Saturday, December 8, 2012

MERASA REDA DAN SYUKUR TERHADAP NIKMAT KEINDAHAN ALAM

 (Disiarkan pada 8. 12. 2012)
Allah s.w.t. dalam wahyu-Nya petama yang disampaikan kepada manusia (Muhammad), melalui Malaikat Jibril, menyeruh manusia supaya membaca. Ia mengulangi tiga kali apabila Baginda Nabi menyatakan dia  tidak pandai membaca! Allah s.w.t. memerintahkan manusia supaya membaca kalam Allah yang tercipta oleh-Nya iaitu alam ini dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang ditarbiahkan dalam dokumen wahyu atau kalam Allah yang terucap iaitu al-Quran.
                Berpangkal daripada membaca dan memahami kejadian diri manusia itu sendiri, kemudian dimurnikan dengan ilmu yang tercipta iaitu alam ini dengan segala kemanfaatannya kepada kehidupan, felosofi pembangunan insan mempunyai kesarasian antara kedua-dua alam tersebut. Membaca alam yang tercipta oleh Allah amatlah diperlukan bagi setiap insan kerana Allah tidak mewujudkan sesuatu itu tanpa kemanfaatan kepada kehidupan.
                Manusia diciptakan Allah lengkap dengan fasilitinya untuk menangani disiplin pemba- ngunan alam maka itu Allah mengamanahkan tanggungjawab sebagai khalifah-Nya untuk memakmurkan alam kehidupan. Manusia dilengkapkan Allah dengan kekuatan mental untuk berfikir mentafsirkan dan mengola pembangunan alam sejagat demi kemanfaatan pada kehidupan berbagai jenis makhluk yang ada di alam ini.
                Melaksanakan amanah Allah dengan jujur dan ikhlas akan membawa manusia merasa redha dan syukur terhadap nikmat keindahan alam. Inilah tanggugjawab  manusia yang mendekatkannya  kepada Zat yang Maha Pencipta. Manusia, dengan kemahiran berfikir serta berbekalkan dengan fitrah mempunyai nafsu syahwat, maka ia mampu mengolah pembangunan mengikut sunatuallah.
                Indahnya alam kepada kemanfaatan kehidupan makhluk Allah, khusus kepada manusia kerana dapat membekalkan berbagai nikmat dan rahmat Allah s.w.t. kepada makhluk yang ada di alam ini. Kewujudan mata hari yang memancarkan suraiannya ke bumi memberi tenaga kepada segala tumbuh-tumbuhan untuk memproses makanan yang dikenali sebagai photosyantesis.
                Setiap makhluk yang hidup memerlukan oksigen untuk bernafas. Oksigen membantu makhluk untuk memecakan makanan dan mengelurkan gas  carbondioksida. Semua proses ini adalah kekuasaan Allah s.w.t. maka itu setiap manusia wajar redha dan bersyukur terhadap nikmat Allah  kepada kehidupan.
                Alam tumbuh-tumbuhan menghijau menyirami keindahan alam menyeronokkan pada mata memandang, disediakan Allah kepada manusia untuk memanfaatkannya. Buah-buahan mengelurkan buah yang manis mempunyai zat pembangunan kepada kesihatan sebagai kekuatan diri melaksanakan ibadah kerana Allah.
                Hujan turun dari langit membasahi bumi memberi kemanfaatan kepada alam tumbuh-tumbuhan dan segala makhluk yang hidup di bumi. Air yang mengandungi nisbah dua hydrogen dan satu oksigen (H2O) membekalkan tenaga kepada kehidupan untuk memprose makanan dalam badan demi mengekalkan kesihatan sebagai pemangkin melaksanakan ibadah kerana Allah.
                Bumi, di mana kehadiran udara yang bersih mengandungi gas oksigen, carbondioksida, hydrogen dan gas-gas yang lain membolehkan makhluk hidup di merata tempat di permukaan bumi. Tarikan bumi membolehkan segala makhluk yang ada di permukaannya dapat berjalan di atas bumi dengan mudah, selesa  dan  pantas mencari nafkah hidup yang ditaburkan Allah di bumi-Nya ini.
                Agak susah hendak membayangkan betapa sukarnya hidup di atas bumi ini jika tidak ada tarikan bumi kepada segala makhluk yang hidup di atasnya seperti halnya keadaan di permukaan bulan di mana gas oksigen dan tarikan bumi tidak ada. Allahuakbar! Allah sahaja yang mengatahui segala kemanfaatan hidup yang disediakan di alam dunia ini.
                Kejadian siang dan malam wajar dipergunakan sebaik mungkin demi kemanfaatan kepada pembangunan kehidupan. Pengurusan waktu dalam ketaatan  kepada Allah s.w.t., di mulai sejak terbit fajar shadiq (iaitu sinar yang memecakan kegelapan malam di atas ufuk menjelang kedatangan waktu subuh). Saat itulah awal minimum kita beribadah, walaupun sebaiknya dimulai sejak sepertiga akhir malam.
                Mendirikan solat wajar dilakukan dengan khusyuk. Ulama menyatakan bahawa khusyuk ialah  menghimpun seluruh  rasa kebesaran Allah (haibah), serta berpaling daripada sesuatu selain Solat. Dalam erti ini tersimpan kesan bahawa khusyuk adalah satu istilah bagi perbuatan hati dan anggota badan zahir.
                Orang yang solat dengan khusyuk, hatinya tidak hadir pada sesuatu selain solat. Demikian juga anggota badan lahir pada suatu selain solat. Demkian juga anggota badan lahir tidak bermain-main dengan salah satu gerakan atau ucapannya.
                Yang dapat  mendorong kita khusyuk dalam solat antara lain menyedari bahawa saat solat, kita berada di hadapan si Maha Raja Diraja yang mengetahui hatinya hati (sir) dan yang sangat tersembunyi. Kita bermunajat kepada-Nya. Kita menyendiri bahawa, apabila kita tidak khusyuk dalam solat, maka  dengan sifat memaksa-Nya, Allah akan menolak solat dan memberi sangsi kepada kita.
                Kerana itulah, jelas Syaikh Muhammad Nawawi berkata, kita harus berusaha bersung guh-sungguh menjaga kehadiran hati dalam solat sejak awal hingga akhir. Apabila dapat menjaganya, kita akan memperoleh banyak kelebihan. Kehadiran hati dalam solat dapat menyinkap hijab. Sedang orang yang solat tanpa kehadiran hati, sama dengan orang melamun, begitulah dikatakan Umar Al-Suhrawardi.
                Keredhaan kita  serta merasa syukur terhadap kewujudan alam ini di mana tumbuhnya punca kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat wajar menjadi pemangkin jiwa melaksana kan ibadah kerana Allah. Allah wujudkan segala makluk di cakerewala alam, semestinya ada manfaatnya kepada kehidupan. Ia menjadi sumber harta yang membina hidup yang bertemadun.
                Harta berasal dari dua sumber, iaitu dari pencarian sendiri yang ada di alam ini; dan kedua  adalah harta yang diterima dengan tiba-tiba, dari pemberian orang, atau beroleh warisan dan mendapat dengan tidak disangka-sangka.
                Harta pencarian yang diusahakan, didapat dari dua sumber pula, halal atau haram. Kalau nyata bahawa barang itu halal, ambillah. Tetapi kalau haram sekali-kali jangan didekati, sebelum terbiasa. Sebab kalau telah terbiasa memakan harta yang haram, amatlah sukar mengubahnya, yang menyebabkan budi pekerti rosak binsa. 
                Kalau amat sukar memperolehi sebenar-benar yang  halal, seperti pada masa sekarang  melainkan dengan susah payah,  ambillah yang paling ringan haramnya, dan yang paling banyak halalnya. Sebab yang haram boleh jadi rikhsah (dibolehkan), kalau memang nyata  tidak ada lagi jalan. Tetapi ikhtiar tidak boleh diputuskan.
                Padomannya ialah hati sanubari yang bersih. Untuk kebersihan hati jangan putus hubungan dengan Tuhan.
                Setelah dijaga hati-hati sumber harta benda yang akan masuk ke dalam perbendaharaan, hendaklah jangan pula ke mana harta itu dikeluarkan. Menafkahkan harta tidak semuanya terpuji dan tidak semua tercela. Yang terpuji ialah harta yang dinafkahkan kepada sedekah yang perlu, atau memberi belanja anak isteri menurut mestinya. Memandang bahawa harta benda  yang ada itu, bukanlah buat keperluan diri sendiri, tetapi untuk keperluan sesama manusia.
