Friday, November 25, 2016

HIDUP MULIA DAN SEMPURNA DI ATAS LANDASAN ISTIQAMAH

 (Disirkan pada 25. 11. 2016)
               Disiplin pembangunan kehidupan manusia jauh lebih komplek berbanding makhluk-makhluk lain  di alam ini. Manusia hidup dengan kehadiran jiwa atau nyawa atau yang selalu dipanggil  roh. Allah ciptakan manusia daripada tanah kemudian ditiupNya roh ciptaanNya ke dalam jasad yang terbentuk daripada tanah maka jadilah makhluk bernama manusia.
               Manusia hidup mempunyai dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Jasmani bersifat wujud atau nyata, manakala rohani pula tidak nyata tetapi kehadiriannya dalam kehidupan manusia sangat menentukan pembangunan kehidupan. Kedua-dua unsur tersebut memerlukan kebaji kan yang bersesuaian dengan unsur berkenaan. Dan Kedua-dua kebajikan tersebut wajar dipelihara untuk kelangsungan hidup seorang insan di dunia.
               Untuk mewujudkan kehidupan manusia, Allah bekalkan dengan akal dan kemahiran berfikir. Akal yang berfungsi sebagai rasul dalam diri individu akan menyalami fenomena alam kehidupan berpandu kepada akidah Islam yang diturunkan (diwahyukan) Allah kepada manusia (Muhammad) sebagai agama yang benar. Islam adalah Ad-din atau cara hidup manusia berlandaskan keredaan Allah s.w.t. sebagai penciptanya.
               Maka itu agama Islam adalah falsafah pembangunan umat pada kedua-dua unsur jasmani dan rohani. Pembangunan jasmani atau biasa dikenali sebagai pembangunan dunia menitik beratkan kepada pengolahan kehidupan di dunia demi mendapatkan ganjaran pahala dari Allah s.w.t. sebagai bekalan hidup di akhirat kelak, satu kehidupan yang abadi dan bahagia.
               Pembangunan rohani berlandaskan disiplin perlaksanaan ibadat kerana Allah. Rukun hidup yang menzahirkan pembangunan rohani ialah iman dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. sebagai tiket untuk masuk ke syurga Allah sebagai matlamat hidup manusia sebenar. Untuk mendapat keredaan Allah s.w.t. masuk ke syurga-Nya semestinya kita melaksanakan kehidu- pan yang mulia dan sempurna di atas landasan yang istiqamah semasa hidup di dunia. 
               Landasan hidup yang mulia dan sempurna ialah Islam sebagai agama Allah. Akidah Islam menitik beratkan hubungan erat antara manusia dengan Allah atau yang dikenali sebagai hublumminallah. Walaubagaimana pun untuk mengeratkan hubungan tersebut kita wajar bermuara  dengan hubungan sesama manusia atau yang biasa dikenali sebagai hublum minnas semasa hidup di dunia.
               Para ulamak khusus zaman Acheh, seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Al-Sengkel dan lain-lain mengenali Tuhan, setelah terlebih dahulu mengenali diri sendiri. Berfikir dan mengkaji mengenai kemanusiaan dan kerohanian merupakan satu strategi untuk mengenali diri kelak akan membawa kita ke dimensi mengenali Tuhan yang Maha Pencipta..
               Agama adalah bersifat spritual. Amalan yang dilakukan dinilai dengan pahala dan nilai amalan itu dapat disimpan dalam bentuk pahala, dan pahala yang menyimpan nilai itu dapat ditukar dengan keperluan rohaniah.
Rohaniah itu adalah ghaib dan menyatakan diri dengan sepenuhnya di akhirat nanti. Oleh kerana itu pahala laku di alam ghaib (ghaib bagi manusia di dunia kini) iaitu di akhirat.  Dengan mempergunakan istilah wang dengan dayanya, dapat pula kita katakan, pahala “membelih” senang dan selamat di alam ghaib.                                                                                                                                     
               Pahala dan dosa  merupakan dua fenomena kehidupan yang mempunyi makna yang bertentangan antara satu sama lain. Persamaanya hanya terletak kepada pangkal kewujudan nya. Pahala dan dosa merupakan penghasilan ibadat seseorang dalam menangani pembangunan kehidupan samada jasmani mahupun rohani.
               Kemuliaan dan kesempurnaan hidup menyuburkan pahala atau dalam erti kata lain kebajikan kepada rohani kelak akan mendekatkan hidup kita kepada Allah s.w.t. Tetapi oleh kerana kelemahan manusia sebagai insan maka penghasilan ibadatnya akan jatuh dan menghasilkan dosa yang menjanjikan hidup di akhirat kelak sebagai ahli neraka jahanam.
               Amalan hidup yang akan mengheretkan kita ke lembah kehinaan merupakan agenda
yang menjadi perjuangan dalam hidup untuk melawan kelemahan dan kefasikan makhluk Iblis dan Syaitan menjalankan ibadatnya untuk menyesatkan manusia demi memenuhi janjinya kepada Allah s.w.t. setelah Iblis dan Syaitan disingkirkan Allah dari syurga akibat kesombongan nakhluk tersebut.
               Sifat angkuh terhadap manusia adalah sifat Tuhan Allah yang menciptakan manusia dengan sempurna, dan telah mentakdirkannya kemudian memberi petunjuk hidayahNya, dan Dzat yang apabila berkehendak, lalu Ia memaksa, dan apabila cahayaNya bersinar, maka tunduklah seluruh hati manusia.
               Allah berfirman dalam surah Al-Jatsiyah ayat 45:36-37 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Segala puji-pujian bagi Allah pemilik langit dan pemilik bumi iaitu Tuhan semesta alam. Segala kesombongan di langit dan di bumi adalah kepuyaannya, Dan Dia Maha Perkasa dan Bijaksana.”     
Sikap merendahkan diri manusia terhadap Allah Tuhan yang menciptanya, adalah sikap yang semestinya dan bukanlah sikap yang salah. Sebab semua makhluk, semua peraturan, kekayaan dan kekuasaan adalah milik Allah sendiri. Demikian juga nasib manusia merupakan pemberian dan bila-bila saja diambil oleh yang memilikNya, tidak ada sesuatu yang dapat menghalang-halangNya.  
               Allah menyebutkan apa yang terkandung di dalam surah Jatsiyah ini berupa nikmat dan ihsan-Nya terhadap hamba-hambaNya serta memberikan dalil-dalil yang berupa kejadian alam dan kejadian diri manusia – untuk membenarkan bahawa di samping adanya kehidupan di dunia ini ada pula kehidupan di akhirat – maka dipuji-Nyalah diri-Nya: Bahawa segala puji-pujian itu adalah khusus bagi Allah, iaitu Tuhan yang menjadi pemilik tujuh petala langit, pencipta tujuh lapis bumi dan mentadbirkan segala isi alam semesta.
Maka kepada Allah sahajalah hendaknya kamu menyembah, mengabdikan dan beribadat dan daripada-Nya sahajalah sumber segala nikmat dan rahmat dan kamu peroleh – bukan daripada benda-benda yang kamu sekutukan seperti patung dan berhala. Maka tiada siap yang layak dan berhak dipuji melainkan Allah.
Bagi Allah segala kesombongan, keagungan dan kekuasaan di alam atas dan di alam bawah. Maka yang selain dari Allah akan tunduk dan berhajat kepada-Nya.
Apabila hamba-hamba Allah dalam keadaan paling suci, mereka tunduk kepada Tuhan Yang Maha Mulia dengan menyedari kerendahan dirinya, tetapi  juga memahami dan menge- tahui batas-batas kemuliaannya, sehingga mereka tidak  ragu dan tidak bimbang menyerahkan haq kepada Penciptanya Yang Maha Agung, yang semua ketentuan-Nya tidak diragukan lagi sedikitpun.
Tetapi seorang hamba yang menghinakan dirinya kepada sesama manusia tidak dibenarkan dan sikap yang demikian adalah salah/bathil. Kerana hal itu termasuk orang yang tidak mengerti harga dirinya, yang menyebabkan ia memikul dosa yang berat.
Seperti juga orang-orang yang sombong, yang mengira dirinya orang kuat, adahal sebenarnya mereka tidak mempunyai daya apa-apa. Oleh kerana itu Islam mengharamkan manusia bersikap sombong dan menghinakan diri kepada sesama manusia. Dan telah mewajibkan kepada setiap muslim agar berusaha dengan jalan-jalan yang dibenarkan syar’ menjadi orang yang mulia kerana taqwanya kepada Allah.
Manusia bersikap sombong hanya terbatas pada hal-hal yang dibenarkan oleh syra’. Sombong terhadap orang-orang yang tidak boleh orang Islam merasa dirinya rendah dibandingkan dengan orang-orang kafir, merasa dirinya rendah kerana silau terhadap kegelapan dunia yang dimiliki oleh orang kafir.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang diriwayatkan oleh Thabrani yang bermaksud:
“Barang siapa yang sedih kerana dunia, bererti ia membenci Tuhannya. Barang siapa yang mengadu kerana mendapat musibah, maka sesungguhnya tempat yang berhak untuk ia mengadu itu, hanya Allah. Barang siapa yang tunduk kepada orang kaya (kerana kekayaan
nya) untuk mendapatkan sebahagian dari hartanya, bererti ia membuat Allah benci. Barang
siapa memberikan Al-Qur’an dan ia masuk neraka, maka Allah menjauhkannya dari api
Neraka.”
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“”Barang siapa yang bergaul dengan orang kaya, lalu ia tunduk kepadanya kerana mendapat harta daripadanya, maka hilang dua pertiga agamanya, dan ia masuk neraka.”
(Al-Hadits)
Setiap muslim hendaknya merasa bangga dengan jiwa, agama dan Allah Tuhannya, dan inilah merupakan tanda kebesaran imannya. Kebanggaan iman adalah kebanggaan seorang mu’min, di mana setiap muslim tidak boleh merasa hina apabila menghadapi siapa saja, dengan manusia berdosa, atau dalam keadaan apapun.
Kebanggaan iman mempunyai daya memberontak terhadap kehinaan, tetapi di dalam nya ada unsur angkuh untuk mengimbangi kerendahan diri, dan ada juga unsur merendahkan diri sebagai  pernyataan pengabdian kepada Allah Tuhan Yang Maha Pencipta.
Firman Allah dalam Al-Qur’an surah Al Fathir, ayat 35:10 yang bermaksud: (terjemahan)
“Barang siapa hendak mencari kemuliaan (keteguhan), maka kemuliaan itu seluruh nya kepunyaan Allah. Kepada-Nyalah akan naik perkataan-perkataan yang baik, sedang amal yang salih pula dimuliakan (diterima)oleh Allah. Dan orang-orang yang membuat tipudaya (merancangkan) kejahatan bagi mereka seksa yang keras, dan tipudaya mereka akan binasa.”
Allah menyatakan, bahawasanya siapa juga  yang ingin hidup di dunia ini dalam keadaan mulia, yakni teguh kehidupannya, dapat berkuasa dan memperoleh kemenangan dalam perjuangan hidupnya, begitu pula siapa yang ingin  menjadi mulia di akhirat  kelak kerana keredaan Allah dan bersenang-senang dalam syurga, hendaklah dia mentaati Allah Taala patuh kepada perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya serta menunaikan segala kewajipan yang dibebankan ke atasnya. Hanya dengan cara demikian tadi akan memperoleh kemuliaan tersebut. Kerana keteguhan, kekuasaan, kemenangan dan kemuliaan sama ada di dunia mahupun di akhirat, semuanya itu adalah kepunyaan Allah.
“Kepada-Nyalah akan naik perkataan-perkataan yang baik.”
