Friday, June 25, 2010

ILMU DAN AMAL ZAT PEMBANGUNAN (Disiarkan pada 26. 06. 2010)

Ilmu dan amal bagikan garam dan gulai. Ketiadaan satu daripadanya tidak ada manfaatnya dalam kehidupan. Orang yang berilmu tanpa diamalkan ilmu tersebut tidak ada gunanya kepada kehidupan. Kita mengajar orang lain cara melaksanakan pembangunan tetapi kita sendiri tidak mengamalkannya tidak mendatangkan apa–apa kebaikan terutama sekali pada diri sendiri. Bagai kan ketam mengajar anaknya berjalan betul sedangkan dia sendiri serupa dengan anaknya tidak tahu cara berjalan betul.
Ilmu itu ada bermacam jenis dalam kehidupan ini. Ilmu yang berlandaskan ilmu syariat mengajar kita melaksanakan disiplin kehidupan yang berlandaskan keredhaan Allah S.W.T.. Inilah ilmu yang wajar ditelusuri oleh setip insan untuk melahirkan tamadun kehidupan. Ilmu syariat adalah ilmu yang dibawa oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. ke alam dunia ini yang diterimanya dari langit(Allah) melalui malaikat Jibril.
Dalam system bermasyarakat ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam system nilai peribadi dan juga masyarakat manusia di setiap peringkat. Ilmu menjana pengeta- huan yang tinggi dan menjadi kunci segala kebaikan. Ilmu ialah ketibaan sesuatu makna, hasil daripada maklumat yang benar ke dalam diri seseorang. Dengan adanya kehadiran ilmu dalam diri anda, maka dapatlah anda memahami maknanya hidup.
Menggunakan ilmu untuk kemanfaatan orang lain adalah ibadah kerana Allah. Orang yang menggunakan ilmunya untuk mendidik orang lain akan mendapat keuntungan yang belipatgada dari amalan tersebut. Oleh kerana ia berupa ibadah maka produknya adalah pahala; dan apabila ia menggunakan ilmu yang ada padanya maka ilmu itu akan kekal bersama anda sebagai zat pembangunan diri. Orang yang mengamalkan ilmunya akan menjadi pemangkin kepada orang lain untuk mencontohinya.
Kehadiran ilmu dalam diri seseorang akan membuka pintu kemahiran berfikir. Berfikir adalah satu ibadah yang wajib diamalkan agar manusia tidak terpedaya dengan hidangan-hidangan alam yang berbentuk fatamorgana kelak menjemput kekufuran kepada Allah S.W.T.. Ahli fikir Kung Fu Tsu (Confucius) berkata: “Anda akan tersesat jika belajar tanpa berfikir tetapi jika anda berfikir tanpa belajar, anda berada dalam bahaya.”
Belajar tanpa berfikir bagikan haiwan membiasakan diri dalam suatu pergerakan untuk mendapatkan makanan tetapi ia tidak faham mengapa makanan itu ada apabila ia melakukan pergerakan pergerakan itu. Berfikir tanpa belajar akan lebih menyesatkan lagi kerana semua ilmu yang dipelajari adalah didapati dari orang lain. Orang lain telah menelusuri kehidupan dengan ilmu yang ia perolehi. Tidak ada orang yang berilmu tanpa melalui ajaran orang lain.
Ilmu itu pada seseorang adalah kefahaman kepada teka-teki kehidupan. Ilmu yang memberi kefahaman kepada anda tentang makna sesuatu perlaksanaan agenda pembangunan adalah sebenar mendiwasakan anda dalam menelusuri kehidupan. Orang yang menggunakan ilmu untuk memahami aktiviti kehidupan menjadi pemangkin diri sebagai pemain dalam kelangsungan hidup.
Sebagai contoh, seorang pengembara apabila ketemu dengan tiga orang pemuda sedang berkerja memeca batu dalam sebuah binaan bangunan lalu bertanya kepada pemuda-pemuda berkenaan. Pengembara itu bertanya pada orang yang pertama mengenai apa yang dia sedang buat. Pemuda itu lantas menjawab: “Saya memeca batu.”
Pengembara itu beralih kepada pemuda yang kedua yang sedang berkerja lebih kurang dua puluh meter dari pemuda yang pertama juga melaksanakan kerja yang serupa, bertanyakan soalan yang sama. Pemuda itu menjawab “Saya mencari nafkah hidup.”
Kemudian pengembara berkenaan beralih kepada pemuda yang ketiga bertanyakan soalan yang sama kepadanya yang sedang berkerja, jauh dari dua orang rakannya. Ia menjawab “Kami membina sebuah masjid.”
Jawapan dari ketiga-tiga pemuda itu kepada persoalan yang sama, berbeza antara satu dengan yang lain walaupun mereka melakukan kerja yang sama. Ini bermaksud bahawa ilmu yang ada pada mereka mengenai kerja yang dilakukan bukannya berunsurkan ibadah atau
pembangunan kecuali jawapan perkerja yang ketiga.
Jawapan pekerja yang kedua menunjukkan bahawa ia mempunyai sedikit ilmu kerana memahami apakah tujuannya berkerja memeca batu tersebut. Ia memahami halatuju ibadahnya dan mempunyai prinsip hidup dalam ruang lingkup pemikirannya sebagai pekerja binaan bangunan sahaja. Dia memahami bahawa tanggungjawabnya ke atas diri dan keluarganya adalah di atas bahunya sendiri.
Falsafah pemikirannya ialah hidup mesti bekerja kerana ia merupakan satu perjuangan dan perjuangan itu adalah pengorbanan dalam hidup. Jika anda hendak hidup mesti berkorban dan kalau tidak mahu berkorban jangan berjuang. Kalau berjuang itu satu usaha yang berat bagi anda untuk menjadi pemain dalam hidup elok anda berhenti hidup sahaja!
Jawapan pekerja yang ketiga adalah manusia yang menggunakan ilmu pengetahuannya dan berprinsipkan hidup yang berwawasan seiring dengan infrastruktur pembangunan kerajaan membina tamadun. Bukan hanya memahami apa yang dia sedia buat tetapi mempunyai disiplin pemikiran dalam menggunakan ilmu pengetahuannya untuk kegunaan orang lain. Kerfahaman nya tentang apa yang ia lakukan ialah pembangunan sejagat.
Berkhidmat sebagai seorang guru mendidik anak murid dan mengilmukan mereka adalah tanggungjawab sejagat. Ia tidak semacam jawapan pekerja yang pertama dan kedua yang hanya memahami tugasnya sebagai survival semata. Jika seorang guru berfikiran sedemikian rupa untuk kepentingan dunia semata maka ia telah memilih profesion yang salah dan tidak secucuk dengan jiwanya. Ia menjadi guru mungkin kerana itulah sahaja profesion yang mudah baginya untuk menyerah hidup.
Tugas sebagai guru pada pandangan kebanyakan masyarakat umum adalah mudah. Antara faktor yang membolehkan seseorang itu mempunyai perception atau tanggapan memandang inferior atau rendah terhadap profesion keguruan ialah ia berkerja hanya setengah hari sahaja dan mempunyai banyak cuti dalam setahun.
Berkhidmat sebagai guru meliputi segala-gala disiplin kehidupan. Di samping mendidik dan mengilmukan murid ia juga menyusun disiplin pembangunan dalam bidang ko-kurikulum. Tugas in tidak termasuk dalam jaduan pengajaran biasa kecuali guru yang tugasnya khas dalam pendidikan jasmani. Semua guru dilibatkan dalam mengolala sukan dan rekrasi.
Walau pun unit-unit aktiviti ko-korikulum itu tidak kelihatan sangat keperluannya dalam hidup jika dibandingkan dengan mata pelajaran teras, tetapi aktiviti-aktivit tersebut amat penting apabila anak murid itu sudah keluar sekolah dan menjadi pemain dalam pembangunan ummah. Ia telah membentuk sahsia individu untuk lebih peka mengenai perjalanan hidup berdisiplin
Budak yang tidak didedahkan kepada aktiviti ko-korikulum termasuklah menjadi pemimpin murid dalam sekolah seperti ketua kelas atau pengawal (prefect) sekolah maka murid itu akan membentuk satu identiti diri yang mengalami satu penyakit fobia yang tidak suka bersama dengan masyarakat dan ia lebih suka bersedirian dan mengasingkan diri dari orang ramai.
Dalam erti kata lain ia benci bersama dengan orang lain. Pembawaan seperti ini tidak sama sekali sesuai untuk menjadi ahli masyarakat di mana sahaja dia berada kerana setiap individu itu wajar menjadi pembentuk ukhuwah kemanusiaan yang menjadi teras pembangunan ummah. Kehidupan ini menyeronokkan kerana ada orang lain bersama dengan anda.
Murid yang mempunyai perangai yang tidak suka berkawan akan menghalangnya untuk menggunakan ilmunya demi kepentingan orang lain. Ilmu itu untuk pengetahuan dan kemanfa- atan diriya semata dan bukan digunanya untuk memudahkan diri berkemunikasi dengan orang lain. Dia tidak mudah menerima nasihat orang lain dan tidak mengakui kelemaahannya sendiri. Orang tidak suka mendekatinya maka itu mulalah ia membenci dirinya sendiri.
Ilmu dan amal adalah kemanfaatan hidup bermasyarakat. Ilmu yang tidak diguna tidak
ada makna bagi anda. Ilmu itu memanusiakan manusia dengan syarat anda mengamalkannya dalam memakmurkan kehidupan atau dalam erti kata lain mengilmukan masyarakat dan memasyarakat ilmu. Anda harus tahu bahawa ilmu itu Allah yang punya dan anda meminjam nya demi kesempurnaan hidup bermasyarakat.
Ilmu itu adalah hak gunapakai manusia dalam hidup. Hakmutlaknya ialah Allah S.W.T. Anda menggunakan ilmu itu sebatas umur anda sahaja kecuali anda telah melakukan amal jariah di mana produk amalan itu masih bermanfaat kepada orang yang masih hidup setelah anda meninggalkan alam dunia ini.
Kita berbudi orang berbahasa. Hidup ini wajar dalam disiplin menang-menang kerana kehadiran orang lain membuat kita berkewajipan memelihara ukhuwah kemanusiaan. Dengan ilmu anda dapat menyusun masyarakat serta membina lapangan yang melahirkan kesetia- kawanan sosial sebagai nadi hidup bertamadun.
Ilmu dan amal adalah faktor melahirkan pengalaman memahami berbagai peringkat kehidupan. Pengalaman adalah guru yang paling bijaksana. Setiap aktiviti kehidupan atau fenomena pembangunan, memerlukan orang yang berpengalaman melaksanakannya. Mempunyai ilmu sahaja sukar memahami teka teki kehidupan tanpa kehadiran pengalaman. Maka itu setiap individu wajar melihat kebelakang pengalaman yang dilalui oleh orang tua anda atau orang yang terdahulu dari anda.
Segala ilmu yang didokumentasikan atau dibukukan atau dikodifikasikan adalah pengalaman orang lain. Kadangkala mengalaman berkenaan tidak semestinya dari orang yang masih hidup. Buku-buku dan segala dokumen yang disimpan di rak-rak perpustakaan di berbagai universiti di seluruh dunia adalah hasilan pengalaman orang yang ilmuan di masa lampau yang mungkin tidak bersama lagi dengan kita hidup di dunia.
Sebenarnya ilmu yang ditimba dalam usaha mengilmukan orang lain atau mendidik insan seperti halnya tugas seorang guru adalah menggunakan pengalaman orang lain. Dengan kehadiran kemahiran berfikir yang meningkat dari generasi ke genarasi, pengalaman orang lain berkenaan boleh diperkembangkan untuk memenuhi kehendak generasi semasa.
Allah S.W.T. wujudkan manusia sebagai kahlifah atas dasar fitrah kemahiran berfikir dibekalkan kepadanya yang menjadi kekuatan memahami disiplin pembangunan. Kemahiran berfikir akan melahirkan akal dan potensi intelek sebagai motivasi dalaman untuk menyelami lautan ilmu yang belum dapat diterokai oleh manusia.
Setiap individu wajar melihat ke belakang mengenai ilmu yang anda perolehi selama ini. Adakah ilmu-ilmu anda itu didapati dari hasil usaha anda sendiri tanpa berpandukan kepada ilmu orang lain? Adakah anda telah menjumpai sesuatu ilmu yang belum pernah orang lain mengalaminya? Fahamilah diri anda bahawa dalam usaha menimba ilmu sebenarnya kita adalah sebagai parasit kerana menggunakan pengalaman orang lain.
Maka itu baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menyarankan kepada umatnya sepaya menuntut ilmu mulai dari buaian hingga ke liang lahad atau tuntutilah ilmu hingga ke
negeri cina sekalipun. Kedua-dua saranan ini mendidik manusia supaya jangan berpuas hati dengan ilmu yang anda perolehi. Pakar-pakar sains atau scientist termasuklah pakar perubatan atau doctor, kita terhutang budi dengan mereka malah seluruh dunia ternanti-nanti dan berdoa agar satu penemuan ilmu yang baru dapat dijumpai

No comments:

Post a Comment