Saturday, June 18, 2011

HIDUP DALAM KEASLIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
(Disiarkan pada 18. 6. 2011)

Hidup dalam keaslian bermaksud cara hidup menurut Islam. Allah telah menurunkan wahyu Illahi kepada manusia untuk memberi panduan mengenai cara hidup menurut Islam (Allah). Dunia menghidangkan berbagai kemudahan kepada pembangunan manusia, tetapi manusia sendiri tidak memahami kemanfaatannya kepada kehidupan sebenar. Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan kepincangan antara pembangunan rohani dengan pembangunan jasmani.
Dalam suasana kemajuan sains dan teknologi seperti masa kini masalah hakikat manusia dan kehidupan semakin mendapat tempat untuk dibincangkan. Masalah ini cukup penting kerana ia merupakan titik tolak dalam memberikan batasan yang melibatkan fungsi manusia dalam kehidupan ini.
Kepentingan perbincangan ini lebih terasa lagi setelah disedari bahawa ilmu pengetahuan dan teknologi belum dapat menjamin kebahagiaan manusia selagi nilainya tidak tunduk di bawah nilai-nilai keagamaan dan rohani. Kenyataan hidup manusia yang merupakan makhluk yang sangat kompleks, sama ada daripada segi fizikal, mahupun mental, emosi dan rohani. Sehingga pengetahuan manusia tentang dirinya masih sangat terbatas berbanding dengan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai di bidang-bidang ilmu pengetahuan yang lain.
Hidup dalam keaslian sebenar adalah hidup menurut al-Qur’an dan kehidupan seharian. Menurut baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. mengkategorikan amalan hidup yang paling utama atau yang bersifat asli kepada tiga perkara: yang paling utama ialah percaya kepada Allah dan Rasulnya; Kedua ialah berjihad di jalan Allah; dan ketiga ialah Haji yang mabrur. (maksud hadis riwayat Bukhari Muslim, lihat Ririyadh al-Solehin m.s.421)
Dalam ibadah haji terdapat beberapa kelainan berbanding dengan ibadah lain termasuk rukun Islam seperti solat, puasa dan zakat. Pertama ia diwajibkan kepada sesiapa yang mampu dan berkuasa melakukan sahaja. Ia berbeza dengan kewajipan solat misalnya, yag mesti dilakukan oleh setiap muslim di mana dan dalam keadaan apa sahaja, sama ada sakit, sihat, kaya, miskin.
Kedua, ibadah haji hanya diwajibkan satu kali dalam seumur hidup berbanding dengan kewajipan berpuasa yang ditunaikan setiap bulan Ramadhan sepanjang hayat masa di dunia. Namun di sebalik itu, dalam praktik ibadah haji didapati nilai simbolik yang seharusnya diambil pengajaran dan iktibar dalam mengharungi kehidupan beragama seperti berikut:
Pertama ibadah haji mengisyaratkan kepada kita agar umat Islam menjalani kehidupan yang seimbang dunia dan akhirat, jasmani dan rohani. Allah berfirman yang bermaksud: “Antara mereka ada yang berkata : Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksaan api neraka.” (Al-Baqarah: 201)
Kedua: Ia menunjukan persamaan nilai manusia sebagai seorang hambah. Ini boleh dilihat ketika jemaah haji menunaikan wuquf. Semua jemaah hanya dibenarkan melakukan wuquf di Arafah. Pada zaman Rasulullah s.a.w. terdapat bangsa Quraisy yang dikenali sebagai al-Humas yang enggan berwuquf di Arafah. Mereka mengasingkan diri di Muzdalifah sehingga terselamat daripada suasana sesak yang menyusahkan.
Faktor yang mendorong mereka berbuat demikian adalah hanya perasaan bangga diri dan sifat superioriti sebagai bangsawan Quraisy. Ekoran peristiwa itu turunlah ayat 199 surah al-Baqarah yang sekaligus sebagai peringatan dan teguran terhadap sikap kaum Humas. “Kemudian bertolaklah kamu (dari tempat) bertolaklah manusia (lain) dan memohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”
Islam lebih menekankan pada persamaan nilai manusia. Islam mencela terhadap sebarang perbezaan, pengasingan dalam praktik kehidupan seharian. Islam adalah agama persamaan, persaudaraan, keadilan dan agama persatuan. Persamaan dan keseragaman digambarkan secara nyata apabila semua jemaah mengenakan pakaian ihram. Mereka hanya memakai dua helai kain putih.
