(Disiakan pada 17. 12. 2011)
Minggu lepas kita membincangkan Hadith Sahih Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. yang berbunyi: “Buat yang lima sebelum yang lima datang” yang membawa maksud demi menangani kehidupan dunia untuk memurnikan kehidupan akhirat lima agenda dunia wajar dilaksanakan sebaik mungkin sebelum ajal menjeput nyawa. Sebagai pemain dalam pemba- ngunan manusia di alam dunia yang berwibawa, kelima-lima agenda tersebut wajar dijadikan keutamaan dalam menangani kehidupan dunia untuk memurnikan akhirat.
Antara agenda yang telah kita sentuh dalam menangani masa muda itu ialah bertanyakan diri apa yang kita boleh berikan kepada Islam. Telah kita memahami bahawa selepas ajal menjemput nyawa hubungan kita dengan alam dunia telah terputus sama sekali dikecuali tiga perkara iaitu (i) mem punyai anak yang soleh; (ii) ilmu yang dimanfaatkan dan (iii) ialah amal jariah.
Bagaimana melahirkan anak yang soleh? Dalam Islam membentuk satu keluarga hendak lah mengikuti ciri-ciri yang digarisbawahkan oleh Islam. Memilih juduh hendaklah tidak ada kaitan darah persaudaraan (Surah An-Nisa’ayat4:23). Dan mengikut pandangan Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. hendaklah mengawini wanita yang tahu agamanya dan beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t.(Hadith sahih)
Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud (terjemahan): “……..kawinilah perempuan yang sopan (bersih) bukan pelacur terang-terangan dan bukan pula menjadi gundik kepada lelaki yang menyimpannya secara sembunyi……..” Surah An-Nisa ayat 4:25.
Membina anak yang soleh harus bermula dari rahim ibu lagi. Segala amal perbuatan seorang bapa mahupun ibu semasa anak dalam kandungan ibu seharusnya bersifat mulia, suci dan diredhali Allah s.w.t. kerana jika amal perbuatan suami isteri itu yang tidak mengandungi kemurnian dalam pembangunan insan maka anak dalam kandungan ibu terbentuk akhlaknya seperti mana orang tuanya telah amalkan semasa bayi itu masih dalam perut ibu.
Manusia disarankan oleh agama untuk mengambil iktibar kehidupan ikan dalam laut yang masin. Tetapi jika kita ambil dagingnya, ia tidak merasa masin. Firman Allah yang pertama Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. terima melalui Malaikat Jibril Allah menyarankan kepada manusia supaya “membaca”. Apa yang dibaca adalah dua perkara iaitu firman Allah yang terucap iaitu al-Qur’an dan yang tercipta oleh Allah iaitu alam ini.
Jika bahan yang membentuk anak dalam rahim ibu adalah bahan yang bersih yang diredhai Allah s.w.t., apabila anak itu lahir kelak dan menjadi remaja, sebarang kerenah-kerenah masyarakat di mana sahaja dia berada, anak itu tidak akan tergoda atau tidak akan mengikuti perbuatan yang tidak membina itu.
Ramai orang menyalakan keadaan masyarakat remaja apabila akhlak anaknya turut sama terjebak dalam penagihan dadah, berkawan bebas dengan wanita, tidak mementingkan pelajaran nya, menjauhi agama, merompak dan mencuri dan sebagainya. Jangan salahkan remaja berkenaan tetapi salahkanlah diri sendiri sebagai orang tuannya bagaimana kita membina akhlak anak itu semasa dalam rahim ibu.
Kebersihan makanan yang kita ambil terutama sekali ibu mengandung haruslah dijaga. Ketahuilah punca pendapatan yang diguna untuk membeli makanan itu, adakah ia bersifat halal atau haram? Jika kita berkhidmat dengan kerajaan atau swasta, khidmat yang kita curahkan kepada majikan, adakah menepati piagam pelanggan pejabat di mana kita berkhidmat. Jika tidak menepati piaggam pelanggannya maka wang yang berupa gaji tidak menjadi halal. Kita menipu dan bercakap bohong kepada majikan, orang tidak tahu tetapi Allah mengetahui apa yang tercatat dalam hati kita. Apa yang kita lakukan yang menyakiti hati majikan atau kakitangan kita, akan menampar balik kepada kita dalam bentuk halal atau haram gaji yang kita terima setiap bulan.
Ketahuilah bahawa aktiviti membeli saham penghasilannya sama kotornya dengan bembeli loteri atau penghasilan di meja judi mahupun empat ekor seperti mana kebanyakan orang yang sering menghabiskan masanya untuk meneka(membeli) apa nombor yang akan keluar kali ini? Ada orang ketagih bermain nombor sehingga mampu meninggalkan kerjanya di pejabat untuk pergi membeli nombor takut kehabisan.
Orang berbuat demikian telah melakukan dua kedosaan iaitu meninggalkan kerjanya yang bergaji dan membeli nombor yang bersifat haram. Jika ia berjaya dengan aktiviti yang haram itu maka gaji yang diterimanya bersifat dua kali ganda haramnya. Jika wang seperti ini digunakan untuk membiayai dapur kita di rumah maka jelaslah apa Allah akan bentukkan anak kita yang bakal dilahir oleh isteri kita yang termakan makanan yang dibeli dengan wang yang haram.
Kita sering membaca di dada-dada akhbar atau mendengar di kaca televisyen dalam program 999 mengenai anak remaja yang senang dengan seks bebas sama ada perempuan yang bertudung atau tidak, mengakibatkan kelahiran anak luar nikah atau anak tanpa bapa yang sah seperti mana yang menjadi budaya di negara Barat seperti Bandar Raya New York Amerika Syarikat yang mempunyai penduduk Bandar Raya berkenaan lebih daripada tujuh puluh lima peratus adalah masyarakat luar nikah mengikut perangkaan dalam tahun 1987 dalam buku Dr. Yusoh Al-Qadrawi.
Di Malaysia perempuan yang tidak dapat menerima kedatangan bayi yang dihasilkan dari budaya seks bebas, bayi berkenaan menemui ajalnya sama ada diletakkan di kawasan mesjid atau dibuang di tong sampah atau ke sungai dan ada sampai ke peringkat membuang anak di lobang tandas seperti yang diketahui di Universiti Sabah Malaysia. Mengapakah kelakuan manusia sedemikian keji yang tidak berperi kemanusiaan? Jawapannya ada di dada orang-orang yang telah melakukan kemaksiatan dengan keluarganya. Pepatah Melayu mengatakan “bapa borek anaknya rintik”.
Perkara kedua yang wajar kita laksanakan dalam menangani dunia masa mudanya agar kita tidak terputus hubungnya setelah ajal menjeput nyawa ialah memanfaatkan ilmu yang kita ada agar ia bermanfaat kepada masyarakat umum. Satu amalan yang paling baik ialah menyam-paikan dakwa Islamiah melaluii media cetak. Menghasilkan buku dari karya yang kita telah laksanakan mempunyai manfaat yang amat tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t.
Mengambil contoh dari seorang ulama’ tempatan iaitu Prof. Dr. HAMKA atau Haji Abdul Malik Karim Amrulullah seorang tokoh dakwah yang disegani terutama sekali di kawasan MALINDO atau Malaysia dan Indonesia. Beliau telah menghasilkan banyak buku ilmiah mengenai dakwa Islamiah terutama sekali di negara-negara South East Asia atau Asia Tengara.
Satu karya beliau yang telah mencapai ke peringkat antara bangsa ialah mengenai usaha belian mentafsirkan Al-Qur’an 30 juz yang dinamakan “Tafir Al-Azhar” dalam dua bahasa iaitu bahasa Malaysia, dan bahasa Indonesia. Tafsir Al-Azhar ini adalah dalam sembilan naskah. Prof. Dr. HAMKA telah balik ke rahmatullah tetapi karyanya masih digunakan oleh ramai orang. Ini bermakna namanya masih harum disebut-sebut orang di dunia walaupun beliau sudah berada di alam barzakh.
Buku beliau yang bertajuk “TASAUF MODEN” dan Dari HATI ke HATI adalah antara karya beliau amat laku di pasaran. TASAUF MODEN menceritakan mengenai ketenteraman jiwa. Ada yang mengatakan Tasauf Moden adalah sebagai patri hidup bahagia mereka. Ramai orang yang membaca buku ini mengatakan mereka mendapat ketenangan dengan membacanya.
Buku yang bertajuk Dari Hati Ke Hati merupakan kumpulan tulisan Almarhum yang pernah dimuatkan di Majalah Islam Panji Masyarakat dalam rubric Dari Hati ke Hati. Buku ini mengisahkan mengenai pembangunan politik, agama, dan sosial budaya termasuklah masalah kerukunan umat beragama di Indonesia pada kurun waktu tersebut. Ilmu Almarhum yang telah digunakan untuk menghasilkan beberapa karya berupa dakwa menjadikan keberadaan beliau di dunia buat selama-lamanya selagi usahanya diperlukan oleh masyarakat umum.
Perkara ketiga yang wajar kita laksanan untuk Islam masa mudamu ialah amal jariah. Amal jariah seperti membina madrasa atau sekolah agama dan membina rumah-rumah Allah atau mesjid dan surau adalah antara amal jariah yang amat diperlukan oleh masyaakat Islam di dunia. Selagi bangunana itu dimanfaatkan oleh masarakat umum, nama kita sentiasa dikenang sampai bila-bila masa walaupun badan kita sudah dikandung tanah.
Sekolah agama merupakan satu peninggalan yang amat berguna kepada Islam. Ia boleh mengembangkan Islam melalui pembelajaran yang dilaksanakan oleh para guru dan ustaz dan ustazah. Membina manusia agar berguna kepada pembangnan masyarakat wajar melalui pendidikan yang dianjurkan di sekolah.
Mengambil satu contoh yang amat baik seperti Universiti Al-Azhar di negara Arab telah berbakti kepada agama Islam kerana berjaya mengeluarkan ribuan graduan setiap tahun untuk dimanfaatkan oleh seluruh dunia demi kemurnian agama Islam. Pada mulanya Al-Azhar adalah sebuah bangunan sekolah Agama Rakyat (SAR) sahaja. Meningkat menjadi sekolah menengah Agama dan kemudian kini menjadi Institusi Pengajian Tinggi bertaraf antarabangsa yang terbilang di persada dunia.
Agenda kedua dalam menangani dunia demi kemurnian akhirat ialah pergunakanlah masa sihat mu sebelum masa sakit mu datang. Dua fenomena alam kehidupan yang setiap individu pasti mengalami dalam hidupnya ialah sihat dan sakit. Allah bentukkan alam ini dalam dua keadaan yang bertentangan atau kadangkalah dikenali sebagai positif dan negatif seperti berikut: besar kecil; berat ringan, tinggi rendah, jauh dekat, rajin malas, pintar bodoh kuat lemah sihat sakit, dan sebagainya.
Kedua dua fenomena alam tersebut memberi kefahaman kepada kita sebagai pemain atau pengguna alam ini terhadap kekuasaan Allah s.w.t. Kewujudan alam sedemikian rupa semestinya ada kemanfaatannya kerana Allah tidak mewujudkan sesuatu itu dengan sisi-sia tetapi ada kemanfaatannya.
Pergunakanlah masa sihat mu sebelum masa sakit mu datang mempunyai satu disiplin hidup yang Allah sediakan kepada kehidupan khususnya kepada manusia sebagai khalifal Allah s.w.t. Melaksanakan ibadah seharusnya semasa kesihatan badan mengizinkan sebab kita memerlukan tenaga, pemikiran yang sihat serta akal yang sempurna. Kesemua fitrah ini amat penting untuk mengolah ibadah demi melaksanakan pembangunan.
Melaksanakan amanah Allah kita perlukan pemikiran yang sihat, waras dan berwawasan. Kemahiran berfikir perlu ketenangan jiwa sebagai kekuatan melihat dan memahami hatuju agenda yang kita laksanakan. Dengan pemikiran yang tenang dan sihat kita boleh kawal perasaan dan sentiasa menggunakan kesabaran dalam melaksanakan satu-satu agenda.
Badan yang sihat dan perasaan yang tenang sentiasa kiblatkan pemikiran kepada Allah s.w.t. untuk meminta petunjuk dan hidayah bagaimana masalah yang ada dapat ditemukan dengan selusi penyelesaiannya. Pemikiran yang sihat sentiasa membina kesetiakawanansosial demi mendapatkan kekompakan kerjasama yang tinggi serta mewujudkan rasa kekitaan dalam
urusan penyelesaian masalah pembangunan.(bersambung)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment