Saturday, July 2, 2011

ILMU DISEMAI PAHALA DITUAI MENGIKUT PERSEPSI ISLAM
(Disiarkan pada 2 Julai 2011)
Hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan akhirat adalah kekal abadi. Maka itu kehidupan di dunia wajar dipenuhi dengan amal-amal kebajikan kerana umat manusia dituntut oleh agama berbuat demikian sebagai persediaan mengumpul dana pahala yang akan menemani nya hidup di akhirat nanti.
Setiap insan diwajibkan memanfaatkan yang lima sebelum yang lima datang, iaitu masa muda mu sebelum masa tua mu datang; masa sihat mu sebelum masa sakit mu datang; masa senggang atau lapang mu sebelum masa sibuk mu datang; masa kaya mu sebelum masa miskin mu datang dan masa hidup mu sebelum masa mati mu datang.
Memanfaatkan sebaik mungkin kelima-lima perkara tersebut sebelum perkara yang lima datang merupakan satu mutiara hidup kerana segala faktor pembangunan tersebut hanya berlaku semasa hidup di dunia. Kehidupan di alam akhirat ditentukan oleh disiplin perlaksanaan hidup di alam dunia. Setelah selesai agenda di dunia kita akan mengalami satu antara dua ketentuan Allah S.W.T. untuk ditangani di alam akhirat iaitu sama ada bahagia di syurga atau kesengsaraan di neraka jahanam.
Menangani masa hidup mu sebelum masa mati mu datang merupakan pokok kepada segala amalan yang mengekalkan keberadan kita di kedua-dua alam walaupun setelah ajal menjemput nyawa. Apabila manusia telah selesai melaksanakan agenda di dunia atau sudah tiba masanya Allah mengambil kembali roh kita maka hubungan kita dengan dunia sudah terputus sama sekali, dikecuali tiga perkara iaitu mempunyai anak yang soleh; amal jariah yang kita laksanakan dan ilmu yang dimanfaatkan semasa hidup di dunia.
Mempunyai anak yang soleh akan sentiasa menjadi idola kepada masyarakat umum kelak akan menyinarkan nama yang baik kepada ayah yang memimpinnya semasa hidup di dunia. Anak itu merupakan amanah Allah S.W.T. untuk dibina sebagai pemain yang berwibawa dalam memakmurkan tamadun kehidupan. Anak yang berilmu disajikan dengan iman yang kukuh akan menjadi catalysis atau pemangkin kepada orang lain untuk mencontohinya.
Melaksanakan amal jariah tentunya satu satu amal ibadah yang sentiasa diterima oleh Allah dengan dana pahala yang berlipat ganda. Memakmurkan agama dapat diselenggarakan dengan terdirinya bangunan mesjid atau surau. Rumah-rumah ibadah tersebut merupakan tempat menyemaikan bibit-bibit ketakwaan kepada Allah S.W.T. kelak akan membina kemurnian tamadun manusia.
Ilmu disemai pahala dituai semestinya dapat diperolehi bagi mereka yang sentiasa melihat ibadah itu dapat disalurkan melalui nukilan penulisan atau karya seorang penulis buku yang sentiasa mendapat sambutan dari masyarakat umum yang cintakan ilmu. Hasil ibadah tersebut akan kekal sepanjang zaman dan sentiasa mendapat pasaran meluas di mata dunia. Orang yang membaca karya itu akan dapat mengenangkan perjuangan penulis demi kecitaan kepada ilmu.
Apabila kita telah berjaya membina mahligai ketiga-tiga fenomena tersebut semasa hidup di dunia maka keberadaan kita di alam dunia setelah balik ke rahmatulah pasti berlaku disamping menuai dana pahala untuk kesejahteraan hidup di alam akhirat. Semasa hidup di alam akhirat tidak ada lagi yang dapat kita lakukan untuk kebajikan diri melainkan mengharapkan pahala dari pertolongan orang yang masih hidup di alam dunia.
