Saturday, May 21, 2011

IBADAH DALAM HIDUP YANG SERING DIABAIKAN MASYARAKAT MUKMIN
(Disiarkan pada 21. 5. 2011)
Hidup ini adalah ibadat kerana Allah. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Az-Zariyat ayat (51) 56 yang bermaksud: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku….manusia diwujudkan oleh Allah S.W.T. dengan satu tujuan iaitu beribadat kepada-Nya.
Para malaikat tidak bersetuju dengan rancangan Allah mewujudkan manusia di muka bumi ini kerana mereka sangsi manusia akan lalai dan melupakan atau mengabaikan tanggunjawabnya sebagai hambah Allah. Para malaikat berkeyakinan bahawa manusia akan membawa berbagai bencana dan malapetaka kehidupan yang mengakibatkan pertumpahan darah di muka bumi Allah ini.
Walau bagaimanapun Allah telah menyanggah persepsi para malaikat itu dengan mengata kan bahawa rancangan Allah itu ada manfaatnya. Allah lebih mengatahui apa yang para malaikat tidak mengetahui. Kemudian Allah menguji para malaikat untuk menamakan benda-benda yang ada di sekelilingnya. Para malaikat tidak ada ilmu mengenai nama-nama benda yang ada di alam sekeliling mereka tetapi Adam dengan mudah dapat menamakannya kerana Allah telah mengajar Adam terlebih dahulu.
Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat (2) 30 yang bermaksud: “ (Ingatlah) ketika Tuhan mu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang Khalifah di atas muka bumi (Adam). Maka jawab mereka itu: Adakah patut Engkau jadikan di atas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami tasbih memuji Engkau dan mensuci Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengatahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.”
Dalam hidup ini banyak tanggugjawab yang diamanahkan Allah kepada manusia sering abaikan terutama sekali agenda pembangunan manusia. Tingkahlaku demikian wujud atas dasar manusia itu diciptakan Allah dalam keadaan lemah. Mulai dari rahim ibu hinggalah lahir ke dunia dan menjadi kahlifah atau pemakmur alam kehidupan, manusia tidak sunyi dengan masalah kerana kelemahannya..
Manusia pelupa terutama sekali memegang amanah Allah seperti yang telah berlaku kepada manusia pertama iaitu Nabi Adam alaisallam. Allah memerintahkan Adam supaya jangan mendekati buah yang terlarang oleh Allah itu tetapi naluri manusia akan lemah dan lalai apabila dilamun kebahagian hidup bersama dengan isterinya Siti Hawa.
Allah berfirman Surah An-Nisa ayat 28 yang bermaksud: “Allah ingin memberikan kamu keringanan, kerana manusia dijadikan bersifat lemah.”
Allah tidak memberikan kamu, kerana Allah tidak mengadakan sesuatu yang memberatkan di dalam agama. Bahkan hukum-hukum yang telah ditetapkan–Nya itu merupakan suatu keringa- nan dan kemudahan jua untuk mengamalkannya.
Antara kelemahan manusia dalam menangani hidup ialah memanfaatkan masa sebaik mungkin agar ia tidak berlalu begitu sahaja tanpa sebarang agenda yang mengubah keadaan pembangunan pada kehidupan manusia. Baginda Rasul Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberi ingatan kepada umatnya tentang penggunaan masa dalam menangani hidup iaitu pergunakan masa muda mu sebelum masa tua mu datang; pergunakanlah masa sehat mu sebelum masa sakit mu datang; pergunakanlah masa kaya mu sebelum masa miskin mu datang; Pergunan masa senggang (lapang) mu sebelum masa sibuk mu datang; dan pergunanakan masa hidup mu sebelum masa mati mu datang.
Dalam pembangunaan kehidupan manusia sejagat setiap keadaan alam kehidupan adalah berpasangan. Ilmu sains juga telah mendidik kita tentang fenomena alam tersebut, seperti positif dan negatif’ berat dan ringan, panas dan sejuk dan berbagai-bagai lagi keadaan alam. Pada keadaan alam kehidupan juga Allah sediakan dua sifat fenomena alam yang bertentangan antara satu dengan yang lain.
Setiap kita wajar menyedari keadaan demikian dan bersungguh-sungguh untuk mengubah keadaan supaya masa itu tidak berlalu bagitu sahaja tanpa apa-apa perubahan kepada pembangunan yang dilaksanakan. Pergunakanlah masa muda mu sebelum masa tua mu datang. Ini wajar kerana masa muda itu segala-galanya dalam keadaan baik dan sempurna. Tenaga dan kemahiran-kemahiran lain adalah dalam keadaan baik.
Masa muda sentiasa menampilkan geraklaku yang sentiasa sehaluan dengan masa itu bergerak. Ufuk pemikiran seseorang semasa mudanya sentiasa menerawang menjangkau fenomena alam kehidupan termasuklah alam nyata dan alam ghaib. Pemikiran yang meliputi cakerawalan alam akan menjemput jiwa untuk memikirkan kewujudan Zat yang Maha Berkuasa kelak akan melahirkan iman kepada kekuasaan Allah S.W.T.
Masa muda wajar diserikan dengan menimba ilmu pengetahuan kerana zat inilah yang membentuk manusia menjadi pemain yang berwibawa. Ramai orang mengatakan bahawa masa itu masih panjang dan masa muda itu wajar digunakan untuk menerokai alam kebahagiaan dan keseronokan maka itu masa keemasan itu tidak digunakan untuk membuat persediaan menangani masa tua nanti.
Mengabaikan masa terutama sekali masa muda mu amat merugikan anda di dunia dan di akiharat. Masa tidak menunggu kita tetapi kitalah memanfaatkan masa dan jangan membiarkan ia berlalu tanpa diserikan dengan amalan kebajikan. Inilah tanggungjawab manusia yang sentiasa diabaikan kerana diporak porandakan oleh keseronokan hidup kerana melayani kemahuan hawa nafsu.
Begitu juga kelemahan manusia timbul mengenai penggunaan masa apabila kesihatan menyebelahi kita. Badan yang sehat tidak sama persembahannya berbanding dengan badan yang sakit. Sihat itu adalah anugerah Allah S.W.T. untuk dimanfaatkan dalam hidup sebaik mugkin kerana keadaan masa demikianlah manusia dapat melaksanakan ibadah yang dipertanggun jawabkan oleh Allah.
Satu elemen yang manusia sering mengabaikan dalam hidup ialah menjaga kesihatan badan agar sentiasa bersedia melaksanakan segala ibadah kerana Allah. Amalan pemakanan mempunyai keutamaan yang tertinggi dalam menjaga kesihatan diri. Menurut ilmu sains amalan pemakanan yang seimbang wajar dipelihara mengikut kadar yang ditentukan oleh pakar kedoktoran pemakanan (nutrition). Amalan demikian wajar dijaga untuk menentukan pembinaan sel-sel berbagai organ dalam badan sentiasa terpelihara.
Membangunkan kekuatan rohani pula memerlukan makanan demi mengekalkan kesihatannya. Para ustaz yang arif dan bijaksana mengenai pembangunan rohani menyarankan bahawa amal-amal ibadah suci yang memelihara kebajikan rohani sentiasa digalakkan pada setiap individu. Melaksanakan solat lima waktu adalah antara amalan yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu mukmin. Dalam surah Al-Fatihah manusia menyembah Allah dan kepada kepada Allah juga kita memohon pertolongan. Iyakka nak budu wa iyyaka nas tain.
Hidup yang sentiasa menempuhi kebahagian serta kecergasan minda adalah satu kehidupan yang mempunyai jasmani dan rohani yang sihat yang dapat mentafsir amal amal ibadah yang suci kelak mendekatkan kita kepada Allah S.W.T. Jika jasmaninya sihat tetapi rohaninya sakit pemikiran manusia tidak menentu. Iman juga tidak kuat mempertahankan pengaruh yang bersifat duniawi. Jiwa mudah tergoda tentang fatamorgana alam. Sihat rohani tetapi jasminya sakit ada manfaatnya kerana kiblat pemikirannya sentiasa ke pada Allah S.W.T.
Muamalah yang melahirkan amal jariah sering diabaikan oleh manusia mukmin. Pahala dari amalan tersebut amat diperlukan oleh setiap individu muslim terutama sekali setelah ajal menjemput nyawa. Ia menemani anda semasa di dunia, di alam barzakh dan seterusnya di alam akhirat kelak.
Setelah roh meninggalkan jasad maka terputus hubungan kita dengan dunia kecuali tiga perkara. Pertama mempunyai anak yang soleh; kedua mendirikan rumah-rumah ibadah, sekolah madrasa dan ketiga menggunakan ilmu untuk mentarbiyahkan orang lain melalui penulisan atau buku.
Mempunyai anak yang saleh, yang tahu tentang keperluan agama dalam hidup akan sentiasa menjadi idola kepada masyarakat untuk mencontohinya. Orang mengenali anak yang sentiasa berakhlak mulia serta tatacara berbicara sentiasa di atas landasan kesucian beragama, masyarakat umum akan mengingatkan serta mengenangkan jasa baik orang tuanya mendidik anaknya menjadi insan yang saleh semasa hidup di dunia.
Mendirikan rumah-rumah ibadah dan sekolah madrasa semasa hidup di dunia akan mengekalkan ingatan masyarakat mukmin kepada orang yang membinanya selagi peninggalan tersebut digunapakai oleh masyarakat umum dalam memurnikan agama Islam. Malah usaha tersebut mendapat keuntungan berganda dari Allah S.W.T. iaitu kemanfaatan kepada masyarakat di dunia dan pada masa yang sama kita sebagai pengasas kepada tempat ibadah tersebut yang sudah berada di alam barzakh akan mendapat pahala selagi ia bermanfaat kepada masyarakat mukmin.
Menggunakan keilmuan kita untuk mentarbiyahkan orang lain melalui penulisan atau buku akan kekal menjadi ingatan serta panduan kepada masyarakat umum walaupun penulisnya sudah berada di alam barzakh. Ketiga-tiga perkara mengenai penggunaan masa tersebut wajar menjadi rebutan hidup setiap muslim semasa di dunia. Malah inilah usaha yang sering diabaikan oleh masyarakat Islam semasa menangani hidup di dunia! Maka itu sudahkah anda bersedia untuk meninggalkan dunia ini? Tepuk dada tanyalah iman.

No comments:

Post a Comment