Sunday, December 4, 2011

SAINS DAN AGAMA MEMBINA MANUSIA SEMPURNA

(Disiarkan pada 3. 12. 2011)
Sains dan agama memberi implikasi kepada kehidupan dunia dan akirat. Ilmu sains merupakan satu disiplin pengkajian mengenai kewujudan fenomena alam kehidupan di alam nyata manakala agama memberi sinario kefahaman mengapa sesuatu fenomen itu wujud atas kekuasaan zat yang Maha pencipta.
Ilmu sains hanya mengkaji dan meneliti disiplin kehidupan sesuatu fenomena alam. Ilmu yang diperolehi dari penelitian alam berkenaan menjadi asas untuk pengkajian disiplin kewujudan elemen-elemen berkaitan yang lain yang akan menjadi dasar kepada kefahaman mengenai falsafah kehidupan alam berkenaan. Kefahaman kewujudan sesuatu kehidupan, sains hanya bersandarkan kepada kekuasaan alam atau ‘nature’
Ilmu agama memetahkan satu kefahaman yang konkrit tentang fenomena alam kehidupan berkenaan berlandaskan kekuasaan Allah s.w.t.. Agama memahami kewujudan sesuatu feno- mena alam semestinya ada kemanfaatannya kepada makhluk lain yang Allah telah wujudkan dalam kehidupan kerana Allah berfirman bahawa kewujudan sesuatu alam semestinya ada manfaatnya. Allah tidak wujudkan sesuatu dengan sia-sia seharusnya ada manfaatnya kepada kehidupan. Sebagai contoh, fakulti otak dan akal manusia memainkan peranan utama dalam kehidupan. FirmanNya dalam Al-Qur’an yang bermaksud, “Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku.” Selain menyembah Allah manusia juga menjadi khalifah Allah di buka bumi ini untuk memakmurkan alam kehidupan.
Sains adalah salah satu cabang ilmu pengetahuan yang teratur serta boleh dibuktikan kebenarannya. Sains adalah cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata seperti ilmu fisik, kimia, biologi dan lain-lain. Pelajar-pelajar yang lulus dengan baik dalam mata pelajaran sains lebih mudah mendapat pekerjaan daripada pelajar-pelajar sastera. Tetapi dalam era dunia holistik menguasai ilmu dalam kedua-dua disiplin ilmu, sains dan agama adalah pelajar yang lebih mendapat keutamaan dalam mendapat peluang-peluang pekerjaan.
Agama adalah satu ilmu mengenai kepercayaan kepada Tuhan serta kekuasaan-Nya, serta penerimaan segala perintah-Nya; kepercayaan kepada yang Maha Kuasa (esa). Beragama bermakna berkepercayaan terhadap adanya kekuasaan Tuhan. Orang yang tidak beragama sentiasa mengalami kekecewaan dalam hidupnya. Orang yang tidak mempunyai pendirian keagamaan biasanya sangat suka menyusahkan orang lain.
Ilmu sains dan ilmu agama sukar hendak dipasakan kerana ia bagikan isi dengan kuku. Ilmu sains melihat elemen-elemen yang nyata manakala ilmu agama meninjau disiplin kewuju- dan elemen tersebut. Sains berlandaskan pengkajian yang nyata manakala agama memerlukan kekuatan iman untuk menerokai kewujudan fenomena alam yang berbentuk ghaib.
Segala kewujudan sesuatu dalam alam kehidupan, iman memahaminya adalah kekuasaan Allah s.w.t. tetapi sains mengkaji dan memahami disiplin kewujudan alam berkenaan dalam sinario pengkajian secara ilmiah yang teratur serta boleh dibuktikan kebenarannya. Tetapi sains tidak memahami bagaimana dan kenapa sesuatu itu wujud dalam kehidupan. Kebenaran dalam faktor agama sukar diterima oleh sains kerana ia tidak dapat diboktikan secara ilmiah. Tetapi sains menggunakan kekuatan akal manusia sebagai landasan ilmiah dalam pengkajiannya untuk menemukan kebenaran sesuatu fenomena. Akal merupakan fitrah Allah berikan kepada manusia sebagai kekuatan manusia dalam memahami falsafah kehidupan.
Ada sebahagian penulis dan juga ibubapa mengatakan bahawa “lingkungan dan suasana keagamaan” yang wujud di kalangan masyarakat Islam tidak mendorong perkembangan ilmu pengetahuan dan sains, kerana adanya “pertembungan dan percangahan” antara Nas-nas Syari’at
dengan Akal, dengan perkataan lain, antara ketentuan-ketentuan Illahi dan pendapat-pendapat akal manusia. Maka itu ada di antara mereka terutama sekali ibubapa, lebih cendrung menempat kan anak mereka di sekolah menengah aliran sains daripada menghantar anak mereka ke sekolah menengah Agama yang menekankan pembelajaran dalam kedua-dua media, Sains dan Agama.
Pendapat dan “dakwaan” seperti ini adalah tidak benar dan tidak dapat kita terima, kerana ianya bercanggah dengan keterangan Nas-nas Syari’at sendiri, tarikh dan kehidupan sebenar.
Walabagaimanapun dalam Islam tidak ada Percanggahan antara syari’at dan akal. Para Ulama menjelaskan bahawa wahyu dan akal keduanya adalah merupakan petunjuk manusia untuk mencapai kebenaran. Imam al-Raghib al-Isfahani menjelaskan dalam kitabnya: “Al-Dhariat ila Makarim al-Syariah” (Jalan Menuju Syari’at Yang Mulia) katanya : “Allah Taala telah mengutus dua jenis rasul kepada para hambaNya. Salah satunya datang dari dalam diri, iaitu ‘Akal’ dan yang kedua datangnya dari luar diri, iaitu Rasul.
Untuk memahami risalah yang dibawa oleh Rasul Yang Zahir (Nabi/Rasul), mesti menggunkan rasul yang batin (akal), kerana rasul yang batin dapat mengesan kesahihan dakwaan rasul yang zahir. Jika bukan kerana adanya ‘akal’ maka kita tidak diwajibkan menerima hujjah Rasul/Nabi. Sebab itulah, Allah Ta’ala menyerahkan kepada keputusan akal untuk menentukan ke Esaan Allah dan kebenaran risalah para Nabi dan Rasul bagi mereka yang masih meraguinya.
Akal adalah bagikan pemimpin dan Agama adalah sumber kekuatannya. Jika akal tidak wujud maka Agama pun tidak akan bertahan. Demikian pula, jika bukan kerana agama, pasti akal akan menjadi “bingung” dan “nyayuk”. Jadi gabungan antara keduanya bagikan: “Cahaya di atas cahaya” seperti yang dijelaskan Allah s.w.t. (Surah Al—Nur:35)
Jika kita memahami hubungan akal dengan sains, kita dapati keduaya saling membantu kerana sains mengkaji dan memahami disiplin kewujudan alam tertentu. Dalam menemukan jawapan mengenai kajian yang dilaksanakan oleh sains, memerlukan akal untuk membantunya memahami keberadaan sesuatu fenomena. Maka itu sains dan akal tidak boleh dipisahkan.
Jika akal sebagai rasul dalam diri setiap individu dan difahami sebagai pemimpin dan agama adalah sumber kekuatan maka akal memainkan peranan penting dalam memberi cahaya kepada kefahaman tentang agama. Maka itu jika dilihat hubungan agama dan sains dalam pembangunan kehidupan saling membantu untuk mencapai matlamat halajuju kehidupan.
Amat menghairankan bahawa para ahli sains terutama sekali mereka yang terdidik dalam sinario sekular semata tidak mementingkan kewujudan agama Islam sebagai sumber ilmu yang menyinarkan cahaya di atas cahaya yang membawa maksud menyinarkan satu kefahaman bahawa Allah memberikan taufik dan petunjuk-Nya daripada hamba-hambaNya untuk mendapat kan perkara-perkara yang hak dengan jalan memperhatikan sesuatu itu dan memikirkannya, sehingga sampailah kepada matlamat yang ditujunya.
Sains menggunakan akal sebagai kekuatan memahami sesuatu kajian yang dilaksanakan oleh sains dan akal juga memperjelaskan sesuatu fenomena untuk menemukan kefahaaman tentang kajin berkenaan. Tanpa peranan akal dalam mentafsirkan sesuatu ilmu, sains tidak dapat menemukan jawapannya mengapa dan bagaimana sesuatu fenomena itu wujud dari segi ilmiah nya. Maka itu sains dan akal sebenarnya tidak boleh dipisah.
Imam Abu Hamid Al-Ghazali dalam kitabnya: Al-Mustafa”, di mana beliau mengatakan bahawa akal itu adalah ‘penentu’ yang tidak boleh diganti dan diubah keputusannya, sedangkan syari’at adalah saksi yang membenarkan dan meluruskan. Akal adalah “bijana”semua ajaran Agama dan pembawa panji-panji amanah.
Akal itu bagaikan mata dan Syai’at laksana sinaran. Mata tidak akan berfungsi dengan benar jika tidak ada sinaran dan sinaran juga tidak berguna jika tidak ada mata. Syariat adalah
akal dari luar dan akal adalah Syari’at dari dalam. Keduanya saling memerlukan dan membantu
bahkan sudah sepadu dan menjadi sebati.
Sains dan akal saling membantu dalam menemui fakta-fakta ilmiah dalam menggali dan mencari manfaatnya bagi kebaikan hidup di dunia dan kejayaan di akhirat. Akal berkewajipan untuk melakukan ijtihad dalam memahami dan mengali hukum-hakam Syarak, terutama dalam masalah-masalah yang tidak dijelaskan secara terang dalam Nas-nas Syari’at.
Bahkan Wahyu (Syari’at) telah memberikan kepada akal “medan ijtihad” yang sangat luas untuk diterokai khasnya berkenaan dengan masalah kehidupan dan rahsia alam semesta untuk menggali dan mencari manfaatnya bagi kebaikan hidup di dunia dan kejayaan di akhirat. Akal memudahkan sains mencapai matlamat kajiannya demi kemanfaatan hidup di dunia.
Oleh sebab itu, bukanlah perkara yang aneh jika kita dapati dalam perjalanan sejarah peradaban Islam, orang-orang yang menguasai kedua-dua bidang ilmu syari’at dan ilmu akliyah. Ilmu-ilmu akhliyah ini seperti ilmu alam, perubatan dan matematik. Penguasaan ilmu sains dan ilmu agama mempunyai kedudukan yang lebih baik berbanding dengan keilmuan hanya dalam bidang sains semata. Ini disebabkan dengan ilmu agama dapat kita memanfaatkan sepenuhnya kepakaran ilmiah mengenai alam nyata bersama dengan alam ghaib.
Sebagai contoh, mempelajari dan mengkaji perjalanan darah dalam tubuh manusia para ahli sains (doktor) mengetahui bahawa satu molekul darah hanya mampu hidup (aktif) dalam masa 15 hari sahaja mengikut pandangan Dr. Alifudun, Keningau. Selepas itu darah berkenaan akan ditukarganti dengan darah yang aktif (hidup). Menukarganti darah berkenaan para saintis (doktor )tidak mengetahu, hanya disandarkan kepada kekuasaan “Nature”.
Walaubagaimanapun para doktor yang menguasai ilmu agama Islam bersama dengan ilmu sains memahami bahawa fenomena tersebut adalah kekuasaan Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Orang yang meyakini adanya kekuasaan ghaib dalam kelangsungan hidup adalah orang yang beriman dan bertakwa kepada Zat yang Maha Berkuasa.
Sains dan agama pada dasarnya mempunyai landasan yang berbedza. Sains menerokai alam metafizika manakala agama datang bukan untuk membuktikan wujudnya Allah tetapi ia datang untuk “mentauhidkan Allah”. Apabila Rasulullah s.a.w. mula berdakwah secara terang-terang selepas tiga tahun berdakwah secara rahsia, Rasulullah tidak pun memulakan dakwahnya dengan berhujahkan “kewujudan Allah” tetapi sebaliknya Baginda cuba membuktikan “kebenaran” Allah dan mencabar orang Arab dengan kebenaran ini.
Ketika Rasulullah didatangi Malaikat Jibiril di Gua Hira’, ia tidak dimulai dengan persoalan kewujudan Allah tetapi apa yang dikemukakan buat pertama kali oleh wahyu itu ialah seruan supaya Rasulullah membaca dengan nama Tuhannya.
Terjemahan: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.” (Surah al-‘Alaq 96:1)
Sesungguhnya kewujudan Allah merupakan antara persoalan-persoalan yang tidak dibahaskan oleh mana-mana ilmu dalam agama kerana ia murupakan perkara fitrah. Orang yang cuba meletakkannya (persoalan membuktikan kewujudan Allah) sebagai bahan kajian merupa kan orang yang telah rosak imannya dan fahaman agamanya sudah bercelaru sehingga memerlukan peranan manusia membuktikan wujudnya Allah itu1.
Maka itu mereka yang menguasai ilmu Sains tidak dapat menerima kewujudan Allah kerana tidak dapat dibuktikan secara ilmiah. Tetapi mereka yang menguasai ilmu Sains yang mempunyai iman terhadap kekuasaan Allah s.w.t. dapat meyakini kewujudan sesuatu fenomen itu atas kekuasaan Allah s.w.t.
1 Prof. Dr. Al-Sheikh Abdul Halim Mahmud: ISLAM DAN AKAL (Penterjemah) Mohd Fakhrudin Abdul Mukti. Dewan Bahasa dan Pustaka 1995. H146-147.

No comments:

Post a Comment