Sunday, June 5, 2011

PERPADUAN DAN KESEPADUAN DALAM PEMBANGUNAN KEHIDUPAN MENGIKUT PANDANGAN ISLAM
(Disiarkan pada 4 jun 2011)
Manusia adalah makhluk bermasyarakat. Ia memerlukan kehadiran orang lain dalam kelang- sungan hidup bertamadun. Allah wujudkan manusia dengan segala fitrah yang membantunya untuk menangani kehidupan yang berdisiplin. Nadi kepada kemuafakatan dalam mewujudkan masyarakat progresif ialah perpaduan. Semangat perpaduan wajar ada dalam kehidupan kerana ia adalah anak tangga fenomena ukhuwah kemanusiaan kerana Allah.
Hidup ini adalah ibadah kepada Allah. Tanggungjawab yang diamanahkan kepada setiap individu muslim ialah hidup bermasyarakat. Allah wujudkan manusia sebagai pemakmur alam kehidupan maka itu setiap indivudu muslim wajib membudayakan disiplin perpaduan demi mengeratkan persaudaraan sejagat.
Mewujudkan semangat perpaduan semestinya bermuara dari keluarga bahagia. Memben- tuk keluarga bahagia akan melahirkan masyarakat penyayang yang inginkan kesepaduan dalam segala hal pembangunan. Membangunkan masyarakat wajar ditunjangi oleh semangat ukhuwah kemanusiaan. Suasana demikian akan melahirkan satu perasaan kasih sayang antara sesama demi mengeratkan solidaritas sosial sebagai teras perpaduan bermasyarakat.
Dalam mewujudkan keselamatan pembangunan dalam kehidupan, kita memerlukan perpaduan terutama sekali apabila masyarakatnya dalam komposisi berbagai suku kaum dan keturunan, kepercayaan dan agama. Perpaduan adalah semangat kestiakawanan sosial. Ini wajar kerana antara manusia tidak ada yang membezakan mereka, semuanya berasal dari keturunan Bani Adam. Setiap makhluk manusia mempunyai sifat yang serupa. Ia mempunyai dua unsur pada diri setiap individu. Oleh Allah, ia terwujud antara dua fenomena alam iaitu jasmani dan rohani.
Pada pembangunan individu kedua-dua alam jasmani dan alam rohani wajar seimbang. Kepincangan dalam pembangunan kehidupan berlaku apabila kesepaduan antara dua unsur jasmani dan rohani berlaku perbezaan dalam memelihara kebajikannya. Jasmani memerlukan zat makanan yang membina sel-sel dalam tubuh badan manakala rohaninya memerlukan zat yang berbentuk pahala untuk menjaga kebajikannya.
Jasmani memerlukan zat makanan yang seimbang untuk pertumbuhan atau pembesaran organ-organ dalam badan sebagai parajurit pelaksanan segala aktiviti dalam badan. Otak untuk berfikir dan menyelaraskan segala aktiviti pergerakan anggota badan. Jantung untuk mengepum darah ke seluruh tubuh badan manusia. Paru-paru untuk mekanisme pernafasan menggerakkan perjalanan oksigen ke dalam badan dan mengeluarkan gas karbondioxida demi mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Pembangunan rohani memerlukan pahala dari amal-amal kebajikan manusia yang membentuk masyarakat berbilang kaum. Membantu orang lain dalam berbagai permasalahan hidup sebenar adalah membantu rohani kita untuk mendapatkan makanannya. Segala amal ibadah kita kerjakan kerana Allah adalah zat pembangunan rohani. Amal-amal kebajikan yang Allah redahi sebenar adalah memelihara kesihatan rohani kita.
Mewujudkan kehidupan yang sihat dan seimbang antara jasmani dan rohani perlukan kesepaduan dalam memelihara kebajikan kedua-dua unsur. Sihat rohani akan melahirkan kesihatan pada jasmani tetapi sihat jasmani belum tentu ada jaminan kepada kesihatan rohani.
Analogi dalam hidup ialah jika kita menanam padi tanpa diundang rumput rumpai turut sama tumbuh subur. Tetapi jika kita menanam rumput jangan mimpi padi turut sama tumbuh.
Menanam padi ibarat memelihara kebajikan rohani. Jika rohaninya sihat maka dengan sendirinya jasmani turut sama mengalami kesihatannya. Dalam erti kata lain jika dunia akhirat sentiasa menjadi agenda dalam pembangunan manusia, ibadahnya dipelihara, solat lima waktunya tidak ditinggalkan, sentiasa ringan tangan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan pemikiran sentiasa bersama Allah, maka alam dunia turut sama terbela. Tetapi jika keutamaan dunia dipelihara dan mengabaikan kepentingan aktiviti kerohanian (keagamaan) maka hidup itu menyeronokkan buat seketika hidup di dunia tetapi selesai agenda alam dunia akan mengharungi bermacam-macam keseksaan hidup di alam barzakh dan seterusnya di alam akhirat.
Pentingnya dalam hidup ialah memelihara keperluan-keperluan pembangunan yang kekal dan abadi lebih bermanfaat daripada memelihara sesuatu yang bersifat semantara sahaja walaupun ianya menggamit keseronokan dan kebahagiaan pada kehidupan itu. Di situlah letaknya kekuatan keimanan kepada kekuasaan Allah S.W.T. sebagai pencipta segala fenomena alam kehidupan.
Benih-benih perpaduan wajar disemai kepada generasi pelapis semasa usia kanak-kanak agar ia menjadi tunjang kekuatan kesejahteraan ummah. Pepatah mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kata-kata punjangga, kemuafakatan membawa berkat membawa maksud perpaduan itu satu disiplin hidup yang sentiasa membuahkan hasil pembangunan. Kemuafakatan dalam erti kata yang menghasilkan pembangunan masyarakat sejagat.
