Monday, October 25, 2010

JENDILA IMAN
(Disiarkan pada 23. 10. 2010)
Iman membawa maksud pegagangan teguh di hati akan adanya Allah dan mematuhi segala hukumnya. Ia merupakan ketetapan, kekuatan batin. Berkeyakinan sepenuh-penuhnya; berpegang teguh kepada ajaran agama. Apabila kita memikirkan tentang iman, yang timbul dalam minda kita ialah empat kemponen perkataan, iaitu Islam, iman, ilmu, dan amal. Hidup tanpa keempat-empat perkataan tersebut sering membuat manusia hilang perkiraan dalam mengola pembangunan kehidupan terutama sekali apabila gejolak sains dan teknologi menghantui jiwa manusia.
Menjauhi fenomena kehidupan tersebut juga mengakibatkan keadaan hidup yang tidak menentu seperti pepatah Melayu mengatakan hidupnya bagikan abu di atas tunggul. Ia akan terbang mengikut arah ke mana sahaja angin itu bertiup. Kehidupan sedemikian rupa tidak punya pegangan hidup yang kukuh. Prinsip hidupnya mengikut telunjuk hawa nafsu yang sentiasa melihat keseronokan dunia lebih diutamakan daripada memelihara kebahagian kerohanian serta membuat persediaan untuk kehidupan di akhirat nanti.
Islam adalah agama Allah. Allah mewujudkan Islam sebagai agama manusia (Al-Maaidah(5) 3. Maka itu tanggungjawab seorang muslim ialah beriman kepada Islam kerana Allah. Iman memahami dan melihat Islam sebagai satu kekuatan naluri dan dapat melihat Allah s.w.t.. Islam itu agama suci kerana Allah adalah zat yang maha suci. Tidak ada kecacatan Allah maka itu Islam terbentuk dalam keadaan suci dan sempurna. Sesiapa yang menyelami samudera keislaman dalam hidup pasti mempunyai jiwa yang bersih dan suci dan sentiasa mendapat perlindungan serta hidayah dari Allah s.w.t..
Melihat keimanan itu bagikan zat atau perkara yang ghaib. Kita hanya dapat mencernakannya dalam jiwa. Ia tidak boleh disentuh oleh pancaindera dan tidak boleh dilihat. Hanya yang boleh dilihat adalah kesan keislaman itu dalam hidup. Oleh sebab Islam itu adalah dalam keadaan ghaib maka kita memerlukan iman untuk menyelami felosofi ajaran-ajarannya.
Al-Quran sebagai roh bagi orang beriman. Kehadiran rohlah maka seseorang itu berperasaan dan dapat mengetahui segala bentuk pembangunan. Manusia akan mati jika roh atau nyawanya telah keluar daripada jasad, begitu juga seseorang akan mati hati dan jiwanya sekiranya tidak lagi menjadikan al-Quran sebagai rohnya.
Berkaitan dengan al-Quran menjadi roh bagi orang-orang yang beriman, Allah berfirman surah As-Syaura 52 – 53, yang bermaksud:”Dan demikianlah Kami mewahyukan kepada kamu roh (al-Quran) dengan perintah kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah kitab (al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Quran itu cahaya, yang kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hambah-hambah Kami. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, (iaitu) jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah bahawa kepada Allahlah kembali semua urusan.”
Al-Quran adalah sebagai hidangan bagi roh. Ini bermakna bahawa al-Quran sangat diperlukan oleh roh dan jiwa manusia, sebagaimana tubuh memerlukan makanan. Tubuh boleh menjadi sakit atau kurang selesa kerana kekurangan zat-zat makanan, begitu juga jiwa dan hati manusia akan menjadi sakit bahkan mati tanpa al-Quran.
Begitu juga segala makluk Allah di alam ini kita memerlukan iman yang kuat dan kukuh untuk memahami kewujudan segala makluk yang ada di alam dunia ini, termasuklah binatang, ikan, seranggan, tumbuhan-tumbuhan, kuman dan berbagai hidupan lainnya. Iman mendidik kita untuk menghormati kejadiannya kerana Allah tidak wujudkan sesuatu tanpa tujuan.
Iman adalah pegangan hidup di hati mengenai kehadiran Allah s.w.t. di samping mematuhi dan melaksanakan segala perintahnya serta menjauhi segala larangannya. Asas keperibadian seorang muslim yang beriman dan bertakwah ialah melakasankan ibadah wajib seperti mendirikan solat lima waktu tetap pada waktunya atau melaksanakan solat 17 rakaat sehari semalam.
Mengerjakan solat lima waktu adalah satu aktiviti batin yang memusatkan seluruh pemikiran serta kehidupan kita kepada kesucian Allah s.w.t. yang pengasih dan penyayang. Megerjakkah ibadah solat dengan kyusyuk dan tawadhu amatlah penting kerana ia akan menyedarkan kita tentang tanggungjawab sebagai hambah Allah dan memenuhi kehendak kekalifahannya di alam kehidupan di dunia ini.
Memelihara solat lima waktu menjadi kewajipan seorang muslim kerana ia menjadi penghulu kepada amal ibadah yang lain. Tuntutan beragama berpaksi kepada sembahyang 17 rakaat kerana masa itulah pegagang hidup berdisiplin untuk memelihara dan mensucikan aktiviti kehidupan yang manusia laksanakan dalam sehari suntuk. Hidup itu adalah fitrah Allah maka sempurnakanlah kehidupan anda dengan sentiasa bersama Allah s.w.t.
Mendirikan solat lima waktu tidak menjadi pegangan hidup bagi kebanyakan manusia walhal rahmat Allah limpahkan kepada mereka dalam sehari se malam, iaitu 24 jam tidak pernah putus. Mengerjakan lima waktu atau 17 rakaat dalam sehari suntuk hanya memakan masa paling minamal setengah jam untuk mengerjakan ibadah solat. Masa itulah kita bersama dengan Allah berbanding rahmat Allah yang kita terima 24 jam. Perlaksanaannya memerlukan iman yang kukuh dan kental untuk menentang dugaan untuk tidak mendirikan solat.
Pemangkin kepada pelaksanaan solat lima waktu adalah iman yang kuat dan kukuh, tanpanya manusia mudah menjadi mangsa kekufuran kepada nikmat hidup yang Allah hidangkan. Maka manusia menjadi pembelot dan tidak mengikuti perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Iman dapat melihat dan mendengar seruan Allah apabila kita merasakan kelezatan hidup sebagai ujian dari-Nya. Dengan nikmat hidup yang sihat, selerah makan yang baik, pemikiran yang riang dan menerawang, kawan yang ramai, paras muka yang cantik, semuanya ini adalah nikmat hidup yang tidak ada tandingan nilainya dalam kehidupan. Memiliki fitrah tersebut memerlkan iman yang kuat.
Iman itu dapat melihat dari dalam diri sendiri dan juga dari memahami penampilan orang lain mengenai segala hidangan Allah. Kehidupan manusia sewajarnya setiap detik masa dalam hidup wajar dihiasi dengan mengingati Allah s.w.t. Manusia hidup wajar bertakwa kepada Allah kerana tidak ada kemampuan manusia dalam segala segi kehidupan tanpa pemberian dan pertolongan dari Tuhan.
Allah menyarankan kepada makluk manusia supaya membaca alam kehidupan yang Allah ciptakan dan membaca ilmu yang terucap oleh Allah seperti al-Quran nul Karim. Allah perintahkan makluk manusia untuk membaca dan memahami kedua-dua ilmu yang terucap dan juga ilmu yang tercipta. Ilmu yang tercipta oleh Allah seperti segala makluk yang ada di bumi Allah ini memberi peringatan atau tamsil kepada pembangunan manusia.
Sebagai contoh jika manusia memilih menjadi penonton dalam kehidupan maka banyak perkara yang manusia tidak ada kemampuan untuk melaksanakan. Orang sedemikian rupa Allah memberi tamsil seperti hidupnya seekor umang atau hermit crab. Haiwan ini dijadikan Allah tanpa tempat berteduh dan tidak pandai membuat rumahnya sendiri dan mengharapkan haiwan lain seperti siput untuk dijadikan sebagai rumahnya. Kulit siput yang sudah mati diambilnya sebagai tempat berteduh.
Mujur siput yang telah mati ada manfaatnya kepada umang-umang sebagai tempat berteduh dalam hidup. Amat mengerunkan apabila seekor umang itu merampas kulit siput yang masih hidup. Dibunuhnya siput itu kemudian setelah mati, mengambil kilit siputnya sebagai rumahnya. Seekor umang tidak punya prinsip hidup dan hanya mengharapkan makluk lain untuk menyediakan tempat tinggalnya.
