Thursday, June 3, 2010

SAYANGKAN DIRI CINTAKAN ILMU (DISIARKAN PADA 12.06.2010)

Jika kita inginkan kebahagian di dunia, perolehilah ilmu; jika kita inginkan kebahagian di akhirat perolehilah ilmu dan jika kita inginkan kebahagiaan di kedua-duanya, dunia dan akhirat perolehilah ilmu. Ilmu, ilmu, ilmu adalah menjadi nadi pembangunan dalam kelangsungan hidup bertamadun. Dengan ilmu memudahkan urusan kehidupan di dunia dan di akhirat. Hidup bahagia adalah faktor yang setiap insan ingin mengejar di dunia.
Ilmu menjadikan hidup bahagian di dunia kerana manusia boleh berfikir memahami bagaimana cara penyelesaian satu-satu masalah kehidupan itu. Manusia boleh berfikir mengola kehidupan setelah ia mengilmukan dirinya dalam berbagai peringkat disiplin ilmu dalam pem- bangunan manusia yang dihidangkan oleh seorang guru, pensyarah mahupun profesior di berbagai gedung ilmu.
Menuntut ilmu akan dapat menyelesaikan teka-teki kehidupan kelak akan menjadi pengalaman dalam memurnikan kehidupan. Pengalaman merupakan guru yang paling bijaksana dalam urusan pembangunan kehidupan dunia. Dalam menuntut ilmu ada tiga peringkat wajar dilalui yang menjadikan ilmu itu sebahagian daripada kehidupan anda.
Mendengar ilmu yang diperkatakan oleh seseorang akan mengingatkan anda mengenai ilmu berkenaan. Apabila ilmu itu dapat dilihat dalam bentuk tulisan anda akan megetahuinya; dan apabila anda lakukan ilmu berkenaan melalui amalan di situlah ilmu itu mendatangkan kefahaman kepada anda. Itulah yang dikatakan sebagai sebahagian diri anda.
Ilmu pengetahuan merupakan zat yang menjaminkan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Dengan ilmu pengetahuan manusia dapat mendekati Allah s.w.t. dan memahami tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini.
Dengan ilmu akan menyinarkan cahaya serta kebahagian hidup seseorang. Ilmu juga merupakan awet muda kepada sesiapa yang memperolehinya. Orang yang berilmu dalam segala segi sentiasa dipandang mulia oleh orang awam dan ia menggamit keserian pada penampilan di khalayak orang ramai.
Orang yang berilmu selalunya waras dan bertimbang rasa. Mereka yang luas ilmunya bermakna manusia yang berpengetahuan dalam segala bidang sama ada ilmu akhirat, ilmu duniawi mahupun ilmu kerohanian. Jika anda sayangkan diri cintailah ilmu. Orang yang sentiasa dilamun derita disebabkan kecetikan ilmunya. Ilmu itu wajar dalam kehidupan sehingga Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menyarankan bahawa menuntut ilmu mulai dan buaiyan hingga ke liang lahad.
Dengan ilmu anda mengalami kebahagian hidup tetapi dengan ilmu juga anda sentiasa diburuh derita. Ilmu itu punca kebahagiaan dan ia juga punca kesengsaraan jika anda menyalah- gunakan ilmu yang mengakibatkan anda menjadi penjenayah. Ilmu yang bermanfaat wajar diwarnai dengan ilmu akidah atau ilmu kerohanian.
Mereka yang luas ilmunya tidak sunyi dengan buku. Membaca adalah amalan yang menjemput kebahagian dalam hidup. Budaya membaca juga menjauhkan anda dari musibah kelalian. Orang yang mengalami usia kelalian tidak kenal akan dirinya, jauh sekali mengenali ilmu pembangunan. Penampilannya balik sebagai kanak-kanak atau bayi yang sentiasa memerlu kan bantuan dari orang lain.
Ilmu dapat memahami kehidupan alam dunia, alam akhirat dan alam rohani. Pembangu- nan dunia wajar disajikan bersama dengan pembangunan akhirat atau pembangunana kerohanian kerana tanpa kedua-dua ilmu berkenaan kehidupan itu akan mengalami berbagai masalah. Pembangunan dunia berupa sementara sahaja iaitu sebatas umur tetapi pembangunn akhirat atau rohani adalah ilmu yang kekal bersama dengan anda.
Kejayaan dalam mendidik manusia atau mengilmukan manusia ialah bilamana sesorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya. Cinta dan takut itu menjadukan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhannya. Buah daripada ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Ini semua ada hubungan rapat dengan ilmu rohaniah.