Begitulah felosofi pembangunan tamadun manusia dalam menangani kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Kehidupan itu sebenar adalah satu perjalanan jauh bermula dari alam rahim ibu bersama dengan roh Allah dan berakhir di alam akhirat di mana manusia akan ditemukan dengan zat yang Maha Pencipta yang berkuasa terhadap segala bentuk kehidupan.
Makhluk manusia telah diamanahkan oleh Allah S.W.T. menjadi kahlifah-Nya di alam dunia ini maka itu keperluan utama agar ia peka memakmurkan alam kehidupan seperti mana Allah redhai ialah kehadiran ilmu pengetahuan. Dengan ilmu, manusia akan dapat menyingkap rahsia alam yang Allah pendamkan dalam kedua-dua alam dunia dan alam akhirat.
Menyingkap rahsia alam sebenar adalah menyemaikan ilmu dengan tujuan mendapat dana pahala sebagai jaminan kesejahteraan hidup di akhirat kelak. Ilmu dituntut wajar disemai agar ia berkembang untuk kemanfaatan orang lain kelak dapat mendekati zat yang Maha Pencipta. Inilah agenda kehidupan yang setiap insan memahami sebagai tanggungjawab untuk memakmurkan kehidupan akhirat.
Dalam menangani pembangunan kehidupan faktor masa amat mencurigai segala amal perbuatan manusia. Maka itu untuk mengelakkan diri tergelicir dari landasan yang diredhai Allah S.W.T. akibat kelalaian memanfaatkan masa, iman akan memandu manusia ke jalan yang lurus. Masa menjadi faktor penentu kepada berjayanya agenda pembangunan di alam kehidupan di dunia.
Walaubagaimanapun masa itu tidak begitu menjadi faktor kepada kehidupan di alam barzakh, lebih-lebih lagi di alam akhirat kerana matahari bukan lagi faktor penentu kepada peredaran masa. Segala-galanya adalah ketentuan amal ibadah kita semasa di alam dunia. Jika
bekalan yang kita bawa bersama ke alam barzakh dan seterusnya di alam akhirat berupa dana pahala hasilan dari amal ibadah yang telah kita laksanakan semasa hidup di dunia maka kita akan mengalamai faktor masa bagikan seratus tahun berupa sehari sahaja.
Ilmu disemai pahala dituai membawa maksud jika ilmu yang kita perolehi semasa hidup di alam dunia diguna dengan semaksimum baiknya akan membina satu kehidupan di akhirat nanti yang jauh lebih mulia dan menggembirakan. Pujangga dan ahli fikir mengatakan ilmu dan amal bagikan gulai dengan garamnya. Kedua-dua elemen tersebut tidak boleh dipisahkan jika inginkan makanan yang lezat dan menyeronokkan.
Menterjemahkan ilmu yang kita perolehi untuk membina kebahagian hidup dunia dan akhirat adalah berupa ibadah kerana Allah S.W.T.. Maka itu kebahagiaan dunia semesrtinya dengan ilmu; kebahagiaan akhirat semestinya dengan ilmu dan kebahagian kedua-duanya dunia dan akhirat juga semestinya dengan ilmu.
Kecantikan dan kemuliaan pada penampilan seseorang itu bermuara dari kehadiran ilmu pengetahuanya. Orang yang tidak punya ilmu sukar mendapat kebahagian samada hidup di dunia mahupun di akhirat kerana Allah telah membekalkan akal fikiran serta segala fitrah kehidupan lain tetapi jika anda mengkufuri anugerah Illahi tersebut maka jangan mimpi kebahagiaan hidup datang menjelma dalam jiwa anda.
Kalau akar sepohon kayu menjamin keselamatannya dari tumbang ditiup angin kencang, maka manusia memerlukan ilmu pengetahuan untuk memastikan kesempurnaan hidup di alam dunia. Ilmu pengetahuanlah yang menjadi akar tunjang kepada kehidupan manusia, tanpanya manusia akan mengalami hidup bagikan debu di atas tunggul yang sentiasa terumbang-ambing, tidak tetap menanti ihsan ditiup angin dan diterbangkan ke sana sini.
