Monday, February 27, 2012

KECINTAAN KEPADA RASUL JAMINAN SYURGA FIRDAUS

(Disiakkan pada 25. 02. 2012)
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan Allah ke dunia untuk memperbaiki akhlak manusia di muka bumi ini. Dengan tugasan tersebut baginda dijadikan Rasul untuk menerima wahyu Allah s.w.t.. Dokumen tersebut merupakan perlembagaan untuk mentadbir alam pembangunan manusia sepertimana sewajarnya mengikut fitrah manusia sebagai makhluk Tuhan yang diamanahkan untuk memakmurkan kehidupan di dunia sejajar dengan kemanfaatan hidup di akhirat kelak nanti.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan dalam keadaan yang amat sangat mendukacitakan. Baginda menjadi anak yatim semasa beliau berusia empat bulan dalam rahim ibu apabila ayah nya Abdullah meninggal dunia. Keluarganya adalah berketurunan bangsawan tetapi hidupnya dalam keadaan miskin. Setelah usianya meningkat enam tahun ibunya Aminah meninggal dunia pula maka beliau mengharungi kehidupan sebagai anak yatim piatu di bawah jagaan bapa saudaranya Abu Talip.
Meningkat remaja beliau bukan mengilmukan dirinya di sekolah madrasah sepertimana anak-anak remaja masyarakat Quraisy masa itu tetapi ia menghabiskan masa remajanya mengembala kami kepunyaan orang-orang quraisy. Tetapi satu keunikan kepada pembawaan tingkah laku baginda sejak kecil lagi ialah dia amanah, pemurah, menepati janji dan bertanggungjawab. Amanah dan bertanggungjawab adalah antara sifat-sifat baginda yang amat disegani oleh masyarakat quraisy sehingga beliau digelar sebagai al-amin.
Masyarakat Quraisy sebagai keturunan beliau tidak mempunyai pegangan hidup sebagai manusia bertamadun. Bangsanya dikategorikan sebagai masyarakat Jahiliah kerana anutannya ialah menyembah berhala dan patung-patung yang dibina mereka sendiri. Ada lebih kurang 360 jenis berhala dan patung-patung dibina di sekeliling khabah menjadi sembahan mereka.
Orang yang berada membina tuhannya daripada emas. Dibentuk sedemikian rupa seperti manusia kemudian disembah. Orang yang sederhana kaya membina tuhannya daripada perak; dibentuk rupanya seperti manusia kemudian disembah; Orang yang miskin membina tuhannya daripada kayu jati dibentuk sedemikian rupa seperti manusia kemudian disembah. Orang yang miskin betul mengadunkan tepung terigu kemudian di bentuk seperti manusia kemudian di sembah.
Apabila sudah selesai menyembah tuhannya, perutmya merasa lapar, dilihat tuhannya. Mereka berkata: “Hai tuhan, kami sudah menyembah engkau. Sekarang perut kami rasa lapar. Biarlah engkau menjadi giliran untuk menyelesainkan perut kami! Kalau tidak setuju katakan tidak setuju. Kalau setuju diam sahaja. Dilihat tuhannya diam sahaja maka mulalah tangannya dipotong, kemudian kakinya sehingga badannya dimakan oleh mereka. Sehina-hina manusia tidak ada yang memakan tuhannya sendiri hanya masyarakat Quraisy sahaja!
Kehadiran wanita dalam pembangunan kehidupan hanya dipercayai untuk membiak dan memuaskan hawa nafsu lelaki semata. Ia dipercayai membawa kesialan kepada pembangunan keluarga. Maka itu setiap kelahiran anak perempuan mestilah dihapuskan dengan mengubur hidup-hidup.
Syaidina Omar pada satu ketika duduk merenungkan peristiwa masa lampau yang telah beliau lalui sebelum memeluk agama Islam. Tiba-tiba beliau kelihatan tersenyum sendirian dan pada masa yang lain beliau kelihatan menangis dengan berlinangan air matanya. Para sahabat yang memerhatikannya bertanya kepada beliau apa yang mengusik jiwanya.
Omar berkata bahawa ia terkenang masa dahulu sebelum memeluk agama Islam, mengingatkan perbuatan masyarakat Quraisy masa itu menyembah berhala dan patung-patung yang direka mereka sendiri. Maka saya kelucuan memikirkan kebodohan manusia yang tidak
berpedomankan kepada petunjuk Illahi.
Omar menambah kata: “Saya merasa sedih dan menangis apabila terkenang anak perempuan saya yang cantik menangis berlinangan air matanya melihat muka ku meminta tolong kepada saya supaya jangan dibunuh dengan menguburkannya hidup-hidup. Saya tidak punya pilihan selain berbuat demikian untuk menebus kesialan dalam keluarga saya, seperti mana yang dipercayai oleh masyarakat masa itu”.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah dijadikan Rasul oleh Allah s.w.t. untuk membentuk dan memperbaiki akhlak dan tingkah laku manusia khususnya masyarakat Quraisy di atas landasan yang diredhai Allah s.w.t.. Amanah tersebut amat berat bagi baginda untuk melaksanakannya tetapi demi kecintaan beliau kepada umat manusia ia sanggup berkorban jiwa kerana Allah s.w.t.
Baginda mendapat suntikan semangat apabila beliau menerima wahyu dari Allah s.w.t. Walaupun Baginda tidak punya ilmu kerana tidak pernah menjejaki kaki di bangku sekolah masa remajanya tetapi ia mendapat didikan dari langit iaitu Allah s.w.t. melalui Malaikat Jibril. Baginda menerima wahyu Allah selama 23 tahun. Dokumen tersebut diturunkan berperingkat-peringkat sehingga Baginda Nabi, dengan kekuasaan Allah s.w.t., dapat menghafalkan semua dokumen tersebut sebanyak 6,666 ayat.
Kemuliaan Baginda Rasul dalam usahanya hendak mentarbiahkan masyarakat manusia ialah baginda bukan sahaja dapat menghafalkan dokumen wahyu tersebut tetapi beliau dapat menterjemahkannya dalam diri beliau sendiri. Apabila isterinya Syidina Fatimah ditanya oleh para sahabat tentang akhlak baginda beliau berkata bahawa akhlak Nabi Muhammad s.a.w. ialah al-Qur’an.
Beliau membentuk akhlak manusia dengan kesabaran yang amat tinggi kerana beliau tahu manusia tidak memahami permasalahan hidup maka ia tidak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Pernah pada suatu ketika seorang remaja Quraisy menghina Rasul tentang usahanya membawa akidah Islam kepada masyarakat manusia dengan membaling batu kepada Baginda dan terkena di kepala Rasul lalu keluar darahnya.
Saidina Ali berkata: “Izinkan saya membalas dendam kepada remaja itu untuk mengang- kat bukit Uhud ku ditimpakan ke atas kepalanya!” Rasul menjawab: “Sabar! saya diutuskan untuk memperbaiki akhlak manusia dan bukan merosakkannya. Mereka tidak tahu tentang perbuatan mereka itu salah maka dia lakukan amalan itu.
Pernah pada suatu hari Baginda Rasul diperlikan oleh seorang remaja. Remaja datang berjumpa dengan Baginda dan berkata: “Tuan, saya mahu masuk Islam boleh ta’?” Baginda kata, “Boleh.” Kemudian orang itu mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Nabi.
“Sekarang saya sudah Islam.” Kata Nabi, “Benar awak sudah Islam.” Remaja itu menambah kata: “Tapi saya tidak dapat meninggalkan perbuatan saya yang lalu. Saya suka berbuat maksiat, saya suka memperkosakan gadis-gadis yang cantik, saya senang mencuri dan merompak harta orang, saya tidak dapat meninggalkan semua itu!”
Kata Rasul, “Itu baik bagi mu, teruskan tetapi bolehkah anda berjanji kepada saya?” Remaja itu menjawab, “Boleh, dengan syarat janji itu tidak berat untuk saya memegangnya.” Baginda berkata, “Ia mudah sahaja. Mulai dari sekarang anda berjanji kepada saya jangan bercakap bohong!”
“Itu sahaja?” kata remaja itu dengan perasaan meremehkan janji kepada Rasul. Baginda kata, “Ia, itu sahaja.” “Kalau itu sahaja saya boleh memegang janji!” kata remaja itu memandang sinis terhadap janjinya kepada Rasul. Kemudian remaja itu pergi meninggalkan Rasul sambil senyum dalam hati kerana memikirkan amalan kemaksitannya dibenarkan oleh Rasul menerus kan dan hanya meminta saya berjanji kepadanya supaya jangan bercakap bohong. Dia mengang gapkan janji itu sangat mudah dilaksanakan.
Selepas beberapa hari berlalu pemuda itu berjumpa dengan seorang gadis yang cantik yang rupanya menawan kepada mata memandang. Ia mendapatkan gadis itu yang senang dibawa berbincang dan berminat diundang berkawan. Sememangnya remaja itu sudah terbiasa dengan budaya pujuk rayu serta puji-pujian terutama sekali apabila bersua dengan seorang gadis yang molek.
Bercerita dan bergurau kosong di tengah jalanan akhirnya pemuda itu berjaya menjemput gadis itu ke rumahnya. Masuk ke rumahnya wajar tetapi ini ia menjemput masuk ke kamarnya! Dengan tidak disangka-sangka pemuda itu berjaya memujuk gadis berkenaan untuk melakukan sek dengannya. Apabila remaja itu mula naik nafsu untuk melakukan zina dengan gadis itu tiba-tiba ia teringat janjinya kepada Rasul.
Ia termenong sejenak memikirkan janjinya kepada Rasul.“Saya telah berjanji kepada Rasul jangan bercakap bohong. Kalau saya ketemu Rasul dan bertanya, saya zinakah atau tidak, apa harus saya menjawab? Jika saya menafikannya saya sudah mengkhianati janji saya kepada Rasul, jangan bercakap bohong! Dan jika saya ikhlas memberi tahu tentu saya kena hukum! Dalam hati pemuda itu bertelagah antara nafsu dengan imannya, antara iblis dengan malaikat.
Gadis itu sudah bersedia menunggu pemuda itu melaksanakan niat mereka berdua. Akhirnya pemuda itu berjaya melawan nafsunya dan kukuh memegang janjinya kepada Rasul. Ia berkata kepada gadis itu: “ Kita batalkan sahaja, tidak apa membazir-membazirlah!” Imannya berjaya melawan nafsunya. Ia berjaya menyelamatkan dunia dan akhiratnya.
Kemudian pada suatu ketika lagi remaja itu berniat hendak merompak sebuah rumah orang kaya. Kemahirannya hendak memasuki rumah orang dengan begitu mudah sahaja. Tuan punya rumah sedang nyenyak tidur di kamarnya kerana sudah jauh malam. Remaja itu berjaya mendapatkan kunci almari lalu membukanya. Ia menjumpai wang banyak di dalamnya kemudian mengambil separuh daripadanya lalu keluar dari rumah itu.
Apabila pemuda itu melangkah kakinya keluar pintu tiba-tiba teringat janjinya kepada Rasul. “Kalau saya ambil duit ini kemudian ketemu Rasul pasti baginda akan bertanya: “Kamu mencurikah atau tidak?” Jika saya bilang tidak, saya menghinati janji saya kepada Rasul supaya jangan bercakap bohong. Dan jika saya berkata ia tentu saya kena tangkap dan pasti dimasuk ke dalam lokap.
Dalam minda pemuda itu berlawan antara nafsu dan iman; antara iblis dan malaikat. Pemuda itu berjaya melawan nafsunya dan sekali lagi imannya yang menang. Ia berundur balik dan mengembalikan wang yang dirompaknya. Kemudian dalam perjalaan pulang remaja itu berfikir: “Janji saya kepada Rasul agak muda tetapi kunci kepada segala kemaksiatan. Saya tidak mampu melawannya.”
Pada keesokan harinya jejaka itu berjumpa kepada Rasul. Pemuda itu berkata: “Janji saya kepada Rasul pada hikmatnya amat mudah dipegang tetapi saya dapati rupa-rupanya ia adalah kunci kepada segala kejahatan manusia. Saya tidak dapat berganja berbuat apa-apa kejahatan selain dari berpegang teguh kepada keimanan.
Demikianlah serba sedikit cara baginda mentarbiahkan manusia yang masih dalam kejahilan, tidak memahami landasan hidup yang dibina di atas landasan Islam sebagai cara hidup. Baginda menggunakan system bukan melalui kekerasan tetapi melalui moral force”. Orang yang menerima ajakan kepada kebaikan sentiasa merasa dalam hati kelembutan pada kemanusiaan.
Kecintaan baginda kepada umat manusia bagikan anggota badan kita. Jika satu anggota bandan yang tercedera maka anggota yang lain turut sama merasa kesakitan. Jika kaki tertendang kaki meja mulut berkat “Adoh”. Kepala ikut merasa pening dan jantung pun meningkatkan dejutanya kerana terasa sakitnya tertendang kaki meja. Agama mendidik kita bahawa kecintaan kepada Rasul jaminan Syurga Firdaus. Insallah! (Bersambung)

No comments:

Post a Comment