Friday, November 12, 2010

RANJAU-RANJAU DALAM KEHIDUPAN
(Disiarkan pada 13. 11. 2010)
Setiap makluk di alam dunia, Allah telah sediakan dengan bermacam jenis bencana yang akan memuderatkan atau membahayakan keselamatan hidup makluk berkenaan. Allah wujudkan fitrah kehidupan dan Allah juga wujudkan kematian. Ini bermakna setiap makluk Allah, tidak ada kekuasaan terhadap dirinya sendiri selain dari memohon kepada Sang Pencipta mengenai keselamatan dan kebajikannya.
Kematian itu berlaku disebabkan berbagai resiko dalam menangani hidup yang dikenali sebagai ranjau-ranjau kehidupan. Tidak ada makluk yang hidup tanpa menemui kematian. Nabi Adam telah hidup dua ribu tahun di dunia tetapi akhirnya menemui ajal juga. Setiap yang hidup itu mesti menemui mati.
Mengapakah Allah ciptakan kematian? Apakah kematian itu dalam kefahaman seorang hambah Allah di muka bumi ini? Kematian itu adalah berakhirnya kehidupan di alam dunia. Tetapi agama mendidik kita bahawa kematian itu adalah perpisahan antara roh dan jasad. Dan kematian itu adalah ketentuan Allah s.w.t.
Ini bermaksud hidup itu adalah satu perjalanan jauh oleh roh. Bermula dari alam roh, bertemu dengan jasad di alam rahim ibu; kemudian lahir ke alam dunia. Setelah selesai agenda di alam dunia, roh akan berpisah dengan jasad kemudian hidup di alam barzah atau alam kubur. Setelah dunia hancur-hancuran berlaku maka roh akan bertemu kembali dengan jasad kemudian beralih ke alam akhirat berjumpa dengan Zat yang Maha Pencipta di Syurga.
Dalam semua perjalanan roh itu keberadaannya di alam dunia bersama jasad akan mengalamai berbagai ranjau kehidupan. Ranjau-ranjau itulah yang akan menentukan perjalanan manusia sama ada ke syurga atau ke neraka. Untuk menangani ranjau-ranjau kehidupan di alam dunia, Allah turunkan satu dokumen wahyu-Nya sebagai panduan manusia memahami teka-teki kehidupan yang dihidang oleh Allah s.w.t.
Manusia pada mulanya (Adam) tidak punya permasalahan hidup di syurga. Tetapi kelemahan manusia menangani kehidupan yang telah diporak-porandakan oleh iblis laknat Allah, maka itu manusia dimurkai Allah dan dipindahkan ke alam dunia dengan segala keperluan hidup terpaksa diusahakan sendiri untuk mendapatkannya. Kita berusaha barulah Allah kurniakan rahmatNya. Maka itu hidup ini adalah ibadah sebenar.
Dalam usaha beribadah kita mengalami berbagai kemuskilan yang dikenali sebagai ranjau-ranjau kehidupan. Oleh yang demikian mahu atau tidak terpaksa manusia melalui segala permasalahan hidup di alam dunia untuk memurnikan kehidupan dunia dan mengumpul dana pahala untuk keperluan kehidupan di alam akhirat.
Hidup di alam dunia merupakan satu keadaan yang amat memerlukan kepekaan manusia memahami tanggungjawabnya yang diamanahkan Allah s.w.t. Kehidupan di alam dunia adalah diwarnai oleh ujian demi ujian Allah. Dan jika manusia lulus ujian tersebut maka perjalanannya ke alam akhirat akan dimudahkah oleh Allah s.w.t. Ujian yang dimaksudkan ialah ranjau-ranjau kehidupan. Kekuatan manusia menempuhi ujian adalah iman dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“Hai manusia sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (ibu dan bapa) dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa. Sungguh Allah maha mengatahui lagi maha amat mengetahui.” Surah al-Hujerat ayat (49) 13.
Permasalahan dalam hidup termasuklah kemuderatan kesihatan; kemiskinan; kekayaan; perselisihan pendapat; permusuhan; ketidak jujuran; penipuan; merompak dan mencuri; merogal gadis-gadis bawah umur dan pembunuhan; jenayah; perpecaan keluarga; tidak berkerjasama; kerengangan ukhuwah; mementingkan diri; musuh dalam selimut; mengumpat dan bermacam-macam lagi kerenah-kerenah hidup.
Dalam menepoh hidup, hanya dua perkara yang menunggu kita iaitu malang dan mujur. Semua orang ingin mujur dan takut mendapat kemalangan. Sebab itu dengan segenap kekuatan dia berusaha menyingkirkan kemalangan dan mengejarkan kemujuran. Hendak terhindar sama sekali dari kemalangan, tentu tidak boleh, tetapi menggosok dan menghias diri, mencukupkan bekal, adalah kewajipan kita semua. Sebab kemanusiaan yang ada pada diri kita itu adalah laksana berlian. Siapa pandai menggosok, akan bercahayalah dirinya dan kalau tidak digosok tidaklah timbul cahayanya.
Malang itu boleh dalam bermacam kategori. Mengalami kemuderatan kesihatan adalah malang hidup yang amat digeruni oleh sesiapa sahaja yang mengalami. Badan yang sakit tidak mampu melaksanakan apa jenis kerja pun. Orang yang mengalami kesihatan yang malang sukar mengubah keadaan hidupnya terutama sekali orang yang mengalami penyakit lumpuh.
Menempuhi hidup yang malang disebabkan manusia itu sendiri. Allah berikan keadaan kesihatan demikian baik tetapi manusia tidak menjaga kemujuran dirinya. Allah tidak mewujudkan sesuatu itu tanpa ada manfaatnya. Jika diteliti secara mendalam punca mengapa berlakunya kemalangan pasti kita menemui faktornya.
Manusia sememangnya lemah(Surah An-Nisa ayat 28). Ia mesti waspada dalam hidup kerana ia tidak seorangan tetapi sentiasa bersama dengan makluk halus yang sentiasa menanti saat terbuka peluang untuknya mengoda manusia untuk bertindak. Iblis telah meminta Allah supaya ia tidak dimatikan dan diberi peluang untuk membalas dendam kepada manusia kerana gara-gara Adam ia di singkir dari kehidupan bahagia di Surga. Allah kabulkan permintaan itu tetapi Allah mengingati iblis bahawa mereka yang dekat dengan Allah iblis tidak mampu mengoda mereka.
Dalam bermasyarakat kita tak boleh takabur dan mencari nama, tetapi kita tidak terlarang berusaha mencari kehormatan dengan memperbaiki budi sendiri. Gila hormat tidak boleh. Tetapi menjadi orang yang terhormat, haruslah menjadi tujuan hidup. Lantaran jasa yang baik dan budi yang tinggi, kita harus beroleh kehormatan dari sesama manusia. Kehormatan dan pandangan orang kepada kita dapatlah menimbulkan kegiatan hati berusaha membuat yang lebih indah dan mulia.
Tetapi begitu kita melangkah dan berhasil, akan ada sahaja orang yang dengki. Maka timbullah yang sangat sayang dan yang sangat benci. Orang yang benci itu kepercayaannya bukan kerana kita tidak patut dihormati. Kebenciannya ialah hendak memungkiri kehormatan kita itu. Sebab itu hendaklah selalu diusahakan supaya budi bertambah tinggi. Kehalusan dan ketinggian budi akan menambah jumlah yang sangat sayang dan sangat benci itu.*
Kemeskinan dan kekayaan adalah dua faktor hidup yang menjadi ujian dari Tuhan. Kemeskinan hampir menjadi faktor yang membuat manusia meninggalkan agamanya atau kemurtadan. Keadaan hidupnya dia persalahkan kejadiannya atau keturunannya. Orang yang dilanda kemiskinan akan menerima apa sahaja yang boleh mendatangkan kemanfaatan hidupnya
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. memilih hidup miskin daripada hidup kaya. Allah sendiri mengurniakan kekayaan kepada baginda tetapi ia menolaknya. Baginda sering berdoa yang bermaksud: “Ya Allah hidupkan aku dalam keadaan miskin; matikanlah aku dalam keadaan miskin dan kumpulkan aku di akhirat nanti bersama-sama dengan orang yang miskin.”
Riwayat Muslim.
Kekayaan juga merupakan ujian dari Allah s.w.t. Allah mengurniankan kekayaan itu kepada sesiapa sahaja yang Allah pilih. Dengan pada itu manusia apabila diuji dengan kekayaan ia lupa daratan. Penampilannya di khalayak ramai sama sekali tidak menunjukkan kesetiakawanan sosial. Ibadahnya sudah menjadi pinggiran dan tidak ada yang menunjukkan kesyukuran kepada Allah terhadap segala kejayaannya.
