(Disiarkan pada21. 1.2012)
Jendila iman telah membawa anda menjelajah di pelusuk alam kehidupan melihat dengan mata hati atau iman yang Allah berkalkan kepada setiap individu mukmin. Alam kehidupan memberi senario yang amat kompleks jika dilihat melalui jendila iman. Mata hati dapat melihat pengalaman yang telah kita lalui manakala iman memahami dan mentafsir kewujudan sesuatu fenomena alam.
Hidup dengan iman akan membentuk sinario kehidupan yang sentiasa kiblatkan pemikiran kepada Zat yang Maha Berkuasa. Iman memberi makna halah tujuh kehidupan yang diredhai Allah s.w.t. Hubungan kita dengan sesama manusia memerlukan iman kerana ia meyakinkan kita bahawa ukhuwah kemanusiaan itu merupakan jaringan dalam melahirkan pembangunan tamadun. Iman juga membentuk peribadi mulia yang memurnikan suasana kasih sayang antara sesama makhluk.
Kehadiran iman dalam diri individu mukmin akan melahirkan kekuatan diri menangani pembangunan hidup yang diredhai Allah s.w.t. Tetapi harus kita faham bahawa dengan iman semata tanpa kehadiran ilmu sukar menempuhi kebahagian hidup di dunia lebih-lebih lagi menggamit kebahagian akhirat. Dengan ilmu dan iman belum dapat melakarkan kehidupan yang sempurna tanpa kehadiran amal. Maka itu untuk menggamit kebahagian akhirat sewajarnya hidup anda dihiasi dengan iman, ilmu dan amal.
Ilmu tanpa amal bagikan orang yang lumpuh sebab kesempurnaan hidup sebagai khalifah, anda semestinya beribadah dan ibadah itulah yang dikenali sebagai amal. Pepatah bahasa Inggeris mengatakan: “Ask and you will given; knock and you will be entered.” Orang lain tidak tahu apa kemuskilan anda jika anda tidak meminta pertolongan tentang masalah yang anda sedang alami. Allah bekalkan manusia berbagai fitrah dalam dirinya. Ia membekalkan mulut untuk diguna dalam berkomunikasi antara sesama. Orang yang dilahir dalam keadaan bisupun Allah bekalkan kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan isyarat.
Apabila anda menziarahi jiran tetangga, pada kelazimannya pintu rumah sentiasa ditutup. Maka itu untuk memberi tahu tentang keberadaan anda di luar rumah, kita kena ketuk pintu serta disusuli dengan mengucap asallamualaikum. Tetapi di zaman sains dan teknologi ini orang kadang-kadang menyediakan locing pintu atau door bell. Jika peralatan tersebut disediakan tidak payah lagi mengetuk pintu tetapi anda kena menekan butang locing pintu untuk memberi tahu orang dalam keberadaan kita di luar. Tanpa berbuat demikian orang dalam tidak akan tahu bahawa tetamunya ada di luar.
Otak merupakan “central nervous system” atau pusat system saraf dalam jasmani manusia. Ia bertanggungjawab terhadap segala pergerakan dan pemikiran manusia. Maka itu gunakanlah organ berkenaan untuk menyempurnakan kehidupan. Otak yang tidak diguna sebagai media komunikasi orang berkenaan telah mengkufuri nikmat pemberian Tuhan. Maka itu Allah akan tarik balik nikmat tersebut kelak menjadikan kita sebagai orang yang kurang siuman atau bodoh. Penggunaan fitrah otak dalam memimpin diri dalam pembangunan kehidupan merupakan satu ibadah yang mensyukuri pemberian otak oleh Allah s.w.t.
Melaksanakan ibadah boleh diertikan sebagai jihad kerana Allah. Firman Allah dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melaikan supaya mereka meyembah Aku.” Surah Az-Zariyat ayat (51) 56.
Manusia diwujudkan oleh Allah s.w.t. dengan satu tujuan iaitu beribadah kepadaNya. Melaksanakan ibadah yang diperintahkan Allah bermaksud manusia wajar meninggalkan amalan-amalan yang besifat keduniaan semata. Ramai orang merasa serunok melaksanakan agenda dunia berbandingkan ibadah-ibadah yang diperintahkan Allah kerana dapat melayani kehendak hawa nafu yang bersekongkol dengan iblis laknatullah. Maka jika anda memilih melaksanakan ibadah yang diperintahkan Allah, kita kena korbankan agenda yang memenuhi kehendak iblis. Maka itu ia berupa jihad kerana Allah.
Ambil satu contoh seperti melaksanakan ibadah tujuh belas rakaat atau yang biasa dipanggil solat lima waktu sehari semalam. Mendirikan solat subuh terutama sekali, ramai orang kurang mampu melaksanakannya kerana dibuai oleh keserunokan tidur yang dipimpin oleh iblis laknatullan maka kita sukar membuka mata menyahut seruan azan.
Iman mengatakan bangunlah untuk menyembah Allah tetapi hati yang dipimpin oleh nafsu kata nanti sekejap lagi maka kita bangunlah melaksanakan solat. Apabila fajar sudah menyinsing tiba maka hati kata ta’ apalah bukan sengaja kurang sihat untuk bangun awal. Memberi alasan bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah. Pepatah Melayu mengatakan “hendak seribu daya, ta’ hendak seribu dalih.”
Jika kita hendak dengan hati yang ikhlas sebenar sememangnya boleh melaksanakan tetapi jika hati itu sudah diprogramkan tidak melaksanakan ibadah maka seribu alasan akan digunakan untuk tidak dapat menunaikan tanggungjawab ilahi itu.
Cara berfikir orang beriman berbeza dengan cara berfikir orang yang tanpa ditemani dengan iman. Orang yang beriman sentiasa memikirkan pembangunan itu adalah urusan bersama yang akan melahirkan suasana ukhuwah kemanusiaan. Tetapi orang yang berfikir tanpa iman menemani jaringan pemikirannya kepada kepentingan peribadi terlebih dahulu kelak menyempit kan suasana pembangunan umum.
Setiap ibadah yang kita laksanakan pada umumnya berpangkal daripada hati. Mengikut al-Qur’an hati manusia terbahagi kepada tiga iaitu: Hati yang sihat; hati yang mati dan hati yang sakit. Pembahagian ini berdasarkan fungsi dan kepekaan hati tersebut terhadap peranan dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
Firman Allah surah Asy-Syu’ara’: ayat 88-89 yang bermaksud (terjemahaan): “Pada hari yang tidak bermanfaat semua harta dan anak-anak, kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat (sihat).
Pengertian hati yang selamat pada ayat ini adalah hati yang sihat. Hati yang selamat dari pada segala bentuk nafsu dan syahwat yang sentiasa menentang perintah Allah. Ia juga hati yang selamat daripada berbagai bahaya syubhat, selamat daripada penyembahan dan pengabdian kepada selain Allah. Selamat daripada mencipta dan membuat undang-undang yang bukan ditetapkan oleh Rasul-Nya.
Hati yang sihat itu hanyalah hati yang sentiasa berada dalam keadaan dan pengabdian kepada Allah. Ia takut kepada-Nya, mengharap (rahmat-Nya), hanya bertawakal kepada-Nya mengembalikan semua perkara kepada kekuasaan-Nya, hanya mengamalkan hukum-hukum sesuai dengan ketetapan-Nya, dan selalu merendah diri dan tidak bersikap sombong terhadap-Nya.
Hati yang sihat juga mesti terlepas daripada segala jenis dan bentuk syirik yakni menduakan Allah s.w.t.. Hal ini merangkumi semua kehidupan sama ada yang berhubung terus dengan Allah s.w.t. atau yang ada interaksinya dengan manusia dan alam sekitar. Konsep ikhlas menjadi teras dan dasar daripada semua amal perbuatan bagi individu yang memiliki hati yang sihat.
Sifat pembangunan yang mempunyai rangkaian umum biasanya terletak kepada orang yang mempunyai hati yang sihat. Hati yang sihat di situ bermaksud tidak tamak dan haloba dan jauh dari budaya mementingkan diri. Budaya demikian tidak ada perasaan ukhuwah kemanu- siaan. Walhal darjat pencapai kita dalam masyarakat dapat diperolehi kerana kehadiran orag lain. Kita kaya kerana ada orang yang miskin; kita pintar kerana ada orang yang bodoh; kita kuat kerana ada orang yang lemah. Segala status kehidupan yang manusia perolehi adalah kerana ada kehadirian orang lain bersama kita.
