Saturday, November 6, 2010

MANUSIA SEBAGAI PEMAIN DALAM PEMBANGUNAN TAMADUN KEHIDUPAN.
(Disiarkan pada 6. 11. 2010)
Di lapangan permainan seperti main bola sepak pemainnya ada sebelas orang. Kesebela- san pemain tersebut mempunyai peranan masing-masing dalam arena perlawanan bermain bola sepak. Pehak lawan juga mempunyai sebelas orang. Kesemua ahli dalam kedua-dua kumpulan mempunyai visi yang sama iaitu hendak memasukkan bola ke gawang lawan.
Posisi masing-masing dalam arena main bola telah ditentukan peranannya. Mulai dari penjaga gol; kemudian dua orang menjadi pertahanan dari serangan yang dipanggil fullback atau pertahanan utama; kemudian tiga orang menjadi pertahanan tengah yang dipanggil center half; kemudian lima orang bahagian penyerang yang dikenali sebagai striker termasuklah sayap kiri dan sayap kanan dan tiga orang penyerang tengah. Posisi diatur sedemikian rupa untuk memudah kan rakan-rakan lain dapat menghantar atau memberi bola kepada rakan-rakan sepasukan apabila maju ke hadapan untuk menyerang.
Dalam kelangsungan perlawanan bola sepak strategi kerjasama antara pemain diutama kan. Memelihara peraturan yang membatalkan permainan menjadi kemestian seperti bola jangan terkena tangan; melakukan kekasaran yang mencedrakan pehak lawan dan kepada semua disiplin permainan harus mematuhi arahan pengadil.
Walaubagaimana pun dalam lapangan tersebut kita ada pemainnya dan kita juga ada penontonnya. Penontonnya adalah lebih ramai berbanding dengan pemainnya tetapi yang ber- lagak lebih pandai dalam arena tersebut apabila permainan dimulakan ialah penontonya. Bermacam-macam tomahan dan kejian dilimparkan kepada pemain yang dalam pandangan mereka tidak mempersembahkan perjuangan yang bersungguh-sungguh. Tetapi jika penonton yang lantang memberi komen tesebut turun ke lapangan dan menjadi pemain sebenar maka mereka tidak mampu mempersembahkan mainan yang lebih baik daripada pemain yang ada di lapangan.
Begitulah juga keadaan hidup ini, walaupun masing-masing mempunyai tanggungjawab sendiri tetapi tidak sunyi juga keberadaan masyarakat yang hidup lebih suka sebagai penonton daripada pemain. Dalam lapangan pembangunan kehidupan, masyarakat yang menjadi pemain dalam kelangsungan pembangunan tamadun kehidupan ialah mereka yang berperanan sebagai khalifah Allah s.w.t.
Melaksanakan tugas-tugas kekhalifahan di muka bumi ini adalah sebenar mereka yang memaham hidup ini sebagai ibadah. Mereka memahami mengapakah manusia diwujudkan oleh Tuhan. Orang seperti ini tidak mahu hidupnya kosong sahaja tanpa melaksanakan kebaktian kepada Zat yang Maha Agung. Hidupnya adalah sebagai hambah Allah dengan segala kerelaan hatinya melaksanakan ibadah demi kebaktian hidup di dunia dan di akhirat kelak.
Baginda Rasul Nabi Muhamad s.a.w. telah dipilih oleh Allah untuk menerima segala peraturan dan disiplin kehidupan melalui Malaikat Jibril yang dikenali sebagai wahyu Illahi. Dokumen pertama baginda terima ialah perintah untuk “membaca”. Dalam kelangsungan hidup di alam dunia, manusia diperintahkan Allah untuk membaca alam kehidupan sama ada yang tercipta oleh Allah atau yang terucap oleh Allah iaitu al-Quranul Karim.
Dalam semua kewujudan pembangunan kehidupan di alam ini, perlembagaan atau disiplin pengurusannya telah disediakan oleh (Allah) yang bersesuian dengan disiplin kehidupan berkenaan. Sebagai pemain dalam kelangsungan hidup wajar mematuhi disiplin atau peraturan yang mengawal tatacara pelaksanaan agenda berkenaan.
Seperti juga dalam bermain bola setiap ahli pemain mempunyai peranan masing-masing. Dalam kelangsungan pembangunan kehidupan kerajaan telah mengatur barisan jentera perlak- sana yang dikenali sebagai pemain dalam arena pembangunan tamadun manusia. Guru adalah bertanggungjawab mengilmukan generasi pelapis agar menjadi prmain yang berwibawa; doctor menjaga kesihatan dan keselamatan manusia; polis dan pertahanan menjaga keamanan negara; pertanian menjaga tanam-tanaman dan bidang perternakan haiwan; Peguam menjaga dan melaksanakan undang-undang; Jabatan Perhutana memelihara tumbuh-tumbuhan termasuklah pembalakan dan berbagai-bagai lagi kategori jawatan atau peranan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan amanah Allah.
Kementerian Pendidikan mengatur barisan pelaksana atau pemainnya untuk mengilmu kan generasi pelapis dalam berbagai bidang ilmu pembangunan. Apabila mereka meninggalkan institute pendidikan nanti mereka telah dibekalkan dengan ilmu sesuai dengan kekuatan mental masing-masing. Maka itu pehak kerajaan mensesuaikan profesion masing-masing sesuai dengan apa yang dipelajari semasa menuntut ilmu di berbagai kategori universiti.
Mengatur peranan masing-masing hendaklah mengikuti disiplin “The right man on the riat job; the right man on the right place.” Orang yang berkelulusan bidang undang-undang wajar ditugaskan memegang dan melaksanakan undang-undang; Jurutera yang mempunyai keilmuan mengenai bagaimana membina jambatan wajar ditempatakan di lapangan berkenaan.
Bukan menempatkan orang yang mempunyai kemahiran tentang seluk beluk keagamaan untuk mengedalikan peranan membuat jambatan atau tukang kebun yang mahir tentang menerokai hutan untuk diusahakan dengan penanaman berbagai jenis tanaman ditugaskan menjaga institusi perbankan.
Walaubagaimana pun dalam setiap kewujudan masyarakat tidak kira etnik serta keturu nan ada sahaja orang yang menjadi penonton dalam pembangunan kehidupan. Manusia yang memilih cara hidup sebagai penonton tidak punya wawasan untuk berubah. Mereka memikirkan bahawa kesenangan dan kesusahan dalam hidup adalah ditentukan oleh fenomena nasip dan itu adalah kekuasaan Tuhan yang Maha Bijaksana.
Felosofi pemkirannya ialah berusaha atau tidak kalau nasip sudah ditentukan oleh Tuhan hidup tidak akan berubah. Macamana kuat berusaha kalau kemiskinan juga akhirnya kita tidak boleh mengubah keadaan hidup. Inilah pandangan orang yang imannya tidak menentu dan sentiasa menyalahkan keturunannya. Tidak bersyukur terhadap keadaan dirinya sebagai manusia yang normal, tidak punya kecacatan dari segala deria Allah kurniakan termasuklah sifat-sifat manusia yang sempurna.
Manusia wajar berusaha dan berikhtiar untuk mencari kebahagian hidup di alam dunia yang akan menggamit kebahagian hidup di akhirat kelak. Allah berfirman dalam al-Quran surah al-Raa’d ayat (13) 11, yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah (apa yang ada pada bangsa) selagi mereka tidak mengubah keadaan (sesuatu) yang ada pada diri mereka sendiri.”
Manusia harus berfikir bahawa Allah itu sayang pada hambah-Nya maka diuji dengan berbagai kerenah hidup supaya keimanannya kepada Tuhan semakin mantap. Iman memandu manusia untuk sentiasa melihat alam ini dengan mata hati dan fikir kewujudannya di persekita- ra hidup kita. Jika manusia tidak membuka mata hatinya untuk memanfaatkan segala hidangan Allah di alam ini maka jangan mimpi pembangunan akan menghampiri kita.
Elemen yang terpenting yang harus ada dalam diri manusia yang membolehkannya menyingkap rahsia alam kehidupan kelak dapat mendekati Allah ialah kehadirian ilmu. Ilmu haruslah disajikan dengan amal agar ia menjadi fitrah kepada manusia. Ilmu yang tidak diguna, manusia telah mengkufuri diri kepada nikmat mempunyai ilmu dan mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Menjadi pemain dalam pembangunan kehidupan sebenar adalah melaksanakan kekhali- fahaan yang diamanahkan oleh Allah s.w.t. Menjadi pemain yang berwibawa adalah melaksana kan jihad dalam memurnikan kehidupan. Mereka yang berjuang atau berjihad di jalan Allah akan
dikurniakan ganjaran pahala sebagai bekalan hidup di akhirat nanti.
Membina keluarga bahagia adalah antara perjuangan atau jihad dalam memurnikan tamadun kehidupan. Apakah ciri-ciri yang melahirkan keluarga bahagia itu? Keutamaan ditumpu kan kepada ilmu yang disajikan kepada membina seorang insan. Ilmu yang sesuai dalam membina keluarga bahagia ialah ilmu akidah yang membentuk insan pandai mensyukuri terhadap segala nikmat dan rahmat Allah s.w.t.
Apabila zat pembangunan sedemikian rupa telah membentuk akhlak dan peribadi mulia seorang insan maka ia menjadi pemain yang berwibawa dan berketerampilan. Ia mempunyai wawasan pembangunan seirama dengan kepesatan pembangunan yang dilahirkan oleh sains dan teknologi. Ia memahami keberadaannya dalam hidup ialah semata-mata melaksanakan ibadat kepada Allah. Mementingkan pembangunan rohani lebih diutamakan daripada pembangunan jasmani.
Apabila perjuangan dalam hidup itu keutamaan diberi kepada pembangunan rohani maka dengan sendirinya pembangunan jasmani turut sama terbela. Sebagai analogi hidup, jika kita menanam padi tanpa diundang rumput turut sama tumbuh subur. Tetapi jika kita tanam rumput jangan mimpi padi akan tubuh sama. Jika pembangunan rohani yang diutamakan, pembangunan dunia turut sama dimurnikan. Tetapi jika pembangunan dunia semata yang diutamakan jangan mimpi pembangunan akhirat(rohani) turut sama terbela.
Dunia masa kini telah dihanyutkan oleh budaya yang mementingkan pembangunan dunia semata-mata. Remaja yang telah terdidik dengan agama tidak dapat membendung kekuatan naluri diri sebagai masyarakat mukmin. Pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita sudah menjadi budaya. Mereka memberi alasan kepada orang tua mereka dengan kata-kata yang menunjukkan kekukuhan iman mereka dengan memberi alasan bahawa ia sedar apa yang dia akan lakukan dan mempertahankan kekuatan iman mereka dengan mengatakan bahawa mereka tahu menjaga diri mereka.
Wajar kita membaca dan memahami keadaan alam bahawa api dengan minyak tanah tidak sama sekali boleh berdekatan. Fitrah alam telah mendidik kita bahawa kedua-dua fenomena tersebut tidak sama sekali berkompromi apabila kedua-duanya berhampiran. Api akan menjulang naik apabila terkena dengan minyak tanah.
Bagitulah juga keadaan manusia apabila lelaki dan wanita sering bersama. Perempuan yang mukanya hodoh sekalipun jika sentiasa berdamping dengannya akan kelihatan mukanya berseri juga. Ini adalah fitrah manusia kerana asal usul kedua-duanya ialah satu. Wanita adalah property pehak lelaki dan lelaki pun adalah asal property pekak perempuan.
Menjadi pemain dalam kelangsungan hidup wajarlah mempunyai ilmu yang membuat kita memahami keadaan yang dibenarkan oleh agama dan yang dilarangkan olehnya. Menjadi penonton dalam membina masyarakat amat tidak bermanfaat kepada pembangunan manusia kerana individu berkenaan dikategorikan sebagai sampah masyarakat.
Masyarakat penonton tidak memahami peranannya sebagai khalifah dalam kehidupan di alam dunia ini. Allah berfirman dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat (2) 30 yang bermaksud: “…(Ingatlah) ketika Tuhan mu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang Khalifah di atas muka bumi (Adam). Maka jawab mereka itu: Adakah patut Engkau jadikan di atas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.”
Masyarakat penonton telah mengkufuri tanggugjawab yang diamanahkan Tuhan kepada manusia. Hidupnya bagikan haiwan yang dikategorikan sebagai lintah darat. Falsafah hidup seperti ini hanya mengharapkan orang lain dan tidak mahu bekerja sama memurnikan kehidupan. Kehadiran masyarakat demikian akan melahirkan gejala-gejala sosial yang hanya menyunsangkan kemurnian bermasyarakat. Merek suka hidup mewah tetapi tidak menggunakan fitrah yang Allah bekalkan kepada manusia. Akibatnya lahir budaya merompak harta benda kepunyaan orang dan apabila tekapung masa melakukan jenaya maka tiada pilihan lain melainkan membunuh.
Maka itu hiduplah sebagai pemain dalam kehidupan. Tolonglah dan bantulah diri anda supaya masyarakat sentiasa menghormati keberadaan anda. Orang yang suka menolong orang lain Allah akan mudahkan urusan anda dalam kehidupan di
dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Insyallah!

No comments:

Post a Comment