Saturday, April 18, 2009

KERENAH BIROKRASI WAJAR DIKETEPIKAN DALAM PEMBANGUNAN MANUSIA

Kerenah adalah ragam atau tingkalaku manakala birokrasi adalah cara pentadbiran berpandu kepada kuasa yang diberikan oleh kerajaan atau majikan. Satu cara pentadbiran yang mengikut peraturan dan proses pengurusan melalui saluran yang dibenarkan oleh undang-undang atau kerajaan. Karenah birokrasi bermakna penyalahgunaan kuasa yang diambil sebagai kesempatan oleh majikan atau individu ke atas tanggungjawab atau amanah yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan atau Allah s.w.t.. Ia boleh diertikan sebagai birokrasi yang rapuh atau fragmented birokrasi.

Dalam semua pengurusan pembangunan, individu yang diamanahkan untuk melak- sanakan tanggungjawab memurnikan pembangunan, secara semulajadi mempunyai naluri untuk melayani kehendak peribadi yang diluar garis-garis system birokrasi. Kerenah tersebut difahami sebagai kesempatan-kesempatan atau peluang-peluang di luar undang-undang yang termaktub dalam perlaksanaan system tersebut.

Perkara demikian wujud disebabkan kurang atau tidak mahu memahami apakah yang dimaksudkan sebagai amanah. Kelemahan dalam memegang amanah disebabkan iman yang goyah atau iman yang longgar tidak menentu maka itu pemahamannya terhadap kehidupan akhirat tidak diseimbangkan dengan amalan di alam dunia yang berupa sementara.

Manusia diwujudkan Allah s.w.t. sebagai pemain yang ikhlas dan bukan penonton yang mementingkan diri dalam pembangunan kehidupan. Menjadi pemain dalam urusan mentamadunkan kehidupan wajar mengikuti ciri-ciri disiplin yang mengawal perlaksanaan tanggungjawab sebagai pengerak pembangunan yang saksama. Budaya berkerja harus dilihat sebagai tanggugjawab atau amal jariah yang sentiasa dalam pemerhatian oleh Allah s.w.t.

Berpatisipasi dalam pembangunan wajar difahami sebagai ibadah kerana Allah. Dengan suasana demikian maka tingkah laku dalam perlaksanaan tanggungjawab adalah mematuhi garis-garis birokrasi yang terpimpin. Setiap usaha yang kita sumbangkan akan meraih keuntungan pahala yang bermanfaat kepada kebajikan keluarga mahupun kepada rohani kita.

Menangani kehidupan wajar dimurnikan dengan budaya kebersihan dari segala segi kerana ia merupakan ibadah. Bersih dari sebarang karenah birokrasi serta kesempatan-kesempatan atau peluang yang akan mengerohkan ganjaran dari majikan yang difahami sebagai upah atau gaji. Amanah yang ditauliahkan oleh majikan atau kerajaan sebenar adalah amanah dari Allah s.w.t. Setiap individu yang memegang amanah Allah wajar menghiasi diri dengan keikhlasan dan kejujuran dalam melaksanakan tanggungjawab. Dengan budaya sedemikian akan mendidik orang lain untuk mencontohi kelak akan membina satu mahligai pembangunan yang diwarnai oleh birokrasi yang kuat.

Menjadi pemimpin dalam satu-satu institiusi bukannya mudah untuk melahirkan kerjasama dalam semua peringkat tenaga perlaksana. Manusia mempunyai bermacam karenah yang kalau tidak ditangani akan menjadi agen yang memuderatkan suasana keselesaan berkerja. Setiap permasalahan itu harus disandarkan kepada kemurnian beribadah kerana dengan cara demikian akan sentiasa diberi hidayah untuk menemukan penyelesaian nya.

Pemimpin harus faham bahawa kakitangan dalam jagaannya adalah the prime mover atau penggerak utama dalam satu-satu pengurusan. Kepekaan pemimpin ialah menjaga lines or duties atau persempadan tanggungjawab kakitangan sokongan. Merekalah yang amat arif mengenai tanggungjawab masing-masing. Pemimpin hanya mempunyai kepimpinan dan menjadi Jack of all trades master of none atau mengetahui segala perihal perlaksanaan pembangunan tetapi tidak ada satu daripadanya yang dikategorikan sebagai kepakarannya.

Oleh yang demikian, sebagai pemimpin wajar merendahkan diri sebagai satu kehormatan serta perasaan kasih sayang terhadap kakitangan sokongan. Dengan cara demikian kita akan mewujudkan budaya kesetiakawanan sosial dan ini wajar ada kerana ia menjadi tulang belakang kepada pengurusan satu-satu institusi pembanguan.

Budaya bermegah-megahkan atau membesar-besarkan diri sebagai ketua dalam satu institusi atau jabatan akan hanya mengundang ketidakjujuran di kalangan staf sokongan. Seorang pemimpin tidak wajar menggunakan perkataan “Siap yang besar dalam institusi ini?” atau tidak menerima teguran dari staf sokongan apabila pemimpin itu tidak memahami tentang perlaksanaan satu-satu prosedur kerja.
Tanpa staf sokongan siaplah kita? Apa sekalipun peringkat kepangkatan yang disandang oleh seorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa untuk menggerakkan jentera kepimpinannya tanpa kepakaran staf sokongan. Walau sekalipun seorang pembersih pejabat ia mempunyai hak untuk diharmati dan disantuni kerana tanpa kehadirannya pejabat sukar dijaga kebersihannya.

Setiap permasalahan itu wajar ditangani dengan melihat punca bagaimana kewujudan karenah tersebut. Bertindak atas alasan kerana mabuk dengan kuasa tidak akan menemukan peyelesaian. Seorang pemimpin dalam satu-satu institusi seperti Guru Besar, Pengetua, Pengurus, Pemerintah dan sebagainya wajar memelihara suasana perhubungan yang sehat atau built a good rapport dengan kakitangan bawahan atau staf sokongan. Semua mereka mempunyai amanah masing-masing untuk dijaga dan dipelihara.

Mendengar atau menerima pandangan orang lain terutamanya dari staf sokongan merupakan obat yang mujarap dalam pengurusan. Sebagai contoh, pengurusan kebersihan bandar harus bertanya kepada orang yang melaksanakkan tugas tersebut. Sebarang pandangan yang diajukan oleh pekerja Majlis Bandaran mengenai bagaimana menyelesaikan pembuangan sampah wajar diberi perhatian kerana mereka adalah kakitangan yang mengendalikan pembersihan Bandar maka merekalah yang arif tentang kemudahan-kemudahan atau teknik-teknik yang sesuai untuk meningkatkan kebersihan.

Bertanya kepada staf sokongan tidak merendahkan atau menjatuhkan maruah diri sebagai ketua atau pemimpin dalam satu-satu institusi. Pangkat yang kita sandang tidak ada nilainya kepada kita jika ia disalah gunakan. Manusia dapat dikawal dengan kelembutan bahasa dan penampilan urat wajah yang sentiasa dihiasi dengan senyuman. Ulama mengata kan bahawa senyuman itu adalah sedekah. Oleh itu pastikan muka anda sentiasa mudah senyum kerana ganjaran pahala akan mudah diperolehi dari Allah s.w.t.

Dalam satu pepatah Melayu mengatakan “Harapkan pagar, pagar makan padi; Harapkan sokong, sokong membawa rebah,” membawa maksud orang yang ditauliahkan untuk memimpin atau menjadi ketua dalam satu-satu perusahaan atau institusi dia pula yang membawa keruntuhan kepada pembangunan tersebut.

Tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang pemimpin itu merangkumi empat aspek. Pertama, ialah urusannya dengan Allah s.w.t. yang berkuasa terhadap segala-galanya yang ada dalam alam kehidupan ini. Kedua ialah urusannya dengan masyarakat di bawah pimpinannya atau jentera perlaksananya. Ketiga mengenai urusannya dengan pehak pemerintah atau kerajaan yang mentauliahkan jawatan tersebut dan yang kempat dan yang amat penting sekali dalam pembangunan diri dan keluarga ialah dari ganjaran pahala yang Allah s.w.t. telah beri terhadap perlaksanaa tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

Harus kita faham bahawa segala yang wujud sama ada dalam keadaan jelas atau yang berbentuk ghaib dalam alam kehidupan, Allahlah yang berkuasa segala-galanya. Manusia adalah sebagai pemain semata untuk memakmurkan alam kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud: “ Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepadaku” Az-Zaariyat: 56. Berkerja dengan jujur merupakan ibadah kerana Allah.

Hidup manusia mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menangani kehidupan kerana ia mesti memelihara ke dua-dua alam, iaitu alam jasmani atau alam dunia dan alam rohani atau alam akhirat. Hidup seseorang itu harus memberi keutamaan kepada mengilmu kan dirinya kerana ilmu pengetahuan ibarat cahaya mata hari yang menerangi dunia. Segalanya menjadi mudah apabila kita melihat dan memahami permasalahan itu dengan kehadiran ilmu.( Farid, 2007).

Urusan kita dengan masyarakat di bawah pimpinan kita atau jentera perlaksana amat penting untuk memurnikan agenda yang telah disediakan dalam takwim pembangunan. Pemimpin hanya dapat mengatur lines of duties atau persempadang tanggungjawab jentera perlaksana mengikut kepakaran masing-masing dan dari masa ke semasa membuat pemantau- an melalui mesyuarat.

