(Disiarkan pada 10. 12. 2011)
Agenda dunia memerlukan kepekaan diri dalam menangani segala infrastruktur pemba- ngunananya. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menyediakan satu agenda dunia untuk umatnya yang wajar setiap individu melaksanakan sebagai persediaan untuk kehidupan di akhiat kelak setelah ajal menjemput nyawa.
Untuk memperolehi kebahagiaan hidup di dunia baginda Rasul merencanakan satu tanggungjawab utama bagi setiap individu mukmin. Tanggungjawab ini adalah sebenar diturun kan Allah kepada manusia(Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w.) melalui Malaikat Jibril sebagai wahyu pertama yang diterima Baginda setelah menjadi Rasul.
Allah berfirman yang bermaksud(terjemahan) “Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dan mengajar manusia apa yang tidak diketahui.” (Surah Al-Alaq: ayat 3-5)
Allah telah memberitahu manusia bahawa Allah jadikan manusia bukannya untuk sia-sia atau untuk main-main sahaja. Malah Allah jadikan manusia supaya ber’ibadat kepadaNya dengan ikhlasnya. Manusia akan ditanya sebaik sahaja ia mati (dengan soalan siapa Tuhan kamu). Sekiranya manusia tidak dapat menjawab maka ia akan terkena seksa. Oleh itu memang kewajipan manusia mengenal Tuhannya, iaitu Allah.
Allah menerangkan dengan sejelas-jelasnya akan kesudahan orang yang ta’at kepada suruhan dan larangan Allah adalah di dalam syurga. Dan orang-orang yang ingkar suruhan dan larangan Allah adalah di dalam neraka. (Minta diperlindungkan Allah). ‘Azab neraka amat dahsyat sekali. ‘Ilmu mengenai ‘alam akhirat ini hanya Allah sahaja yang tahu, kerana Dialah yang mencipta kehidupan di akhirat, selepas qiamat nanti.
Melalui pembacaan kita pasti mendapat ilmu pengetahuan untuk kemanfaatan hidup manusia di dunia. ‘Ilmu Allah meliputi segala-galanya. Allah mencipta langit, bumi dan segala isinya serta mencipta dunia dan akhirat adalah menurut ‘ilmuNya yang tiada bandingan dengan ‘ilmu yang ada pada manusia, jin dan malaikat seluruhnya.
Dalam system bermasyarakat ilmu dianggap satu keutamaan tertinggi dalam system nilai peribadi dan juga masyarakat manusia di setiap peringkat. Budaya ilmu menjana nilai penge- tahuan yang tinggi dan menjadi kunci segala kebaikan. Dengan adanya kehadirian ilmu dalam diri manusia, maka dapatlah ia memahami maknanya hidup. Dari situ terbukalah pintu kefahaman diri sebagai hamba di sisi Allah s.w.t.
Apabila ilmu menginap dalam diri manusia, maka pintu pemikiran yang waras akan terbuka. Ilmu akan membolehkan manusia memahami diri sebagai makhluk yang mempunyai nikmat Allah s.w.t. yang tidak terkira banyaknya dan menjadi pemangkin kepada ketamadunan insan. Ilmu akan berkerjasama dengan akal manusia memimpin segala kebaikan dalam hidup di dunia.
Ilmu adalah keperluan asas manusia untuk menjana ibadat kerana Allah s.w.t.. Ilmu merupakan akitek dalam infrastruktur pembangunan satu-satu negara yang bertamadun. Jentra pembangunan negara bepaksikan kepada keupayaan ilmu untuk memurnikan kehidupan manusia. Para pakar perubatan mengenali ubatnya kerana kehadiran ilmu pengetahuan dalam bidang perubatan.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menyarankan kepada umatnya supaya menuntut ilmu mulai dari buaian hingga ke liang lahad.(Hadith sahih). Ini bermaksud betapa pentingnya tugas menuntut ilmu. Kita menjadi pemain dalam berbagai bidang pembangunan tetapi pada satu ketika nanti khidmat kita tidak diperlukan lagi apabila usia telah sampai umur persaraan. Tetapi menuntut ilmu tidak ada persaraannya. Ia menjadi agenda seumur hidup hingga ajal menjemput nyawa.
Untuk menangani agenda dunia demi kemurnian hidup di akhirat, Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menyarankan kepada umatnya untuk “memurnikan yang lima sebelum yang lima datang.” Ia membawa maksud pergunakan (i)masa mudamu sebelum masa tuamu datang; pergunakan (ii)masa sihat mu sebelum masa sakit mu datang; pergunakanlah (iii)masa lapang mu sebelum masa sebuk mu datang; pergunakanlah (iv)masa kayamu sebelum masa miskin mu datang dan pergunakan (v)masa hidupmu sebelum masa matimu datang.
Penghulu dalam kelima-lima agenda kehidupan tersebut ialah pergunakan masa mudamu sebelum masa tuamu datang. Manusia dihidupkan di dunia mempunyai agenda yang wajar dilaksanakan dalam memakmurkan kehidupan. Agenda tersebut merupakan amanah Allah sebagai khalifahNya di muka bumi ini. Antara amanah Allah yang menjadi tanggungjawab manusia terhadap kehidupan di dunia ialah memakmurkan alam di mana Allah tempatkan berbagai makhlukNya samada di alam nyata, diperut bumi, di lautan mahupun di angkasa.
Untuk memakmurkan makhluk-makhluk Allah tersebut, manusia memerlukan ilmu pengetahuan sebagai kekuatannya untuk menjadikan makhluk-makhluk Allah itu agen perubahan kepada pembangunan kehidupan manusia di alam dunia ini. Dalam hidup sebagai pemain dalam pembangunan manusia, masa memainkan peranan utama untuk menguji sejauh manakah manusia dapat menggunakan masa dalam perjalanan hidup menuju ke alam tua.
Antara alam muda dengan alam tua mempunyai berbagai kerenah yang mejadikan hidup itu sentiasa diuji oleh masa. Sebenarnya fenomena hidup merupakan satu perlumbaan antara masa dan hidup itu sendiri. Oleh kerana ia berbentuk perlumbaan maka wujudlah siapa yang menang dan siapa yang kalah.
Jika masa itu menang bermakna manusia dilaknatkan olehnya maka itu umat manusia adalah sentiasa mengalami kerugian dalam hidupnya kerana usianya bertambah dan amal ibadat nya sentiasa statik. Tetapi jika manusia itu menang dari masa itulah yang dinamakan umat membangun. Persediaan masa mudanya sentiasa mengawasi perjalanan masa maka itu ia sentiasa mendapat hidayah dari Allah s.w.t. Manusia yang dalam perlindungan Allah selamat dunia dan akhirat dan bukan hanya itu tetapi keluarganya juga akan turut sama terbela dan terdidik bagaimana menggunakan masa sebaik mungkin dalam menelusuri hidup.
Masa muda mu harus dihiasi dengan ilmu tauhid agar dapat mengenali diri sebagai makhluk Allah dan memahami potensi semulajadi manusia kelak akan melahirkan rasa syukur kepada yang Maha Pencipta. Bagaimanakah merasa syukur itu benar-benar sebahagian daipada diri kita? Bersyukur terhadap nikmat hidup yang dihidang oleh Allah s.w.t. membawa makna kita mengerjakan berbagai macam ibadat yang bermanfaat kepada orang lain serta makhluk ciptaan Allah yang ada di alam ini.
Ibadat adalah berbakti kepada Tuhan seperti sembahyang menyembahNya; berdoa dan bersedekah; berbuat baik kepada sesama manusia; mengelakkan diri dari menyakiti hati orang lain; menanamkan rasa kasih sayang terhadap sesama insan; menolong orang yang memerlukan pertolongan; memimpin yang lemah dan menyantuni yatim piatu.
Manusia berkewajipan membantu dirinya untuk mendapatkan segala kebuntuhan hidup demi kemurnian akhirat kerana ia berupa ibadat kepada Allah. Memelihara dan menjaga kebajikan diri merupakan ibadat kerana Allah. Kewajiban menusia hidup di alam ini ialah menggunakan fitrah Allah yang ada pada diri manusia itu untuk memurnikan pembangunan insan serta alam sekelilingnya
Manusia hidup harus menjaga kebajikan kedua-dua unsur manusia iaitu jasmani dan rohaninya. Kedua-dua unsur tersebut wujud kerana Allah s.w.t. Jasmani yang berupa alat dalam
hidup ini akan musnah apabila tiba masanya tetapi rohani merupakan zat yang kekal sama ada di
dunia mahupun di akhirat. Rohani yang ada dalam diri manusia adalah dalam keadaan ghaib tetapi kehadirannya sangat penting dalam hidup seorang manusia. Kita perlu mengerjakan ibadat kerana kehadiran rohani itu dalam diri manusia.
Kemuliaan manusia terletak kepada kemurniaan aqlak yang mewarnai hidupnya sebagai insan. Tingkahlaku yang mempunyai pembawaan disiplin diri yang tinggi akan mengundang kebahagian hidup bermasyarakat kelak membina satu haluan hidup untuk mendapatkan keredha- an Allah s.w.t.. Hidup ini harus disulami dengan semangat kesatuan dan persatuan kerana manusia yang termulia di antara mereka ialah yang lebih bertakwa kepada Allah. Allah berfirman dalam Surah Al-Hujerat ayat (49) 13 yang bermaksud (terjemahan):
“Hai manusia sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (ibu dan bapa), dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat), dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa. Sungguh Allah Maha Menge- tahui lagi Maha Mengetahui”
Hidup adalah satu perjuangan dan perjuangan itu adalah satu takwim kehidupan untuk setiap insan harus melalui dalam hidupnya. Masa mudanya harus disiapkan untuk berjuang kerana Allah. Manusia dilengkapkan oleh Allah dengan berbagai fitrah yang amat banyak sebagai kekuatan untuk menangani perjuangan demi memartabatkan kehidupan di alam dunia dan juga di alam akhirat kelak.
Masa remajanya mempunyai berbagai kerenah berupa ujian Allah s.w.t. dan setiapnya wajar dilalui oleh individu sebagai pengorbanan dalam hidup yang perlu ditemukan dengan penyelesaiannya. Perjuangan adalah pengorbanan dan tidak ada makna pengorbanan jika tidak ada ketakalan dalam menangani agenda kehidupan.
Segala ibadat yang kita laksanakan semasa hidup di dunia adalah bersifat kebajikan diri semata-mata demi memurnikan kehidupan di akhirat nanti. Tetapi satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh manusia dalam menangani hidup di dunia ialah “Apa yang kita boleh berikan kepada Islam?”
Jika mantan Presiden Amerika John F. Kennedy pernah berkata kepada rakyat Amerika: “Don’t ask the nation what the nation can give you but ask your self what can you give to the nation?” Maksudnya lebih kurang: “Jangan bertanya kepada negara apa negara boleh beri kepada anda, tetapi tanyalah diri anda apa yang anda boleh beri kepada negara!”
Setelah selesai agenda di dunia(iaitu setelah ajal menjemput nyawa) hubungan kita dengan dunia telah terputus sama sekali; dikecuali tiga perkara dan agenda inilah antara yang terpenting bagaimana menangani kehidupan di alam dunia. Ketiga-tiga faktor pembangunan tersebut menjadi catalysis atau pemangkin kepada pembangunan rohani yang kita perlukan dalam kehidupan di dunia.
Pertama, ialah mempunyai anak yang soleh; kedua amal jariah dan ketiga menggunakan ilmu yang anda perolehi sebagai pemain dalam pebangunan manusia untuk kemanfaatan orang awam. Jika satu daripada ketiga-tiga faktor kehidupan tersebut kita perolehi semasa hidup di dunia maka hubungan kita dengan dunia akan berkekalan walaupun kita telah berada di dunia akhirat.
Harus kita faham bahawa keberadaan kita di dunia secara ilmiah (ghaib) setelah kita meninggalkan dunia merupakan satu pelaburan yang amat mulia kerana manfaatnya ialah memberi kita bekalan kebahagian hidup di akhirat. Oleh itu jadikan ia sebagai agenda utama dan menangani hidup di dunia demi kemurnian hidup di akhirat. (Bersambung)
Saturday, December 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap maaf. Telah diperjelaskan bahawa hadis "tuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" telah dinilai sebagai hadis maudhu' oleh para ulama hadis seperti Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Syeikh Abd. Fattah Abu Ghuddah dan lain-lain.
ReplyDeleteYusuf al-Qaradhawi pula berkata: "Ia bukanlah hadith yang datang daripada Rasulullah SAW walaupun makna hadith ini adalah benar dan baik".
Hadis maudhu kerana ia benar dan baik dalam Islam tetapi disalahertikan sebagai tsabit (pasti) berasal (sabda) dari Rasulullah. Walhal bukan.
Sabda Nabi SAW, "Barangsiapa yang berdusta atas namaku, maka bersiap sedialah dia untuk dimasukkan ke dalam neraka."(HR al-Bukhari)