(Disiarkan pada 31. 12. 2016)
Apakah yang dimaksudkan dengan kebahagian
hidup? Adakah kebahagiaan itu berlan- daskan
kepada kedudukan atau kekuasaan
yang telah diamanahkan kepada kita? Adakah kebahagiaan itu diperolehi bila
menjadi seorang artis terkenal? Adakah kebahagian itu diperolehi apabila kita mempunyai kekayaan
harta benda di dunia? Semua persoalan ini perlu diteliti agar nikmat kebahagian
itu tidak di landasan kekufuran. Kebahagian hidup wajar diterjemahkan dalam pembangunan kehidupan
dunia dan akhirat.
Apabila manusia mempunyai
kelebihan nikmat hidup yang dianugerahkan
Allah s.w.t. harus disajikan dengan perasaan kesyukuran agar kita tidak didekati oleh kekufuran terhadap
nikmat tersebut. Jika kebahagian itu disajikan dengan keangkuhan atas dasar
memikirkan ianya adalah hak mutlaknya
dan tidak ada kena mengena dengan
kekuasaan Allah, maka kebahagian yang diperolehi sebenar merupakan satu
perasaan yang membawa hidup itu sentiasa cemas kerana kekhuatirannya terhadap
keselamatan diri terancam.
Semua manusia dijadikan Allah
dengan berbagai fitrah hidup yang membolehkannya hidup lebih menyerlah
berbanding orang lain. Fitrah hidup yang dianugerahkan Allah membuatnya merasa
bahagia tanpa bersyukur kepada amanah tersebut dan lupa akan Allah yang telah
menghadiakan kelebihan hidup tersebut di dunia.
Fitrah sebagai orang yang terkaya di dunia
seperti seorang bangsa Yunani bernama Onassis; Fitrah hidup dengan mempunyai
kehebatan dalam dunia seni suara dan perfilman seperti pelakon terkemuka dunia bernama Marlyn Monroe;
atau seperti Micheal Jakson, seorang artis yang jutawan di dunia seni suara
yang telah mengoda pemuda dan pemudi mahupun orang dewasa seluruh dunia.
Kesemua individu berkenaan merasakan
kekayaannya itu satu kebahagian yang akan membawa mereka ke dunia akhirat! Tetapi, tanpa merasa
syukur kepada Allah s.w.t. kebahagian itu hanya bersama kita buat semantara
waktu sahaja. Kadang-kadang kebahagian itu melahirkan satu bentuk kehidupan
yang amat menduka citakan.
Hidup dengan kekayaan dunia seperti
halnya Raja Tanker Yunani bernama Onassisi, yang mempunyai perusahaan perhotelan yang terbesar di dunia
seperti di Paris, London,, New York. Dan bukan itu sahaja malah ia mempunyai
kapal tangki minyak sebelas buah. Kekayaannya membolehkan ia membelih sebuah
pulau yang dinamakan pulau Skopio. Beliau
mempunyai dua orang anak, bernama
Alezander Onassis dan Maria Onassis.
Anak lelakinya Alexande Onassis mempunyai budaya jetset. Ia
mempunyai hobi yang tidak ada dimiliki oleh anak-anak lain di dunia. Bapanya
membekalkannya sebuat jet sebagai permainannya. Dalam kegairahan bermain jetnya,
malang tidak berbau’ jet yang dipandunya hilang kawalan maka ia terjun ke
bumi mengakibatkan kematian satu-satunya anak lelaki yang bakal mewarisi kekayaan
bapanya.
Tinggallah seorang anak perempuan. Ia
mempunyai amalan hidup yang merasa dirinya hebat dari segala-galanya di muka
bumi ini. Ia mempunyai teman lelaki yang
sering bertukar ganti. Akhirnya tidak ada yang setia. Dalam keadaan demikian
mengakibatan kemusnahan jiwanya dan mengambil keputusan mengakhiri hidupnya
dengan mengambil ubat tidur “Overdosed”.
Maka tamatlah riwayat ke dua anak kesayangan dan meninggalkan bapa keseorangan
dengan kekayaannya.
Dengan jiwa yang kosong tidak tahu apa
nak dibuat dengan kekayaannya yang dianggapnya sebagai kebahagiaannya, maka ia
menyepi diri di pulau Skopionya. Tanpa
diketahui oleh orang, telah didapati mati di kolamnya di pulau yang indah itu,
maka keluarga Onassis berakhirlah di situ dan yang tinggal di dunia ialah
hartanya (kebahagiaannya).
Adakah kebahagian itu terletak
kepada kehebatan seseorang itu dalam
dunia seni suara dan perfileman seperti pelakon terkenal Marlyn Manroe atau
biasa dipanggil MM. Kehebatannya telah terbokti seluruh dunia dalam seni suara
dan juga dalam dunia perfileman
kerana
suaranya yang merdu serta raut wajahnya
yang memikat setiap manusia yang bersua dengannya. Dia mempunyai teman lelaki
yang silih bertukar ganti. Beliau merasakan kehebatan hidup yang tidak terkira
baginya.
Dalam perjuangan hidup beliau sentiasa
memburu seorang jejaka yang boleh membawa kebahagian yang abadi. Tetapi kesemua
teman lelaki bagikan kapal yang singgah di pelabuhan sahaja. Mereka datang dan
pergi begitu sahaja dan berterusan sehingga artis yang amat cantik itu menemui ajalnya dengan memakan pil tidur
berlebihan.
Seorang lagi artis terkenal yang telah
menggoda hati para pemuda dan pemudi mahupun orang dewasa di seluluruh dunia
ialah Micheal Jakson. Beliau merupakan seorang artis yang jutawan di dunia seni
suara. Tetapi hidupnya sentiasa diburu oleh perasaan takut kalau-kalau jiwanya
terancam akibat kehebatannya itu.
Maka itu rumahnya dikelilingi tembuk
yang tinggi dan kawalan yang rapi. Tidak cukup dengan itu disediakan lagi
beberapa ekor anjing yang garang sebagai penjaga untuk mengelakkan sebarang
pencerobohan. Apabila dia keluar, selain dari pengawal peribadinya, dia
juga mempunyai pakar (doktor) untuk menjaga
makanannya dan yang dihidang di mana sahaja ia berada. Dia tidak ada kebebasan
dalam hidup kerana sentiasa diburu oleh perasaan tidak selamat.
Pada suatu hari di rumah mansionnya, semasa sedang membuat persediaan
untuk ke Landon menerima undangan membuat persembahan di sana, Micheal Jakson
tiba-tiba menemui ajalnya tanpa diketahui sebab-sebabnya. Ajal seseorang akan
datang bila-bila masa sahaja tidak kira apa kedudukan kita sama ada seorang
yang terkenal dari segi seni suara atau penampilan kita menyerlah di peringkat
antara bangsa, apabila Allah mengambil balik jiwa kita maka tidak ada yang
boleh menghalangnya!
Ketiga-tiga contoh yang dikemukakan menunjukkan bahawa
kebahagian itu bukan terletak kepada kekayaan, kecantikan raut wajah mahupun
kehebatan dalam seni suara tetapi kebahagian itu adalah bermuara dari hati yang
suci dan sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. terhadap amanah yang diberikan dan
sentiasa mengingati-Nya.
Baginda Rasul Nabi Muhammad saw adalah
contoh terbaik bagi umat manusia yang telah membudayakan kebahagiaan hidup yang tidak ada tolak
bandingnya di muka bumi ini. Baginda Rasulullah s.a.w. meletakkan kebahagian
itu di atas dasar ketakwaan kepada Allah s.w.t. dan meminggirkan segala
keutamaan kebendaan yang menjemput keseronokan hidup di muka bumi ini.