Manusia adalah makluk bermasyarakat maka itu hubungannya antara sesama menggamit kasih sayang yang akan membentuk solidaritas sosial yang menjadi teras pem- bangunan satu-satu pengurusan institusi atau sekolah. Tolong menolong untuk kebuntahan hidup masing-masing menjadi budaya sosial kerana manusia diwujudkan dalam keadaan lemah. Tidak ada manusia yang boleh menguasai segala ilmu yang Allah taburkan di alam dunia ini. Kita memerlukan kepakaran orang lain dalam menangani kehidupan.

Agenda dalam kehidupan manusia memerlukan kepakaran dalam berbagai didang ilmu pengetahuan maka itu kehadiran orang lain adalah wajar kerana Allah bekalkan berbagai ilmu kepada setiap individu sebagai pemain. Ilmu yang Allah sediakan di alam ini tidak dapat dikuasai oleh seorang. Maka itu kita memerlukan keberadaan orang lain dalam kelangsungan hidup bertamadun.

Segala pengurusan agenda pembangunan memerlukan kerjasama yang padu dari semua pehak dalam satu-satu organisasi. Dalam melaksanakan agenda tersebut haruslah dipelihara tatasusila pengurusan kerana ia menjadi tanggungjawab setiap ahli dalam organisasi itu. Jika berlakunya kepincangan dalam pengurusan, ganjaran yang dipeolehi dari majikan yang berupa gaji menjadi kurang bersih.

Penghasilan yang tidak menepati piawaian pengurusan yang bersih dan diredhai oleh Allah s.w.t. akan membentuk jenerasi pelapis yang tidak seimbang. Jika keadaan demikian berlaku maka kita sebagai pembentuk akhlak anak-anak, bertanggungjawab dunia dan akirat. Bagaimanapun kita membentuk akhlak generasi pelapis dari bahan yang kurang bersih maka anak itu apabila menjadi pemain dalam pembangunan kelak ia sukar berkompromi dengan acuan hidup berdisiplin.

Perkara yang ketiga ialah mengenai urusan pemimpin dengan pehak majikannya yang memberi habuan berupa gaji sebagai pelaksana tanggungjawab yang diamanahkan. Seorang pemimpin tertakluk kepada garis-garis birokrasi yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebarang perubahan atau penyelewingan dari garis-garis tersebut yang dilakukan oleh pihak pemimpin akan memperolehi ganjaran atau gaji yang kurang bersih.

Perbuatan demikian akan menghasilkan dua kerugian dalam kelangsungan hidup dunia dan akhirat. Pertama ialah perbuatan demikian menempah kemurkaan Allah yang membawa kedosaan. Kedua ialah bahan yang tidak bersih akan dipusakai oleh generasi pelapis kelak membina insan yang tidak seimbang dari segi JERInya – jasmani, emosi, rohani dan intelek. Penampilan genarasi pelapis yang sukar berkompromi dengan peraturan awam atau kerajaan akan mewujudkan masyarakat perosak kepada pembangunan.

Aspek keempat ialah mengenai hubungan pemimpin dengan Allah s.w.t. sebagai penguasa terhadap segala kewujudan berbagai makluk di alam kehidupan ini. Manusia diwujudkan Allah sebagai khalifah untuk memurnikan kehidupan di alam dunia. Allah bekalkan manusia berbagai fitrah berupa nikmat dalam menangani kehidupan seperti akal fikiran, jiwa, kasih sayang, naluri untuk merasa bahagia, sehat, sakit, serta mempunyai deria-deria untuk kemudahan dalam melaksanakan berbagai agenda kehidupan.

Mengkufuri nikmat tersebut akan mengundang berbagai musibah yang akan melanda kepada diri dan pembangunan keluarga tersayang. Hidup ini merupakan satu perjalanan jauh maka itu waspadalah diri memurnikan peranan sebagai musafir yang sentiasa dipelihara kebajikan dan keselamatannya di sisi Allah s.w.t.agar selamat ke distinasi mutlak iaitu syurga
Firdaus. Kerenah birokrasi hanya bermanfaat kepada kehidupan dunia semata yang berupa sementara sahaja. Apa yang penting ialah meraih kebahagiaan hidup di akhirat yang kekal dan abadi itu.

6 comments:

  1. saya pelajar master pendidikan sains amat berminat dengan ulasan pendapat tuan penulis..
    jadi saya ambil untuk sedikit panduan dengan izin tuan penulis..
    terinma kasih

    ReplyDelete
  2. Mohon kebenaran untuk di share di facebbok.

    ReplyDelete
  3. Saya memohon kebenaran untuk ambil sedikit tulisan tuan untuk dijadikan panduan dalam penulisan esei saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi

    ReplyDelete
  5. sangat membantu 🙂 terima kasih

    ReplyDelete
  6. saya memohon kebenaran tuan untuk mengambil penulisan tuan untuk dijadikan sebagai rujukan

    ReplyDelete