                Yang tercela ialah terlalu berlebih-lebihan dan terlalu berkurang-kurangan. Terlalu berlebih-lebihan ialah orang yang berbelanja lebih daripada penghasilan, sehingga tidak sepadan dengan kekuatan dirinya; melupakan yang lebih penting lantaran memperturutkan nafsu mencari yang tidak penting. Suasana sekeliling menyebabkan mencari yang tidak penting.
                Terlalu berkurang-kurangan ialah tidak mahu menafkahkan harta pada yang mesti atau mengurangi dari yang perlu. Orang seperti ini kurang faham tentang kurnian Tuhan kerana apa yang diperolehi dari usahanya adalah ganjaran Allah kepada perlaksanaan ibadah sebagai tawakal.
                Kata-kata pujangga bahasa Inggeris “Ask and you will be given and knock you will be entered.” Lebih kurang maknanya “minta dan anda akan diberi; ketuk pintu dan anda akan dimasukkan”. Meminta dan mengekutuk pintu merupakan tawakal atau usaha untuk memelukan sesuatu pertolongan
                Merasa redha dan syukur terhadap nikmat kehadiran alam perlu kita curahkan usaha sebelum ganjaran dari Allah dapat diperolehi. Menanam padi merupakan ibadah. Bakti yang kita curahkan untuk memanfaatkan bumi adalah tawakal kepada Allah s.w.t. Bukan hanya itu sahaja tetapi pemberian alam kepada pembangunan kehidupan kita bersyukur maka itu usaha untuk menjaga dan memelihara pemberian itu adalah yang amat penting.
                Mengambil air sebagai contoh, setiap manusia memerlukan air dalam segala hal kehidupan. Kita gunakan air untuk minum; air juga diperlukan untuk tumbuh-tumbuhan; air juga boleh digunakan dalam system menjana elektrik untuk memutarkan hidro demi mengeluarkan tenaga elektrik.            
Air dan udara adalah keperluan utama setiap yang bernama hidup. Keperluannya dalam hidup memerlukan usaha manusia menjaganya supaya jangan banyak membazir air dan juga menjaga kebersihan air dan udara agar ia tidak dicemari dengan berbagai kerenah manusia. Menjaga dan memelihara kebersihan alam bermakna kita redha dan bersyukur atas pemberian Allah dalam membangunkan kehidupan.
Kesempurnaan syukur itu sebenar-benarnya  suatu budi  yang luhur tinggi. Orang yang bersyukur itu adalah orang yang menghargai nikmat. Menghargai nikmat, menunjukkan kepada ketinggian budi dan berhaklah orang yang bersyukur itu untuk memperoleh tambahan nikmat itu. Orang yang tiada besyukur, dinamai orang yang kufur (tidak tahu dan tidak mahu menghargai nikmat).
Al-Quran dan Al-Hadis telah memberikan tuntunan yang sejelas-jelasnya dalam hal bersyukur, baik bersyukur ke hadirat Allah atas rahmat-rahmat-Nya yang tidak terhitung hingga itu, mahupun bersyukur kepada sesama manusia. Lebih jauh, syukur itu melengkapi kepada beberapa makna:
Pertama, merasa gembira atas sesuatu pemberian atau pertolongan seseorang yakni atas keihsanan orang itu. Kedua, menyatakan kegembiran itu dengan ucapan dan perbuatan. Ketiga, memelihara pemberian atau pertolongan itu dengan sebaik-baiknya dan dengan semestinya, serta mempergunakan menurut cara utama yang dikehendaki oleh yang memberi nikmat atau pertolongan itu sendiri.
Membalas pemberian atau pertolongan-Nya, ialah dengan mempergunakan nikmat-nimat yang telah Allah berikan dengan cuma-cuma itu pada tempat-tempat yang dikehendaki dan menurut cara-cara yang diredhai oleh Allah sendiri. Dan membalas pemberian dengan pemberian atau pertolongan dengan pertolongan dan sekurang-kurangnya dengan doa yang baik saja.
Murnikan hidup anda di alam ini dengan redha dan syukur terhadap nikmat keindahan alam yang berupa rahmat Allah s.w.t. kepada hambah-Nya. Laksanakan kekhalifahan anda
sekhlas-ikhlas yang boleh agar terjamin ganjaran pahala dari Allah s.w.t. yang amat Pengasih dan Amat penyayang itu sebagai tikit untuk memasuki syurga Firdaus.

No comments:

Post a Comment