Dalam kehidupan manusia di dunia keadaan demikian masih berlaku. Ilmu yang ada pada manusia tidak digunakan sebagai faktor untuk membantunya dalam pembangunan. Ilmu itu disalah guna dan digunakan untuk semata-mata keperluan peribadi sendiri. Satu contoh yang paling baik ialah masyarakat Yahudi yang bergelar Israil. Pada mulanya masyarakat ini adalah masyarakat buangan di seluruh dunia terutama sekali negara-negara Europah. Negara Islam Palistine mempunyai perasaan kemanusian seperti mana di gariskan oleh Islam. Semua manusia adalah berketurunan yang sama iaitu dari Nabi Adam dan Siti Hawa, maka itu setiap umat manusia mempunyai persaudaraan sejagat.
Setelah diberi tempat oleh masyarakat Palestine yang berhampiran dengan tanah tempat kelahiran Nabi Isa a.s. bernama Bathelham, mereka menjadi musuh utama pula kepada masyarakat Islam seluruh dunia amanya dan masyarakat Palestine khasnya. Masyarakat Yahudi itu menggunakan berbagai taktik untuk merampas tanah tumpah darah masyrakat Islam terutama sekali di semananjung Gaza.
Perjuangan Israil ialah menjatuhkan Islam di muka dunia. Masjid Baitul Maqadis adalah pusat Islam kerana disitulah tempat Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. singgah dan sembahyang berjemaah dengan Nabi-Nabi terdahulunya termasuklah Nabi Adam a.s. dari Masjidil Haram di Mekah semasa baginda diisrak meraajkan ke Sidrantul Muntaha untuk berjumpa dengan Allah dan menerima rukun Islam sembahyang lima waktu sehari semalam.
Tali barut Israil ialah Amerika Syarikat yang menjadi pendorong utama untuk meneruskan usaha yang jahat itu. Masyarakat Yahudi itu surganya ialah dunia dan tidak beriman kepada Sang Pencipta. Antara tindakan Israil untuk meruntuhkan Islam ialah meruntuhkan Masjidil Aqsar dengan mengorek tanah kawasan bawah masjid tersebut. Rancangan mereka ialah apabila masjid itu runtuh maka akan dirampasnya sebagai pusat pentadbirannya.
Walau bagaimana pun kekuasaan Allah tiada sesiapa pun yang boleh menghalang berlaku kehendak-Nya. Walaupun pada pandangan mata kasar, apabila sesuatu itu telah berada di udara tanpa apa-apa yang memegangnya dari jatuh ke bawah, mengikut teori Newton, yang dikenali sebagai gravitional force atau tarikan bumi, objek berkenaan pasti akan jatuh. Tetapi tidak berlaku kepada masjidil Aqsar. Jika demikianlah keadaan sudah berlaku di hadapan mata kasar manusia mengapakah manusia tidak terlintas dalam jiwanya untuk beriman kepada Allah s.w.t.?
Iman itu bagikan jendila di mana kita dapat menyaksikan keadaan sesuatu dalam kehidupan. Iman tidak memilih bulu atau bangsa mahupun keturunan. Semua manusia adalah sama; hanya perbezaannya ialah ketakwaan dan keimanannya kepada yang Maha Pencipta. Allah berfirman dalam al-Quran surah al-Hujerat ayat (49) 13.
Dalam semua perlaksanaan ibadah harus diserikan dengan ketakwaan kepada Allah s.w.t. kerana dengan berbuat demikian akan terpelihara dari godaan iblis dan syaitan; di samping dimudahkan urusan kita dalam berbagai aktviti kehidupan. Bagitu jugalah orang yang sentiasa ringan tangannya menolong orang yang memerlukan pertolongan. Menolong orang lain yang mempunyai masalah adalah satu ibadah dan menolong mereka adalah sebenar menghidupkan masyarakat yang membentuk pembangunan sosial.
Islam, iman, ilmu dan amal adalah matarantai pembinaan tamadun kehidupan. Islam itu wujud kerana ada keimanan; iman menjadi kuat dan kukuh kerana kehadiran ilmu dan ilmu dapat membina tamadun dengan adanya amal. Keempat-empat fenomena tersebut menjadi tulang belakang kepada setiap muamalah manusia mukmin. Dalam erti kata lain fenomena tersebut adalah usaha memanusiakan manusia.
Manusia dipilih Allah sebagai khalifah-Nya atas sebab kehadiran fitrah tersebut yang tidak dibekalkan kepada makluk ciptaan Allah yang lain. Maka itu manusia wajar memilih antara dua kehidupan: menjadi penonton atau menjadi pemain dalam arena pembangunan manusia sejagat. Memilih cara hidup mengkufuri hidayah Allah, ganjarannya jelas atau melaksanakan
dengan hati yang ikhlas dan tawadhu akan meraih kemenangan hidup di alam akhirat.

No comments:

Post a Comment