Ketiga, dalam ibadah haji menuntut agar manusia sentiasa mematuhi peraturan dan ketentuan sehingga menjadi makhluk yang berdisiplin dan berdekari. Setelah jemaah sudah mengenakan ihram, mereka dilarang daripada menyakiti, mencabut pepohon, menumpahkan darah, bertelaga dan berbuat fasik. Ini kerana manusai diciptakan untuk menyembah Allah yang juga berfungsi sebagai kahlifah, pemelihara yang menguruskan makhluk lain sehingga semuanya mendatangkan kebaikan sesuai dengan matlamat penciptaan masing-masing.
Keempat, kaabah di mana jemaah haji wajib melakukan tawaf mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali adalah banyak mempunyai nilai sejarah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim a.s. bersama putranya Nabi Ismail daripada isteri yang sebelumnya hanya sebagai hamba abdinya. Siti Hajar, demikianlah nama ibu Ismail sungguh banyak menyimpan fakta sejarah, bukan hanya sekadar metos kepercayaan yang diada-adakan. Beliau adalah lambang seorang wanita yang setia, sanggup dan mampu berdikari ketika ketiadaan suaminya. Allah mengabdikan sejarahnya menerusi jemaah haji yang melakukan sa’i misalnya.
Setelah melahirkan Ismail dalam keadaan kehausan di padang yang gersang, Siti Hajar tiada menyerahkan diri dan anaknya kepada takdir semata dengan menunggu turunnya hujan atau datangnya orang lain dengan membawa sedekah kepadanya. Dengan keupayaan dan kegigihannya ia mencari air, pergi naik dan turun bukit antara Shafa dan Marwah. Sekali pun ia masih tetap gagal daripada mendapatkan air, namun kegigihannya ke atas usahanya itu akhirnya mendapat penghormatan istimewa daripada Allah.
Hajar mundar mandir berlari sampai tujuh kali antara bukit Shafa dan Marwah yang pada akhirnya ia duduk termenung merasa penat dan hampir berputus asa, kecuali dari rahmat Allah dan pertolongan-Nya, datanglah kepadanya malaikat Jibril bertanya: “Siapakah sebenarnya engkau ini?” “Aku adalah hambah sahaya Ibrahim.”Jawab Hajar. “Kepada siapa engkau diamanahkan di sini?” Tanya Jibril. “ Hanya kepada Allah,” jawab Hajar. Lalu berkata Jibril: “Jika demikian, maka engkau telah dititipkan kepada Dzat yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, yang akan melindungimu, mencukupi keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ayah putramu kepada –Nya.”
Kemudian diajaklah Hajar mengikutinya pergi ke suatu tempat, di mana Jibril menginjakkan telapak kakinya kuat-kuat di atas tanah dan segerahlah memancur dari bekas telapak kaki itu air yang jernih dengan kuasa Allah. Itulah dia mata air Zamzam yang hingga kini dianggap keramat oleh jemaah haji berdesak-desakkan sekelilingnya bagi mendapatkan setitik atau seteguk air daripadanya dan kerana sejarahnya mata air itu disebut orang “Injakan Jibril” Kini lebih berjuta-juta manusia setiap tahun seakan-akan mengulangi kembali dan mengingati sejarah beliau.
Pengajaran yang dapat kita ambil daripada peristiwa ini adalah hendaklah umat Islam sentiasa semaksima mungkin bagi memperolehi cita-cita. Kita dilarang menyerahkan nasib semata-mata kepada Allah s.w.t. dalam berbagai aspek kehidupan sama ada dalam konteks kehidupan beragama ataupun dalam usaha kelangsungan hidup itu sendiri.
Adanya darjat ketakwaan mestilah melalui latihan ibadah secara istikamah. Barulah Allah s.w.t. menurunkan Nushrah iaitu pertolongan-Nya yang sekaligus bagi menunjukkan keistimewaan pada diri Ismail sejak kecil lagi yang akhirnya menjadi sebagai utusan berupa pancutan air daripada tanah yang gersang di musim kemarau.
Dari sini, sepatutnya umat Islam tidak hanya menyerhkan nasid kepada Allah. Dunia Islam mesti berusaha mencari fomular baru untuk membolekan umat Islam mentadbir kembali di bawah panji al-Quran. Tentunya hal ini melalui berbagai cara dan usaha dalam banyak bidang seperti ilmu, pengetahuan, sains teknologi, ekonomi dan juga system pertahanan dan politiknya sekali.
Allah berfirman dalam al-Quran surah Ar-Ra’d:11 yan bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan (nasib) satu kaum, sehingga mereka (berusaha) mengubah diri mereka sendiri.”
Kelima di Arafah, semua umat Islam dengan mengenakan pakaian yang seragam, dengan adanya larangan yang mesti dipatuhi bersama-sama, seharusnya mereka boleh menyedarkan diri dan mampu menemukan jati dirinya bahawa hidup ini bukan kemegahan, namun pengabdian kepada Allah s.w.t. yang kita semua akan kembali kepada-Nya. Dari situ juga sepatutnya umat Islam mulai menyedari tentang kepentingan persamaan dan persatuan umat bagi tujuan meniggikan kalimat Allah s.w.t.
Dalam kaitannya dengan kehidupan seharian, semestinya semua umat Islam berganding bahu, mencipta persamaan dan persatuan seterusnya membentuk barisan yang kuat dalam berbagai sehingga kita akan mampu menunikan kewajipan utama iaitu jihad fi sabilillah dalam erti universal, berjuang demi agama menerusi kepakaran dan profesyen yang kita miliki masing-masing.
Islam juga mendidik manusia cara hidup yang asli atau sebenar. Allah telah memilih Islam sebagai agama manusia di muka bumi ini. (Surah Ali Imran ayat 19). Sifat-sifat atau nama-nama Allah ada 99, merangkumi cakerawala alam kehidupan yang menjadi tunggak keperibadian makhluk manusia. Allah itu berkuasa terhadap kewujudan setiap makhluk di alam dunia ini, maka itu adalah wajar sebagai zat yang Maha Agung mempunyai sifat-sifat tersebut yang wajar ada pada makhluk khusus kepada hambah-hambah-Nya
Allah itu Ar-Rahman, yang paling pemurah. Sifat Allah itu diwariskannya kepada semua makhluk ciptaan-Nya di alam ini terutama sekali makhluk manusia maka itu sifat pemurah wajar ada pada manusia untuk menangani kehidupan. Hati yang pemurah harus menginap pada setiap individu kerana dalam kelangsungan hidup wajar membudayakan tolong-menolong antara satu sama lain dalam memurnikan kehidupan bertamadun.
Agama mendidik kita bahawa tangan yang di atas adalah lebih mulia daripada tangan yang dibawah. Konotasi tersebut membawa makna bahawa tangan yang diatas dianalogikan sebagai orang yang ringan tangannya menghulurkan pertolongan. Orang yang suka membantu orang lain di mudahkan Allah urusannya dalam hidup.
Orang yang sentiasa murah hatinys menolong orang lain sama ada dalam bentuk kebajikan mahupun kemudahan dalam menelusuri kehidupan akan sentiasa disayangi oleh Allah s.w.t. kerana ia menanamkan benih-benih ukhuwah kemanusiaan yang akan melahirkan rasa kekitaan dalam bermasyarakat. Hidup bermasyarakat adalah menyeronokkan kerana segala keperluan manusia dalam hidup dapat diselesaikan oleh orang lain yang mempunyai kemahiran masing-masing.
Kita merasa hebat kerana ada orang lain yang kurang penampilannya dalam membangunkan tamadun kehidupan. Kita dianggap cerdik pandai kerana ada orang lain yang lemah dan tidak berwawasan. Walaubagaimana pun untuk mendapatkan kelebihan daripada orang lain kita kena ikhtiarkan atau bertawakkal dengan sepenuh semangat dan tenaga. Keberhasilannya adalah dianggap sebagai perubahan atau pembangunan dalam hidup. Itulah yang dikategoikan sebagai keaslian dalam hidup. Perjuangan yang telah kita curahkan berlandaskan tawakkal kepada Allah s.w.t. yang berhak untuk memberi kejayaan kepada setiap individu yang inginkan perubahan dalam hidup.

No comments:

Post a Comment