Allah swt akan menerima kata-kata yang  yang dilafazkan oleh hamba-Nya, lalu naik kerana diangkat-Nya untuk diterima. Kata-kata yang baik itu ialah yang merupakan:Kalimat Tauhid, iaitu Tidak ada Tuhan melainkan Allah) dan zikir seperti bacaan (Maha Suci Allah,, dan puji-pujian bagi Allah, dan tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah itu maha besar) dan membaca Quran. Sedang amal salih pula dimuliakan (diterima) oleh Allah.
Amal salih itu  mestilah berjiwakan niat yang ikhlas. Amal sedemikianlah yang akan diterima oleh Allah, sedang amal  yang tidak ikhlas pasti tidak akan diberi pahala, malahan yang melakukannya akan berdosa. Maka pekerjaan seperti sembahyang, mengelurkan zakat dan berbuat kebajikan itu apabila dilakukan secara bermuka-muka (riyak) atau supaya dipuji orang, maka Allah tidak  akan menerimanya. Dan apa jua amalan yang dilakukan secara riyak Allah tidak akan menerimanya, bahkan orang yang melakukannya diancam akan dimasukan dalam neraka.
“Dan orang-orang yang membuat tipudaya (merancangkan) kejahatan-kejahatan bagi mereka seksa yang keras.”
Setelah menyebutkan bahawa amal salih itu dimuliakan Tuhan untuk diterima-Nya, maka disebutkan-Nya pula di sini keadaan orang-orang yang membuat tipudaya itu akan mendapat seksa yang pedih pada hari kiamat. Mereka itu ialah orang-orang yang membuat tipudaya kepada kaum Muslimin dengan mengadakan pakatan jahat, untuk melemahkan perpaduan umat Islam dan menjatuhkan kehormatan mereka di mata dunia, tujuannya agar mereka hapus dari alam wujud. Hal yang serupa ini telah pun dilakukan oleh kaum musyrikin Quraisy di Makkah.
Mereka telah berbuat tipudaya yang jahat kepada Rasulullah saw dan pengikut-pengikutnya.  Mereka pernah memboikot Rasulullah saw bersama keluarganya dari suku Bani Hasyim dan Banil Muttalib dengan memulaukan mereka selama tiga tahun, dengan melarang orang ramai mengadakan hubungan seperti kahwin, berjual beli dan sebagainya, kecuali sesudah menyerahkan Muhammad kepada mereka untuk mereka bunuh barulah mereka tidak dipulaukan.
Dan untuk itu mereka tulis surat perjanjian yang digantungkan di Kaabah, menyebab kan Rasulullah saw. bersama kaum keluarganya yang Islam dan juga yang kafir menyisih ke Syi’ib (kampung) Abi Talib berkeadaan hidup yang  perit dan kelaparan, hingga terpaksa memakan daun-daun kayu yang tidak dimakan orang.
Untunglah tulisan dalam surat perjanjian itu terhapus dimakan semut anai-anai hanya yang  tinggal nama Allah, menyebab kan perjanjian itu terbatal dan bebaslah Rasulullah saw bersama kaum keluargnya dari dipulaukan.
Begitu pula kaum Quraisy telah megadakan pakatan jahat di “Darun Nadwah”. Mula-mula mereka bercadang menjarakan rasul tetapi tak jadi, kemudian becadang hendak membuang negeri uga tak jadi, akhirnya memutuska untuk memilih tiap-tiap suku kaum Quraisy seorang pemuda yang akan membunuh rasul beramai-ramai dengan seentak. Kesuda- hannya tipu daya mereka dikecewakan Allah, dan balasannya mereka akan menerima seksa yang besar.

Rancangan jahat yang merupakan tipudaya mereka walau bagaimana pandainya hendak menyembunyikan lambat laun Allah dedahkan juga sehingga rosak binas. Barang siapa merahsiakan sesuatu pakatan, pasti Allah akan memberi balasan, jika pakatan itu baik balasannya pun baik, tetapi jia jahat balasannya tentulah buruk yang akan mendatangkan kehinaan.

No comments:

Post a Comment