Thursday, April 7, 2011

TATACARA PEMBANGUNAN MANUSIA MENGIKUT AKIDAH ISLAM.
(Disiarkan pada 9. 4. 2011)
Manusia adalah makhluk bersosial dan memerlukan pembangunan dalam kedua-dua unsur jasmani dan rohani. Walau bagaimana pun kedua-dua unsur tersebut mempunyai sifat yang agak berbeza antara keduanya. Begitu juga cara bagaimana Allah wujudkan keduanya yang mempunyai sifat yang berlainan jika dikaji dari segi kejadiannya. Jasmani adalah benda yang maujud dan boleh disentuh tetapi rohani adalah dalam keadaan ghaib tidak boleh dilihat dan disentuh tetapi kesannya pada kehidupan sangat menentukan.
Dari segi akidah, jasmani diciptakan oleh Allah dari tanah yang kering dan busuk. Manakala roh pula diciptakan Allah dari roh-Nya yang ditiupkan ke dalam janin maka wujudlah manusia. Maka itu pembangunan manusia wajar dalam kedua-dua unsur demi mewujudkan ketamadunan hidup yang diredhai Allah s.w.t.
Pembangunan manusia wajar bermula sejak dari pembentukan jasmani manusia iaitu air mani seorang suami. Air mani atau benih yang keluar daripada alat kelamin seorang suami terpancar ke dalam rahim seorang isteri semasa hubungan kelamin dan bercampur dengan telur indung atau ovum si isteri akan menjadi segumpal darah. Segumpal darah tersebut akan menjadi satu lembaga di mana Allah membekalkan tulang dan segala organ serta anggota, kemudian dibungkus dengan kulit. Allah meniupkan roh ciptaannya ke dalam lembaga tersebut maka jadilah seorang manusia yang berperasaan.
Bahan yang menjadi zat air mani seorang suami wajar bersih dari segala jenis kotoran. Jika bahan yang membina air mani tersebut adalah benda yang haram atau kotor dari pandangan agama Islam maka apabila ia menjadi manusia akhlaknya sukar mematuhi peraturan awam serta sukar hendak ditarbiyahkan. Jika benda yang menghasilkan air mani itu adalah bahan yang haram maka produknya juga akan ikut sama sifatnya.
Pembangunan manusia semestinya dalam kedua-dua unsur tersebut iaitu jasmani dan rohaninya. Kedua-dua unsur memerlukan kebajikan dalam membina manusia agar menjadi pemain dalam kelangsungan hidup yang bertamadun. Walau bagaimana pun adalah lebih bermanfaat kepada kehidupan jika pembangunan rohani itu ditekankan terlebh dahulu beriringan dengan pembangnan jasmani.
Anak yang dilahir semestinya diperkenalkan kalimah suci Allah terlebih dahulu dengan mengazankan di telinga kanan kepada seorang bayi lelaki manakala bayi perempuan pula dikamatkan di telinga kirinya. Disiplin tersebut hendak memperkenalkan Allah kepada bayi tersebut mengenai Zat yang memberi rohnya sebelum jasmani mendapat apa-apa zat yang berbentuk makanan.
Dalam peringkat membina kehidupan seorang bayi wajar diserikan dengan akhlak yang sempurna kedua ibubapa di samping menjaga zat makanan yang bersesuaian yang membina mentaliti bayi serta kesihatan organ-organ terpenting dalam jasad seperti jantung, paru-paru ginjal, usus, segala anggota badan dan sebagainya. Penjagaan kesihatana organ-organ tersebut amatlah penting kerana semuanya adalah parajurit pelaksanan pembangunan jasmani manusia.
Pembangunan rohani semestinya di atas landasan yang Allah redhai yang menyentuh mengenai perwatakan dan geraklaku serta pembawaan diri seorang ayah atau ibu dalam hubungan kemanusiaan. Kata-kata yang tidak wajar diucapkan kepada orang lain yang mesifat menghina, memandang rendah dan sebagainya tidak membawa kepada pembangunan akhlak zuriat yang sedang dibina itu.
Menyaksikan kelemahan orang lain wajar mengucapkan innallilahi wainnalilahi rojiu’un serta merasa syukur kerana musibah itu tidak menimpa pada diri dan keluarga sendiri. Adalah lebih bermanfaat jika anda berdoa kepada Allah s.w.t. semoga diringankan penderitaan orang yang mengalami musibah berkenaan.
