doktor-doktor jiwa 
mendapati bahawa keimanan yang kuat memberi jaminan kepada tidak berlakunya perasaan
tidak tenang atau penyakit saraf, malah keimanan tersebut dapat mengubati penyakit-penyakit itu.”
               Zikirullah atau mengingatkan Allah adalah satu dari kesan-kesan iman. Ianya menjadi santapan rohani dan menimbulkan ketenangan jiwa. Ini diakui oleh Al-Quran surah Ar-Ra’du ayat 28 yang bermaksud (terjemahan):
               “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah , hanya dengan mengingat  Allah hati menjadi tenteram”.
               Zikirullah ialah satu cara  seseorang menghampirkan diri kepada Allah. Orang-orang yang berzikir itu diberi ganjaran dan rahmat oleh Allah. Maka dengan itu lihat ayat berikut dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud (terjemahan) yang menyatakan kelebihan zikir:
               “Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat  (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepada-Ku  dan janganlah kamu mengingkari  (nikmat)-Ku”.
Begitu juga dengan surah Al-Ahzab ayat 41-43 yang bermaksud (terjemahan):
               ‘Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi  dan petang . Dialah yang memberi rahmat  kepada-Mu dan malaikat-Nya (mohonkan ampun untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan  kepada cahaya (yang terang), Dan Dia adalah Maha Penyayang kepada orang-orang  yang beriman.”
               Zikirullah mempunyai kesan dalam pendidikan rohani. Seseorang yang mengingati Allah dan mengagungkan kebesaran-Nya, akan menjadikan hatinya khusyuk dan lembut. Perbuatan-perbuatan yang dilakukannya semua baik belaka, sebab dia mengetahui bahawa Allah memerhatikannya. Sedang mereka yang tidak ingatkan Allah dan tenggelam dalam keseronokan hidup, hati mereka keras dan akan melahirkan perbuatan-perbuatan keji. Oleh sebab itulah Allah memberi amaran kepada kita supaya jangan sampai kepada keadaan yang tidak diingini ini.
               Islam sangat mementingkan zikirullah, maka ia menjadikan sembahyang itu dilengkap kan dengan zikir-zikir. Islam menetapkan sembahyang itu nesti dilakukan lima kali sehari semalam, malah dituntut supaya ditambah  pada waktu malam yang dinamakan tahajud, sebab waktu malam jiwa menjadi bersih dan tenang membolekan seseorang yang berkeadaan demikian bermunajat
               Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat 78 – 80.
“Dirikanlah sembahyang dari sesudah dan matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikan pula sembahyang) subuh. Sesunguhnya sembahyang subuh itu disaksikan (oleh malaikat). Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: “Ya Tuhanku, masukkan aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah  (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah  padaku  dari sisi Engkau  kekuasaan yang dapat menolong.”
               Sembahyang adalah patinya ibadat. Kerana di dalam sembahyang, seorang hamba itu menyembah Tuhannya, untuk memohon dan merayau, serta meninggalkan segala pekerjaan dan ingatan yang lain – semata-mata ingatannya itu  ditumpukan bulat-bulat kepada Allah. Inlah yang dimaksud oleh hadis yang berbunyi:
               “Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, dan sekiranya tak dapat engkau melihatnya sesungguhnya Allah melihatmu”.
               Allah berfirman bahawa sembahyang Subuh itu disaksikan oleh malaikat. Orang yang mengerjakan sembahyang Subuh pada permulaan waktunya hingga berpanjangan dibacanya Quran, nescahaya  perbuatannya itu disaksikan oleh para malaikat malam (yang akan mela-
porkannya  kepada Tuhan) dan juga disaksikan oleh malaikat siang.

               Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud (terjemahan): “Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa mereka akan diberi warisan kekuasaan di muka bumi”.