Hati yang mati adalah sama sekali tidak mempunyai jiwa dan roh. Ia tidak mengetahui
siapa Tuhannya apa lagi menyembahnya, bahkan sekiranya ia mengetahui nescaya tidak menyukai-Nya dan tidak redha terhadap Allah sebagai Tuhan. Sebaliknya hati yang mati hanya tenggelam bersama syahwatnya di dalam arus kemaksiatan dan keseronokan, sekalipun (kadangkala ia mengetahui) yang sebenarnya bahawa Allah s.w.t. murka dan marah kepadanya. Bagaimanapun ia tetap tidak kisah dan berdegil sama ada Allah s.w.t. meredhai atau memurkai nya. Baginya apa yang penting adalah berseronok menuruti hawa nafsunya dan sudah merasa cukup puas hati dengan segala perintah yang diarahkan oleh nafsu
Orang yang dijangkiti penyakit hati selalu cendrung menjadikan nafsu sebagai imamnya, syahwat sebagai pemandunya, kejahilan sebagai pengarahnya, sehingga akibatnya kelalaian dan kealpaan merupakan hasil daripada semua aktiviti kehidupannya. Ia hanya berfikir tentang cara memperolehi kenikmatan dunia, mencinti dunia di atas segala-galanya sehingga seakan-akan ia telah mambuk, lupa daratan kerana terpedaya oleh gemelapan dunia. Ini semuanya kerana nafsu telah membuat ia menjadi buta dan tuli terhadap kebaikan dan erti kehidupan.
Hati yang sakit, didalamnya terkandung jiwa dan roh, namun padanya terdapat penyakit. Di dalamnya memeliki dua potensi yang saling berebut dan berlawan bagi mendapat tempat dalam mendominasi hati berkenaan.
Pada masa iman, ikhlas, tawakal dan rasa mahabah (cinta) kepada Allah mampu memainkan peranan serta menguasainya, maka waktu itulah hati tersebut menjadi sihat, hidup dan mempunyai roh. Sebaliknya, ia akan menderita sakit dan bahkan menjadi mati sebaik sahaja sifat mahabbah pada syahwat dan nafsu serta sifat-sifat mazmumah (tercela) seperti hasad, sombong, ujub (bangga diri) dan lain-lain perbuatan jahat mengatasi perkara-perkara baik dan seterusnya lebih berperanan ke atas hati tersebut.
Hati yang sakit sentiasa menghadapi dua ujian dan cabaran. Pertama, tarikan-tarikan mahabbah yang membawa kepada sifat cinta terhadap Allah s.w.t. dan Rasul-Nya. Kedua, unsur-unsur yang memperdayakan ke arah kehidupan dunia belaka sehingga betuhankan nafsu dan mengabdikan diri kepada harta benda.
Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Jasiyah: 23 yang bermaksud (terjemahan): “Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang-oran yang menjadikan nafsunya tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui-Nya (bahawa dia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?”
Syaitan dengan berbagai cara, melalui rayuan-rayuan yang dinyatakan dengan kerkertaan, pendengarana dan pancaindera yang lain sentiasa berusaha menyesatkan manusia sehingga ia mematuhi arahan dan tunduk terhadap perintahnya. Ia juga menanamkan perasaan syak wasang- ka terhadap kebaikan ke dalam hati manusia sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud (terjemahan): (Syaitan) yang membisikan (perasaan was-was) ke dalam hati manusia.” (Surah Al-Nas:5)
Bagaimanapun syaitan hanya boleh mempengaruhi hati yang mati dan sakit. Hati yang hidup sihat tidak akan mampu disesatkannya. Ini berdasarkan pengakuannya sendiri di hadapan Allah s.w.t. sebaik sahaja memohon agar Allah mengabulkan permintaannya untuk menyesatkan
sekalian manusia.
“Iblis berkata, “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya akau akan memperelokkan segala jenis maksiat keapda Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang dibersihkan daripada sebarang syirik.” (Al-Hijir:39-40).
Maka keimanan hidup di dunia menggamit kebahagian di akhirat. Perkukuhkanlah iman sebagai teman hidup anda dalam memakmurkan alam kehidupan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment