Thursday, June 8, 2017

ALLAH CINTAKAN HAMBANYA YANG IKHLAS

 (Disiarkan pada 9. 7. 2017)
               Manusia diciptakan Allah dalam berbagai sifat akhlaknya berpandu kepada bagaimana manusia ia menangani pembangunan jiwanya. Walau bagaimana pun pembangunan diri wajar dimurnikan dengan ilmu dunia dan juga ilmu ukhrowi. Allah cintakan hamba-Nya yang sentiasa mencari ilmu sepertimana yang ditarbiahkan olah Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengingatkan umat manusia bahawa menimba ilmu adalah sepanjang hayat. Ketahuilah bahawa menuntut ilmu sewajarnyalah bermula dari “buaian hingga ke ke liang lahad.
               Manusia diwujudkan Allah S.W.T. dengan satu tujuan iaitu beribadah kepada-Nya. Firman Allah dalam Surah Adz-Dzariat ayat 51:56 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan tiadalah Aku (Allah) menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepadaku.”
               Allah menjelaskan, bahawa tujuan-Nya menjadikan makhluk dari bangsa jin dan manusia tidak ada maksud lain, kecuali untuk memberi tugas kepada mereka supaya menyembah Allah dengan mengabdikan diri kepada-Nya dan mengesakan-Nya – bukan supaya mereka mencari kepentingan hidup di dunia dan bertungkus-lumus untuknya. Kerana mereka tidak memiliki manfaat atau muderat bagi diri mereka, bahkan tunduk kepada qadak-Nya
               Mengikut Ibnu Abbas: Allah menjadikan jin dan manusia supaya mereka tetap beribadat kepada Allah dengan patuh atau terpaksa. Dan kata Mujahid: Supaya mengenal Allah.
               Untuk menyempurnakan ibadat kepada Allah semestinya melengkapkan diri  dengan ilmu pengetahuan agar ibadat kita menepati keredaan Allah S.W.T., kerana ilmu memanusia kan manusia iaitu membina hidupnya agar mengenali antara yang batil dengan yang benar.
Masyarakat  Quraisy, keturunan Nabi Muhammad (s.a.w.), sebelum kedatangan ilmu tauhid yang ditarbiahkan oleh Baginda, mereka hidup seperti makhluk  yang bertopengkan manusia tetapi amalan hidup mereka bagikan haiwan yang tidak mempunyai ilmu. Mereka menyembah tuhan mereka daripada berhala yang diciptakan oleh mereka sendiri. Anak perempuan mereka dianggap sebagai pembawa kesialan kepada pembangunan keluarga dan mesti dibunuh dengan menguburkannya hidup-hidup untuk menebusi kesialan tersebut!
Mengikut pendapat Ibnu Abbas, Allah menjadikan jin dan manusia supaya mereka tetap beribadat kepada Allah. Untuk melaksanakan ibadat khyusuk kepada Allah semestinya dari hati yang ikhlas. Allah pasti mengetahui hati yang ikhlas kerana Dia mengetahui segala sifat manusia dalam melaksanakan ibadatnya.
Mengikut pendapat ahli punjagga  mengatakan: “Semakin saya tahu, semakin saya tidak tahu.” Konotasi ini menghimbaukan pemikiran manusia bahawa menuntut ilmu itu tidak ada sempadannya. Orang yang berilmu adalah mereka yang paling ikhlas dalam segala ibadatnya kepada Allah kerana Allah tahu semua ilmu yang bersifat nyata dan juga segala ilmu yang bersifat ghaib (tersembunyi).
               Allah mengetahui semua falsafah kewujudan sesuatu itu sama ada di alam jasmani (dunia) mahupun di alam rohani (akhirat) kerana Allahlah yang mewujukan semua makhluk tersebut. Bagi Allah tidak ada yang wujud tanpa pengetahuan-Nya dan segala ilmu yang akan datang pun Allah mengetahuinya.
               Apa yang telah berlaku di dunia masa zaman Sains dan Teknologi ini Allah sudah mengetahuinya. Sebagai contoh, kita ambil mengenai satu peristiwa, runtuhnya bangunan pencakar lagit Amerika Syarikat , “ The World Trade Center” yang mempunyai ketinggian 110 tingkat di New York pada 11. 9. 2001.
Maklumat mengenai kejadian tersebut adalah sama dengan maklumat dalam firman
Allah dalam Al-Qur’an juzu 11, Surah at-Taubah ayat 9:110 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Binaan yang mereka dirikan itu masih lagi menjadi keraguan dalam hati mereka,
Kecuali jika hati mereka telah dipotong-potong. Dan Allah  itu Mengetahui lagi  Bijaksana.”
               Ketinggian bangunan “World Trade Center” ialah 110 tingkat sama dengan ayat 110 Surah At-Taubah. Kejadian itu berlaku pada 11.9. 2001 sama dengan Surah  At-Taubah juzu 11 ayat  9. Allah sudah sedia maklum lebih awal lagi mengenai peristiwa tersebut.
               Huraian  Firman Allah ini adalah seperti berikut: Sejak masjid itu siap dibina oleh orang-orang munafik maka binaannya telah menjadi hati mereka sentiasa  dalam keraguan dan kegelisaan. Kerana sebaik sahaja masjid  mereka siap dibina mereka amatlah sangat sukanya, tetapi kemudian apabila Rasulullah (s.a.w.) memerintahkan merobohkannya, maka dengan robohnya masjid itu mereka amat sedih dan berdukacita. Hal ini menabahkan lagi kebencian mereka terhadap Nabi (s.a.w), bertambah meletup kemarahan mereka dan bertambah rugu adakah pendirian mereka itu benar atau salah, dan adakah kehidupan mereka itu akan terselamat ataupun terancam, sehingga mereka hidup dalam kegelisah dan keloh kesah.
               Perasaan ragu dan kegelisahan ini akan terus menyeksa jiwa  dan hati mereka selama dengut jantung mereka masih berjalan dengan baik. Kecuali apabila hati mereka telah terpotong-potong, dengut jantung mereka telah putus dan berhenti (talah mati), baharulah segala perasaan yang menyeksa mereka itu akan berhenti.
               Dan Allah itu Mengetahui akan hal-ehwal sekalian hamba-Nya, lagi Bijaksana dalam melakukan hukum-hukum-Nya kepada mereka.
               Makhluk manusia, setinggi ilmunya macam mana pun, pasti dia tidak dapat mengu- wasai semua ilmu dalam fenomena alam kehidupan. Allah mewujudkan manusia dengan segala fitrah pembangunannya setakat apa yang sesuai bagainya sebagai hamba Allah. Maka janganlah berfikiran yang melebih-lebih daripada orang lain kerana semacama mana tinggi ilmunya manusia, pasti ada lagi orang lain yang lebih tinggi ilmunya berbanding  dengan diri nya sendiri.
               Orang yang berilmu dan beriman kepada Allah sentiasa menyalami alam kehidupan dengan hati yang ikhlas kerana merasa hatinya sentiasa terpaut kepada Allah S.W.T. Tidak ada yang tersembunyi dalam hatinya kerana dia tahu Allah lebih tahu lagi apa yang ada dalam fikirannya. Maka itu jiwanya sentiasa ikhlas terhadap segala amal ibadatnya.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W. dipilih Allah sebagai RasulNya yang sangat ikhlas dan jujur dalam segala mumalat hidupnya. Baginda dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan satu amanat yang paling penting dalam kehidupan umat manusia iaitu menerima wahyu Allah SWT. dalam perantaraan Malaikat Jibril, kemudian ditarbiahkan kepada umat manusia agar mereka mengenali cara hidup yang diredai Allah S.W.T.
               Nabi Muhammad (s.a.w.) merupakan insan yang amat miskin dan ditambah pula dengan kehidupan yang buta huruf kerana beliau tidak pernah menjejaki kaki di sekolah  mahupun  di institute pendidikan untuk menuntut ilmu di alam dunia. Tetapi Allah tahu hati baginda sangat ikhlas dan jujur dalam menangani pembangunan manusia  terutama sekali dalam mewujudkan suasana dan melahirkan semangat ukhuwah kemanusiaan yang diikat dengan perasaan kasih sayang.
               Kehidupan Baginds sejak kecil lagi sentiasa diselimuti dengan penderitaan yang bertalu-talu. Beliau semasa dalam rahim ibu dalam usianya enam bulan sudah menjadi anak yatim kerana ayahnya telah pulang ke rahmatullah. Setelah lahir ditimang oleh seorang ibu bersama dengan ibu lain untuk menyusukan Nabi Muhammad. Oleh sebab Nabi Muhammad bayi yatim maka perlulah disusukan kepada ibu lain selain ibunya sendiri.
               Ada dua orang ibu susuan Nabi Muhammad seperti Thuwayabah, bekas  hamba Abu Lahab tetapi Nabi Muhammad hanya sekejap sahaja menyusu kepada ibu Thuwayabah. Ibu susuan Nabi ke dua ialah Halimah binti Al-Haritah al-Sadiyyah. Tetapi anak Halimah sendiri
bernama Abdullah tidak berhenti menangis kerana kelaparan, susu ibunya kering.
               Oleh sebab tidak ada lagi ibu susuan lain yang Nabi Muhammad boleh menyusu maka
terpaksalah Halimah mengambil Nabi Muhammad untuk menysukannya. Apabila Nabi Muhammad menyusu titik Halimah maka air susunya menjadi banyak sehingga Nabi Muhammad berserta dengan anak Halimah sendiri Abdullah kenyang. (Bahan ditulis oleh Abdullah Buhari Abdul Rahim).
               Meningkat usia  enam tahun ibu Baginda, Siti Aminah  meninggal dunia pula. Maka bermulalah kehidupan baginda sebagai anak yatim piatu di bawah asuhan datuknya Abdul Mutalip ketua penduduk Mekah. Walaupun Abdul Mutalib ketua penduduk Mekah, tetapi hidupnya miskin kerana hartanya dihabiskan memberi khidmat dan melayan tetamu-tetamu Kaabah.
                Daripada itu, boleh dikatakan sejak kecil Muhammad belajar kehidupan fakir miskin dan menjadi anak manusia yang tahan lasak. Muhammad juga menjadi orang yang benar-benar tahu bagaimana kehidupan fakir miskin. Muhammad sentiasa menemani datuknya Abdul Mutalib dalam majlis-majlisnya. Selama dua tahun Muhammad menghadiri semua Abdul Mutalib yang sentiasa menerima kunjungan demi kunjungan daripada semua pembesar Arab.
               Selepas Muhammad berumur lapan tahun, Abdullah Mutalib pula meninggal dunia. Muhammad dibela pula  oleh bapa saudaranya Abu Talib yang juga ketua Mekah, mengganti kan ayahnya Abdul Mutalib. Abu Talib lebih miskin daripada Abdul Mutalib. Anaknya semua bekerja membantu kerja-kerja Abu Talib. Muhammad juga mula bekerja dengan sepupunya membantu meringankan tanggungjawab Abu Talib. Muhammad bertugas membela kambing kepunyaan orang Quraisy. Dengan itu Muhammad selalu berada di padang pasir, di luar daripada kesebukan Kota Mekah. Kadang-kadang berhari-hari dan bermalam-malam Muhammad tidak balik ke Mekah.
               Hidup di padang pasir jauh daipada kesibukan orang ramai. Ia juga adalah proses pendidikan. Dengan itu, Muhammad belajar mengasihi binatang-bintang ternakan. Begitulah peribadi Muhammad. Ini juga menjadikan Muhmmad mula hidup berdikari, hidup di atas usaha tangannya sendiri. Tempoh Muhammad mengembala kambing agak lama  iaitu daripada beliau berumur lapan tahun sehinggalah beliau berumur 21 tahun. Dalam hadis ada disebutkan yang bermaksud, “Tidak ada nabi, melainkan semuanya pernah menggembala kambing.”
               Di bulan Rahmadan yang mulia ini masyarakat Islam wajib melaksanakan ibadah puasa selama sebulan. Dalam melaksanakan puasa, hati setiap insan yang mukmin sentiasa mengamalkan rasa keikhlasan dalam hati kerana Allah dan menjaga amal-amal ibadat demi kecintaan kepada Allah S.W.T.
Walaupun tidak ada orang lain yang mengatahui bahawa seseorang mukmin itu melaksanakan puasa tetapi setiap individu muslim tahu dirinya bahawa keikhlasan hati dalam melaksanakan puasa menjadi tanggungjawab dunia dan akhirat! Tidak tergiurkan dalam hati untuk membatalkan puasanya sehingga masa yang ditentukan untuk berbuka puasa sampai. Setiap individu muslim yang baligh menjaga keikhlasan hatinya untuk memelihara kesempurnaan ibadat puasa demi kecintaan kepada Islam sebagai agama Allah.
Menjaga kerukunan puasa  bukan sahaja menjaga  mulutnya daripada memasukkan makanan atau meminum air tetapi mulutnya juga dijaga dari menggunakan kata-kata yang menggamit kedosaan seperti mengeluarkan kata-kata menghina, menghasut atau menggunakan perkataan yang bersifat maksiat kepada orang lain.
Bulan Rahmadan ini merupakan satu-satunya bulan yang dipilih Allah untuk menurun kan Wahyunya (al-Quran) pada pertama kalinya yang diterima oleh Nabi Muhammad (s.a.w.) dalam perantaraan Malaikat Jibril. Maka itu pada 17 hari bulan Rahmadan dijadikan sebagai Nuzul Al-Qur’an atau hari peringatan turunnya Al-Quran.
Al-Qur’an merupakan dokumen terpenting dalam kehidupan manusia. Allah turunkan
Al-Qur’an dengan satu tujuan iaitu menjadi perbadaharaan  pembangunan manusia di alam dunia yang akan membawanya rahmat kehidupan di akhirat nanti. Maka itu Islam merupakan cara hidup manusia di dunia yang diredai Allah S.W.T.. Dokumen Al-Qur’an adalah ciptaan Allah S.W.T. Maka itu manusia wajar mengenalinya dan mengamalkannya yang ditarbihakan dalam segala segi pembangunan manusia berpandukan Al-Qur’an.
               Manusia yang hafiz al-Qur’an adalah mereka yang sangat jujur dan ikhlas dalam semua amal ibadatnya kerana Allah. Mereka yang hafiz Al-Quran dijamin menjadi ahli Syurga kerana bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an adalah bahasa Syurga. Al-Qur’an menjadi dokumen dalam semua zaman. Isinya sentiasa bersesuaian dengan semua zaman dan tidak ada makna yang dikatakan ketinggalan zaman. Ia sesuai dalam semua kategori usia  masa dan tempat sama ada di dunia mahupun di akhirat.
               Mendidik anak supaya berakhlak mulia dan mempunyai semua sifat kehidupan yang sempurna semestinya dengan Al-Qur’an. Mencintai al-Qur’an bermakna mencintai Allah S.W.T. Maka itu hiduplah dengan Al-Qur’an. Selamat menjalankan ibadah puasa semoga Allah memberi ganjaran pahala setimpal dengan amal ibadat kita dalam bulan suci Ramadan al-Mubarak ini. Insyallah!

               “Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Qur’an adalah menjadi petunjuk bagi manusia, dan beberapa keterangan yang membawa kepada petujuk dan membezakan di antara yang benar dengan yang salah.” (Al-Baqarah  ayat 2:185)    

No comments:

Post a Comment