Saturday, November 6, 2010

HIDUP ADALAH IBADAT
(Disiarkan pada 30.10.2010)
Ibadat adalah kebaktian kepada Tuhan seperti sembahyang,berdoa atau bersedekah. Berbuat baik kepada sesama manusia. Pekerjaan menurut perintah Tuhan. Kita berdoa supaya semua ibadat kita diterima Tuhan. Sembahyang itu adalah ibadat utama dalam agama. Menunaikan seruhan agama, di samping mengejar harta kekayaan kita hendaklah juga beribadat kepada Allah.
Allah berfirman dalam al-Quran surat Dzariat ayat 56 yang bermaksud: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdi kepadaKu.”
Inilah peringatan iaitu supaya Rasulullah s.a.w. meneruskan memberi peringatan kepada umat manusia. Peringatan ini besar manfaatnya bagi orang-orang yang beriman. Jika seorang telah mengakui beriman kepada Tuhan, tidaklah dia akan mahu jika hidupnya di dunia ini kosong sahaja. Dia tidak boleh menganggur. Selama nyawa dikandung badan, manusia harus ingat bahawa tempuhnya tidak boleh kosong dari pengabdian kepada Allah. Seluruh hidup hendaklah dijadikan ibadat.
Menurut riwayat dari Ali bin Abu Thalhah, yang diterimanya dari Ibnu Abbas, erti untuk beribadat ialah mengakui diri adalah budak atau hambah dari Allah, tunduk menurut kemahuan Allah, baik secara sukarela atau secara terpaksa, namun kehendak Allah berlaku juga. Kita hidup kerana kehendak Allah; kita diberi umur panjang dan mesti tua. Mahu tidak mahu jika datang ajal mesti mati. Ada manusia yang hendak melakukan di dalam hidup ini menurut kemahuan nya, namun yang berlaku ialah kemahuan Allah jua.
Ayat ini memberi ingatan kepada manusia bahawa sedar atau tidak sedar dia pasti mema- tuhi kehendak Tuhan. Maka jalan yang lebih baik bagi manusia ialah menginsafi kegunaan hidupnya, sehingga dia pun tidak merasa keberatan lagi mengerjakan berbagai ibadat kepada
Tuhan.*
Apabila manusia mengenal kepada budi yang luhur, nescahaya dia mengenal apa yang dinamai berterimakasih. Ada orang yang menolong kita melepaskan dari malapetaka, kita pun segera mengucapkan terimakasih! Kita mengembara di satu padang pasir. Akibat jauh perjala- nan, kita kehausan, air sangat sukar. Tiba-tiba di situ tempat yang sunyi sepi kita bertemu satu orang yang menyuruh kita berhenti berjalan sejenak. Lalu dia bawakan seteguk air. Kita pun mengucapkan banyak-banyak terima kasih. Kita ucapkan terima kasih dengan merendahkan diri. Sebab kita merasa berhutang budi kepadanya. Dan tidaklah ada manusia beradab di dunia yang membantah keluhuran budi orang yang berterima kasih itu.
Maka itu bandingkanlah semuanya dengan anugerah Illahi bagi menjamin hidup kita. Sejak mulai lahir dari perut ibu sampai kepada masa habis tempoh di dunia ini dan kita menutup mata, tidaklah dapat dihitung dan dinilai betapa besar nikmat dari kurnia Allah kepada kita. Maka timbullah pertanyaan: Apakah tidak patut kita berterima kasih kepadaNya atas seluruh kurnia itu? Menunjukkan kerendahan diri kita serta mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuhan kita laksanakan ibadat.
Disinilah Tuhan menjurus hidup kita, memberi kita pengarahan. Allah menciptakan kita, jin dan manusia tidak untuk yang lain, hanya untuk satu macam tugas sahaja, iaitu mengabdi, beribadat iaitu mengakui bahawa kita itu hambah-Nya, tunduk kepada kemahuan-Nya.
