Allah berfirman : “Tidaklah Aku(Allah) menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepadaku.” (Adz-Dzariat:56). Allah s.w.t mencipta jin dan manusia tidak ada guna yang lain, melainkan buat mengabdikan diri kepada Allah. Jika seorang telah mengakui beriman kepada Tuhan, tidaklah dia akan mahu jika hidupnya di dunia ini kosong sahaja . Dia tidak boleh menganggur. Selama nyawa dikandung badan, manusia harus ingat bahawa tempoh nya tidak boleh kosong dari pengabdian. Seluruh hidup hendaklah dijadikan ibadat.
Menurut riwayat dari Ibnu Abbas, erti untuk ibadat, ialah mengakui diri adalah budak atau hamba dari Allah s.w.t., tinduk menurut kemahuan Allah, baik secara sukarela atau secara terpaksa, namun kehendak Allah berlaku juga. Mahu tidak mahu diri pun hidup. Mahu tidak mahu kalau umur panjang mesti mati. Mahu tidak mahu jika datang ajal mesti mati. Ada manusia yang hendak melakukan di dalam hidup ini menurut kemahuannya, namun yang berlaku ialah kemahuan Allah jua.
Maka dapatlah kita jadikan seluruh hidup kita ini ibadat kepada Allah. Sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, berzakat kepada fakir miskin, adalah sebahagian kecil, sebagai pematri dari seluruh ibadat yang umum itu. Semuanya itu kita kerjakan kerana kita iman kepada Allah. Kita beramal saleh, untuk faedah sesama kita manusia. Tanpa mengerjakan ibadat-ibadat tersebut, tidak ada ertinya hidup kita yang terbatas di dalam dunia ini.
Mengadakan da’wah kepada Jalan Allah wajar diteruskan walaupun ada orang menuduh perbuatan kita itu digelar tukang sihir atau orang gila., namun da’wah yang baik akan diterima oleh orang yang beriman. Melakukan da’wah kepada jalan yang baik adalah tugas utama dalam hidup. Pada hal jin dan manusia diciptakan ke dunia ini adalah untuk mengabdikan diri, kalau tidak beribadat kepada Allah apalah erti hidup itu. Hidup kita di dunia mesti diisi sehingga setelah manusia mati sekali pun, namun Iman dan Amal salehnya masih hidup dan tetap hidup.
Sebagai contoh, mendirikan masjid atau surau untuk kemanfaatan orang lain melaksana kan ibadat mereka seperti mendirikan sembahyang secara berjemaah terutamanya setiap hari Jumaat; melaksanakan usrah atau ceramah agama dengan para jemaah; sembahyang sunat tarawih dalam bulan Ramadan dan sembahyang sunat-sunat yang lain seperti Hari Raya Idilfitri dan Aidil Adha adalah antara aktiviti ibadat yang melahirkan ukhuwah kemanusiaan kerana Allah s.w.t..
Menggunakan keilmuan kita untuk kemanfaatan orang lain juga adalah antara amal jariah yang digalakkan oleh Islam seperti menyebarkan dakwah melalui penulisan. Jasad kita sudah di kandung tanah tetapi amal kita masih diperlukan orang yang hidup dengan membaca buku-buku karya kita sendiri.
Mengilmukan anak kita dengan ilmu tauhid agar berguna kepada pembangunan masya- rakat berlandaskan ilmu keagamaan kelak mengekalkan nama baik kita terus hidup di dunia walaupun jasad telah perpisah dengan roh. Hidup kita di alam barzakh kelak sentiasa menikmati kebahagian kerana ditemani dengan pahala yang Allah s.w.t. peruntukkan kepada amal-amal kita yang telah kita sumbangkan kepada kehidupan dunia.
Menyembah kepada Allah s.w.t. merupakan tugas utama manusia dalam hidup. Dan jika kita tidak menyembah Allah tidak bermaksud Tuhan akan jatuh dari takhtah ketuhanan. “Tidaklah Aku menghendaki rezeki dari mereka”(pangkal ayat 57 surah Adz-Dzariat). Menun- jukkan bahawasanya Allah Ta’ala, Maha Kaya, Maha Sempurna, sehingga tidaklah Dia menghendaki rezeki apa-apa daripada kita makhluk-Nya ini. “Dan tidaklah Aku meminta mereka memberiKu makan.” (hujung ayat 57 surah yang sama). Maka bukanlah Tuhan yang memohon kan apa-apa dari kita, melainkan kitalah yang amat berkehendak kepada-Nya, Tuhan sekalian alam.