Cinta Rasul kepada umatnya merupakan agenda utama untuk mengejar
kebahagiaan, sehingga baginda mengatakan “Kalau
umatku menjadi kaya biarlah aku orang yang terakhir merasa kenyang, dan jika
umatku menjadi miskin biarlah aku orang
yang pertama merasa lapar.”(Hadith sahih)
Ini bermakna, betapa bahagianya
ia apabila umatnya senang. Beliau sentiasa berdoa kepada Allah untuk keselamatan umatnya dan
tidak seorang pun dikecualikannya untuk menikmati kebahagian hidup. Doa yang
selalu baginda ucapkan ialah: “ Ya Allah
hidupkan aku dalam keadaan miskin; matikan aku dalam keadaan miskin,; dan
kumpulkanlah aku di akhirat nanti
bersama-sama orang yang miskin.”(Hadith sahih)
Doa ini menggambarkan kepada kita bahawa kebahagian itu adalah pancaran dari “Hablumminannas”, iaitu hubungan kita
sesama umat, tidak kira darjat dan keturunan, manusia itu semuanya hamba Allah.
Hubungan kasih sayang antara sesama umat
atau yang biasa dikenali sebagai ukhuwah kemanusiaan, merupakan kunci
kebahagiaan dan Allah sangat sayangkan hamba-Nya yang sentiasa memelihara
kebajikan orang lain.
Manusia adalah makhluk bersosial;
dan dia hidup bermasyarakat. Hidup seorangan tanpa teman tidak menjemput
kebahagiaan, seperti halnya manusia pertama Adam merasa dirinya kesunyian hidup
di syurga Allah walaupun segala keperluan hidup tersedia tanpa memerlukan
tenaga untuk menyediakannya. Maka itu, oleh Allah di wujudkan Hawa dari
tulang
rusuk sebelah kiri Adam maka bersinarlah perasaan Adam melihat mempunyai
teman
hidup
di Syurga.
Dari pengiktirafan masyarakat
umum terhadap perolehan-perolehan atau kejayaan-kejayaan dalam menangani hidup
akan terpancarlah kebahagian yang menerangi jiwa membina empangan membentingi
manusia dari budaya mementingkan diri. Susunan disiplin pemikiran yang
mendukung kebahagian akan menuju kepada hubungan manusia dengan Allah atau yang
biasa dikenali sebagai “Hablumminallah”. Maka itu kebahagian
dunia dan kebahagian akhirat dapat diperolehi dengan menempuh khidupan yang
sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t. Insyallah!
Kebahagian hidup yang diperolehi
dalam menangani ukhuwah kemanusiaan
kelak melahirkan hubungan kita dengan Allah atau Hablumminallah akan bersama
kita dari dunia hingga akhirat. Berbanding dengan kebahagian yang diperolehi
melalui fitrah seperti seni suara, kekayaan dunia, kebolehan-kebolehan tertentu
yang dianugerahkan Allah tanpa kesyukuran kepada-Nya merupakan kebahagian yang
sementara di dunia sahaja.
Daya intelek merupakan nikmat
yang diberi oleh Allah kepada manusia sebagai amanah. Manusia disuruh menggunakan
amanah itu untuk beribadat kepada Allah. Ibadah dalam pengertian yang luas
merupakan mekanisme bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Menurut ajaran Islam, manusia akan mencapai kebahagaian hidup sekiranya mereka
berjaya menghadapi ujian Allah.
Ujian tersebut diadakan semata-mata untuk meningkatkan tahap
penghakikian dan pengembangan potensi
kekuatan semula jadi manusia. Jestru, manusia yang berjaya meng- hadapi ujian
Allah ialah manusia yang pintar cerdas dalam erti kata sebenar. Mereka memang
layak untuk memperoleh kedamaian,
keselamatan, dan kesejahteraan, pendik kata kebahagian hidup di dunia dan di
akhirat.
Daya intelek bukanlah milik
manusia secara mutlak, tetapi daya itu diberi kepada manusia sebagai suatu amanah. Oleh itu,
setiap manusia perlu menggunakan daya intelek dengan sewajarnya. Malah, daya
intelek boleh dianggap sebagai satu bentuk ujian yang diadakan oleh Allah untuk
menentukan tahap keimanan dan ketakwaan manusia.
Misalnya, Allah menguji orang
yang pintar cerdas dengan daya kepintarannya, supaya terbit rasa syukur dan
berterima kasih daripada orang tersebut terhadap pemberian Allah. Begitu juga,
Allah menguji orang yang kurang pintar dalam sesuatu bidang kehidupan dengan
kekurangan daya kepintarannya, supaya terbit rasa sabar dan tabah untuk terus
menuntut ilmu.
Jesteru, pemberian daya intelek dalam
suatu bidang kehidupan bukanlah semestinya menandakan bahawa Allah menyayangi
diri dan amalan seseorang. Begitu juga, kekurangan daya intelek dalam sesuatu
bindang kehidupan bukanlah Allah membenci diri dan amalan
seseorang. Semuanya merupakan ujian Allah. Dalam konteks ini,
pengembangan dan penggunaan daya intelek menurut prinsip yang telah ditetapkan
oleh Syariah Islam merupa kan suatu
tanda manusia telah lulus dalam ujian tersebut.
Individu pintar cerdas merupakan
individu yang menyepadukan keperluam roh dengan keperluan jasad, unsur mutlak
dengan unsur relatif, dan kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Bagi mereka,
setiap aktiviti hidup perlu berorientasikan nilai murni, dengan matlamat asas
untuk memaximumkan nilai dan etika Islam.
Dalam melaksanakan aktiviti hidup, aspek kerohanian yang
merupakan juru mudi kepada perkembangan
akhlak diutamakan, manakala aspek lain seperti pembangunan ekonomi,
kemajuan kebendaan, dan penguasaan teknologi moden adalah penting untuk
melegkapkan akhlak tersebut. Dengan lain perkataan, pembangunan ekonomi,
kemajuan kebendaan dan penguasaan teknologi moden adalah untuk kepentingan
manusia, dan bukan sebaliknya.
Untuk mngukuhkan lagi pengkonsepan
tentang individu pintar cedas, Allah berfiman dalam Al-Qur’an surah Al-A’raf
ayat 7:179 yang bermaksud (terjemahan)
“Sesungguhnya
Kami telah sediakan untuk isi neraka sebahgian besar jin dan manusia, sebab
mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya, mempunyai mata
tetapi tidak mahu melihat dengannya, dan
mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti
binatang ternakan, malahan lebih sesat lagi. Mereka merupakan orang-orang yang
lalai.”
Pendengaran, penglihatan, dan akal
merupakan alat bagi mengembangkan potensi kekuatan semula jadi manusia.
Kekuatan yang sebenar anya diperolehi apabila alat-alat tersebut digunakan secara konstruktif mengikut prinsip
yang telah diteta oleh ilmu wahyu. (Al-Quran dan Sunnah) Dalam konteks ini ,
Ilmu ahyu berfungsi mensucikan akan dengan cahaya petunjuk Allah untuk
membolehkan akal tersebut menjadi sumber ilmu yang boleh dipercayai.
Kebahagiaan itu harus dijadikan
sebagai alat dalam menangani hidup dan agama sebagai matlamat. Walaubagaimana
pun apa yang berlaku di pentas pembagunan manusia ialah mengejar kebahagian
ialah kekayaan dan kejayaan itu
dijadikan sebagai malamat hidup dan akidah sebagai alat, maka itu kelezatan
kebahagiaan sukar dirasai.
Dalam erti kata lain jika
kebahagiaan itu dijadikan sebagai matlamat hidup maka manusia telah mengkufuri
nikmat kebahagian itu sendiri. Mereka memikirkan bahawa kebahagian itu adalah hak mutlak mereka dan bukan amanah
dari Allah s.w.t..
Kufur kepada nikmat yang diberi
oleh Allah s.w.t. telah membelakangi kekuasaan Tuhan yang telah mengatur alam
ini untuk manusia memanfaatkan segala fitrahnya. Maka itu tahap-tahap
pencapaian tidak akan memberi kepuasan diri dan sentiasa tamak untuk
memperolehi segala sesuatu tanpa memikirkan kebahagian orang lain.
No comments:
Post a Comment