Thursday, February 16, 2012

KASIH SAYANG DAN UKHUWAH KEMANUSIAAN PERHIASAN AKHIRAT(bAHAGIAN 2)

(disiarkan pada 11. 2. 2012)
Kasih sayang Allah terhadap hamba-hamba-Nya tidak terkira banyaknya. Kasih sayang atau rahmat Allah yang luar biasa sebahagiannya telah kita bincangkan di ruang minggu lepas. Rahmat yang lain lagi seperti yang dikirim-Nya kepada Nabi Isa a.s. berserta pesuruh-pesuruh nya hidangan lezat dari langit ketika beliau kekurangan makanan dan dapat berhari-hari lamanya dalam pengejaran musuh-musuh beliau.
Allah berfirman dalam Al-Qur’an surah Al-Maidah ayat 114 yang bermaksud (terje- mahan): “Isa anak Maryam pun berdoa: “Ya Allah Tuhan Kami! Turunkanlah kiranya kepada kami hidangan dari langit yang akan menjadi perayaan bagi kami untuk orang yang pertama dan yang terakhir (beriman), dan juga sebagai bukti kebenaran daripada Mu. Dan limpahkanlah rezeki kepada kami sedang Engkau sebaik-baik Tuhan yan memberi rezeki.”
Doa Nabi Isa itu dikabulkan Allah, dan permohonan penyokong-penyokong yang setia kepadanya itu diperkenankan seraya berkata: “Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu.”
Nabi Muhammad s.a.w. dalam peperangan Khandak mendapat sajian makanan buat sepuluh orang, tetapi dapat mengenyangkan semua tentaranya yang berjumlah seribu lebih. Air jernih mencurah dari jari-jari tangan beliau, untuk memberi minum beribu-ribu tenteranya. Ini lebih hebat dari air terpancar dari batu atau makanan turun dari langit. (Dari hadis sahih).
Di zaman sekarang dan masa-masa yang akan datang, sekalipun kejadian-kejadian hebat seperti terjadi pada para Nabi dan Rasul tersebut sudah tidak terjadi lagi, kerana sudah tidak ada Nabi dan Rasul, tetapi beberapa manusia yang benar-benar telah mendapat rahmat mendapatkan kecintaan dan kasih sayang Allah dapat juga kita saksikan sendiri rahmat-rahmat Allah yang luar biasa itu merupakan do’a yang makbul daripada Wali Allah, yang kita namakan keramat.
Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi dan Rasul penutup. Tetapi dalam waktu-waktu tertentu, Allah melahirkan di dunia pejuang-pejuang istemewa yang dinamakan Wali Allah, untuk menguatkan Agama Allah dipermukaan bumi ini.
Hanya bezanya, seorang Nabi dan Rasul menyatakan kepada orang ramai, bahawa dia adalah Nabi atau Rasul. Sedang para Wali Allah tidak pernah menyatakan bahawa dia Wali Allah, sehingga manusia banyak tidak mengetahui bahawa ia adalah seorang Wali.
Kalau ada seorang manusia siapa sahaja, yang menyatakan kepada orang ramai bahawa dia adalah Wali Allah, maka itu tandanya yang ia bukan Wali Allah tetapi adalah Wali Syaitan. Tetapi bila seorang yang berjuang menegakkan agama Allah dengan penuh kesucian, lalui meninggal dunia, maka kita boleh sahaja menganggap orang itu Wali Allah, dengan alasan-alasan hasil dan hebatnya perjuangan mereka itu.
Sebagai contoh bagi umat Islam di Indonesia dengan Wali songo (Wali yang Sembilan), kerana dengan kesucian perjuangan mereka menegakkan agama Allah, agama Islam, di tengah-tengah masyarakat yang belum bertuhan di Indonesia, sekarang tampak dan nyata sekali hasilnya, kerana hampir seluruh bangsa Indonesia menganuti agama Islam.
Firman Allah surah Yunus 62, 63, dan 64 yang bermaksud (terjemahan): “Ketahuilah, sesungguhnya Wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan atas mereka, dan tidak pula kesedihan – ia itu orang-orang yang beriman dan bertakwa – Bagi mereka kegembiraan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat nanti, tidak ada perubahan bagi perjanjian-perjanjian Allah, yang demikian itulah kemenangan yang benar”
Dalam ayat ini dinyatakan bahawa Wali-wali Allah itu ialah setiap orang yang beriman dan takwa. Taqwa di sini bukan saja menjalankan ibadat, tetapi berjuang menegakkan agama Allah atau kebenaran dengan ta’ menaruh rasa takut dan sedih. Hidup mereka selalu gembira dalam menghadapi keadaan yang bagaimana pun jua.
Keramat ertinya kemuliaan, tetapi yang dimaksudkan di sini ialah kejadian-kejadian yang luar biasa yang terjadi atas seorang mu’min yang salih, tetapi tidaklah keluarbiasaan menyamai mukjizat yang diperintahkan Allah pada Rasul-rasul. Keluarbiasaan itu mungkin sahaja berupa kan do’a yang makbul pengaruh yang besar, ilmunya yang luas dan dalam, pendapat-pendapat nya yang baru dan benar, dan lainnya yang besifat kerohanian.
Keramat dan kewalian itu adalah termasuk pemberian Allah kepada orang-orang suci yang dikehendaki oleh Allah, jadi tidak dapat dengan daya upaya atau ikhtiar manusia. Kalau ada orang yang berikhtiar mencapai keramat dengan berbagai-bagai cara, maka inilah yang dinamakan mistik atau klenik.
Banyak di antara orang-orang yang ingin menjadi orang keramat, lalu mempelajari ilmu-ilmu ghaib yang dinamai sihir, dengan mempergunakan pertolongan jin-jin atau makhluk-makhluk halus. Mempelajari ilmu sihir adalah haram hukumnya, sebab itu orang yang mempelajarinya tidak dapat disebut Wali Allah, tetapi harus dinamakan Wali Syaitan atau Wali Jin sahaja.
Allah adalah zat yang penuh dengan kasih dan sayang tehadap makhlukNya. Semua yang dapat dilihat dan didengar adalah rahmat Allah. Bumi dengan segala isinya, matahari dengan cahayanya yang memancar dan berpindah, bulan dengan sinarnya yang lunak, bintang dengan sinarnya yang berkedip-kedip, semua itu adalah rahmat atau kasih sayang Allah. Itulah rahmat Rahmat Allah yang kelihatan.
Ada rahmat Allah yang tak dapat kita lihat, tetapi dapat kita rasakan. Perasaan enak dan nyaman ketika kita makan dan minum, perasaan enak atau nyaman ketika kita melihat pandangan yang indah adalah rahmat Allah yang jauh lebih tinggi dari benda tampak dan kelihatan. Apalagi rahmat Tuhan yang merupakan cinta kasih terhadap anak isteri dan keluarga kita atau tehadap manusia umumnya, adalah rahmat Tuhan jauh lebih tinggi lagi dari rahmat pertama dan kedua tadi.
Firman Allah Surah Al-Ruum ayat 21, yang bermaksud (terjemahan): “Sebahagian dari tanda (rahmat) Allah, bahawa Allah telah menjadikan bagimu isteri agar kamu dapat bersenang-senang dengan mereka dan Allah timbulkan antara kamu dan isteri kamu itu rasa cinta dan kasih sayang. Dan dalam hal ini terdapat tanda kekuasaan Allah bagi orang yang dapat berfikir.”
Rahmat Allah yang berupakan malam dan siang, bukanlah rahmat yang kecil, tetapi adalah rahmat yang maha besar dan penting. Firman Allah Surah Al-Qashash ayat 73 yang bermaksud (terjemahan): “Dan sebahagian dari rahmat Allah, ialah bahawa Allah telah menjadikan siang dan malam untuk kamu, agar kamu dapat berhenti melepaskan lelah dan supaya kamu dapat mencari kurnia Allah. Dan mudah-mudahan kamu bersyukur kepada Allah.”
Apabila Allah menjadikan malam terus menerus, maka semua manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan akan mati dan musnah seluruhnya, kerana tidak ada makhluk yang dapat hidup dengan tidak mendapat cahaya atau sinar matahari, maka keadaan hawa akan semakin sejuk dalam waktu beberapa hari sahaja, hawa akan menjadi sejuk sesejuk-sejuknya, jauh di bawah kosong darjah, sehingga manusia tak akan sanggup menahannya, darah akan beku, jantung dan paru-paru tidak bergerak sehingga manusia pasti mati dalam beberapa hari saja.
Dan jika Allah menjadikan siang terus menerus maka seluruh manusia, binatang dan tumbuhan akan mati dan musnah pula, kerana bila siang terus menerus, ertinya manusia dan seluruh makhluk yang hidup dipermukaan bumi disirami dengan sinar matahari terus menerus
dan tak hentinya, dalam beberapa hari saja, hawa udara akan menjadi semakin panas dan semakin panas terus menerus, sehingga manusia dan lain-lain makhluk tak sanggup menanggung kannya, sehingga semua harus mati dan musnah, semuanya harus terbakar menjadi abu.
Kasih sayang pada kehidupan manusia ialah unsur utama persaudaraan. Peringkat kasih sayang paling rendah ialah bersihnya dari perasaan hasad dengki, kebencian, iri hati dan punca-punca yang menyebabkan permusuhan dan pertengkaran. Bermasyarakat wajar ada perasaan kasih sayang tanpanya akan melahirkan kekecohan dalam bermasyarakat.
Hubungan persaudaraan adalah termasuk di dalam ibadah yang paling mulia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud (terjemahan): “Hanyasanya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara kerana itu berdamailah antara kedua saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu akan mendapat rahmatNya. (Al-Hujurat: 10).
Allah menjelaskan, bukan dikatakan orang-orang yang beriman kalau tidak mengaku bersaudara sesama mereka, iaitu saudara seagama yang terjalin oleh ikatan iman. Oleh itu tidak patut orang yang mengaku dirinya “mukmin” yakni beriman kalau dia masih menyimpan rasa permusuhan terhadap sesama mukmin, atau masih bersengketa, bertelangah apa lagi berperang dan berbunuh-bunuhan.
Lafaz “hanyasanya”mengikut para Mufassirin di sini merupakan alat pembatas yang maksudnya: tidak ada persaudaraan sama sekali, melainkan terbatas kepada orang-orang yang beriman sahaja dan tidak ada apa yang dinamakan persaudaraan di antara orang mukmin dengan orang kafir.
Ayat ini juga menetapkan, bahawa ukhuwah Islamiah yakni persaudaraan di dalam Islam itu lebih kuat hubungannya daripada persaudaraan senasab (sekuturunan). Malahan persaudaraan seketurunan itu tidak ada ertinya tanpa mempunyai hubungan ukhuwah Islamiah.
Ukhuwah kemanusiaan merupakan perhiasan akhirat. Dalam hidup ini manusia dianjur kan supaya memelihara hubungan yang baik dengan Allah s.w.t. dan juga hubungan yang baik kepada sesama manusia. “Hablum minallah, hablum minas.”Antara nilai kemanusiaan masyarakat yang dianjurkan oleh Islam ialah persaudaraan atau ukhuwah. Ia bermaksud manusia hidup di dalam sebuah masyarakat yang sayang-menyayangi, mempunyai perhubungan yang erat dan saling bantu-membantu.
Mereka dihimpunkan oleh perasaan sebagai anak bagi keluarga yang satu yang paling menyayangi antara satu sama lain sehingga setiap orang di dalamnya merasakan kekuatan saudaranya adalah kekuatannya, kelemahan saudaranya adalah kelemahannya. Ia akan merasa kecil apabila bersendirian dan merasa banyak apabil;a sersama saudara-saudaranya.
Al-Qur’an al-Karim telah menjadikan persaudaraan sebagai saudara kandung kepada keimanan di dalam masyaakat yang beriman. Kedua-dua tidak boleh berpisah sepertimana firman Alla s.w.t. yang bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya orang-rang yang beriman itu adalah bersaudara.” (Al-Hujurat:10).
Al-Qur’an juga telah menjadikan persaudaraan itu sebagai nikmat yang paling besar. Firman Allah s.w.t. Yang bermaksud (terjemahan): “Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa jahiliyyah) kamu bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang yang bersaudara.” (Ali-Imran: 103)
Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Zaid ibn Arqam bahawa Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. membaca setiap kali selepas solat, ungkapan: “Sesungguhnya semua hambaMu adalah bersaudara.” Mengandungi dua makna yang mana kedua-duanya adalah benar.
Perama: Hamba di sini adalah merujuk kepada manusia keseluruhannya. Mereka adalah
saudara antara satu sama lain berdasarkan kepada semuanya adalah anak Nabi Adam dan hamba kepada Allah. Ini adalah persaudaraan kemansiaan umum.
Kedua: Hamba yang dimaksudkan di sini hanyalah khusus kepada umat Islam sahaja berdasar kan kepada persaudaraan mereka dari segi agama. Mereka dihimpunkan oleh akidah yang satu iaitu tauhid, qiblat yang satu iaitu ka’bah, kitab yang satu iaitu al-Quran, Rasul yang satu iaitu
Muhammad s.a.w. dan manhaj yang satu iaitu Syariat Islam.
Ini adalah persaudaraan Islam yang khusus. Ia tidak menafikan yang pertama kerana yang khusus tidak boleh menafikan yang umum, begitulah juga sebaliknya. Apa yang pentingnya, persaudaraan Islam ini mempunyai hak yang lebih banyak, berdasarkan kepada kesatuan akidah dan Syariat serta pemikiran dan tingkah laku.

No comments:

Post a Comment