Sunday, April 3, 2011

KELUARGA BESAR BANI ADAM DALAM PANDANGAN ISLAM
(Disiarkan pada 2. April. 2011)
Setelah Allah menciptakan segala alam semesta seperti bumi dengan gunung-gunungnya, laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang gemerlapan, mencipta malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hambah-hambah terutama para rasul dan nabi-nabiNya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi, memeliharanya, menikmati tumbuh-tumbhannya, mengola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkem- bang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.
Ketika para malaikat diberitahukan oleh Allah s.w.t. berkaitan kehendak-Nya mencipta makluk lain itu, maka mereka tidak bersetuju kerana khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari.
Maka Allah berfirman bagi menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu dengan ayatNya yang bermaksud: “Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, besujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebab penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hambahNya beribadah kepada sesama makhluk-Nya.”
Allah menciptakan Adam dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Allah ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.
Setelah kejadian manusia pertama, Allah namakannya Adam, maka diperintahkanlah makluk malaikat dan iblis supaya sujud kepada manusia sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanah menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atsnya serta yang terpendam di perut buminya.
Walau bagaimana pun perintah Allah itu dibangkang oleh iblis kerana merasakan dirinya lebih mulia yang Allah ciptakan dia asalnya dari api. Malaikat mematuhi perintah Allah dan sujud tanda hormat kepada manusia. Akibat kebongkakan makhluk iblis itu ia diperintahkan Allah keluar dari syurgaNya.
Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya memohon agar kepadanya diberi peluang untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah meluluskan permohonannya dan ditanggukanlah ia sampai hari kebangkitan.
Iblis setelah menerima jaminan Tuhan bahawa ia akan diberi tangguhan hidup sampai hari kebangkitan, tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan sebaliknya mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkan nya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunan dan segala sudut untuk memujuk mereka agar meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang, mengoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal saleh.
Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu: “Pergilah engkau bersama pengikut-pengikut mu yang semuanya akan menjadi isi Jahannam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hambah-hambah-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu; walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah.”
Menurut cerita para ulama, Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang sebelah kiri di waktu ia masih tidur, sehingga ketika ia terjaga, ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya. Allah berpesan kepada Adam: “Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga, rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah di dalamnya, rasailah dan makanlah buah-buahan yang lezat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nafsumu. Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar, dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya. Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu binasa dan termasuk orang-orang yang zalim. Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu, ia akan berusaha memujuk kamu dan mengheret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmati itu.”
Manusia dijadikan Allah dalam keadaan yang lemah dan sentiasa lupa akan tanggung jawabnya. Maka itu Adam telah menzalimi amanah Allah supaya jangan dimakan buah yang terlarang itu. Akibat dari kelemahan manusia memegang amanah Allah maka terpaksa mengha- rungi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri serta sentiasa berhadapan dengan dugaan Iblis dalam segala hal pembangunan manusia.
Dari perkongsian hidup antara Adam dengan Isterinya Siti Hawa di alam dunia maka terbentuklah keluarga besar Bani Adam. Keluarga Adam sendiri telah mencatat satu sejarah pembunuhan antara sesama manusia atas alasan tidak dapat menerima pengadilan dari Allah s.w.t. Dari sejarah tersebut di mana Khabil membunuh adiknya Habil gara-gara tidak berpeluang mengawini Ikhlimah, adik kembarnya sendiri, setelah Allah merestui Habil mengawini Ikhlimah yang cantik itu berbanding dengan Labudah adik kembar kepada Habil maka terpahatlah dalam hati manusia satu kezaliman yang akan dipusakai oleh manusia sehingga akhir zaman atau hari kebangkitan.
Dari keturunan Adam maka manusia membiak menjadi penghuni alam dunia ini sama ada di Barat atau di Timur mengikut garis bujur bumi dan di Utara atau di Selatan mengikut garis lintang bumi. Oleh sebab pancaran mata hari tidak sama dalam semua kawasan bumi maka berlakulah bumi yang mengalami cuaca panas dan yang sejuk megakibatkan perbezaan kulit kepada manusia yang menghuni di permukaan bumi yang mengalami berbagai cuacanya.
