Tuesday, December 27, 2011

TANGANI DUNIA DEMI KEMURNIAN DI AKHIRAT (Bahagian akhir)

(Disiarkan pada 23. 12 2011)
Menangani kesihatan sebelum sakitnya datang menunjukkan satu kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana mengurniakan kesihatan kepada kita sebagai hamba Allah. Adalah menjadi kewajipan seorang insan menjadi pemain dalam memurnikan pembangunan semasa kesihatan bersama kita sebab segala perlaksanaan ibadah memerlukan keadaan fisikal yang baik dan bertenaga terutama sekali pada anggota otak mengolah pemikiran untuk memahami dan mentafsirkan teka-teki kehidupan.
Kewujudan manusia di alam dunia adalah diamanahkan Allah untuk memakmurkan alam kehidupan agar ia menjadi tempat tinggal yang selesa dan sesuai kepada makhluk yang lain. Kepada individu yang telah dipertanggungajawab oleh pihak kerajaan atau pihak pengurus satu-satu perkhidmatan swasta untuk melaksanakan agenda yang ada dalam takwim pengurusan pembangunan sewajarnyalah melaksanakan tanggungjawab mengikut disiplin yang termaktub dalam file meja satu-satu jabatan di samping memelihara piagam pelanggan untuk kemanfaatan orang awam.
Kegagalan melaksanakan amanah tersebut dengan baik dan sempurna akan mengakibat kan giji yang kita terima untuk menanggungjawabkan perkhidmatan berkenaan menjadi tidak halal. Maka oleh yang demikian menjadi kewajaran untuk melaksanakan ibadah dalam keadaan fisikal yang sihat.
Mengurus dan melaksanakan agenda pembangunan dalam keadaan fisikal yang sihat dapat kita melaksanakan ibadah yang amat tinggi mutunya. Bukan hanya itu tetapi potensi intelek yang kita persembahkan dapat menjangkau masalah yang rumit serta dapat menyeleng garakan tugas dalam keadaan selesa, cepat dan sempurna.
Kesihatan adalah merupakan fltrah Allah s.w.t. sebagai pelengkap kesempurnaan dalam melaksanakan ibadah. Jika manusia tidak menggunakan fitrah sihat itu untuk menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan bermakna orang berkenaan tidak merasa syukur terhadap nikmat sihat yang Allah kurniakan kepadanya. Akibatnya Allah s.w.t. akan tarik balik nikmat itu mengakibatkan segala perlaksanaan amanah di bawah bidang kuasanya akan tergendala. Apabila nikmat sihat itu tidak menginap dalam diri kita akan sangat sukar mengolakan ibadah.
Pergunakan masa lapang mu sebelum masa sibuk mu datang. Perlaksaan agenda pemba- ngunan memerlukan kepekaan diri.untuk merancang masa untuk mengolah ibadah. Masalahnya ialah manusia sering alpha mengenai penggunaan masa dalam hidupnya. Oleh kerana penting nya penggunaan masa dalam hidup maka Allah bersumpah bahawa demi masa manusia adalah sentiasa dalam kerugian. Ini bermaksud manusia mempunyai tabiat suka membuang masa, tidak dimanfaatkan demi keuntungan diri dalam menangani kehidupan.
Pepatah bahasa Inggeris mengatakan “Don’t postpone things until tomorrow”; lebih kurang maknanya jangan menundah penyelesaian masalah untuk hari esok. Perkara yang boleh diselesaikan hari ini diberi keutamaan dan jangan tangguhkan hingga ke hari esok kerana hari berkenaan mungkin ada masalah yang baru akan timbul. Jika budaya kerja suka menangguh-nanggu akan menjemput masalah kesuntukan masa kerana tidak memanfaatkan masa lapang itu sebaik mungkin.
Hari ini adalah sesuai untuk menyelesaikan agenda yang ada kerana hari esok belum tentu keadaannya serupa dengan keadaan hari ini. Masalah yang mungkin timbul adalah seperti agenda-agenda yang baru muncul oleh itu masa untuk melaksanakan kerja yang tertunggak tidak sesuai kerana kita terlibat dengan aktiviti lain yang bertembung pada hari itu. Satu faktor yang diluar kawalan kita ialah mengenai kesihatan diri yang tidak mengizinkan maka segala kerja yang ditangguhkan akan tergendala untuk menyelesaikannya.