Tempat kita berlindung hanya Allah. Dan kita diciptakan adalah semata-mata untuk mengabdiankan diri kepadaNya. “Sesungguhnya Allah, Dialah yang memberi rezeki.” (pangkal ayat 58 surah Adz-Dzariat). Dia yang memberi rezeki, maka itu tidaklah patut manusia memohon rezeki itu kepada yang lain.
Misalnya padi yang tumbuh buat kita makan, tidaklah dia tumbuh di atas setumpuk bumi pun yang bukan kepunyaan Allah. Dan padi itu pun berkehendak kepada air. Air itu pun tidak akan ada kalau tidak ada hujan. Turun hujan pun bukan kita yang mengatur, melainkan Tuhan juga. Jika lama hari tidak hujan, tanah pun kering, tanaman tidak akan tumbuh. Jika hujan itu terlalu lebat, dan sampai berhari-hari, maka timbullah genangan air, air bah, sehingga padi yang hampir masak habis terrendam dan rosak. Manusia tidak ada upaya buat menghambat kemalang-an yang disebabkan banjir, atau air bah itu. Sebab itu Allah itu adalah: “Yang empunyainya kekuatan yang teguh.”(Adz-Zariat 58).
Segala rezeki yang kita terima betul-betul kerana balas kasihan-Nya belaka, sesuai dengan munajat yang diajarkan Rasulullah s.a.w. yang bererti: “Tidak ada yang dapat mengha- langi bagi apa yang Engkau halangi, tidak ada yang kuasa menolak bagi apa yang telah Engkau tetapkan.”
Allah s.w.t. Berfirman yang bermaksud: “Maka sesungguhnya bagi orang-orang yang aniaya itu sudah ada kententuan azab sebagaimana ketentuan kawan-kawan mereka juga. Maka janganlah mereka minta kepadaku agar disegerakan. (Adz-Dzariat ayat 59)
Orang-orang kafir yang mendustakan para rasul itu ada pembahagian seksa yang diuntuk kan bagi mereka sebagaimana pembahagian seksa yang telah diuntukkan kepada kawan-kawan mereka yang telah dibinasakan oleh Allah dahulu seperti: kaum Nuh, kaum ‘Ad dan kaum Thamud. Tidak ada gunanya, kerana ia pasti menimpa mereka baik cepat mahupun lambat.
Ibadat solat kemestian dalam hidup. Solat adalah kebajikan jasad dan rohani kita sebab Allah s.w.t. mewujudkan manusia hanya semata-mata mengabdikan diri kepada Tuhan. Allah s.w.t. berikan segala nikmat hidup kita tanpanya hidup ini tidak akan wujud. Kita menikmati segala rahmat dan nikmat dalam hidup seperti mempunyai mata untuk melihat, mempunyai hati dan iman untuk melihat kekuasaan Allah s.w.t..
Kita dapat bernafas atas adanya organ paru-paru menyedut undara yang mempunyai oksijen kepunyaan Allah. Manusia dapat bernafas atas pergerakan paru-paru yang dipimpin oleh otak kepunyaan Allah s.w.t. dan ia juga menyalurkan darah yang membawa oksigen ke seluruh anggota badan atas pergerakan jantung.
Usus dapat menghadamkan makanan yang dimasukkan oleh anggota tangan melalui mulut kelak menukarkannya kepada energy untuk kemanfatan badan. Mikanisma penghadaman makanan oleh anggota badan yang terlibat adalah semuanya kepunyaan Allah atau Allah s.w.t. yang berkuasa terhadap aktiviti tersebut. Segala keperluan badan untuk hidup juga adalah kepunyaan Allah. Tidak ada dalam jasad manusia itu tidak kepunyaan Allah. Maka itu wajarkah kita mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.?
Ibadat itu diawali atau dimulai dengan IMAN, Ia itu percaya bahawa ada Tuhan yang menjamin kita. Percaya akan adanya Allah ini saja, sudah jadi dasar pertama dari hidup itu sendiri. Maka Iman yang telah tumbuh itu wajib dibuktikan dengan amal yang salih. Iaitu perbuatan yang baik. IMAN dan AMAL SALIH inilah pokok ibadat.
Bila kita telah mengaku beriman kepada Allah s.w.t. nescaya kita pun percaya kepada Rasul-Nya. Maka pesan Allah yang disampaikan oleh Rasul itu kita perhatikan. Perintah-Nya kita kerjakan dan larangan-Nya kita hentikan. Kedua-duanya, perintah dan laranganNya jika kita patuhi merupakan ibadat kepada Allah s.w.t.
Dia Maha Kuasa memberi kita makan. Tetapi misalnya kita kaya-raya, lebih dari cukup sedia harta buat persediaan makanan, namun makanan itu tidak akan boleh dimasukkan ke dalam rongga perut kita kalau misalnya kita sakit. Maka yang empunya kekuatan dan keteguhan atas diri kita itu jelaslah Tuhan jua adanya.
Maka tersebutlah dalam sebuah Hadis Qudsi yang bermaksud: “Dari Abu Hurairah r.a. berkata dia: Berkata Rasul s.a.w., yakni bersabda Allah s.w.t.: “Wahai Anak Adam! Penuhilah hidupmu dengan beribadat kepadaKu, nescaya akan Aku penuhi dada engkau dengan kekayaan dan Aku tutup pintu fakir (miskin) dari engkau. Tetapi jika tidak engkau berbuat begitu nescaya dadamu engkau penuhi dengan rasa bimbang dan tidaklah akan aku tutup pintu kemiskinan engkau.” (Riwayat al-Imam Ahmad, Termidzi dan Ibnu Majah)
Berdasar kepada Hadis ini dapatlah kita mengambil kesimpulan bahawasanya kesetiaan beribadat kepada Tuhan adalah menjadi kekayaan sejati bagi seorang mukmin. Kerana hati yang lapang dan fikiran yang tidak pernah merasa bimbang dan ragu akan pertolongan Tuhan melebihi dari segala kekayaan hartabenda.
Sujud merupakan sesuatu amalan yang membantu melapangkan jiwa supaya bersih dan ini adalah salah satu jalan ke syurga. Bagi maksud ini terdapat riwayat Imam Muslim daripada Abi Abdul Rahman bahawa Thauban (maula Rasulullah) berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu berbanyak sujud, kamu tidak bersujud kepada Allah kecuali Allah mengangkat darjat kamu dengan sujud tersebut dan Allah membuang kesalahan kamu dengannya.”
Sujud yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam Hadith-hadith Baginda bukanlah semata-mata perbuatan yang kita sedia maklum tetapi sujud sebenarnya ialah perbuatan tersebut diiringi dengan satu pengertian yang mendalam dalam jiwa yang tertanam dalamnya kebesaran Allah s.w.t. dan keagungan-Nya, rahmat dan kasih sayang-Nya yang membawanya tunduk secara mutlak kepada Allah Yang Gagah Perkasa. Keagungan Allah dan tunduk patuh secara mutlak kepada rahmat Allah, tersimpul dalam risalah Islam iaitu suruhan-suruhan dan larangan-Nya.
Justeru itulah risalah Islam, perkara-perkara wajib sama ada berupa suruhan mahupun larangan adalah rahmat untuk sekalian alam. Firman Allah s.w.t. kepada rasul-Nya yang ber- maksud (terjemahan): “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah al-Anbiya: 21 : 107).
Apabila sujud ini merupakan ibarat daripada ketundukan dan kepatuhan, maka ia merupakan ibadat iaitu yang bermakna tunduk kepada dan patuh kepada Allah s.w.t.. Itulah jalan ke syurga dan lebih daripada syurga iaitu ‘hampir kepada Allah s.w.t.. Firman Allah (terjemahan): “Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal saleh)! (Surah al-‘Alaq 96 : 19)
Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud (terjemahan) “Sehampir-hampir hamba kepada Tuhan-Nya ialah ketika ia sedang sujud.”
Tingginya darjat sujud dapat dilihat apabila sembahyang itu sendiri disebut sebagai ‘sujud’. Solat al-Duh juga dikenali sebagai Sujud-al-duh. Dengan itu Allah menyifatkan orang yang membuktikan ketundukannya kepada Allah dan patuh kepada perintah-Nya dengan berfirman, (terjemahan):“Sesungguhnya yang benar-benar beriman kepada ayat-ayat ketera- ngan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka tidak bersikap
sombong takbur.” (Surah al-Sajdah 32:15)
Perintah sujud kepada Allah dipatuhi oleh satu kumpulan dan mereka menikmati keredhaan Allah. Sementara terdapat seorang yang enggan mematuhinya lalu Allah melimparkannya jauh daripada nikmat-Nya.
No comments:
Post a Comment