Ada kawasan yang mengalami siang dua belas jam dan waktu malamnya juga dua belas jam. Keadaan cuaca serupa ini terletak di kawasan garis lintang katulistiwa atau equator pada bumi Allah ini. Manakala kawasan-kawasan yang lain antara siang dan malamnya tidak sama maka berlakulah keadaan cuaca yang mengalami empat musim seperti musim sejuk atau winter, musim buah atau autum, musim panas atau summer dan musim bunga atau spring.
Dalam semua keadaan bumi tersebut masyarakat Bani Adam bertaburan di situ dengan keadaan corak kulit yang berbeza antar satu kawasan dengan kawasan yang lain. Ada kulit yang putih, ada yang hitam legam, ada pula kuning langsat dan sebagainya. Keadaan manusia sedemikian rupa difahami atas dua faktor mengikut pandangan ilmu akidah.
Faktor pertama ialah makluk manusia, Allah jadikan daripada tanah dan tanah di bumi ini ada bermacam coraknya. Ada yang putih, ada yang hitam, dan ada yang kekuningan seperti buah langsat yang masak. Maka itu setiap manusia terima beres tanpa persoalan. Tidak dapat memohon kepada Allah supaya kilitnya mengikut kesukaan peribadinya. Bangsa Negro itu sememangnya berketurunan kulit hitam dan tidak pernah ia mengatakan biarlah kulit saya hitam dikecuali seorang perempuan negro itu berkahwin dengan orang yang berkulit putih maka zuriat mereka akan mengikuti warna kulit ayahnya.
Faktor kedua ialah dipengaruhi oleh keadaan cuaca di mana belahan bumi mereka berada. Di kawasan katulistiwa garis lintang bumi kebanyaknya corak kulit manusianya adalah hitam legam. Pendudukt yang jauh dari kawasan panas, corak kulitnya ialah putih dan kekuningan buah langsat. Tetapi kesemua mereka adalah masyarakat keluarga besar Bani Adam.
Keturunan manusia sewajarnya mengikuti roman muka seorang ayah dan bukan kepada seorang ibu kerana lelaki mempunyai lebih chromosome atau kromosom berbanding dengan perempuan. Lelaki mempunyai gene ‘xy’ manakala perempuan hanya mempunyai ‘x’ sahaja maka itu faktor penentu kepada roman wajah seorang anak adalah pemberatan lebih kepada si lelaki.
Tetapi kadangkala juga roman muka anak itu banyak pemberatan kepada roman muka si ibu maka kekuatan chromosome atau kromosom kedua suami isteri adalah seimbang. Kadang kala berlaku juga perkahwinan antara dua keturunan yang berbeza seperti bangsa Melayu dengan bangsa Cina atau bangsa Melayu dengan bangsa Mat Salleh. Dalam keadaan demikian zuriat manusia adalah lebih baik dari segi mentaliti mahupun roman mukanya. Keadaan demikian adalah serupa dengan haiwan yang telah dilaksanakan kacukan atau crossbreed. Dalam system pembiakan demikian hasilnya adalah lebih baik berbanding dengan pembiakan biasa.
Sistem kejadian manusia demikian adalah serupa kepada semua keluarga besar Bani Adam di seluruh alam sejagat. Maka itu seluruh alam di dunia di mana sahaja manusia berada tidak ada perbezaannya dari segi keturunan semuanya adalah masyarakat Bani Adam. Hanya yang menentukan perbezaan antara manusia ialah pembangunan sosial dan pebanguan rohani. Dan ini membawa kepada kemuliaan manusia di sisi Allah s.w.t.
Allah berfirman dalam surah Al-Hujerat ayat (49) 13, yang bermaksud (terjemahan) “Hai manusia sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (ibu dan bapa) dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa. Sungguh Allah maha mengetahui lagi maha amat mngetahui.”
Allah menerangkan bagaimana pergaulan sesama manusia yakni bukan supaya berperang atau bersengketa melainkan supaya berkenal-kenalan dan berkasih-kasihan antara satu dengan yang lain. Satu bangsa tidak lebih baik daripada yang lain, melaikan dengan ilmu pengetahuan nya, sedang seorang yang terlebih mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa.
Manusia apabila berhadapan dengan alam kebendaan maka ia mempunyai pembawaan diri yang tinggi dan tidak akur kepada peraturan awam kemanusiaan sebagai panduan untuk membudayakan amalan hidup yang bebas dari perasaan sombong, takabur dan merasakan diri itu lebih hebat dari orang lain. Penampilan diri serupa demikian amatlah rendah di sisi Allah kerana hanya Allah sahajalah yang berhak untuk merasakan kehebatan dari segala-galanya. Umat manusia wajar memahami bahawa tanpa kekuasaan Allah, tidak ada makna hidup ini.
Manusia harus fikir bahawa Allah itu sayang kepada hambah-Nya maka diuji dengan berbagai kerenah-kerenah hidup supaya keimanannya kepada Tuhan semakin mantap. Sama ada kita mengalami kesenangan atau kemuderatan dalam hidup harus kita bersyukur kerana Allah itu Maha Mengetahui.
Keturunan keluarga besar Bani Adam mumpunyai ciri-ciri yang serupa. Setiap individu mempunyai dua unsur yang sama dalam kejadianya iaitu mempunyai jasmani dan rohani yang dibekalkan oleh Allah s.w.t. Untuk mengeratkan ukhuwah kemanusiaannya Allah bekalkan naluri kasih sayang dalam diri setiap insan. Naluri inilah yang memegang keistemewaan manusia hidup dalam keluarga besar Bani Adam yang menghuni alam sejagat.
Dengan adanya naluri kasih sayang antara sesama maka terbentuklah hubungan yang entim antara lelaki dan perempuan yang akan membentuk satu keluarga melalui pintu perkah- winan. Keluarga inilah yang akan membiak untuk membanyakkan keturunan Bani Adam di muka bumi-Nya ini yang diamanahkan Allah memegang tanggungjawab sebagai hambah Allah.

No comments:

Post a Comment