Tuesday, June 28, 2011

KEWAJIPAN MEMAHAMI WAWASAN PEMIKIRAN KITA MENGIKUT ISLAM
(Disiarkan pada 25. 6. 2011)
Iman adalah ketetapan dan kekuatan batin. Orang beriman adalah mereka yang teguh memegang ajaran agama Islam. Jendila iman menghimbu tentang kefahaman diri sendiri di atas landasan ilmu tauhid. Kewajipan mengetahui wawasan pemikiran kita adalah untuk mengenali diri tetapi memahami diri merupakan satu persepsi untuk menerokai potensi diri sebagai pemain dalam pembangunan kehidupan.
Zaman sains dan teknologi ini ramai orang bercakap dan berbincang tetang daya intelek dan corak pendidikan bagi melahirkan anak yang pintar cerdas. Walaubagaimanapun isu tersebut masih berkisar sekitar perspektif Barat moden yang mengetepikan pandangan sejagat agama dan nilai daripada pembangunan insan. Pandangan Islam hanya ditampal di sana sini untuk mendatangkan kesan luaran bagi tujuan komersial semata-mata.
Apa yang penting ialah dua perkara pokok. Pertama, usaha untuk membezakan idea-idea Islam dalam perkembangan daya intelek dari perspektif Islam sebagai satu disiplin ilmu (lihat Mohd.Affandi, 1992). Kedua, ialah usaha untuk menerima apa saja yang datang dari Timur atau Barat tanpa memikirkan kesesuaian dengan nilai keagamaan nampaknya berada pada tahap yang mencemaskan (lihat Wan Mohd Nor, 1991)
Terdapat sebilangan cendekiawan kita yang masih beranggapan bahawa peranan Islam dalam daya intelek sebagai kurang penting, atau Islam kurang memberi sumbangan yang berguna ke arah kefahaman tentang hakikat pintar cerdas. Faktor yang menyedikan ialah terdapat orang Islam yang menunjukkan sikap dan kelakuan fobia terhadap gagasan Islam yang holistik demi kepentingan peribadi semata-mata.(lihat Kamal, 1988). Mereka berkefahaman bahawa gagasan Islam boleh menggugat status quo dan cara hidup yang mereka senangani selama ini.
Sikap mengklonkan segala teori dan amalan yang popular di Barat kerana memikirkan tamadun Barat moden kelihatan gagah dan berjaya(lihat Mohd. Nor 1991) bukan sahaja merugikan umat Islam malah boleh melemahkan kekuatan akidah. Ini disebabkan ideologi Barat moden adalah bersifat antroposentrik, iaitu sesuatu yang berpusatkan manusia semata-mata, seolah-olah Tuhan tidak berperanan lagi dalam kehidupan manusia.
Pada hakikatnya, idelogi Barat moden memutuskan hubungan antara perkembangan individu dan perkembangan masyarakat dengan kekuasaan Allah dan nilai keagamaan. Dalam konteks yang tertentu kita tidak dapat nafikan bahawa isu yang dianjurkan oleh Barat masih lagi relevan, tetapi kita harus sedar bahawa secara keseluruhan, idologi Barat moden hanya sesuai untuk merealisasikan proses pembaratan dan sekularisasi ke atas kehidupan manusia(Kamal, 1988).
Dalam usaha mengenal pasti dan mengembangkan daya intelek, kita tidak sepatutnya mengetepikan pandangan Islam yang melihat manusia sebagai makhluk ciptaan Allah yang dimuliakan dan diberikan segala macam keistimewaan, bagi membolehkan mereka menyem- purnakan tanggungjawab sebagai hambah dan kahlifah Allah di muka bumi.
Islam sebagai satu sistem dan cara hidup yang dianjurkan sendiri oleh Pencipta bukan sahaja bersesuaian dengan perkembangan intelek, tetapi juga mendorong proses merealisasikan daya intelek dengan sempurna dan membekalkan petunjuk bagi perkembangan intelek secara beradab.
Setiap individu yang mempunyai kekuatan mengembangkan daya intelek memahami teka-teki pembangunan khidupan sebenar mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t. Manusia hanya bertawakal semata menggunakan daya intelek yang dibekalkan Allah namun keberhasilannya melaksanakan aktiviti pembanunan itu adalah atas prerogative Allah s.w.t.
Setiap individu mempunyai potensi diri yang dianugerahkan Allah kepada kita. Manusia merupakan makluk ciptaan Allah yang bersifat istimewa. Ia disebabkan roh manusia bermula dengan tiupan roh Allah. Roh itu mengandungi potensi tulin atau kesanggupan terpendam tersebut terletak dalam unsur ketuhanan, iaitu satu daripada empat unsur semula jadi manusia.
Daya intelek yang dipunyai oleh individu adalah saling berkait dengan sifat-sifat Allah yang diberi kepada manusia dalam bentuk yang amat terbatas. Dari sudut perkembangan, daya intelek boleh dibahagi kepada tiga tahap, iaitu potensi intelek, skim ilmu dan amal yang soleh. Setiap manusia mempunyai potensi semula jadi (fitrah) untuk tumbuh dan berkembang menjadi insan yang baik.
Pada hakikatnya, daya intelek bukanlah hak milik individu secara mutlak, tetapi ianya adalah hak milik Allah. Setiap individu diamanahkan sengan daya intelek sebagai ujian daripada Allah . Oleh itu individu yang berjaya menggunakan daya tersebut mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Allah akan mendapat kebahagian, manakala individu yang gagal pula akan mendapat penderitaan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal soleh, baik lelaki atau perempuan , sedang ia beriman , maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah An-Nahl 16:97.)
Al-Qur’an (Surah al-Hashr 59:24) menamakan Sembilan puluh Sembilan sifat Allah sebagai al-Asma’ al-Husna (nama yang baik). Antara lain , sifat tesebut menggambarkan Allah sebagai Maha Pemurah (Ar-Rahman), Maha Penyayang (Ar-Rahim), Maha Mencipta (Al-Khaliq), Maha Membentuk (Al-Musawwir), Maha Mengetahui (Al-Alim), Maha Pengampun (Al-Ghafar), Maha Kuasa (Al-Qadir), dan Maha Bijaksana (Al-Hakim).
Beberapa sifat Allah telah diberikan kepada manusia dalam bentuk potensi tulin. Bagaimanapun, sifat-sifat Allah yang diberi kepada manusia mempunyai bentuk dan daya yang amat terbatas. Allah juga telah mengajar manusia nama-nama bagi semua benda. Allah berfirman yang bermaksud: “Diajar Allah kepada Adam sekalian nama-nama barang, kemudian dibawa barang-barang itu kepada malaikat, seraya Allah berfirman “Ceritakan kepadaKu nama barang –barang ini, jika kamu yang benar.” (Surah al-Baqarah 2:31)
Allah memberi tahu kepada Rasul-Nya, iaitu Muhammad tentang cerita bagaimana asal mulanya bapa kita Adam (a.s.) dijadikan oleh Allah iaitu apabila Allah hendak menjadikan jenis manusia, terlebih dahulu Allah memberitahukan malaikat-malaikat–Nya: Bahawa Dia (Allah) akan melantik seorang khalifah yang akan duduk di bumi melaksanakan hukum-hukum-Nya iaitu Nabi Adam (a.s.).
Tetapi malaikat-malaikat itu membuat bantahan dengan mengatakan : “Adakah patut Tuhan akan menjadikan orang yang akan menduduki bumi ini bangsa pembinasa dan menumpah kan darah, seperti yang pernah berlaku kepada bangsa jin yang dahulunya tiggal di bumi dan membuat kebinasaan dan derhaka?” pada hal kami, kata mereka, “makhluk yang taat dan sentiasa mengucap tasbih memuji dan mensucikan Tuhan. Maka kamilah yang layak tinggal di bumi.” Allah tahu hikmat dan tujuan menjadikan manusia, kerana ada yang taat dan ada yang derhaka, masing-masing kelak akan diberi balasannya.
Setiap manusia mempunyai potensi kekuatan semula jadi (fitrah) untuk bertambah dan berkembang menjadi insan yang mulia. Potensi kekuatan semula jadi ini dikenali sebagai intelek bahan. Intelek bahan merupakan intelek yang mengandungi bahan tulin yang tidak mempunyai sebarang bentuk, tetapi dapat menerima pelbagai bentuk keintelektualan mengikut keupayaan terpendam yang ada padanya. Keupayaan terpedam ini berbeza antara satu individu dengan individu yang lain,(Naqib 1990).
Intelek bahan yang mengandungi potentsi tulin diberi kepada setiap individu oleh Allah sebagai amanah dan intelek itu harus dihakikikan atau dikembangkan sesuai dengan petunjuk Allah. Usaha mengembangkan potensi tulin yang selaras dengan petunjuk Allah adalah dianggap
sebagai ibadah.
Tujuan penciptaan potensi tulin adalah menggerakkan manusia melaksanakan tugas selaku hambah Allah atau kahlifah Allah dengan sebaik mungkin. Setiap individu bertanggung jawab mengembangkan daya pintar cerdas yang terpendam dan bukan sebaliknya memendamkan daya pintar cerdas yang akan berkembang.
Walaupun roh setiap individu berasal daripada sumber yang sama, intelek bahan yang terkandung dalam roh tersebut adalah berbeza dari segi keupayaannya. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 2:286 yang bermaksud: “……Dan janganlah Engkau pikulkan ke atas kami beban yang berat sebagaimana yang Engkau telah pikulkan ke atas orang-orang sebelum kami……” surah Al-A’Raaf ayat 7:42 yang bermaksud: “…….Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya……”.
Wawasan pemikiran kita adalah sebenar potensi intelek tulen yang perlu dikembangkan sejajar dengan pembangunan tamadun kehidupan. Allah mengamanahkan kepada manusia sebagai kahlifah-Nya di buka bumi untuk memakmurkan alam kehidupan demi membina wawasan pembangunan tamadun berlandaskan tauhid Illahi.
Kemahiran berfikir merupakan keperibadian manusia menangani pembangunan kehdiupan. Kecangihan sains dan teknologi merupakan cerbisan pemikiran yang telah diilham kan oleh manusia berlandaskan hidaya Allah s.w.t. Segala kewujudan fenomena alam adalah atas kekuasaan Allah yang menjadi landasan pemikiran manusia mengolah pembanunan tamadun.
Manusia diciptakan Allah dengan bekalan pelbagai nikmat untuk membolehkannya mengukir ilmu untuk kemanfaatan pembangunan ummah. Nikmat kemahiran berfikir merupa kan potensi intelek yang harus dikembangkan sesuai dengan petunjuk Allah. Usaha demikian merupakan ibadah.
Nikmat berfikir pemangkin jiwa mengola alam untuk menyingkap rahsia-rahsia ciptaan Allah yang Maha Mengetahui. Kemahiran berfikir atau mengembangkan potensi intelek tulin mempunyai keterikatan dengan keunggulan akal memandu manusia menyelami lautan ilmu yang belum diterokai oleh para ilmuan dan cendikiawan.
Manusia khususnya barisan para pendidik mempunyai tanggungjawab yang berat membentuk akhlak insan demi memantapkan keterampilan berfikir dan mengasa bakat atau potensi intelek demi melahirkan kepekaan mendifinasikan ilmu untuk kemanfaatan manusia sejagat.
Kemahiran berfikir adalah fitrah Allah S.W.T.. Ia menyelamatkan manusia dari kekufuran yang akan melemahkan naluri insan untuk mencapai visi kehidupan yang telah dimuat kan dalam agenda pembangunan tamadun. Kehadiran fakulti ini menjadi pemangkin untuk membina semangat berubah yang bakal menjanjikan manusia kecemerlangan hidup di dunia mahupun di akhirat kelak
Manusia mempunyai identiti yang unik kerana kehadiran fitrah berfikir. Fitrah tersebut mempunyai keunggulannya dalam diri manusia. Malah para ulama mengatakan bahawa berfikir itu adalah ibadat dan jika ia sentiasa bertemankan manusia, kelak akan membolehkan insan mengenali dirinya, seterusnya mengenali Tuhannya. Kegagalan individu menggunakan daya intelek atau wawasan pemikirannya dalam membina tamadun kehidupan akan mengheretnya ke lembah kekufuran kelak memesungkannya dari mendapat kasihsayang dari Zat Yang Maha Pencipta.

No comments:

Post a Comment