Friday, September 18, 2009

ISLAM DAN DUNIA GLOBALISASI (DUNIA TANPA SEMPADAN) (Disiarkan pada 19. 09. 2009)

Dalam era kebangkitan ilmu Sains dan Teknologi, dunia menjadi satu perkampungan yang kecil. Apa yang berlaku di belahan bumi yang lain boleh kita saksikan pada saat yang sama dalam kaca televisyen di rumah di negara kita sendiri. Bagitu jugalah apabila kita berkomunikasi atau berhu- bung dengan orang dari negara luar dengan menggunakan alat telekomunikasi seperti telefon dan radio tidak ada sempadannya lagi.

Kita boleh berhubung secara on line atau secara langsung walaupun tarikh dan masa pada kedua pehak tidak sama. Sebagai contoh, jika kita bercakap kepada seorang di Amerika Syarikat dengan menggunakan kemudahan alat telefon pada hari Isnin 01. 09. 2009 pukul 9.00 pagi waktu tempatan di Malaysia maka orang yang bercakap dengan kita yang berada di Amerika Syarikat, berada pada waktu pukul 02.00 pagi tanggal 31. 08. 2009.

Teknologi demikian telah Allah kurniakan kepada hambahNya demi memudahkan urusan perhubungan sejagat. Jika kita melihatnya dengan mati hati, manusia telah sedar bahawa masalah penggunaan masa sedikit sebanyak telah menyelesaikan pembaziran sepertimana firman Allah yang berbunyi “Demi masa manusia adalah sentiasa dalam kerugian.”Surah al-Ashr, ayat (103) 1-2.

Dalam semua urusan pembangunan faktor masa sentiasa menjadi elemen yang sukar hendak diatasi. Manusia mengolah pemikiran menggunakan masa dan melaksanakan agenda pembangunan juga faktor masa memainkan peranan penting. Apa yang telah berjaya dilaksana kan pada hari ini menjadi satu produk yang ketingalan zaman pada pandangan umum apabila dilihat pada hari berikutnya. Apa yang menjadi perlumbaan dalam urusan membina tamadun kehidupan ialah mencari kejayaan yang terkini atau current achievement.

Dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah mengubah sinario pemikiran manusia kepada faktor masa yang terlalu cepat sehingga belum sempat memanfaatkan yang sudah sedia ada atau yang telah berjaya dicipta, perkara baru sudah mula muncul. Dan keadaan demikian penting dengan syarat jangan membelakangi kekuasaan Allah S.W.T. Dalam erti kata lain segala kemunculan agenda yang baru wajar dilandaskan kepada prinsip bahawa Allah redha atau tidak?

Manusia tidak dapat lari dari tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah. Memakmurkan alam kehidupan menjadi agenda utama pada kehidupan itu. Usaha demikian semestinya keman- fatan kepada masyarakat umum dengan kefahaman bahawa pemeliharaan alam dunia dengan alam akhirat sentiasa menjadi keutamaan. Apabila terlibatnya alam akhirat wajar ditunjangi dengan iman dan takwa kepada Yang Maha Berkuasa.

Menjadi kahlifah di bumi Allah ini wajar menghiasi diri dengan ilmu pengetahuan yang meliputi ilmu duniawi dan juga ilmu ukhrowi. Memurnikan kehidupan mu dengan ilmu ukhrowi lebih penting berbanding dengan mempunyai ilmu duniawi semata. Analogi pembangunan yang boleh kita gambarkan dalam sinario kehidupan dengan mempunyai ilmu kedua-dua alam adalah seperti berikut: “Jika kita tanam padi tanpa diundang rumput-rumpai turut sama tumbuh, tetapi jika kita tanam rumput jangan mimpi padi akan turut tumbuh!”

Analogi tersebut menggambarkan bahawa menanam padi bermakna mengilmukan diri dengan ilmu ukhrowi atau ilmu agama (Islam). Penampilan diri dengan berbekalkan ilmu agama akan juga turut sama mempelajari ilmu dunia sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Tetapi jika kita tupukan kepada mengilmukan diri dengan pembangunan dunia semata maka sukar bagi kita perolehi ilmu yang berunsurkan ukhrowi.

Jika kita tinjau perjuangan hidup para Nabi dan Rasul sejak wujudnya manusia di bumi,

mereka mengalami masalah yang berulang dari satu generasi ke satu generasi. Sebagai contoh Nabi Nuh a.s.. Beliau berdakwa selama 900 ratus tahun menyampaikan ilmu tauhid untuk menyembah Allah dan jangan mempersekutukan Allah S.W.T. Dalam masa bagitu panjang beliau hanya berjaya mengilmukan umatnya seramai 90 orang sahaja dan kebanyakan mereka ialah bukan dari gulungan elit tetapi dari orang miskin dan susah hidupnya. Bermakna setiap 100 tahun hanya 10 orang sahaja yang mengikuti ajaran Nabi. 90 orang itulah yang mengikuti Nabi masuk ke dalam bahtera yang dibuatnya atas arahan Allah S.W.T. Mereka yang tidak sehaluan dengan Nabi Nuh termasukan anak kandungnya sendiri, Allah hapuskan dengan menenggalam mereka ke dalam air yang membanjiri dunia. Mereka yang berada dalam bahtera Nabi Nuh adalah orang-orang yang beriman kepada Allah.

Walau bagaimanapun apabila Nabi Hud a.s. menjadi nabi muncul juga orang-orang yang berfikiran dajal tidak mengikuti ajaran Nabi Hud a.s..Kaum Aad tetap tidak menghiraukan ajaran dan nasihat Nabi Hud supaya menyembah Allah. Nabi Hud dan para sahabat yang beriman telah mendapat perlindungan dari Allah apabila bencana angin taufan berlangsung selama lapan hari dan tujuh malam sehingga sempat menyapu bersih kaum Aad yang bongkak itu dan menamatkan riwayatnya dalam keadaan yang menyedihkan itu untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi umat-umt yang akan datang.

Bagitulah keadaan manusia yang di bawah pimpinan pra Nabi dan Rasul dari generasi ke genarasi hingga ke hari ini. Mengapakan keadaan demikian berlaku? Tiada lain yang boleh memberi jawapan selain dari ibubapa generasi pelapis sendiri. Ibubapa berlumba-lumba dengan segala ikhtiar sampai membahagikan pendapatan sebulan untuk menghantarkan anak ke sekolah dan ditambah dengan menghantar ke tuition centre. “Alhamdulillah saya sudah memainkan peranan sebagai ayah. Anak ku sudah menjadi pembesar negara” Begitulah hujahnya seorang ayah yang mementingkan pendidikan dunia semata.

Apabila anak itu menjadi bapa ia akan mengikuti jejak langkah orang tuannya cara macamana membangunkan keluarga. Pepatah Melayu mengatakan “Kalau bapa kencing berdiri anak kencing berlari.!”Kalau orang tuanya menanam rumput jangan mimpi padi akan tumbuh sama. Kekayaan dunia adalah seperti rumput yang boleh dipijak-pijak, menerima najis haiwan, ditimpa banjir lumpur, dibakar dan berbagai-bagai lagi bencana alam, rumput setia menerima tanpa persoalan.

Dunia tanpa sempadan masa kini memerlukan filter atau saringan yang hanya agama (Islam) sahaja yang boleh membekalkan. Kemajuan sains dan teknologi telah masuk ke desa-desa menjemput manusia sejagat untuk mengikuti buayan yang dikenali sebagai keseronokan dunia. Pembangunan alah masyarakat Barat yang mendominasi budaya globalisasi yang disalurkan melalui ilmu sains dan teknologi memaksa setiap insan menerimanya tanpa segan silu. Disitulah perlunya ilmu agama yang akan memanusiakan manusia demi memartabatkan kekahlifaannya sebagai hambah Allah.

Keseronokan dunia yang dibawa oleh sains dan teknologi memukau generasi rumaja dan retua untuk berkompromi dengan hidangan tanpa undangan itu kelak melihat statusnya masyarakat mukmin sebagai ketinggalan zaman. Iman dan takwa dipersendakan dan ibadat men jadi adat dan kebudayaan masyarakat Islam. Pemimpin atau masyarakat awam memahami ibadat menutup aurat sudah menjadi adat dan budaya.

Apa yang kita saksikan di kaca televisyen yang dihidang oleh masyarakat Barat sudah menjadi budaya masyarakat Melayu. Amat para lagi ialah masyarakat Melayu (Islam) yang masih rebung sudah disibukkan apa yang dicungkil sebagai menguji bakat. Dunia masa kini tidak lagi menjadi penonton budaya Barat tetapi menjadi pemain menghiburkan masyarakat rebung bersama dengan ibubapa mereka.

Mengilmukan anak untuk mengenali dirinya sebagai hambah Allah atau mendidik anak untuk mengenali dunianya? Budaya masyarakat remaja yang dibawa oleh Barat telah memapar kan kepada orang tua mereka bahawa kewujudan mereka sebagai anak difahami bukan kerana kasih sayang terhadup kedua suami isteri tetapi adalah difahami sebagai memuaskan nafsu syahwat mereka maka wujudlah seorang anak.

Kemurnian berkeluarga tidak menjadi status kemanusiaan lagi tetapi hanya membanyak kan manusia sebagai pemain dalam bidang yang difikirkan bermanfaat kepada generasinya. Akibat dari itu pintu perkahwinan sudah dianggap ketinggalan zaman. Jika inginkan zuriatnya menjadi pelakun yang berbakat maka ia mendapatkan orang berkenaan tanpa memasuki pintu nikah.

Inilah gejala-gejala yang dibawa oleh dunia tanpa sempadan atau globalisasi, mewarnai kehidupan masyarakat remaja (rebung) dalam pembangunan dunia Islam masa kini. Jika ibadat itu difahami sebagai adat dan budaya masyarakat Islam, maka jelas kita lihat masa bulan suci Remadhan sukar dijadikan sebagai bulan yang mulia.

Apakah hidangan-hidangan televiysen yang membawa para remaja mendekati Ibadah bulan Remadhan yang mulia ini? Ibadah puasa berjalan lancar tetapi tidak diserikan dengan aktiviti ibadah yang memurnikan ibadah puasa seperti mengaji, amal-amal kebajikan, mengikuti ceramah agama dan sebagai. Berpuasa sudah dijadikan sebagai adat dan kebudayaan.

Mendidik manusia untuk memahami mengapa Allah wujudkan hambahnya wajar ada di setiap jiwa manusia mukmin. Dengan seni hidup menjadi indah buat sementara waktu hidup di dunia tetapi apakah bekalan kita untuk mempersembahkan diri kepada Allah setelah selesai agenda dunia nanti? Serikan hidup anda dengan Iman dan Takwa kerana Allah S.W.T. akan menjanjikan kebahagian hidup di syurgaNya nanti.

Allah turunkan Al-Qur’an ke bumi untuk kemanfatan manusia agar dunia kejahilan tidak mendekati tamadun kehidupan manusia. Ilmu dan amal, diserikan dengan iman dan takwa landa- san kesempurnaan beribadah. Dengan Ilmu hidup menjadi mudah tetapi jangan dipermudah-mudahkan sehingga mengelincirkan anda di landasan hidup yang diredhai Allah S.W.T. Kesopanan yang dipimpin oleh akhlak yang mulia mendidik anda tahu malu dan mengenali dunia kekufuran sebagai pemangkin iman untuk membelakanngi ibadah kelak memencilkan maruah diri sebagai hambah Allah.

Masyarakat mukmin hidup di dunia merasakan seolah-olah seperti neraka kerana menyak sikan fenomina globlisasi yang semakin menular mempengaruhi penampilan masyarakat remaja tetapi masyarakat musyrik merasakan dunia ini sebagai syurga. Pilihan di tangan anda sama ada mendapat keseronokan yang berupa sementara sebatas umurnya di dunia dan mengalami kesek- saan buat selama-lamanya di akhirat nanti; atau keseksaan sementara sebatas umur di dunia tetapi akan mengalami keseronakan hidup buat selamanya di akhirat nanti.

Harus ingat bahawa setiap amalan anda samada berunsur kebajikan beragama atau sebaliknya akan menjadi budaya orang lain untuk mencontohinya. Ini bermakna orang yang mencontohi akhlak yang tercela, dosanya akan diwarisi oleh orang yang punya penampilan asal. Maka itu wajarlah anda memahami apakah bekalan hidup anda di akhirat nanti, sama ada pahala atau dosa. Apakah distinasi anda di akhirat kelak; Syurga atau neraka?

1 comment:

  1. Harus ingat bahawa setiap amalan anda samada berunsur kebajikan beragama atau sebaliknya akan menjadi budaya orang lain untuk mencontohinya. Ini bermakna orang yang mencontohi akhlak yang tercela, dosanya akan diwarisi oleh orang yang punya penampilan asal. Maka itu wajarlah anda memahami apakah bekalan hidup anda di akhirat nanti, sama ada pahala atau dosa...saya suka kenyataan ini, jelas maksudnya...

    ReplyDelete