Pembanguan manusai atau lebih dikenali sebagai tamadun Islam dalam kelangsungan hidup bermasyarakat harus merujuk kepada sembernya. Rasulullah s.a.w. merupakan peribadi unggul, pencetus kepada tamadun Islam. Sebelum baginda mengisytiharkan sahifah Madaniyyah dan negara Islam Madinah, terlebih dahulu baginda membentuk peribadi-peribadi muslim selama 13 tahun di Mekkah yang dikenali kemudiannya dengan Muhajirin. Demikian juga dengan orang-orang Yathrib, dikenali kemudiannya dengan Ansar Madinah. Perpaduan erat antara Muhajirin dan Ansar itulah membentuk masyarakat dan negara Islam, sekaligus menjadi model di sepajang zaman.
Muslim yang salih dan berjaya, bererti mampu mengarahkan halatuju fikirnya, emosinya, rohaninya, selari dengan kehendak fitrah murni yang telah ditetapkan Allah semenjak azali. Keharmonian juga sepadu mengikut acuan Ilahi. Inilah yang ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran dengan firman-Nya yang bermaksud: “Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus, fitrah Allah yang memfitrahkan manusia ke atasnya, tidak ada tukar ganti ciptaan Allah, itulah agama yang benar, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” Al-Qur’an, surah al-Rum ayat 30.
Perlakuan makhluk jahat bersemadi dalam diri manusia yang dinamakan (syaitan hawa) adalah faktor utama berlakuya pemesongan tiga elemen di atas. Fitrah manusia memang telah ditetapkan berada dalam keadaan selari dengan kehendak Penciptanya. Seseorang yang berjaya membetulkan kembali kedudukan yang asal atau berjaya mengekalkan keadaan sebagaimana asalnya, bererti dialah orang yang berjaya mengurus diri dengan sempurna dan dialah yang digelar insan sempurna (kamil).
Insan kamil bukan hanya memiliki kehebatan intelektualnya (intelectual quality) sehingga mampu menguasai ilmu pengetahuan yang luas, berkemampuan mengurus cara berfikir secara kreatif dan inovatif, pantas dan tepat dalam membuat penentuan dan pemilihan, tetapi mestilah ditunjangi oleh kekuatan spiritualnya (Spiritual Quality) dengan keimanan yang mantap terhadap Pencipta, seterusnya berjaya mengawal emosinya (Emotional Quality) dengan memiliki sifat-sifat mahmudah seperti benar, amanah, adil, ikhlas, sabar, redha, syukur dan bertanggung jawab.
Kejayaan mengurus ketiga-tiga elemen di atas, sudah tentu akan melahirkan perlakuan terpuji dan tutur kata yang selamat daripada menyakiti hati orang lain. Perlakuan yang seperti ini sudah tentu mampu menghambat jauh segala unsur yang mungkin menimbulkan suasana yang tidak harmoni ketika melakukannya interaksi antara seseorang dengan yang lain dalam masyarakat.
Sehubungan dengan itu seseorang Islam perlu melengkapkan diri mereka dengan beberapa kelayakan sebagai pra syarat untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Kelayakan seperti penguasaan ilmu; mempunyai iman yang teguh; memiliki peribadi salih dan menjadikan Islam itu sebagai cara hidup.
Kelayakan peribadi yang pertama tentang penguasaan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenar sebagai bekalan kepada mental. Mereka yang meletakkan diri sebagai pemegang amanah bagi menegakkan kebenaran dan keadilan, patutlah mengetahui dan memahami peraturan itu secara menyeluruh, sekurang-kurangnya membolehkan mereka membezakan antara ‘aqidah Islamiyah dan ciri-ciri jahiliya, antara cara hidup Islam dan cara hidup jahiliyah. Dengan
itu barulah seorang berupaya untuk mengetahui bagaimana Islam mampu membuat perubahan dalam masyarakat secara global
Selain itu mereka sepatutnya mampu menyesuai dan mengintegrasikan segala ilmu yang bersifat duniawi dengan ukhrawi agar selari dengan kehendak Islam dan kemampuan untuk menapis dan menyaring secara kritikal terhadap keburukan yang tersembunyi di sebalik pemikiran dan amalan masyarakat serta keupayaan mengekalkan dan mempertahankan segala nilai-nilai murni yang sepatutnya dihayati oleh masyarakat.
Selain memiliki ilmu dan kefahaman, tenaga penggerak juga mestilah mempunyai keima nan yang teguh terhadap ‘aqidah yang menjadi asas segala kegiatan mereka. Tidak ada jalan lain untuk mengelak daripada gejala ini melainkan dengan iman yang teguh terhadap Allah S.W.T. yang Maha berkuasa atas segala makhluk-Nya. Yakin dengan al-Qur’an sebagai kitab hidayah, yakni dengan petunjuk Rasulu’Llah S.A.W. untuk menuju jalan selamat.
Antara kelayakan yang tidak kurang penting ialah memiliki peribadi salih sebagai bekalan kepada morality seseorang Islam. Dengan bekalan ilmu dan iman, seseorang akan mudah untuk mendapat kelayakan ketiga ini. Gambaran peribadi salih akan dapat dicernakan dalam bentuk penghayatan untuk kata dan amal, apabila wujud sifat-sifat mahmudah yang memantapkan hubungannya dengan Allah S.W.T.; seperti ikhlas, sabar, syukur, ridha, tawakkal, zuhud dan wara’. Demikian juga yang menghubungkan seseorang dengan sesama manusia; seperti adil, amanah, benar dan bertanggungjawab.
Menjadikan Islam sebagai cara hidup terutama mereka yang melibatkan diri dengan usaha mengislahkan dan menegakkan peraturan serta system kehidupan bermuamalah secara Islam dalam masyarakat. Sistem ekonomi, system politik, system pendidikan, sistem perunda- ngan dan kehakiman dan lain-lain, harus menjadi fokus untuk ditegakkan peraturan dan syariat Islam di dalamnya. Setiap muslim juga sepatunya sentiasa bersedia mempergunakan seluruh kemampuan akal fikiran dan tenaga untuk mencapai matlamat tersebut.
Firman Allah S.W.T. dalam surah Ali-Imran ayat 19 yang bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya agama (yang sebenar) di sisi Allah hanyalah Islam….”
Firman Allah lagi surah yang sama ayat 85 yang bermaksud (terjemahan): “Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agama (pegangan hidup), maka tidak sekali-kali akan diterima (oleh Allah) daripadanya, dan dia pada hari akhirat adalah tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi.”
Pembangunan manusia terletak juga kepada peranan pemimpin yang diberi tugas dan tanggungjawab terhadap orang-orang yang dibawah pimpinannya. Abdullah bin Umar R.A. berkata: “Bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: Setiap kamu itu pengembala (penjaga), dan kamu sekalian akan disoal terhadap apa yang di bawah gembalaan (jagaan) kamu. Bahawa Amir (pemerintah) akan disoal terhadap rakyat di bawah pemerintahan nya, dan ketua keluarga akan disoal terhadap ahli rumahnya, isteri akan disoal terhadap rumah suaminya yang di bawah urusannya, seorang pekerja akan disoal terhadap harta majikannya. Ketahuilah, setiap kamu semua pengembala, setiap pengembala akan dipertanggungjawab kan setiap jagaannya”
Setiap orang adalah pemimpin menurut kedudukan masing-masing. Ada yang menjadi pemimpin negara, pemimpin jemaah, pemimpin masyarakat. Setidak-tidaknya mereka menjadi pemimpin dalam rumahtangga. Jestru di akhirat mereka akan disoal terhadap hal-hal yang dibawah jagaannya.
Pemimpin bukan sekadar memberikan khidmatnya kepada negara untuk membangunkan negara dari segi fizikal, supaya kemakmuran dapat dinikmati oleh semua rakyatnya. Tetapi yang lebih penting daripada itu ialah pemimpin mesti berusaha menyelamatkan rakyat daripada segala bahaya dan malapetaka akhirat. Tugas pemimpin Islam yang diredhai Allah bukan sekadar menerangkan kepada rakyat yang bukan Islam mengenai kebaikan dan kebenaran Islam, malah mereka pasti menjadi contoh teladan daripada kepimpinan yang baik dan berakhlak. Sebagaimana Rasulullah S.A.W. memiliki ‘Akhlak al-Quran’, akhlak yang amat menyenangkan setiap orang yang melihatnya.

No comments:

Post a Comment