Alam kehidupan seharusnya difahami sebagai iktibar kepada manusia kerana Allah S.W.T. tidak mewujudkan segalanya tanpa sebab. Sebagai contoh seekor semut yang lecil dan lemah dari pandangan mata kasar jika dibandingkan dengan makhluk lain seperti lembu, kerbau dan sebagainya yang mempunyai badan yang jauh lebih besar dan gagah.
Tetapi dari segi kemampuan hidup seekor semut adalah jauh lebih hebat daripada seekor kerbau. Walaupun seekor semut berbadan kecil tetapi dapat mengangkat beban yang jauh lebih besar daripada dirinya dengan usaha bergotong-royong sedikit demi sedikit lama-lama mencapai kejayaan.
Pembangunan manusia harus mengambil iktibar dari semut dalam konteks pembinaan negara serta pembentukan pembangunan masyarkat keseluruhannya. Jika manusia membudaya kan semangat bersatu hati dan berkerjasama, tidak ada yang mustahil dalam hidup ini yang tidak dapat diselesaikan.
Sungai yang saban hari mengalirkan berbilion gallon isipadu airnya dalam sehari suntuk di mana di dalamnya hidup ikan-ikan yang sentiasa merayau ke hulu ke hilir tanpa tidur mencari rezeki yang dibawa oleh arus air, mahupun lumut-lumut yang tumbuh subur di cela-cela batu di dalam air.
Sungai sentiasa bergerak tanpa rehat membasahi perut bumi kelak memberi manfaat kepada semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup menghijau disinari cahaya sang suria. Daun-daunnya yang segar melambai-lambai ditiup sang bayu, sibuk memproses makanan dengan bantuan cahaya matahari dan gas karbon dioksida kelak mengeluarkan oxsigen unutk kegunaan makhluk di permukaan bumi termasuklah manusia.
Siapakah yang menjadi akitek kepada kesemua misteri alam tersebut? Untuk itu siapakah
yang merancangkan segala kejadian alam berkenaan? Minda yang ditajamkan oleh ilmu pengeta- huan serta kehadiran iman yang kukuh dapat melihat dengan mati hati, kejadian alam tersebut kelak memaksa jiwa mendekati kepada yang Maha Pencipta.
Kekompakan kehidupan alam semulajadi, begitu teratur membuat manusia setiasa segar dalam perasaan yang membawanya ke satu dimensi pemikiran bahawa kecantikan alam demikian bukan wujud dengan sendirinya. Cintailah alam semahu anda tetapi janganlah pula cinta anda itu melebihi cinta kepada yang mencipta alam.
Ilmu yang luas haruslah berpaksikan kepada pembangunan insan terutama sekali akhlak mulia yang tetapkan oleh agama Islam. Kita perlu manusia yang luas ilmunya sebagai peneraju pembangunan dalam era tahun 2020 apabila negara Malaysia dijangka menjadi antara negara yang termaju di dunia di zaman sains dan teknologi ini.
Semua rakyat Malaysia memahami bahawa visi pembangunan negara Malaysia terletak di dalam wawasan 2020 yang semakin hampir itu. Landaskan pemikiran kita ke arah itu, lengkapkan generasi anda dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat moga dapat menjamin keutuhan negara kita yang tercinta Malaysia.
Sebagai pemain dalam membangunkan tamadun manusia kita wajar menanam ukhuwah kemanusiaan yang diikat dengan rasa kasih sayang sebagai hambah Allah. Persengkitaan dan perselisihan faham wajar diketepikan demi membina tamadun manusia yang sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T. Kehebatan dunia yang kita perolehi bukan menjadi ukuran sebagai hambah Allah tetapi ketakwaan kepada Maha Pencipta yang akan membina mahligai kebaha- giaan dunia dan akhirat. Insallah.

1 comment: