Friday, June 10, 2011

ANTARA KEASLIAN DANKEMODENAN
(Disiarkan pada 11 Jun 2011)
Atara keaslian dan kemodenan satu fenomena yang sering berleggar dalam pemikiran kita sejak dari awal era kebangkitan Ummat Islam dan kesedarannya akan ketangguhan dan keunggulan Dunia Barat. Dahulunya mereka pernah belajar dari kita di Institusi-institusi pengajian tinggi dimana karya-karya tulisan para sarjana Muslim menjadi bahan bacaan dan rujukan utama mereka.
Kini Dunia Barat muncul mendahului dan mengungguli kita dalam teknologi ketenteraan dan pertahanan. Mereka menguasai negara-negara ummat Islam secara politik, dan berada di hadapan dalam bidang kemajuan pembangunan. Pertanyaan sekarang ialah bagaimana kita mengimbangi antara “Keaslian Kita” dan “Kemodenan Mereka”
Akar umbi tentang terjadinya masalah tersebut perlu juga umat Islam mengkaji dan mengetahui terlebih dahulu sebelum dapat memikirkan jawapan yang sesuai kepada persoalan berbangkit tentang kemunculan teknologi unggul yang dilahirkan oleh pihat Barat.
Semasa meletusnya perang salip antara negara penganut Kristian dengan negara Islam banyak dokumen sejarah hasil karya cendekiawan Musim telah dimusnahkan oleh pejuang-pejuang Yahudi. Ada yang dibakar dan ada yang dibuang di sungai Furat di Iraq sehingga air sungai tersebut bertukar warnanya kepada hitam.
Perang Salip ialah beberapa siri kempen perang yang dipengaruhi isu keagamaan dan politik sekitar kurun ke 11 hingga kurun ke 13 Masihi. Misi asal tentera Salip adalah menawan Baitulmaqaddis. Selain dari memusnahkan dokumen penting tersebut ramai juga pejuang-pejuang Islam cerdik pandai yang telah berjaya menghasilkan karya mereka turut terkorban.
Seperti juga yang telah berlaku kepada dokumen wahyu yang telah dibukukan menjadi al-Quran. Sekiranya tidak ada usaha untuk mengkodifikasikan Wahyu tersebut adalah menjadi satu kerugian yang amat besar kepada perkembangan Islam di dunia apabila para hafiz Qur,an atau para penghafal dokumen tersebut sudah meninggal dunia atau gugur dalam pertempuran mempertahankan akidah Islam.
Semasa pemerintahan Usman, para hafiz seramai 700 orang telah gugur di medan pertempuran maka timbullah satu usaha membukukan wahyu Illahi yang dilahirkan oleh Umar Ibn Khatab. Umar menyampaikan idea itu kepada Abu Bakar yang bersetuju mengenai usaha yang murni itu walaupun Rasullulah tidak pernah melahirkan idea tersebut. Kemudian Abu Bakar menyerahkan tanggungjawab untuk dipikul oleh Zaid bin Stabit yang kemudiannya Zahid, dibantu oleh beberapa orang sahabat seperti Ubay bin Ka’ab; Usman bin Afan dan Ali bin Abi Tholib.
Setelah wahyu Illahi dibukukan maka dokumen tersebut dinamakan al-Qur’an yang disimpan oleh Abu Bakar. Setelah Abu Bakar meninggal dunia Al-Qur.an itu di simpan oleh Umar. Setelah umar meninggal dunia beliau menyerahkan Al-Qur’an iu kepada Hafsah isteri Rasulullah. Kemudian Hafsah telah memilih antara para sahabat untuk menyinpannya apabila sampai masanya. Begitulah dokumen wahyu yang penting itu terselamat dan menjadi Imam kepada masyarakat generasi muslim hingga ke akhir zaman.
Kembali kepada persoalan antara keaslian dan kemodenan masalah ini wajar dilihat daripada berbagai sudut untuk mencari titik persamaan. Mengikut pandangan seorang ahli fikir Dr. Zaki Najib Mahmud berpendapat bahawa tidak mungkin kita dapat hidup di zaman moden ini, jika kita tidak lupakan dan ketepikan warisan pemikiran lama dan kita hidup mengikut arus dan gaya kehidupan orang-orang masa kini dari segi pemikiran, kebudayaan dan sikap serta pandangan kita terhadap hakikat manusia dan alam ini.
Pemikiran manusia dari segi pembangunan rohani antara keaslian dan kemodenan wajar tidak berubah kerana masyarakat masa lampu dengan masyarakat di zaman sains dan teknologi ini yang berpegang kepada kitab Allah tidak ada perubahan dari segi akidahnya. Keaslian al-Qur’an dijamin oleh Allah S.W.T. dan ia adalah kitab yang selalu dipelihara. Allah berfirman surah Al-Hijir ayat 9, yang beraksud: “ Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an dan kamilah
Pemelihara-pemelihara –Nya”
Demikianlah Allah memelihara keaslian dan kebenaran al-Qur’an. Jaminan yang diberikan atas dasar Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui, serta berkat usaha-usaha yang dilakukan oleh makhluk-makhluk-Nya, terutama oleh manusia. Dengan jaminan ayat ini, setiap muslim percaya bahawa apa yang dibaca dan didengarnya sebagai al-Qur’an tidak berbeza sedikiit pun dengan apa yang pernah dibaca oleh Rasulullah s.a.w. dan yang didengar serta dibaca oleh masyarakat muslim masa kini.
Apa yang keutamaan dalam memelihara pemikiran antara keaslian dan kemodenan ialah mengenai disiplin perlaksanaan ibadat sebagai cara hidup untuk menangani pemikiran kemodenan yang dilahirkan oleh masyarakat Barat. Baginda Rasul Nabi Muhammad Sallalah Alaihis Wasallam telah meninggalkan dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasul Sallah Alais wasallam. Jika umat Islam berpegang teguh kepada kedua-duanya maka manusia tidak akan sesat selama-lamanya.
Al-Quran adalah dokumen wahyu yang diturunkan Allah S.W.T. kepada manusia melalui perantaraan Malaikat Jibril yang diterima oleh Nabi Muhammad Sallah Alais Wasallam. Al-Qur’an itu menjadi roh pembangunan rohani manusia sejagat. Kehadirannya amat penting demi memelihara kekuatan pemikiran manusia mengolah pembangunan.
Roh atau nyawa adalah sesuatu yang bersifat abstrak atau maknawi. Ia tidak boleh disentuh oleh deria atau pancaindera. Tetapi ia boleh dikesan dengan rasa ataupun dirasakan dengan hati. Manusia akan mati jika roh atau nyawanya telah keluar daripada jasad. Begitu juga seseorang akan mati hati dan jiwanya sekiranya tidak ada lagi menjadikan al-Qur’an sebagai rohnya.
Berkaitan dengan al-Qur’an yang menjadi roh bagi orang-orang yang beriman, Allah S.W.T. berfirman dalam al-Qur’an yang bermaksud: “”Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh (al-qur’an) dengan perintah Kami. Sebelumnya tidaklah mengetahui apakah kitab (al-Qur’an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Qur’an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendahi di antara hambah-hambah Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, (iaitu) jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi. Ingatlah, bahawa kepada Allah-lah kembali semua urusan.” As-Syura: 52 – 53.
Orang-orang yang menghafal al-Qur’an pada hakikatnya dia sedang menghafalkan sesuatu yang memberi kehidupan kepada jiwa, akal bahkan jasadnya. Al-Qur’an adalah sebagai hidangan bagi roh. Ini bermakna bahawa al-Qur’an adalah sangat diperlukan oleh roh dan jiwa manusia. Sebagaimana tubuh memerlukan makanan. Kalau tubuh boleh menjadi sakit atau kurang selesa kerana kekurangan zat-zat makanan tertentu maka begitu juga jiwa dan hati manusia akan menjadi atau bahkan mati tanpa al-Qur’an.
Roh yang sihat dan cergas kadangkala melebihi kekuatan tubuh yang sihat dan tegap. Apatah lagi sekiranya kedua-dua unsur manusia itu sihat, maka sudah pasti kehidupan manusia akan menjadi sempurna, sejahtera, dan bahagia. Hal ini dibuktikan oleh sejarah semasa zaman Rasulullah s.a.w. bahawa orang-orang munafik yang enggan berjihad dengan alasan sakit sebenarnya bukanlah tubuh dan jasad mereka yang sakit melainkan roh dan jiwanya.
Tilawah, membaca dan menghafl al-Qur’an adalah merupakan satu usaha yang sangat efektif dan paling berkesan untuk memperolehi roh al-Qur’an di samping menjalankan ibadah-ibadah yang lain. Dengan membaca, menhafal apalagi mengamalkan ajran al-Qur’an, maka roh dan jiwa manusia semakin kuat dan kukuh di dalam merentasi kehidupan yang penuh dengan berbagai cabaran.
Antara keaslian dan komodenan dalam hidup sebenar boleh diterima kedua-duanya dengan syarat pembangunan rohani juga dipelihara seperti mana halnya kepada kebajikan jasmani. Pembangunan dunia yang diperopori oleh kecanggihan sains dan teknologi adalah aktiviti minda untuk mencari jalan bagimana ianya dapat menghidangkan kebajikan kepada rohani manusia. Dalam pada itu usaha melaksanakan aktiviti minda manusia adalah satu agenda untuk menemukan kefahaman bahawa segala kejadian di alam nyata itu adalah kekuasaan yang Maha Pencipta.
Setiap individu tidak kira apa peranannya dalam pembangunan dunia moden ini wajar
memahami bahawa ia adalah sebagai pemain dalam kelangsungan hidup bertamadun. Keber- hasilan dalam peranannya sebagai pemain merupakan tawakkal kepada Allah S.W.T. maka itu tidak ada makna kemodenan sebenar. Kekuasaan Allah mengubah corak pembangunan kehidupan belaku sejak wujudnya manusia di alam nyata.
Peribadatan serta penyembahan kepada Allah merupakan tanggungjawab utama setiap masyarakat mukmin dalam kehidupan semasa di alam dunia. Meningkatnya ibadah sebenar adalah satu persepsi pembangunan yang menggamit kemodenan. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum kalau kamum itu sendiri tidak mengubahnya. (Ar-Raa’d ayat (13)11.
Islam adalah agama Allah. Maka itu ia wajib diamalkan sebagai cara hidup kalau kita mementingkan kemodenan dan memelihara keasliannya. Ramai masyarakat Mukmin mementing kan kemodenan kerana mereka beranggapan bahawa zaman ini bukan lagi zaman unta tetapi zaman sains dan teknologi.
Pentingnya dalam hidup ialah memahami konsep pembangunan jasmani dan pembangu- nan rohani. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap konsep kedua-dua fenomena tersebut. Pembangunan jasmani seperti mana yang dilahirkan oleh kepakaran sains dan teknologi sebenar ialah kepakaran Allah SW.T. Produktiviti dalam pembangunan yang dihasilkan oleh manusia adalah prerogatif Allah S.W.T. Manusia hanya bertawakal semata kepada agenda yang hendak di wujudkan.
Pada mata kepala memandang ia adalah satu kemodenan walhal sebenar adalah keaslian pada mata hati melihat kerana Allah itu tidak ada permulaannya dan tidak ada penghujungnya. Dialah Zat yang Maha Berkuasa terhadap kewujudan segala fenomena alam sama ada di dunia nyata mahupun di alam ghaib.
Allah mengetahui apa yang manusia belum mengetahui serta menerokai dalam alam kehidupan. Maka itu manusia yang dipilih oleh Allah akan mendapat hidayah serta kemahiran berfikir mengola pembangunan demi kesempurnaan hidup bertamadun. Usaha para cendikawan seperti para saintis dan kedoktoran menerokai fenomena alam kehidupan sehingga menghasilkan satu penemuan yang baru untuk memperbaiki keadaan alam kehidupan sebenar ialah kekuasaan Allah S.W.T. memberikan hidayah dan petunjuk kepada individu berkenaan.
Individu yang sentiasa mempunyai keinginan hendak mengubah keadaan sesuatu kepada satu kefahaman yang lebih bermanfaat kepada kehidupan akan sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Sempurna itu. Dunia kemodenan sebenar adalah asas dari pada keaslian berfikir. Dan keadaan demikianlah yang Allah inginkan dalam ibadat manusia untuk merealisasikan pembangunan jasmani dan rohani. Manusia yang diberi akal dan kemahiran berfikir dipilih sebagai kahlifah Allah atau jurubina dalam memurnikan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.

No comments:

Post a Comment