Hidup mulia dan dihormati orang serta sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t. wajar memiliki ilmu rohaniah. Jika anda sayangkan diri anda lengkapkan diri anda dengan fakulti tersebut. Bagi orang yang bercita-cita untuk membaiki diri atau guru-guru yang hendak mendidik manusia, mereka mestilah mengetahui ilmu rohaniah itu, kerana pendidikan rapat dengan rohaniah manusia.
Mempraktikkan ke dalam diri anda ilmu tersebut wajar sehingga anda menjadi baik. Contoh dan suri teladan yang baik daripada anda itulah jadi ikutan pula kepada murid-murid dan pengikut-pengikutnya. Dengan erti kata lain, anda menjadi model hambah Allah yang baik yang mampu memberi faedah kepada manusia sejagat.
Mendidik manusia adalah sulit sekali. Ini disebabkan manusia itu ada akal, roh, nafsu, dan fisikal. Fisikal adalah anggota lahir. Akal, roh dan nafsu adalah anggota batin. Kejayaan mendidik manusia adalah ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak tadi. Jadi kalau guru-guru atau pendidik-pendidik tidak ada ilmu rohaniah, hanya faham fisikal manusia semata-mata, bagaimana dia hendak mendidik murid-murid dan pengikut-pengikutnya. Tentu sekali pendidik-pendidik atau guru-guru tadi akan gagal.
Mendidik manusia tidak cukup dengan mendidik fisikal mereka sahaja. Tapi itulah yang berlaku di zaman moden ini. Mereka keluar dari gedung-gedung ilmu yang tertinggi sekalipun seperti maktab, universiti, semuanya itu hanya mendapat pengesahan persijilan semata atau certificate dokumention semata. Apabila mereka keluar dan menjadi pemimpin masyarakat majmuk acuannya serupa dengan dirinya sendiri yang terdidik dengan fisikal sahaja.
Sayangkan diri cintakan ilmu membawa maksud manusia mempunyai tanggungjawab untuk mengilmukan diri kerana dengan cara demikian manusia dapat memelihara hakikat manusia itu sendiri. Apakan yang dimaksudkan dengan hakikat diri manusia? Roh atau hati nurani (anggota batin) adalah merupakan hakikat diri manusia. Maka itu harga diri dan nilai kemanusiaan itu ditentukan oleh roh, akal dan nafsunya.
“Tanpa roh, manusia adalah bangkai. Kerananya roh juga maka manusia itu dikatakan mukalaf yakni makluk yang diperintahkan untuk menyembah Allah, patuh kepada seruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Tanpa roh, perintah dan larangan Allah tidak ada erti apa-apa. Walaubagaimanapun bukan semua roh itu yang menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allah. Ada roh yang melanggar perintah dan melakukan larangan. Ini bergantung kepada proses pendidikan yang diterima oleh roh itu.
Roh yang taat, takut dan cinta pada Allah akan menjadikan manusia itu berguna dan menguntungkan dirinya serta orang lain. Sebaliknya jika roh atau hati yang rosak atau kotor akan menjadikan manusia itu tidak berguna apa-apa lagi. Dirinya seolah-olah bangkai bernyawa. Dengan erti kata lain, dia adalah sampah masyarakat.
Dia masih hidup, boleh bergerak ke hulu ke hilir, boleh mengatur dan mentadbir, bercakap dan bertindak, namum semua itu penuh kejahatan dan kerosakan. Sekiranya roh atau hati yang rosak, atau kotor itu ada pada seorang pemimpin maka kepimpinannya tidak lagi adil bahkan penuh dengan kekejaman, diskriminasi, mementingkan diri, keluarga dan kliknya sahaja, malah dia adalah perosak bangsa, agama dan negara.
Kalau roh atau hati anggota batin yang rosak itu berada dalam diri orang kaya, jadilah si
kaya itu bakhil, tamak, lintah darat dan membazir. Kalau roh atau hati dalam diri ulama sudah rosak, jadilah si ulama itu penjahat (ulamak suk). Dia akan menjual ilmu Islamnya untuk membeli kepentingan dunia yakni dia gunakan ilmu Allah untuk mencari pangkat, nama dan duit semata-mata. Ulama suk menjual ilmunya untuk kepentingan dunianya. Kalau ia bercakap adalah bagi pehak tuan bukan bagi pehak Tuhan. Kalau tidak bercakap mereka menjadi syaitan-syaitan bisu pula.
Kalau roh atau hati atau anggota batin yang sudah rosak berada dalam diri para pemuda, pemuda itu akan menghabiskan masanya dengan berfoya-foya, berangan-angan, melepak-lepak dan bersoronok-seronok. Tenaga sasanya disia-siakan tanpa memberi apa-apa faedah atau khidmat kepada masyarakat. Akhirnya mereka menjadi sampah masyarakat.
Jika roh atau hati yang jahat ada pada si miskin, maka keluh-kesahlah dia sepanjang masa, rasa hina, rasa malu kepada orang yang lebih darinya. Dengan orang yang kaya mereka rasa dengki dan dendam. Dia tidak sabar dan tidak redha dengan kemiskinan yang menimpa dirinya.
Demikianlah juga kalau roh yang jahat itu ada dalam diri para gadis remaja dan kaum wanita maka rosaklah dirinya dengan asyik berlawa-lawa, bersolek-solek dan bergaya untuk menarik perhatian orang padanya. Dia sanggup diri dijual pada sesiapa saja yang boleh membuat nikmat dunia padanya. Ramai lelaki yang tergoda.
Bagitulah peranan roh dalam hidup manusia. Ia bagikan raja dalam negara diri. Menjadi penentu baik atau tidaknya manusia itu bahkan penentu hidup mati manusia. Kalau ia keluar dari jasad, manusia akan menjadi bangkai. Kalau ia ada pula dialah yang akan mencorak kehidupan itu baik atau buruk, perosak atau pengislah, peruntuh atau pembangun, bertanggungjawab terhadap masalah atau pencetus kepada masalah, pendamai atau penghuru-hara dan lain-lain lagi.”(1)
Inilah yang disabdakan oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
“Dalam diri manusia itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia; kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati atau roh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)
Bayangkan diri anda sebagai intan berlian, tentu sekali kecintaan anda kepada benda yang nilainya yang amat tinggi itu tidak dapat dipersoalkan lagi. Apakah yang lebih bernilai di mata dunia selain daripada memperolehi intan belian. Maka itu sayangkan diri anda seolah-olah ia seperti intan nilainya. Apabila anda sayangkan sesuatu maka perasaan cinta itu akan menjelma dalam hati.
Sayangkan diri anda wajar memikirkan nilai-nilai yang amat tinggi dalam kelangsungan hidup. Nilai yang amat berharga ialah hakikat manusia iaitu nilai kemanusiaan yang ditentukan oleh fakulti batin iaitu roh, akal dan nafsu. Dengan ilmu akan dapat memahami fungsi fakulti batin sebagai penentu kepada pendekatan kesempurnan kehidupan manusia.
Hati manusia mesti dipimpin agar ia menjadi bersih atau baik. Kerana membersihkan hati adalah wajib. Bila ia bersih, akan membersihkan seluruh kehidupan lahirnya. Ilmu tentang hati atau roh wajar ada kerana tujuannya ialah untuk mengenal sifat-sifat hati yang positif dan yang negatif. Kalau tidak ada ilmu tentangnya, sifat-sifat mazmumah tidak akan dapat dikesan. Bagitu juga sifat-sifat mahmudahnya tidak akan dapat dikesan untuk disuburkan.
Latihan-latihan praktikal perlu melalui mujahadatunnafsi; istiqamah; tafakur; bergaul dengan orang yang baik-baik; dan pimipinan murshid. Mujahadatunafsi terbahagi kepada tiga: di antaranya ialah dengan takhali (mengosongkan, membuang, atau menyucikan daripada sifat-sifat yang keji. Tahalli (mengisi atau menghiasi dengan sifat-sifat terpuji); dan Tajalli (terasa
kebesaran dan kehebatan Allah atau sentiasa rasa bertuhan). Pada ketiga-tiga peringkat ini hendaklah dilakukan dengan mengadakan latihan melawan atau memerangi semua kehendak-kehendak hati yang jahat, yang didorong oleh nafsu. Cara memeranginya ialah melalui latihan-latihan menolak kemahuan jahat yang ditimbulkan oleh nafsu. Maka itu cintahilah ilmu kerana ia memanusiakan manusia.
(1)Ustaz Haji Ashaari Muhammad: PENDIDIKAN RAPAT DENGAN ROHANIAH MANUSIA. Penerbit Minda Ikhwan. Rawang Selangor Drul Ehsan. 2006. M.s 2 - 4

No comments:

Post a Comment