Dalam keadaan biasa menangguhkan perlaksanaan kerja sebenar kita telah mengkufurkan diri terhadap penggunaan masa yang Allah telah untukkan. Mengkufuri masa bermakna kita tidak bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana memberi kita berbagai peluang untuk melaksanakan kekhalifaan kita tetapi kita mengabaikan. Peluang-peluang seperti umur, kesihatan dan penggunaan masa wajar diberi keutamaan yang sewajarnya. Masa itu sentiasa bergerak tidak menungguh sesiapapun terutama sekali dalam melaksanakan agenda pembangunan. Mengkufuri masa bermakna kita telah berdosa kepada Allah kerana tidak menggunakan masa yang diperuntu kan kepada hambaNya.
Menangguh kerja bererti kita mengundang kesibukan kerana kerja yang boleh dilaksana kan hari ini kalau ditangguh ke hari esok akan menambah beban kerja yang ada pada hari berkenaan. Jika kerja semakin bertambah maka faktor masa sudah menjadi masalah kerana tidak mencukupi untuk membereskan dua kerja pada waktu yang sama. Melaksanakan kerja secara tergesa-gesa akan melahirkan mutu kerja yang rendah maka lahirlah budaya kerja “asal siap” sudah memadahilah!
Melaksanakan kerja secara istikamah sentiasa mendapat keredhaan dari Allah s.w.t. kerana budaya tersebut akan memudahkan urusan dalam memakmurkan alam kehidupan. Segala pergerakan makhluk Allah di alam semesta ini adalah semua dalam disiplin istikamah. Mata hari menyinarkan cahayanya sudah berbilion tahun lamanya, terbit dari Timur dan tebenam di sebelah Barat. Begitu juga pegerakan bulan memancarkan cahayanya ke bumi setiap malam telah berlangsung seperti matahari. Bintang-bintang menyinarkan kerdipannya di angkasa di waktu malam seolah-olah berbualan antara satu sama lain.
Air di sungai mengalir sudah sedemikian lamanya membawa segala makhluk hanyut menuju ke laut sebagai distinasi mutlak. Tumbuh-tumbuhan hidup menghijau memproseskan makananya setiap kali sang suria menyinari cahaya ke atasnya. Segala makhluk hidup membesar setiap detik masa scara istikamah.
Pergerakan jantung mengepum darah ke seluruh anggota badan sejak manusia bersama dengan roh Allah sehinggalah roh berpisah dengan jasad atau ajal menjemput nyawa. Pergerakan nya secara istikamah, adalah antara contoh yang Allah wujudkan di alam ini untuk makhluk manusia mengambil ikhtibar.
Agenda yang keempat ialah manfaatkan kekayaanmu sebelum kemiskinan mu tiba. Dalam menangani hidup di dunia manusia dalam dua keadaan. Dari segi ekonomi kita menempuhi samada kemewahan (kekayaan) dunia atau kemiskinan atau kepapaan. Dibidang ilmu pengetahuan pula juga kita dalam dua keadaan iaitu kita berilmu atau kita tidak berilmu.
Dua keadaan hidup manusia di alam dunia ini berjalan beriringan tetapi mempunyai perbezaan dari segi kemanfaatannya kepada alam kehidupan. Allah berfirman dalam Al-Qur’an yang bermaksud (terjemahaan): “ Katakan (wahai Muhammad) apakah sama kedudukan di antara orang yang berpengetahuan dengan orang yang tidak berpengatahua.” Surah Az-Zumar: 39:9.
Allah menyuruh tanyakan kepada orang-orang musyrik: Adakah orang yang tahu tentang berbuat ibadat kepada Allah diberi pahala dan yang derhaka lantaran berbuat maksiat akan diseksa samakah keadaannya dengan orang yang tidak tahu akan hal itu? Jawapannya, tentulah tidak sama. Ayat ini sebagai melengkapkan kenyataan Allah yang dimulai dengan amal dan diakhiri dengan ilmu. Amal itu merupakan perjuangan dan ilmu merupakan penyingkapan. Kalau manusia beramal dengan berilmu menunjukkan kesempurnaan dan kelebihan dirinya.
Orang yang mahu mengambil teladan mengenai bukti-bukti yang diberikan Allah dan mengambil pelajaran daripadanya itulah dikatakan berakal – bukanlah orang yang jahil dan cuai – kerana orang yang berakal dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Sedang orang yang tidak berakal tidak pula dapat membezakan.
Jadilah hamba Allah yang bermanfaat kepada pembangunan manusia. Pergunakanlah akal yang diberi oleh Allah untuk memakurkan kehidupan. Ingat manusia dipilih sebagai khali- fah Allah kerana kehadiran akal dan kemahiran berfikir. Nikmat ini tidak diberi kepada makhluk Allah yang lain. Maka itu bersyukurlah kerana diberi nikmat sedemikian canggih yang boleh menyempurnakan pembangunan manusia di kedua-dua alam dunia dan alam akhirat.
Jika hidupmu dalam keadaan ekonominya kukuh dan stabil maka pergunakanlah kekaya- an itu untuk menolong orang terutama sekali membantu orang miskin, anak yatim dan membina rumah-rumah ibadah. Dengan berbuat demikian kemanfaatan kekayaan mu akan besama anda hingga ke akhirat nanti. Tetapi jika anda membelakangi amalan kebajikan di duia maka lambat laun kekayaan mu akan berpisah juga dengan anda.
Kekayaan yang dimanfaatkan untuk melayani hawa nafsu dunia akan menjadikan hidupmu selesa buat sementara waktu tetapi Allah akan membalasnya dengan keseksaan dan kesengsaraan di akhirt nanti. Ada orang yang masih hidup di dunia tetapi menghabiskan kekayaannya untuk membiayai kos perubatan diri setelah kesihatannya tidak mengizinkan lagi baginya untuk perpoya-poya hidup dengan kekayaannya di dunia.
Allah kurniakan kesenangan berupa kekayaan hidup di dunia dengan satu tujuan iaitu memakmurkan alam kehidupan bukan mementingkan diri yang tidak mendatangkan kemanfa- atan hidup terutama sekali dalam memelihara kebajikan rohani kita sebagai hamba Allah. Kedua-dua unsur manusia, jasmani dan rohani wajar diberi keselesaan hidup yang seimbang.
Ingin hidup selesa kekal di dunia hingga ke alam akhirat peliharalah kebajikan jasmani dan rohanimu. Jika kepincangan berlaku dalam memelihara kebajikan antara jasmani dan rohani maka sukar bagi kita untuk mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t. Maka itu jagalah kebajikan rohanimu dalam menangani kekayaanmu demi mendapat kebahagian hidup di akhirat yang kekal itu nanti.
Perkara yang ke lima wajar kita tangani dalam hidup ialah masa hidup mu sebelum masa matimu datang. Hidup ini merupakan satu perjuangan dan perjuangan itu adalah satu pengorbanan. Jika ingin hidup mestilah berkorban dalam segala segi seperti tenaga, ekonomi, masa, kesihatan dan sebagainya. Hidup bahagia wajar berkorban. Korbankan tenaga yang ada dan jangan hidup seperti makhluk parasit. Allah berikan segala fitrah hidup maka itu pergunakanlah dan jadilah pemain yang berwibawa dalam memakmurkan alam kehidupan.
Kita diwujudkan Allah di dunia ini untuk menanggungjawabkan amanah Allah s.w.t. Satu amanah yang wajar diberi keutamaan ialah menyembah Allah. Melaksanakan perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya adalah antara khidmat setiap individu yang wajar dijadikan tanggungjawab dalam hidup. Nikmat hidup itu adalah antara yang teruggul Allah berikan kepada manusia sebagai hambaNya.
Menjadi pemain yang berwibawa sebagai hamba Allah harus dengan ilmu kerana jika ingin hidup bahagia di dunia ilmu itu diperlukan begitu juga jika ingin hidup bahagian di akhirat nanti perolehi Ilmu. Ingin kebahagiaan hidup di kedua-dua alam dunia dan akhirat juga wajar dengan ilmu. Manusia dipertanggungjawab memegang amanah Allah disebabkan kehadiran akal dan ilmu yang memimpin manusia di lapangan yang diredhai Allah s.w.t.
Hidup itu adalah untuk memakmurkan kehidupan di dunia. Segala keperluan hidup di dunia wajar diperolehi sendiri oleh setiap individu. Manusia diberikan fitrah untuk membantunya mendapatkan segala keperluan tersebut. Penuhilah masa hidupmu dengan ibadah kerana Allah dan jangan biarkan hidup itu ada yang kosong kerana hanya kehidupan di dunia sahaja kita diberi peluang untuk melaksanakkan ibadah dan mengumpul dana pahala sebagai bekalan untuk rohani kita hidup di alam barzakh.

1 comment:

  1. salam ukhuwah...

    ilham menemukan saya pada penulisan tn hj..

    ReplyDelete