Dalam pembangunan kehidupan wajar ada kemuafakatan dalam segala segi pengurusan. Tolong menolong antara sesama menjadi keutamaan. Walau bagaimanapun pergisiran pendapat adalah satu penyakit yang mengerohkan kemuafakatan dalam pembangunan. Apabila suasana demikian timbul maka tidak ada yang boleh dilaksanakan untuk mengubah keadaan.
Ranjau-ranjau dalam kehidupan datang dengan tidak terduga. Bersusah hati kerana sengsara, dan banyak penderitaan. Peringkat penderitaan itu ada berbagai. Jika kita tinjau penderitaan yang dialami oleh para rasul lebih berat lagi berbanding dengan apa yang kita ketahui mengenai penderitaan.
Manakah yang besar penderitaan kita dengan penderitaan Nabi Adam? Yang di dalam syurga bersenang-senang dengan isterinya, lalu disuruh keluar. Manakah yang susah penderitaan kita dengan penderitaan Nabi Muh, yang menyeru umat kepada Islam, padahal anaknya sendiri tidak mahu mengikuti? Sehingga seketika di suruh Tuhan segala ahli kerabatnya naik perahu, anak itu tidak ikut. Malah sama karam dengan orang ramai di dalam gulungan banjir, di hadapan matanya! Kemudian datang pula ketetapan Tuhan bahawa anak itu bukan keluarganya.
Pernahkah kita lihat cubaan serupa yang ditanggung Ibrahim? Disuruh menyembelih anak untuk ujian, ke manakah dia lebih cinta kepada Tuhannya kah atau kepada anaknya? Yakub dipisahkan dari seorang anknya Yusof. Yusuf diperdayakan seorang perempuan. Ayub ditimpa penyakit yang parah. Kesemua penderitaan itu tidak ada tanding taranya dalam penderitaan kita hidup di alamdunia ini.
Pernahkan mereka mengeluh? Tidak; kerana mereka yakin bahawa kepercayaan kepada Tuhan menghendaki perjuangan dan keteguhan. Mereka tidak menuntut kemenangan lahir, sebab mereka menang terus. Mereka memikul beban seberat itu, menjadi Rasul Allah, memikul perintah Tuhan keranan mencintai manusia. Sebab itu mereka tempuh kesusahan, pertama membuktikan cinta akan Tuhan, kedua menggembeleng batin, ketiga kerana rahim yang sayang segenap umat.**
Hidup yang mengingkari Tuhan amat berbahaya dan jika menular kalangan suatu bangsa alamat budi pekerti dan kesopaan bangsa itu akan rosak binasa. Akalnya akan ditumbuhi oleh kejahatan. Hati tiap-tiap orang akan penuh dengan tipu daya, sehingga lemahlah pergantungan umat itu dalam kehidupan. Syahwat dan nafsu angkara murka itulah kelak yang akan jadi pedoman dalam kehidupan mereka.
Ada golongan yang mengaku pintar, mengatakan bahawa mengingkari Tuhan dia menjadi orang merdeka dan menghidupkan budi pekerti mulia, menegakkan kesopanan dan mengangkat kedudukan sesuatu bangsa. Kerana kepercayaan yang salah itu banyak tersiar, terbuktilah kerosakan negeri dan bangsa, rakyat dan kerajaan sama-sama kehilangan pegangan.
Manusia-manusia yang tersesat itu merasa tidaklah cukup dan lengkap hidupnya sebelum tercapai segala kehendak syahwatnya. Untuk itu, segala jalan dan ikhtiar akan ditempuhnya. Yang wajib ialah yang dikehendaki oleh syahwat dan yang haram ialah yang tidak disukai oleh syahwat. Bila kepercayaan kepada Tuhan sudah hilang, syahwatlah yang memerintah.
Bagitulah keadaan hidup yang mengingkari Tuhan. Kepentingan dunia hanya sebatas umur sahaja. Akhir hayat juga kembali kepada tanah kepunyaan Tuhan. Keluarga dan sahabat handai berserta dengan harta kekayaan dunia, hanya sampai ke kubur menemani kita; setelah liang lahad ditutup maka tinggal kita seorang diperut bumi. Di situlah kesedaran mula timbul apa yang sepatutnya dilaksanakan semasa hidup di dunia tetapi sedihnya masa kita di dunia sudah berakhir!

*Prof.Dr. HAMKA: TASAUF MODEN – Darul Numan Wisma Yakin Jalan India Kuala Lumpur h 43 – 44
** Ibid h 79 -80

No comments:

Post a Comment