Beramal dan membuat kebaktian kepada Allah merupakan satu ibadat. Keluhuran beriba- dat kerana Allah adalah tangggjawab yang murni setiap insan. Ini wajar kerana “manusia, mengikut Dr. Farid Wajdi dalam Ensiklopedia Daairatul Ma’arif, mempunyai dorongan beragama ini akan bertambah kuat Naluri Beragama selalu melekat pada diri manusia selama ia mempunyai akal untuk memikirkan yang baik dan yang buruk, dan naluri ini bertambah kuat,
bila manusia bertambah tinggi dan luas ilmu dan pengetahuannya.”
Ada manusia mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan berpengetahun luas tetapi tidak punya naluri menyembah Tuhan. Jauh sekali beribadat kepada-Nya. Manusia seperti ini tidak punya iman dan tidak punyai akal yang dapat melihat antara yang baik dengan yang tidak baik. Mereka mengkufuri nikmat dan rahmat Allah yang diberi kepadanya. Mereka memahami alam dunia adalah syurganya.
Mereka tidak melihat keunikan manusia dalam kehidupan. Mengapa manusia hidup dan mengapakan setiap individu mesti makan untuk hidup? Siapakah menyediakan makanan yang dimakan oleh manusia. Mengapakah tumbuh-tumbuhan itu hidup dan siapakah menghidupkan nya. Mereka memahami fenomena kehidupan tumbuh-tumbuhan sebagai “nature”. Apa dia itu nature? Nature itulah kekuasaan Allah kerana tidak ada yang wujud dengan sendirinya.
Beriman kepada kekuatan Maha Tinggi, beriman kepada Pencipta alam semesta ini, pengatur dan pengendali urusan dalam system yang amat bijak, adalah suatu keharusan naluri dan kesedaran hati nurani. Akal manusia tanpa ilmu dan pengetahuan apapun mahu percaya kepada hukum sebab-akibat, bahawa tidak ada wujud tanpa pembuatnya. Tanpa beragama dan iman, maka pertanyaan yang diajukan oleh al-Quran akan membuat kebingungan tanpa boleh dijawab.
FirmanAllah Ta’ala yang bermaksud: “(Mengapa mereka tidak beriman)? Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?”
“Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu?(Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya.”
Jelaslah bahawa mereka tercipta bukan tanpa pencipta, dan jelas pula bahawa mereka tidak mencipta diri
mereka sendiri. Tidak seorang pun manusia boleh mengaku mencipta satu pun zarrah (atom) di langit atau di bumi. Tidak ada jalan lain kecuali harus mengakui adanya Yang Maha Pencipta, Yang Maha Berilmu, dan Yang Maha Bijak, yang telah memberi wujud kepada segala yang ada, kemudian memberinya petunjuk.**
Al-Quran adalah mukjizat dan petujuk. Al-Quran itu memiliki kelebihan dibanding dengan mukjizat semua nabi. Di samping mukjizat, ia juga sebagai petunjuk dan sekaligus pembeza yang terang antara yang hak dari yang batin. Firman Allah yang bermaksud:
“….…menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah….” (al-Baqarah: 185)
Al-Quran sebagai mukjizat kerana mengandung hikmah besar, yang sering muncul di luar batas pemikiran manusia. Ia petujuk dan sekaligus pembeza kerana mengandung kebenaran mutlak yang harus diturut oleh manusia, dan menjelaskan adanya kebatilan yang harus dicegahi
nya.
Hidup ini adalah ibadah maka itu system hidup Islami mementingkan hubungan hamba dengan Tuhannya. Manusia bukanlah pencipta dirinya sendiri, maka itu mereka tidak mungkin boleh mengatur dirinya sendiri dengan sempurna. Manusia juga bukan pencipta sesuatu yang ada di langit dan di bumi. Semua itu sudah ada, ketika manusia dipentaskan di permukaan bumi ini.
