Saturday, November 20, 2010

TANGGUNGJAWAP SEBATAS UMUR.
(Disiarkan pada 20. 11. 2010)
Manusia dijadikan khalifah Allah semasa hidup di alam dunia. Penangungjawapan sebagai khalifah itu wajar dimurnikan dengan ilmu pengetahuan. Manusia wajar menerokai alam kehidupan yang tercipta oleh Allah dan mempelajari serta menterjemahkan dalam diri anda ilmu-ilmu yang terucap oleh Allah iaitu al-Quranul Karim.
Hidup harus dipenuhi dengan berbagai aktiviti pembangunan dan tidak boleh biarkan kosong tanpa perubahan. Masa berlalu begitu sahaja tanpa berkempromi dengan aktiviti pengisian dengan ibadah. Hidup ini adalah ibadah maka itu bertanggungjawablah tentang diri anda, agama, masyarakat, dan manusia sejagat kerana Allah. Masa hidup itulah kita curahkan tanggungjawab kita terhadap pembanguan kehidupan antara sesama manusia, makluk-makluk Allah yang ada di alam kehidupan dan terhadap mereka yang telah balik ke rahmatullah.
Usia setiap insan telah ditentukan oleh Allah tetapi manusia sendiri tidak tahu berapa lamakah ia berada di alam dunia. Faktor masa untuk menentukan kita hidup di alam dunia ialah ibadah kerana Allah. Kita penuhi hidup itu dengan kerajinan beribadah akan mendidik manusia bagaimana mendekati Allah kelak akan mengetahui masa kita berada di dunia.
Malik bin Dinar telah dikurniakan kekayaan hidup di dunia tetapi kekayaan itu telah mengkufurkannya untuk mendekati Allah. Kesedaran beribadah tidak terlintas dalam hati kerana dibuai dengan kemewahan dunia serta segala kesoronakan hidup bersama gadis-gadis yang amat cantik. Pengawal peribadinya hampir tidak terkira banyaknya. Malik bin Dinar telah diuji Allah dengan harta kekayaan dunia, dan jelas penampilan manusia dengan kekayaannya telah memesongkan hidupnya dengan pembangunan akhirat.
Sebarang nasihat dari orang yang memahami hidup ini adalah ibadah, Malik bin Dinar tidak mengindahkan sehingga pada satu malam ia termimpi dibuang dirinya di api neraka. Apabila tersedar dari tidar ia tidak menghiraukan kejadian itu. Ia tidak juga berkhtiar meminta orang lain mentafsirkan mimpi yang ngeri itu kerana ia adalah hanya mimpi sahaja. Selepas sehari dua ia mendapati seluruh badannya melecur seolah-olah ia benar-benar termasuk dalam api. Ia mengingat kembali mimpinya yang di dicampak kea pi neraka. Ia berfikir mujur mimpi sahaja kalaulah ia benar-benar belaku tidak terlintas dalam fikiran betapa sakit rasanya.
Ia bertaubat dengan meninggalkan kekayaannya. Segala pakain yang mahal-mahal belaka ditanggalkan dan hanya memakai baju biasa sahaja kemudian keluar dari rumahnya yang mewah itu untuk memulakan ibadahnya menyebarkan agama Allah s.w.t. Sejak dia keluar dari rumahnya yang mewah itu ia mempunyai satu tabiat yang luar biasa. Ia tidak mudah senyum.
Apabila diajukan pertanyaan mengapa bersikap demikian? Ia menjelaskan bahawa macamana boleh senyum kerana termimpi sahaja dilemparkan di neraka jahanam badan sudah menjadi lecur apa lagi kalau benar-benar dilemparkan ke neraka itu tidak dapat dibayangkan seksanya. Ia menyesal terhadap amalan hidup dahulunya itu dan hendak bertaubat memohon ampun kepada Tuhan.
Pepatah Melayu mengataka sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak ada gunanya lagi. Mujur, Malik bin Dinar diberi amaran dalam mempi mengenai akibat amalan hidupnya yang mementingkan dunia dan membelakangi akiharat. Ia masih diberi kesempatan dalam hidup untuk bertaubat dan memohon ampun kepada Allah s.w.t.
Hidup ini tidak demikian keadaannya. Agama mendidik kita untuk menggunakan masa hidup itu sebaik mungkin untuk mengerjakan ibadah kepada Allah. Setiap individu muslim disarankan supaya memelihara kedua-dua unsur kehidupan iaitu jasmani dan rohani. Tanggung jawab kita dalam memurnikan kehidupan ialah memastikan kebajikan rohani kita diutamakan dan jasmani dengan sendirinya terbela kehidupan.
Keadaan hidup wajar dijaga kerana hidup ini tidak seorang pun yang tahu bila masanya agenda dunia akan berakhir atau bila roh berpisah dengan jasad. Hidup manusia ibarat buah kelapa. Buah yang masih kecil pun jatuh ke tanah, yang sederhana besarpun juga gugur ke bawah; apatah lagi buah yang sudah tua hendak menanti sahaja ia jatuh ke tanah. Dalam erti kata lain tanggungjawab di alam kehidupan yang dipikul oleh setiap manusia hanya sebatas umurnya. Setelah itu apabila di alam barzakh tanggungjawabnya tidak ada lagi.
Apakah tanggungjawab dalam hidup yang diamanahkan Allah kepada manusia? Manusia bermula hidupnya semasa umur 120 hari dalam rahim ibu iaitu kehadiran roh dalam janin maka bermulalah hidup sorang insan. Walau bagaimanapun sebelum usianya 120 hari dalam rahim ibu percantuman air mani seorang suami dengan air mani seorang isteri berlaku. Semasa dalam keadaan telur indung, air mani suami akan becantum dengan air mani si isteri dalam rahim si isteri semasa hubungan kelamin. Tanggung jawab suami isteri sudah bermula di peringkat pembinaan janin.
Peringkat ini tanggungjawab yang wajar diamalkan oleh kedua suami isteri ialah menjaga amalan serta tutur kata dalam semua hubungan kemanusiaan mahu pun hubungan dengan haiwan. Amalan-amalan yang bertentangan dengan akidah Islam haruslah dijauhi oleh kudua pasangan terutama sekali pehak suami.
Amalan menghina orang lain tidak sama sekali bermanfaat kepada pembinaan janin dalam rahim ibu termasuklah perlakuan-perlakuan yang berunsur penipuan oleh seorang suami atau isteri seperti mengambil hak orang lain tanpa izin. Tidak bersyukur terhadap segala pemberian Tuhan akan mengakibatkan budaya mengkufuri nikmat Tuhan tersebut.
Setiap geraklaku suami demasa isteri mengandung haruslah menjauhi amalan yang menghianati si isteri. Jika perkara tersebut berlaku juga maka pembawaan anak yang bakal dilahir akan mempusakai tingkah laku si suami. Inilah perangai anak-anak di zaman sains dan teknologi ini yang bagaimana dididik dengan agama apabila sudah lahir sukar akur dengan peraturan yang digariskan oleh Islam. Keadaan demikian berlaku kerana bahan yang membina seorang bayi dalam perut ibu adalah bahan yang dipusakainya dari amalan seorang ayah atau ibu.
Kejadian-kejadian yang menganggap dunia adalah syurganya seperti mengandung tanpa bapa yang sah; pembuangan anak yang tidak ada perikemanusiaan; pembunuhan yang tidak ada perasaan kasih sayang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah jenayah number satu dan tidak ada ruang untuk dikompromikan dengan undang-undang kemanusiaan. Kalaulah membunuh itu hukumannya di tali gantungan maka mengapakah keada yang serupa tidak dihukumi serupa.
Di negara lain mengamalkan undang-undang yang dikenali sebagai “kawin kontrak”. Pada dasarnya ada kemanfaatannya tetapi kemuderatannya adalah lebih serius lagi. Keadaan demikian adalah serupa dengan apa yang telah dilaksanakan di negara Malaysia baru-baru ini; hanya perbezaannya ialah tidak ada bapa yang sah. Persamaannya ialah kehadiran budaya meng- galakkan gadis-gadis untuk melelayani nafsu seksnya yang buas.
Setelah lahir di dunia dalam usia sebelum baligh tanggugjawab seorang anak tidak kelihat sangat kerana kita masih di bawah pangkuan seorang ibu. Tetapi setelah meningkat usia perseko- lahan mulalah tanggungjawab membebani seorang anak. Dia mesti pergi ke sekolah mengilmu kan dirinya dan mengikuti perkembangan semasa dalam arena pembangunan manusia.
Tanggungjawab utama dalam hidup ialah menuntut ilmu pengetahuan. Ilmu dipelajari mengikut tahap kemampuan anak itu berfikir. Belajar menuntut ilmu sebenar adalah melatih diri tentang kemahiran berfikir. Hidup ini wajar difahami matlamatnya iaitu mengenai visi dan misi nya. Bermuara dari tanggungjawab kepada diri; kemudian kepada keluarga, masyarakat, agama dan hinggalah ke pringkat negara atau kebangsaan.
Semasa hidup dalam jagaan ibubapa seorang anak wajar memahami kasih sayang yang dicurahkan oleh kedua orang tuanya. Tanggungjawab ini amat penting kerana elemen-elemen yang memurnikan hubungan seisi keluarga wajar menjadi pemangkin untuk diterjemahkan dalam masyarakat di sekolah.
Kepimpinan guru di sekolah bukan setakat membekalkan ilmu semata kepada anak-anak muridnya tetapi juga memberi segala persediaan bagi si anak untuk membolehkannya menjadi ahli masyarakat nanti setelah keluar dari bangku sekolah dan menjadi pemain dalam pembangu- nan tamadun manusia.
Seorang guru juga adalah pelapis kepada kepimpinan ibubapa di rumah, maka itu setiap pelajaran dan pembelajaran yang dihidangkan oleh seorang guru kepada pelajar haruslah mencer minkan tingkah laku yang mulia seorang pendidik. Pepatah Melayu mengatakan: Kalau guru kencing berdiri murid kencing belari.” Tanggungjawab seorang guru adalah serupa dengan sepasang suami isteri di rumah. Mereka adalah pewarna kepada keperibadian seorang anak
Tanggunjawab kita terhadap masyarakat ialah menghidupkan ukhuwah kemanusiaan dan melahirkan kasih sayang sesama manusia. Suasana demikian akan membentuk masyarakat penyayang yang membudayakan suasana tolong menolong serta mementingkan kebajikan orang lain lebih diutamakan.
Dalam membina masyarakat yang perihati terhadap kebajikan ahlinya, tanggungjawab kita ialah memasyarakatkan agama dan mengagamakan masyarakat. Memasyarakatkan agama membawa maksud mengimarakkan rumah-rumah Allah seperti surau dan mesjid dengan cara mengadakan ceramah sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dan taskirah setiap solat Subuh dan Maghrib. Selain dari itu menggalakkan masyarakat untuk menunaikan ibadah solat secara berjemaah di mesjid. Memelihara solat lima waktu menjadi tanggungjawab setiap mukmin. Amalan inilah yang sentiasa mendapat keradaan Allah s.w.t.
Mengagamakan masyarakat membawa maksud kesucian beragama dapat dilahirkan dengan adanya suasana tegur-menegur antara sesama untuk membina keluarga bahagia. Baginda Rasul pernah mengatakan bahawa apabila memasak lauk banyakkan supnya dan bagikan kepada jiran tetanggan kita. Ini bermaksud hubungan kita dengan masyarakat begitu murni sekali sehingga segala yang kita ada dalam dapur kita, jiran sentiasa dibagikan.
Di mana-mana ada kesempatan dalam melaksanakan ibadah harus dalam keadaan berjemaah menjemput ahli masyarakat menyertai sebarang upacara keagamaan. Kenduri-kendara yang dimurnikan dengan baca doa selamat, baca Yasin danTahlil; menggunting rambut bayi yang baru lahir, pernikahan dan sebagainya wajar dilibatkan semua masyarakat terutama sekali yang tinggal sekampung.
Tanggungjawab kita terhadap negara dan bangsa menjadi agenda yang wajar dilaksana kan kerana kita adalah barisan pemimpin dan pemain kepada pembangunan tamadun kehidupan. Undang-undang serta peraturan awam dipertenggungjawabkan kepada kita untuk memimpinnya. Keberadaan kita dalam masyaratkat dan melakukan tanggugjawab untuk kemanfaatan masyara- kat akan sentiasa disukai oleh masyarakat awam.
Pepatah mengatakan “tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah”. Ini bernaksud orang yang rengan tangan membantu orang yang berwajar akan di mudahkan urusnya hidup di dunia. Kesemua amalan kita dalam menangani kehidupan akan dapat mengumpul dana pahala yang menjadi bekalan kita di akhirat kelak.
Demikianlah tanggungjawab manusia semasa hidup di alam dunia. Jika ajal menjemput nyawa lebih awal pun kita telah mengumpul dana pahala sebagai bekalan hidup di alam yang berikutnya. Maka itu tidak ada yang dikatakan bahawa jika usia seseorang itu lebih panjang maka peluangnya untuk mengumpul dana pahala adalah lebih beruntung. Ingat, semakin lama kita hidup di dunia semakin banyak dosa yang kita lakukan kecuali perlaksanaan tanggunjawab itu telah berkiblat kepada kemurnian beragama.

No comments:

Post a Comment