Pergolakan pembangunan poltik dunia sering menyalagunakan konsep perpaduan dalam pembangunan manusia sejagat terutama sekali badan-badan dunia yang mempunyai kuasa-kuasa pembatal atau vito power. Amerika Syarikat yang menganggap negaranya sebagai polis dunia telah bersekongkol atau bersepadu dengan negara Great Britain dan negara-negara Yahudi yang lain telah menghancurkan kedaulatan negara Iraq sehingga pemimpin serta keluarganya menemui ajal di tali gantungan.
Bagitu juga permasalahan yang melanda kepada negara Palastin yang telah berdaulat itu dicerobohi oleh keganasan Israil di bawah biayaan Amerika Syarikat. Perpaduan yang didalangi oleh kuasa-kuasa besar dunia itu sering menjadi igauwan kepada masyarakat dunia terutama negara yang telah mengalami pencerobohan tentera Amerika Syarikat dalam pembangunan politiknya.
Negara Vietnam sebagai contoh telah dicerobohi oleh tentera Amerika Syarikat selama 17 tahun dengan tidak menghasilkan apa-apa kemanfaatan kepada pembangunan negara tersebut. Apa yang berlaku ialah pembiakkan anak-anak haram kepada gadis-gadis Vietnam yang tidak tahu kepada siapa mereka harus memanggil bapanya.
Anak-anak yang cacat anggota akibat terkena bom oleh pihak penceroboh berkeliaran di
tanah Vietnam sukar hendak meneruskan hidup dengan berkaki satu atau tidak punya tangan sama sekali. Agenda yang ditunjukkan kepada dunia kononnya ialah menghapus pengganas kominis tetapi kominis sebenar ialah tentera pencorobah sendiri. Inilah perpaduan antara pemerintah Vietnam pro Amerika yang didalangi oleh Amerika yang telah memusnakan harta benda orang-orang awam terutama sekali penduduk masyarakat pedalaman.
Apakah perpaduan yang tubuh subur dalam masyarakat Amerika Syarikat akibat mementingkan kuasa-kuasa vetonya? Keganasan di sana sini yang hampir tidak terkendali, peningkatan keluarga single mother semakin merunsingkan sehingga di Bandar New York sahaja pun penduduknya lebih daripada 75 % adalah masyarakat yang tidak mempunyai bapa yang sah. Masyarakatnya hanya tahu memanggil ibu tetapi tidak mengetahui siapa bapanya.
Masyarakat yang rosak tidak mengindahkan ajaran-ajaran tauhid kerana mereka tidak punyai keimanan kepada dunia akhirat. Surga bagi mereka ialah dunia dan hidup ini berakhir setelah ajal menjemput nyawa. Hidup tanpa memelihara kesepaduan antara jasmani dan rohani ibarat hidup sebagai seekor haiwan yang hanya tahu mencari makan apabila perutnya merasa kelaparan.
Menyepadukan kebajikan kedua-dua unsur jasmani dan rohani kita perlukan perpaduan dalam pembangunan manusia. Hidup ini adalah kerana Allah maka segala disiplin pembangunan kehidupan manusia merupakan kuci pesaudaraan sejagat yang mengikat perasaan kekitaan dalam menganjurkan segala ibadah kerana Allah.
Perpaduan adalah semangat kekitaan dalam semua agenda aktiviti ibadah kerana Allah. Antara manusia sebenar tidak adalah perbezaannya dari segi kulit putih, kulit hitam mahu pun kulit kuning langsat. Fakulti dalaman serta pembangunan kerohanian seharusnya serupa. Jika hidup menyeronokkan dengan kehadiran orang lain maka wajarlah wujudkan perpaduan demi melahirkan ukhuwah kemanusiaan.
Kunci kepada semangat perpaduan ialah keimanan. Iman adalah keyakinan bahawa setiap kewujudan sesuatu itu semestinya ada yang penciptanya iaitu Allah. Tidak ada yang wujud dengan sendirinya. Maka itu pembangunan kehidupan adalah cerminan kepada kekuasaan Allah S.W.T.. Manusia hanya mampu bertawakal tetapi keberhasilannya adalah kekuasaan Allah yang Maha Pencipta.
Hidup dalam keluarga yang ramai sehingga mencapai bilangan dua puluh orang dari ibu yang tunggal amat memerlukan perpaduan demi mewujudkan keluarga bahagia. Apa yang diinginkan oleh setiap ahli keluarga itu ialah merasakan suasana yang menggamit kebahagiaan dalam hati bahawa keluargaku adalah syurga ku. Inilah intisari yang membina keluarga bahagia kelak menjadi pemurni kepada masyarakat umum kelak.
Negara yang mempunyai komposisi penduduk yang berbilang bangsa, keturunan dan kepercayaan amat memerlukan perpaduan demi mewujudkan masyarakat yang penyayang. Perpaduan yang unggul akan melakarkan satu image masyarakat yang bertoleransi serta bertolak ansur dalam semua suasana pembangunan kelak membasmikan suasana mementingkan diri.
Setiap insan memerlukan kebahagiaan hidup samada di alam dunia lebih-lebih lagi di alam akhirat. Kebahagian dunia boleh diperolehi dengan ilmu; dan kebahagian akhirat juga memerlukan ilmu; dan jika inginkan kebahagiaan kedua-duanya dunia dan akhirat juga memerlukan ilmu pengetahuan. Ilmu dalam perpaduan dan kesepaduan hidup wajar ada pada setiap individu muslim yang inginkan kebahagiaan. Tanpa memahami fenomena tersebut sukar hendak mencapai kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment