(Disiarkan pada 06. 01. 2012)
Tiga minggu yang lalu Bicara Minda telah membawa anda menyelami berbagai sudut kehidupan di dunia demi menangani kebahagian di akhirat. Kali ini kita cuba menghimbau kembali bagaimanakan menjadi pemain yang berjaya dalam pembangunan manusia demi kebaha gian hidup di akhirat kelak.
Kita ambil analogi dari meninjau peranan kesebelasan pemain dalam bola sepak, kita dapati setiap individu menjaga posisinya masing-masing untuk tujuan memberi kerjasama kepada pasukan yang bermatlamatkan untuk mendapat peluang memasukkan bola ke dalam gawang lawan. Dalam erti kata lain bermain bola matlamatnya ialah menang dapat memasukkan bola ke gawang lawan.
Untuk mencapai matlamat dalam arena permainan bola sepak, setiap pemain dalam kesebelasan se pasukukan memerlukan taktik dan kemahiran mengawal bola agar ia tidak dapat dirampas oleh pihak lawan. Di samping itu kita perlu juga kepekaan dalam taktik bermain bola agar tahu perjalanan bola cara bagaimana ia dihantar kepada rakan yang sesuai atau yang tidak dikawal oleh pihak lawan.
Kemudian setelah kawan mendapat bola ia pula meneruskan taktik kemahiran mengawal bola yang serupa, mencari rakan yang bebas dari kawalan pihak lawan kelak boleh membawa bola itu hingga ke gawang lawan. Dalam erti kata lain setiap individu pemain wajar mempunyai keilmuan mengenai taktik dalam arena permainan bola.
Menjadi pemain dalam pembangunan kehidupan manusia, matlamatnya ialah mendapat keredhaan Allah s.w.t. untuk tikit masuk ke syurga setelah selesai agenda di dunia. Setiap individu telah mengalami berbagai peringkat disiplin pembangunan mulai dari peringkat kanak-kanam, kemudian ke peringkat remaja dan seterusnya ke peringkat dewasa apabila ia menjadi pemain dalam pembangunan tamadun kehidupan.
Kesemua peringkat pembesaran manusia, setiap individu diwajibkan menguasai berbagai peringkat ilmu pengetahun sebagai pra syarat untuk menjadikannya pemain yang berwibawa dinamik, progresif dalam kelangsungan hidup di dunia mahu pun kehidupan di akhirat nanti. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Jika kita inginkan kebahagan hidup di dunia, perolehilah ilmu dan jika kita inginkan kebahagiaan hidup di akhirat perolehi ilmu dan jika kita inginkan kebahagiaan hidup di kedua alam dunia dan alam akhirat juga perolehilah ilmu pengetahuan.” (Hadith Shahih).
Mengikut ajaran Islam, menuntut dan mempelajari salah satu cabang ilmu pengetahuan ataupun sains yang bermanfaat bagi umat bagi ususan dunia dan akhirat secara keseluruhan adalah merupakan “Fardu Kifayah”. Fardu Kifayah adalah satu kewajipan yang menyeluruh. Apabila ada beberapa orang yang tampil kehadapan untuk memikul tugas tersebut maka gugurlah kewajipan dari yang lain. Namun bila tidak ada seorang pun yang tampil, maka seluruh anggota ummat akan menanggung dosa dan kesalahan.
Kedudukan yang tinggi dan mulia yang telah digariskan Al-Qur’anul Karim telah menuntut Ummat Islam supaya terus berada di hadapan dalam semua bidang yang boleh mem- bawa keharuman dan kebaikan umat manusia, sehingga mereka dapat melaksanakan tugas “pembangunan peradaban manusia” mengikut lunas-lunas ajaran Islam. Dan modal yang paling utama dan penting dalam menjalankan itu ialah “Ilmu Pengetahuan”.
Menuntut ilmu pengetahuan dan memperdalamnya adalah satu kewajipan yang nyata dan tidak boleh ditunda-tunda lagi, sesuai dengan kaedah Usul Fiqah, bermaksud: “Apabila satu kewajipan tidak dapat dilkasanakan, melainkan dengan adanya satu perkara lain, maka perkara tersebut adalah wajib.”
