Thursday, June 3, 2010

GURU WAJAR MELIHAT KEMBALI DAN BUKAN MELIHAT KE BELAKANG ( DISIARKAN PADA 5.6.2010)

Seorang pendidik sentiasa menyemak atau melihat kembali kerja-kerja yang telah dilaksanakannya untuk membentuk insan dalam usaha mengilmukan manusia. Usaha tersebut adalah penting sebagai satu ujian sama ada strategi pembelajaran yang telah diatur bermanfaat atau sebaliknya. Melihat kembali kerja amal atau ibadah adalah satu strategi senarai semak untuk membuat penelitian kepada kemanfaatan rancangan yang telah dilaksanakan
Keberkesanan sesuatu agenda pembangunan wajar diberi penyemakan semula. Usaha ini wajar demi memastikan kepentingan bagi membuat pembaikan atau penambah baikkan untuk menepati wawasan yang telah diilhamkan. Antara strategi yang wajar dilaksanakan dalam usaha melihat kembali keberkesanan agenda berkenaan ialah mengadakan ujian dalam berbagai bentuk atau teknik.
Mengadakan ujian lisan merupakan satu semakan semasa untuk memastikan berlakunya kebersamaan dalam prestasi kefahaman mengikuti perkembangan pelajaran yang telah disampai kan oleh Guru. Alat ini juga dapat mengkaji dan meneliti keberkesanan teknik atau cara penyem- paian yang diamalkan oleh seorang pendidik.
Kepentingan ujian tersebut adalah ulang kaji pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan menanamkan satu budaya dalam diri pelajar untuk memastikan bahawa mereka dapat mengingat semula ilmu yang telah diajar.
Guru wajar memahami strategi penyampaian pelajarannya berlandaskan kepada psikologi kanak-kanak yang mengikuti pengajarannya adalah dalam berbagai tahap kefahaman ilmu yang disampaikan. Dengan pendengaran semata pelajar itu akan dapat mengingatkan semula ilmu yang telah dilaluinya dan wajar menggunakan sebanyak yang boleh deria yang ada pada pelajar.
Dengan cara melihat dalam bentuk tulisan yang dipaparkan oleh guru di atas papan tulis pelajar akan mengetahui mesej yang dimaksudkan. Mengatahui ilmu yang telah dialaminya sebelum ini tidak menjaminkan pembelajaran itu telah menjadi sebahagian diri pelajar. Mengetahui semata akan bersama dengan pelajar buat sementara waktu sahaja dan tidak ada jaminan mereka tidak akan lupa lagi.
Melalui ujian bertulis akan memastikan setiap individu memahami masej yang diketengahkan. Ujian bertulis memerlukan tiga deria pelajar dalam pembelajarannya seperti merasa, melihat dan sentuhan. Ketiga-tiga deri berkenaan akan merekodkan kefahaman seorang murid dalam menimba ilmu.
Ia merasa dalam hati apabila mencatatkan ilmu dengan menggunakan kekuatan mentalnya. Apabila mencatatkan ilmu ia melihat dengan mata kepala berserta dengan mata hatinya sinario ilmu yang ditulisnya. Sentuhan berlaku apabila memegang alat penulis untuk merekodkan ilmu berkenaan.
Dengan mengalami ujian yang bertulis akan memastikan kepada pelajar bahawa apa yang mereka tahu akan menggamit kefahaman kelak menjadi sebahagian daripada diri mereka sendiri. Inilah yang dikenali sebagai pembangunan diri. Ia mendengar ilmu yang diucap, dia ingat; ia nampak ilmu itu dalam tulisan ia tahu; dan ia buat melalu usaha menulis dia memahami.
Anda digalakkan untuk melihat kembali pada setiap ibadah yang telah dilaksanakan. Ini wajar kerana agenda yang telah dimanfaatkan menjadi kewajipan seorang guru untuk membuat penelitian mengenai keberkesanannya. Kemanfaatan pada satu-satu isu pembangunan menjadi tanggungjawab seorang guru untuk membaikpulihkannya.
Melihat kebelakang bukan isu yang mendatangkan kemanfaatan kepada pembangunan. Dangan berbuat demikian kelemahan yang telah berlaku akan meletakkan tanggungjawab kepada orang tertentu. Masalah yang hendak diselesaikan telah berlalu sekian lama dan tidak ada kesinambungannya untuk mengkaji faktor-faktor kelemahannya. Melihat ke belakang melibatkan keadaan sekeliling permasalahan serta faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan yang telah berlaku.
Mengkaji semula apa yang telah berlaku merupakan satu strategi posmotem untuk menentukan kelemahan serta kekuatan perlaksanaan agenda berkenaan. Pembaikpulihan tidak semestinya mengikuti apa yang telah digunapakai. Kemungkinan seluruh jentera perlaksanaan akan ditukarganti kepada teknik-teknik pembaharuan.
Mendidik seorang insan tidak semestinya melihat kebelakang kerana isu berkenaan memerlukan usaha pembaikan serta merta demi tidak membuangkan masa. Faktor masa adalah
yang teramat penting dalam urusan mengilmukan manusia. Semua jentera perlaksanaan pembangunan manusia, faktor masa menjadi keutamaan.
Strategi yang penting dalam usaha mengilmukan manusia ialah mengetahi titik kekuatan serta kelemahan yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran kepada anak murid atau memahami faktor-faktor kelemahan murid yang mendorong mereka untuk tidak berminat memperbaiki keadaan pencapaiannya.
Mimbina serta mengilmukan seorang insan memerlukan kefahaman sikologinya. Sebagai motivasi dalaman kita kena bermula dengan titik kekuatannya dalam mengikuti pelajaran dan pembelajaran. Dengan berbuat demikian akan menjadi pemangkin jiwa yang akan melahirkan minat untuk lebih giat mengikuti pengajaran guru. Sanjungan serta galakan menjadi faktor yang akan mendorong partisipasi murid dalam perkembangan pembelajaran
Faktor dalam mengilmukan murid ialah kasih sayang yang menjadi motivasi dalaman kelak melahirkan keinginan menerokokai ilmu dalam lapangan pembelajaran. Setiap insan mempunyai keinginan mengetahui jika disajikan dengan puji-pujian yang berbentuk dorongan, dan elakkan dari menyentuh kelemahannya kerana ia akan melemahkan semangat ingin tahu.
Kemurnian dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melaksanakan kekerapan melihat kembali apa yang telah diajar terutama sekali faktor kekuatan serta kelemahan murid dalam memahami pelajaran yang diajar. Menggalakkan partisipasi murid wajar bina dari kekuatan mereka memahami pengajaran. Adalah tidak menjadi kesalahan jika sekali-sekali guru melandaskan pengajaran kepada bahan ilmu yang menggamit keseronokan murid walaupun tidak ada kaitan dengan pengajaran, untuk menggalakkan menyertai dalam aktiviti perbincangan.
Pengajaran yang menyeronokkan serta menggamit partisipasi murid bermuara dari mukadima pengajaran. Masa itulah yang terpenting dalam mewujudkan kelas yang mendamai kan pelajar kelak membina situasi di mana pelajar sentiasa ingin menyelami pembelajaran yang dihidangkan oleh guru.
Apabila dapat melayani minat pelajar dalam perkembangan pelajaran guru telah mengawal kelas secara psikologi. Di situlah guru dapat menyatukan pemikiran pelajar dan tidak bercelaru dengan pemikiran-pemikiran yang melihat kebelakang pengalaman mereka dalam hidup yang akan menggangu concentration atau tumpuan pelajar dalam mengikuti arus pemikiran guru mengajar.
Pelajar yang melayani penjelajahan mata hati melihat ke belakang semasa kelas berjalan akan memukau pemikiran mereka untuk mengikuti perkembangan pengajaran dalam kelas. Maka itu adalah wajar diselitkan dengan acara-acara yang menggamit pengalaman guru untuk bertujuan melenyapkan kebosanan dalam mengikuti pengajaran.
Satu budaya setiap pendidik amalkan dalam ibadahnya ialah bersikap lemah lembut dan tidak menunjukkan kekerasan terhadap murid walaupun ada di antara mereka mempunyai pembawaan diri yang kasar. Allah telah berfiman dalam al-Quran yang bermaksud: “Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling mu.”Surah Ali Imran: 159.
Kehidupan ini adalah satu perjuangan. Dalam perjuangan itu manusia wajar memelihara tiga kewajipan: iaitu kewajipan manusia terhadap Tuhannya agar dia bertakwa, baik secara diam-diam atau terang-terangan di manapun dan bila-bilapun, iaitu dengan mentaatinya dan menjauhi laranganya, serta menysukuri nikmat-Nya.
Kedua ialah kewajipan manusia terhadap dirinya sendiri iaitu taat kepada Allah, menghindari kebencian dan murka-Nya. Menghindari bahaya dosa dan akibat yang buruk diri nya. Jika dia melakukan satu dosa, maka segeralah diikuti dengan kebaikan untuk menurunkan pengaruhnya dari hati dan menghapuskan dari catatan dosa, kerana bebaikan akan menghilang kan keburukan. Cahaya akan menghilangkan kegelapan dan satu penyakit akan hilang dengan ubatnya.
Ketiga ialah kewajipan manusia terhadap sesama manusia. Bergaul dengan mereka dengan akhlak yang baik dan mulia, menemani mereka dengan penuh kebaikan. Berbuat baik kepada mereka, serta menesihati mereka, tidak menyakiti hati mereka. Menanggung derita dari mereka, selalu ramah dan memberikan mereka kebahagian. Wajah yang berseri, mulut yan penuh dengan senyuman, bersikap dan berbuat lemah lembut, dermawan, lembut dalam pergaulan, penuh dengan keakraban, sifat pemurah dan sikap mulia.
Seorang guru wajar menjadi idola kepada anak muridnya. Setiap penampilan guru akan diteliti oleh anak muridnya. Oleh yang demikian guru menjadi acuan kepada pekembangan sahsia murid-murid. Guru yang mempunyai budaya menggunakan perkatan tertentu sekerapnya dalam pengajaran dan pembelajaran akan sedikit sebanyak mengganggu concentration atau tumpuan pelajar mengikuti arus perkembangan pelajaran dalam suasana bilik darjah.
Berbuat sesuatu yang berlandaskan keduniaan akan membentuk satu sahsia manusia yang berkiblatkan kepada pembangunan yang berunsurkan kepentingan diri kelak akan menghancur kan suasana ukhuawah kemanusiaan. Orang yang berlatarbelakangkan budaya demikian sukar melihat ke belakang apa yang akan berlaku kepada diri dan keluarganya.
Allah itu Maha Kaya dan Maha Mengetahui segala amal perbuatan hambah-Nya dalam menelusuri kehidupan. Manusia diwujudkan Allah sebagai pemakmur atau kahlifah Allah. Firman Allah dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat (2)30 yang bermaksud: “(Ingatlah) ketika Tuhan mu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang kahlifah (Adam) di atas muka bumi.”
Segala amal perbuat semasa hidup di dunia akan diberi ganjaran samada berupa pahala atau musibah. Ia datang untuk menimpa kehidupan manusia yang telah melakukan kebajikan atau kedosaan mengikut kehendak Allah S.W.T. Mungkin mengena kepada diri sendiri semasa di dunia atau diakhirat kelak; atau dikenakan kepada keturunannya yang tidak berdosa itu.
Seorang pemimpin yang telah melakukan kepincangan dalam mengurus pembanguan manusia di bawah kelolaannya dengan berbagai kerenah dan birokrasi, ganjarannya akan mengena kepada keturunannya. Dia tidak sedar bahawa apa yang telah dilaksanakan telah menampar kepada anak cucunya sendiri setelah ia mendapat giliran balik ke rahmatullah.
Kekayaannya semasa hidup di dunia dengan sendirinya berjalan keluar tanpa manfaat kepada generasi pelapis. Bukan sahaja kemewahan dunia yang telah kembali kepada Allah tetapi segala kekayaan pembangunan termasuklah ilmu, kekuasaan, kesetiakawanan sosial dan sebagai nya ikut sama mengalir keluar dan beralih kapada mereka yang menjadi mangsa semasa kekuasaannya.
Akibat demikian adalah peristiwa-peristiwa yang berlaku di belakang kehidupan seorang pemimpin agung masa dahulu. Mengetahui akibatnya tidak semudah untuk dipulih kembali kerana generasi pelapis adalah produk yang lahir dari kepimpinan yang zalim. Merekalah yang menanggung akibatnya. Maka itu budayakan melihat kembali dan bukan melihat ke belakang.

No comments:

Post a Comment