Di sekitarnya berhamburan nikmat dan rahmat Illahi, dan menjadi hak Tuhan sepenuhnya untuk mengatur segala-galanya. Dia menurunkan Islam yang didalamnya ada hukum agama untuk mengatur kehidupan manusia. Menempatkan diri dalam hukum Illahi yang disebut “Ibadah”. Maka wajarlah kalau Tuhan memerintahkan kepada manusia supaya hanya beribadah kepada-Nya sahaja, dan ikhlas beragama hanya untuk-Nya. Inilah yang dikenali sebagai fitrah yang sihat dan terhormat bagi makluk yang bernama manusia. Inilah mutiara hikmah yang dibawa oleh Islam. ***
Firman Allah yang bermaksud: “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.” (al-Baiyinah: 5)
Kedatangan Islam, ialah membersihkan ibadah yang telah dikotori oleh bermacam-macam fahaman dari agama lain, berupa upacara-upacara kemusyrikan yang sangat dilaknat oleh Tuhan. Mengapa manusia mesti mendirikan solat? Itu hak Tuhan sepenuhnya yang mendorong rasa wajib bagi manusia. Solat adalah menghadap diri kepada Allah semata-mata, yang caranya
telah diatur. Pelaksanaan solat adalah merupakan dorongan yang kuat untuk mencegah kemungkaran dan kejahatan. Firman Allah (al-‘Ankabut: 45) yang bermaksud: “……sesungguh nya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar…..”
Solat adalah merupakan sebagai lambang kerukunan sosial, membentuk persaudaraan yang akrab dan persamaan dalam tatatertib yang kuat. Arah solat ditentukan dalam satu kesamaan, iaitu menghadap ke kiblat (Ka’bah di Mekah).
Manusia banyak menyimpang dari ketentuan Allah tentang ibadah. Mereka ditarik oleh kebodohan, hawa nafsu dan khurafat, sehingga tergama menyembah berhala, bukannya Allah. Berhala atau gambar-gambar yang diyakini melambangkan ketuhanan ditempatkan di rumah sebagai lambang tauhid.
Hidup adalah ibadah bermaksud, sebelum kedatangan Islam, perhambaan sudah bermaha rajarela di seluruh dunia. Hambah tawanan perang, hambah kerana penjajahan suatu suku atas suku lainnya dan hambah kerana hutang yang tidak diterbayarkan. Kedatangan Islam mengajar manusia cara hidup atau addin untuk membebaskan diri dari perhambahan berbagai kategori. Hidup dalam Islam adalah ibadah untuk membebaskan manusia dari berbagai fenomena kehidupan yang bertentangan dengan akidah Islam sebagai agama Allah.
Islam memperkecilkan ruang lingkup perhambaan dan membuka seluas-luasnya usaha pembebasan dan mengangkat darjat hamba menjadi anggota keluarganya. Pada hakikatnya Islam datang untuk membenteras system yang telah lama berakar dengan cara beransur-ansur dan bijaksana. Maka itu setiap individu seharusnya menjadi pemain dalam kelangsungan hidup dan bukan menjadi penonton yang hanya pandai bersuara tetapi tidak turun ke lapangan untuk melaksanakan ibadah.
Islam membangunkan akidah berdasarkan kepada perinsip berfikir dan berhujah, tidak hanya sekadar ikut-ikutan. Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu, hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir…..” (Saba’:46)
Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kebenaran adalah ibadah kerana Allah. Dalam hidup sentiasa diwarnai dengan berbagai kerenah hidup yang kalau tidak ditangani dengan kesungguhan berfikir maka akan terjatuh ke jurang yang membawa kehinaan. Maka itu pergunakanlah kemahiran berfikir untuk memahami permasalahan sebelum mengambil keputusan untuk bertindak.
Al-Quran adalah sebuah kitab suci yang selalu mendorong pembaca dan pendengarnya
dengan kata-kata: “…..tidakkah kamu berfikir?” “….kalaulah mereka mengetahui.” (al-A’am: 50 al-Baqarah: 102). Maka itu berfikir dalam beribadah memahami hidup yang serbah mencabar ini.
*Prof. Dr. HAMKA: Tafsir Al-Azhar – Surat-Dzariat (56)Tentang Manusia dan Jin h37
**Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi: Tipudaya Orientalis, Athes & Missionari Terhadap Islam. h16-17
*** Ibid h 89-90

No comments:

Post a Comment