Monday, October 25, 2010

MENGILMU DAN MENDIDIK SERAMPANG DUA MATA
(Disiar pada 9.10.2010)
Guru boleh diacronymkan sebagai ‘g-guna u-untuk r-rakyat u-umum,’termasuklah diri sendiri. Seorang guru boleh melaksanakan berbagai aktiviti pembangunan dan pada masa yang sama ia boleh melaksanakan sesuatu untuk penambabaikan pada penampilan diri dalam arena mengilmukan generasi pelapis. Pepatah mengatakan sambil menyelam sambil minum air. Setiap guru mempunyai visi yang jauh untuk membina tamadun kehidupan di samping membina keluarga sendiri.
Guru adalah agen perubahan kepada masyarakat majmuk. Perubahan kepada kebaikan dan kemurnian kehidupan sebagai pemain dalam kelangsungan hidup bermasyarakat. Dalam erti kata lain guru adalah pembentuk acuan pembangunan sejajar dengan perubahan masa dalam semua segi kehidupan. Tidak ada seorangpun manusia yang mengilmukan dirinya tanpa melalui khidmat seorang guru. Gurulah mewarnai kehidupan seseorang itu dan terpulanglah kepada individu berkenaan untuk membaikpulih keadaan kehidupannya dengan menggunakan ilmu yang diperolehi dari seorang guru.
Mengilmu dan mendidik dapat berlaku dalam dua sinario kegiatan iaitu mendidik orang lain dan pada masa yang sama mengilmukan diri untuk memperkayakan ilmu yang sudah sedia ada. Dalam membuat kajian mengenai istratigi pengajaran dan pembelajaran kerap kita temui bahan-bahan ilmu yang baru yang boleh memurnikan pengajaran. Maka itu di samping mendapat bahan untuk memperbaiki pengajaran, bahan berkenaan juga menjadi pengkayaam ilmu kepada diri sendiri.
Mengilmukan diri boleh berlaku dalam dua muamalah. Mendidik murid wajar mendapat kan bahan yang sesuai sebagai pengkayaan kepada pengajaran itu, dan pada masa yang sama seorang guru boleh mendaftarkan diri di institusi pegajian tinggi atau iniversiti untuk mengikuti khurus berbagai peringkat yang ia belum memperolehinya.
Seorang guru yang hanya mempunyai sijil perguruan sahaja dari institute perguruan, boleh mengambil peringkat sarjana Muda dalam bidang yang telah diceburunya dalam pendidi- kan. Jika seorang guru itu telah mendapat sijil Sarjana Muda ia boleh mengikuti peringkat Sarjana dan seterusnya ke peringkat yang tetinggi iaitu Ph.D. atau Doktor Falsafah.
Dengan memperolehi sijil pengikhtirafan yang tertinggi atau Ph.D. akan memudahkan anda untuk menjawat jawatan yang lain dari bidang keguruan. Inilah cara yang terbaik untuk mendapat pertimbangan dari ketua majikan untuk mengubah status perkhidamatan serta tempat berkhidmat.
Dengan berbuat demikian seorang itu sebenar telah sedar diri bahawa tanggungjawab manusia dalam perjuangan hidup adalah mengilmukan diri seperti mana yang disarankan oleh Baginda Rasul Nabi Muhhamad s.w.s. yang menggesa manusia untuk menuntut ilmu mulai dari buaian hingga ke liang lahad. Ia membawa maksud hidup ini wajar diserikan dengan ilmu pengetahuan sepanjang zaman. Dalam erti kata yang lain: Education is a long life learning.” Bermaksud, belajar adalah sepanjang zaman.
Manusia digesa untuk menemani hidupnya dengan menimba ilmu pengetahuan. Ini penting kerana mengikut seorang doktor perubatan, orang yang menemani dirinya dengan menimba ilmu sehingga akhir hayatnya adalah mereka yang sukar didekati dengan penyakit “Lali”, iaitu sejenis penyakit yang pemikirannya tidak seirama dengan perbuatannya lagi.
Ramai orang, tidak kira lelaki atau perempuan apabila meningkat usia emas iaitu 65 tahun ke atas mengidapi penyakit tersebut yang mengakibatkan penampilan diri kembali seperti kanak-kanak. Pemikirannya tidak lagi mengikut logikan pemikian seperti orang-orang yang normal. Kadangkala ia tidak kenal saudaranya! Amat mengaibkan lagi ialah apabila tidak tahu mengurus diri sendiri sehingga sampai ke peringkat tidak tahu menggunakan tandas apabila membuang najisnya.
Ada di antara mereka yang telah bersara wajib dari perkhidatannya mengatakan bahawa mendengar ceramah atau nasihat dari seorang yang ditauliahkan tidak wajib lagi bagi warga emas atau untuk mereka yang telah bersara! Antara sebab, mengikut mereka, ialah tidak ada kemanfaatannya lagi dan kedua jika dipaksa juga mereka akan hanya tidur dan bukan men- dengar! Pandangan demikian amat sempit sekali. Mungkin mereka berkenaan memikirkan bahawa mereka sudah “banyak makan garam” maka itu tidak ada manfaatnya lagi nasihat dari orang lain yang semata-mata menyedarkan anda amal perbuatan yang menyunsangkan pembangunan!
Tahukah anda bahawa ilmu yang kita perolehi semasa hidup di dunia boleh diibaratkan seperti air yang membasahi jari kita setelah diculupkan ke dalam air laut. Itulah ilmu yang kita ada berbanding dengan ilmu yang Allah taburkan di alam dunia untuk manusia menerokainya seperti air lautan yang tidak bertepi itu.
Para ulama dan cerdik pandai pernah berkata bahawa menimba ilmu itu mempunyai hikmah yang amat luar biasa. Ia membuat kita tidak bosan menimba ilmu kerana “semakin kita tahu semakin kita tidak tahu!” Ia bermaksud semakin kita mengali dan menerokai ilmu semakin banyak lagi ilmu yang kita perlu ketahui.
Orang yang mempunyai ilmu yang banyak lebih mulia berbanding orang yang mem- punyai sedikit atau orang yang tidak ada ilmu. Kehidupan seorang yang banyak ilmu sentiasa diserikan oleh kehadiran ilmunya manakala orang yang daief merasa hidup ini monoton dan membosankan.
Ilmu adalah salah satu faktor yang menyebabkan manusia menjadi makluk yang paling mulia berbanding dengan makluk lain. Hal ini tersirat di dalam ayat 32 – 34 surah al-Baqarah, sehinggalah para malaikat sujud sebagai tanda hormat kepada Nabi Adam a.s. kerana ilmu itu ada pada baginda a.s.
Ilmu itu penting bagi setiap insan dan setiap ilmu yang kita perolehi wajar disampaikan kepada orang lain untuk menambah ilmu pengetahuannya. Mengikut pendapat Abu Mazayah Al-Hafiz dalam bukunya bertajuk “Di Bawah Cahaya Al-Quran Sepanjang Zaman,” beliau mengungkapkan bahawa berbagai pendapat ulama di dalam memberikan definisi tentang ilmu dapat dirumuskan bahawa: “Ilmu adalah anugerah Allah s.w.t. yang sangat bernilai yang diberikan kepada manusia. Dengan bekalan ilmu tersebut manusia mampu menjadi khalifah di muka bumi dan mentadbir dunia dengan pertimbangan-pertimbangan akal yang sehat. Dengan ilmu ini juga manusia menjadi makluk yang paling mulia sehinggalah Allah s.w.t. memerintahkan malaikat untuk sujud kepada Adam a.s. sebagai sujud (tanda) penghormatan.”
Perkataan ulama adalah berbentuk Jamak daripada alim yang bermakna “orang yang berilmu.” Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah s.w.t. daripada hambah-hambah-Nya adalah hanyalah ulama.” Dengan demikian berdasarkan ayat Allah tersebut; orang yang berilmu, mestilah dia akan merasa takut kepada Allah s.w.t. Maksudnya ia akan sentiasa mengamalkan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Dengan perkataan lain walaupun seseorang itu pandai dan mengetahui segala sesuatu termasuk ilmu-ilmu agama, namun ia tidak takut kepada Allah s.w.t. maka orang tersebut tidak akan disebut sebagai orang yang berilmu. Maka di sini letaknya perbedzaan yang mendasarkan tentang konsep ilmu di dalam al-Quran dengan berbagai teori ilmu yang dikemukakan oleh manusia.1
Ibnu Kathir, seorang pentafsir terkenal mengatakan ayat tersebut berkata: “Sesungguh nya yang paling takut kepada Allah s.w.t. dengan sebenar takwa adalah hanya ulama yang memahami tentang Allah s.w.t., kerana jika pengetahuan mereka semakin mendalam dan semakin sempurna nescahaya ketakwaan kepada Allah s.w.t. juga semakin tinggi.”
Ayat tersebut juga menjadi dalil bahawasanya seorang alim (orang yang berilmu) adalah lebih tinggi darjatnya daripada seorang ahli ibadah. Hal ini dikemukakan oleh al-Fakhrur Razi menambahkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud: “Semulia-mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa.”
Makanya kemuliaan itu berdasarkan ketakwaan, dan ketakwaan hanya diukur dan diper- olehi dengan ilmu, kerana itulah kemuliaan itu sangat bergantung kepada ilmu dan tidak banyak mengambil kira ke atas amal. Hubung-kait ilmu dan amal bagikan roh dan jasad. Ia ibarat bapa dan anak, amalan muncul kerana adanya ilmu dan ilmu tidak muncul kerana adanya amalan.
Maka itu menimba ilmu tidak ada penghujungnya. Ia boleh berlaku sepanjang masa dan zaman kerana kemanfaatan kepada diri dan kepada masyarakat khususnya kepada zuriat kita amat bermanfaat. Persaraan bukan menjadi faktor bahawa menimba ilmu itu tidak ada keman- faatannya lagi. Masa penantian anda untuk mendapat giliran balik ke rahmatullah biarlah diserikan dengan ilmu dan jangan biarkan masa(umur) itu berlalu tanpa diisi dengan ilmu.
Mendidik adalah satu amalan mulia. Tetapi amalan semata tidak menepati kesungguhan beribadah tanpa diserikan dengan ilmu dan ketakwaan. Khidmat seorang guru menjadi mulia jika pengajaran dan pembelajarannya meliputi segala segi termasuklah ilmu keimanan dan ketakwaan kepada Allah yang membawa kepada kemurnian pembangunan tamadun kehidupan generasi pelapis..
Apabila usia persarahan itu tiba anak murid pun sudah menjadi bapa atau pemimpin masyarakat atau pemain dalam pembangunan manusia, mereka masih memerlukan panduan serta ilmu demi mengangkat darjat kepimpiannya di peringkat global. Guru yang pernah mendidik mereka semasa di bangku sekolah dahulu tentu sekali mereka ingin sangat menyerti bersama menyalami pandangan dan cadangan yang anda kemukakan dan juga menjadi bahan ilmu untuk mengilmukan zuriat mereka di samping menjadi imbuhan kepada kredibiliti diri dalam menjalankan ibadah.
Mengilmu dan mendidik adalah serampang dua mata jika dilihat dari segi kemanfaatan diri dan juga kemanfaatan kepada pelajar. Semakin banyak ilmu yang kita perolehi semakin dewasa kita dibuatnya. Bagitu juga para pelajar semakin manyak ilmu yang mereka ketahui dari mengikuti pengajaran seorang guru semakin luas sinario pemikiran mereka tentang kehidupan ini di dunia mahupun kehidupan di akhirat kelak.
Orang yang berilmu, beriman dan bertakwa kepada Allah akan menempah kemuliaan kehidupan di akhirat. Kualiti kehidupan sedemikian rupa akan dengan sendirinya memelihara kuliti kehidupan di dunia. Dan inilah jalan yang sebaik-baiknya tetapi jika kuliti kehidupan hidup di dunia diutamakan maka jangan mimpi kehidupan di akhirat nanti menempuhi kemuliaan dan kebahagian.
Ramai orang melaksanakan ibadah di dunia lebih mengutamakan daripada kebahagian kehidupan rohaninya dengan melibatkan diri dalam arena perniagaan. Aktiviti perniagaan dalam pemikiran ramai manusia adalah semata-mata mengejar kebahagian dunia. Islam menyarankan umat manusia bahawa jika anda inginkan kekayaan ceburkan diri dalam perniagaan. Ini benar dengan syarat perjuangan dalam aktiviti perniagaan dilandaskan kepada keredhaan Allah s.w.t.
Birokrasi dalam bidang perniagaan telah mendidik manusia untuk mengenali manusia lebih diutamakan daripada mengenali usahanya sebagai ibadah. Usaha yang berlandaskan kepada
amalan yang bersih mendapat manfaat dan keuntungan hidup di akhirat nanti tetapi jika amalan berniaga itu dicemari dengan aktiviti bawah meja maka kebahagian itu hanya dapat dirai di dunia sahaja. Amat mengaibkan lagi apabila hasil perniagaan yang kurang bersih itu menjadi makanan zuriat keturunan anda maka mereka akan terbentuk sedemikian rupa yang hanya
mementingkan kebahagian dua semata.
1 Di Bawah Cahaya Al-Quran Sepamjang Zaman. Abu Mazaya Al-Hafiz. h 106

No comments:

Post a Comment