Sains dan teknologi moden ternyata telah banyak membantu dan memudahkan tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan manusia dengan lebih tepat, cepat dan hemat tenaga. Keutamaan keutamaan dan keistemewaan-keistemewaan seperti itu juga berhak dikecapai, dinikmati dan dirasai oleh masayarakat Islam, bahkan mereka lebih utama untuk menikmatinya kerana ianya adalah merupakan salah satu nikmat Allah s.w.t. yang telah mengajarkan(pengetahuan) kepada insan tentang apa-apa yang mereka ketahui.” (Surah al-‘Alaq:5)
Allah s.w.t. juga menghendaki kebaikan dan kemudahan untuk seluruh hamba-hamba Nya, bukan kesusahan dan kepenatan. Syariat Islam pula memerintahkan kita untuk mengambil dan memanfaatkan hasil-hasil penyelidikan sains dan teknologi, misalnya untuk mencetak Mashaf Al-Qur’anul Karim. Kitab-kitab pengajaran Islam, Pengajaran Agama, dan usaha-usaha untuk memudahkan perlaksanaan ibadah seperti Ibadah Haji dan seumpamanya.
Teknologi yang kita inginkan ialah teknologi yang lahir dan dikembangkan dinegara kita sendiri; tumbuh dan berkembang bersama dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan sains di lingkungan kita; sesuai dengan pertumbuhan kepakaran dan kemajuan umat kita. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil, jika kita terus berupaya dengan sekuat tenaga dan niat yang luhur untuk mencapai ketinggian ilmu pengetahuan dan sains moden. Allah Taala akan sentiasa memberi petunjuk dan pertolongan-Nya kepada mereka yang berjuang untuk kepentingan Agama dan Ummat Islam.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah mengingatkan umatnya mengenai kepen tingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan dengan bersabda: “Tuntutilah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.” Umat yang berjaya dalam hidupnya ialah orang yang memanfaatkan masa hidupnya sebaik mungkin demi kemanfaatan di alam dunia dan juga di alam akhirat.
Di samping menuntut ilmu bagi kemanfaatan diri hidup di dunia, pergunakan ilmu itu untuk mengilmukan orang lain terutama sekali kepada pendidikan anak-anak di peringkat awal khusus kepada pendidikan dan pelajaran tauhid. Perkara-perkara yang berkait rapat dengan ketuhanan hendaklah dijelaskan dan didedahkan sebaik sahaja kanak-kanak itu mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
Bahkan Islam telah mensyorkan untuk mengumandangkan azan dan iqamah kepada setiap bayi yang baru dilahirkan. Hal ini sebenarnya bermaksud agar seorang bayi sebelum mendengar dan mengesan sesuatu terlebih dahulu dapat mendengar kenyataan-kenyataan yang mentauhidkan Allah s.w.t. menerusi azan dan iqamah.
Manusia diwujudkan Allah di dunia dengan satu tujuan iaitu beribadah kepada Allah s.w.t.. Dan Allah juga membekalkan berbagai fitrah kepada manusia untuk tujuan tertentu seperti kemahiran berfikir, akal dan ilmu pengetahuan. Manusia dipilih oleh Allah sebagai khalifah atau pemkmur alam kehidupan atas dasar ia mempunyai akal dan kemahiran berfikir.
Apakah peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini? Mengapakah ia dipilih sebagai pemegang amanah tersebut? Allah menyerahkan kekhalifahan itu kepada manusia atas dasar bahawa manusia mempunyai kemampuan untuk mengilmukan dirinya dan memahami disiplin kewujudan berbagai alam yang Allah s.w.t. telah wujudkan.
Manusia mempunyai kepekaan memahami sesuatu fenomena alam atas dasar mengamal kan budaya berfikir. Dengan fitrah berfikir membolehkan manusia melihat dan mentafsirkan kewujudan berbagai dimensi alam termasuklah alam manusia, alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, alam metafisika atau alam ghaib seperti alam Malaikat dan alam akhirat samada syurga mahupun neraka jahanam.
Manusia boleh melihat dimensi alam dengan menggunakan dua jenis mata iaitu mata kepala dan mata hati. Mata kepala digunakan untuk melihat alam yang maujud atau alam nyata manakala mata hati dapat melihat pengalaman yang telah dilalu dan menerokai alam ghaib yang tidak dapat dicernakan dengan mata kepala.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menerima wahyu pertama dari langit dalam perantaraan malaikat Jibril menyeruh Baginda supaya “membaca”. Budaya membaca adalah pintu kefahaman kepada fenomena alam kehidupan. Melalui pembacaan kita dapat menambah ilmu kita yang sudah sedia ada. Kaya dengan ilmu adalah orang yang pintar. Orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang tidak punyai ilmu.
Dengan ilmu manusia dapat mengolahkan pemikiran. Budaya berfikir sebenar adalah menggunakan akal fikiran untuk mengolah aktiviti kehidupan demi pembangunan insan seutuhnya. Tidak ada yang mustahil dalam hidup ini dalam kontek pembangunan jika berdasar kan kepada budaya berfikir. Allah bekalkan fitrah tersebut sebagai pemangkin dalam mendapat kan hidayah Allah s.w.t.
Usaha adalah tawakal yang akan menghasilkan sesuatu yang dipanggil kejayaan. Kejayaan tidak akan wujud tanpa usaha dan usaha itu tidak akan menjadi tanpa tawakal. Usaha dan tawakal akan membuahkan hasil yang diberi oleh Allah s.w.t. berupa kejayaan sesuatu agenda kehidupan.Dalam erti kata lain kejayaan adalah hasil usaha dari tawakal dalam mena- ngani peradaban kehidupan.
Tidak ada kata nanti dalam hidup ini. Kita berhenti dilanggar orang, kita undur ke belakang mengalami kehancuran. Maka itu hidup adalah kemestian pada setiap makhluk untuk bergerak atau beribadah menyelami berbagai kerenah-kerenah hidup. Dalam hidup ada tangis dan tawa, ada duka dan dan ada suka. Kegagalan mengakibatkan kita sedih dan menangis, manakala kajayaan mengundang perasaan yang bahagai dan ketawa.
Element penting demi membuat perubahan diri ialah meningkatkan ilmu pengetahuan agar ia menjadi pemangkin sesuatu usaha untuk menghasilkan kejayaan dalam menangani pembangunan. Ilmu pengetahuan adalah sesuatu zat yang menjadi kemestian kepada setiap individu unuk memperolehinya. Kejayaan memperolehi ilmu pengetahuan akan menukar selera hidup manusia kepada yang lebih menyerlah mengikut rentak pembangunan tamadun manusia.
Kita dikenali orang kerana ilmu yang kita perolehi. Allah berfirman bahawa orang yang berilmu adalah jauh berbeza daripada orang yang tidak ada ilmu pengetahuan. Kejayaan hidup di dunia semestinya dengan ilmu pengetahuan dan untuk menempuhi kebahagian di akhirat semestinya dengan ilmu pengetahuan.
Ilmu adalah pusaka yang tidak ada tanding taranya. Ilmu tidak pernah berkuranagan seperti keadaan harta benda yang kita perolehi. Jika kita mengajar orang ilmu kita semakin mantap dan orang yang diajarpun semakin pintar. Tetapi lainlah pula jika kita berikan harta kepada orang lain ia akan berkurangan. Maka itu pemain yang berjaya dalam hidupnya adalah orang yang berilmu.
Segala kejayaan dalam mengolah pembangunan adalah berlandaskan kepada kesihatan tubuh badan. Kesihatan diri individu merupakan sesuatu zat yang wajib menginap pada setiap manusia kerana ia menentukan peranan individu yang diamanahkan kepadanya. Walaubagai mana pun kesihatan jasmani semata-mata tidak akan menjamin kejayaan perlaksanaan aktiviti kehidupan tanpa memperolehi kesihatan kerohaniannya. Rohani yang sakit bermakna perlaksa- naan agenda pembangunan tidak senada dengan kehendak agama. Ia dilaksanakan kerana meme- nuhi kehendak jasmani semata-mata tanpa memikirkan keperluan rohani.
Pencapaian serupa ini tidak dikategorikan sebagai satu kejayaan dalam hidup. Agenda yang dilaksanakan tanpa keredhaan Allah s.w.t. akan memesongkan manusia dari kasih sayang Allah s.w.t. dan akan mengalami hidup yang sentiasa sempit dan tidak memperolehi perasaan kejayaan dalam jiwa individu. Maka itu kejayaan dunia tidak menjadikan kita sebagai pemain yang berjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment