Friday, June 23, 2017

HIDUP ITU SENTIASA DIMUDAH ALLAH LEWAT HATI YANG IKHLAS

 (Disiarkan pada 23. 6. 2017)
               Kita tidak keseorangan dalam melaksanakan kehidupan. Allah sentiasa menemani kita dan membimbing dalam semua amal ibadat kita. Allah sentiasa membantu hamba-Nya sama ada dalam keadaan susah atau sebaliknya. Maka itu apa saja yang kita lakukan, pastikan kita laksanakan dengan hati yang ikhlas dan jujur kerana Allah maka itu Allah pemudahkan segala usaha kita. Buahnya ikhlas dan jujur ialah Allah mudahkan segala ibadat kita.
               Menolong orang lain dalam semua muamalat kehidupan, menggamit keredaan Allah S.W.T. dan ini akan melahirkan ukhuwah kemanusiaan kelak merapatkan suasana kesetia kawanan sosial. Allah berfirman dalam Surah Az-Zaariyat ayat 49:13 yang bermaksud: (terjemahan)
               “.....Sesungguhnya orang yang termula di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa....”
               Orang yang sentiasa membantu orang lain akan merapatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. maka itu Allah sentiasa membantu kita untuk meringan segala urusan kehidupan kita. Membantu orang yang berwajib dibatu, Allah sentiasa meringankan urusan dalam hidup kita.
               Harus kita memikirkan bahawa segala urusan dalam hidup harus kita melibatkan orang lain kerana kehadiran merekalah maka hidup ini memberi manfaat kepada kita. Maka itu kita sentiasa memikirkan sistem pengurusan yang dikenali sebagai “give and take.” Orang lain memberi khidmat kepada kita dan kita yang menerima khidmat yang dilaksanakannya dan sebaliknya. Menerima pertolongan orang lain harus kita imbali dengan rasa syukur dan terima kasih kerana keikhlasannya memberi khidmat kepada kita yang akan meringankan beban hidup yang kita tempuhi. Keihlasan dalam hatinya menghulukan bantuan demi meringatkan masalah yang kita hadapi adalah satu ibadat yang akan merapatkan ukhuwah kemanusiaan serta menyuburkan perasaan kasih sayang antara sesama. Suasana inilah yang Allah sukakan ada dalam hubungan bermasyarakat.
               Dalam diri manusia itu ada segumpal daging, jika ia baik maka selamatlah manusia, tetapi jika ia tidak baik maka  binasalah kemurnian manusia. Daging yang dimaksudkan ialah hati. Hati kadangkala dikatakan sebagai raja dalam diri manusia. Pada pendapat orang lain pula ia ditafsirkan sebagai Malaikat dalam diri setiap individu itu.
               Hati memainkan peranan yang amat penting dalam segala aktiviti kehidupan manusia. Hati yang suci, tidak dicemari dengan sebarang kekufuran dalam hidup, sentiasa bersama dengan Allah dan akan mencapai peringkat kemalaikatan atau lebih mulia daripada Malaikat seperti keunggulan hidup Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w.
               Cintanya kepada umat manusia tidak ada tolak bandingnya bagitu juga keimanannya kepada Allah. Baginda melaksanakan ibadatnya kepada Allah, setiap malam lebih banyak masanya berbanding dengan tidurnya, sehingga bengkak kakinya kerana terlalu lama berzikir di atas kain  sembahyangnya.
               Pernah suatu malam isterinya, Siti Aisyah yang telah tidur terjaga dan didapati  Nabi masih sembahyang, kemudian lewat malam ia melihat lagi Nabi masih di atas tikar sembahyang, dan pada  sepertiga malamnya ia melihat Nabi masih lagi duduk di atas tikar sembahyangnya. Kemudian isterinya mendekati baginda seraya berkata: “Abangku tersayang, bukankah engkau sudah mendapat jaminan dari Allah bahawa  dosa-dosa  mu  yang telah lalu,masa sekarang dan masa akan datang jikalau ada, Allah telah mengampuni semuanya.”
               Nabi Muhammad s.a.w. memandang muka isterinya yang tersayang lalau berkata, “Alangkah baiknya kalau aku dianggap sebagai ‘abdan syakuran.” Bermaksud orang yang sentiasa bersyukur terhadap pemberian Tuhan. Nabi Muhammad (s.a.w.) merupakan contoh yang amat baik terhadap semua perlakuan manusia. Hatinya luhur dan sentiasa melihat sesuatu itu mempunyai hikmahnya.
               Pernah pada suatu masa Nabi ke masjid hendak sembahyang Zohor; apabila baginda melalui suatu bangunan tiba-tiba ia diludahi oleh orang yang bencikan kepadanya. Ludah itu mengena tepat di atas dahi Rasul. Ia melihat ke atas sambil berkata, “aku diludahi!” dan ia  meneruskan perjalanannya ke masjid. Pada hari berikutnya Nabi mengalami keadaan yang sama, tetapi ia tidak pernah memarahi orang yang menganiya padanya.  
               Pada hari ke tiga tiba, Nabi lalu di situ lagi dalam perjalanan ke masjid untuk sembahyang Zohor. Apabila Nabi sampai di tempat tersebut ia tidak lagi diludai. Rasul melihat ke atas tetapi tidak ada orang kelihatan di situ. Nabi merasa hairan. Baginda berkata di dalam hatinya, “Selalunya apabila saya sampai di situ saya diludahi, tetapi kali ini tidak ada orang yang meludahi lagi. Ke mana agaknya orang itu?”
               Nabi mencarinya sehingga bertemu dengan se orang yang bertanya pada Rasul siapa yang dicarinya. Nabi menjawab bahawa biasanya bila ia melalui di situ dia  diludahi, tetapi pada hari itu tidak ada orang yang meludahinya lagi dan ingin tahu ke mana ia pergi.
               “Oh, si pulan barangkali,” kata orang itu. “Ke mana ia pergi?” Sabda Rasul. Orang itu memberitahu bahawa ia  sakit, demam panas dan menunjukkan kepada Nabi rumahnya yang tidak jauh dari situ. Nabi lantas ke masjid memandangkan masa solat Zohornya sudah terlewat. Nabi dengan cepatnya mengerjakan solat Zohor dan pulang ke rumah dan memeritahu isterinya Siti Aisyah supaya menyediakan makanan untuk dihantar kepada orang  sakit. Maka orang sakit yang dimaksudkan adalah orang yang membenci Rasul.
               Nabi membawa makanan itu ke rumahnya. Nabi lalu  mengucap, “Assalamualaikum”. Dengan lantang suara dari dalam mengatakan, “buka sahajalah, pintu tidak berkunci.” Lalu Nabi membuka pintu dan masuk sambil berkata “assalamualaikum”. Orang yang sakit itu melihat Rasul seraya berkata:
               “Kamu ini Muhammad betul-betul baik hatimu, saya sakiti hatimu supaya apabila kamu marah saya akan pukul kamu, tetapi jelas kamu ini bukan mudah disakiti hati kamu. Saya mempunyai ramai kawan tetapi belum ada seorang pun datang menziarahi aku dan kamu pula Muhammad yang pernah saya sakiti hati kamu, kamu yang dahulu sampai. Mulai dari sekarang saksikanlah Muhammad: “Asyhaduallah ilahaillallah wa asyhaduanna Muhammad rasulllah.” Ia masuk Islam, kerana amat kagum dengan hati beliau begitu luhur sangat
               Kesabaran sesorang itu menangani cabaran hidup mempunyai hikmahnya tersendiri; sebab sabar itu adalah iman dan iman itu adalah kekuatan rohani membentingi manusia dari kekufuran dan memelihara akidah untuk sujud kepada Allah S.W.T. yang Pengasih dan Penyayang serta Penentu segala-galanya.
               Iman menyemai benih-benih kemanusiaan yang mengikat jiwa (hati) manusia membentuk kemuafakatan sebagai
landasan hidup bertamadun. Rasulullah s.a.w. mempunyai hati yang amat luhur dan dapat bertahan dari sebarang ujian. Kekuatan iman akan menyempurnakan segala tindak-tanduk manusia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah.
               Iman dan takwa merupakan gandingan  fakulti manusia  yang sentiasa melihat sesuatu keadaan itu mempunyai potensi, kerana potensi kehidupan sebenarnya mempunyai banyak rahsia yang sehingga kini manusia giat menerokainya. Kekuatan hati menerima cabaran atau dugaan disebabkan kehadiran iman dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.; tetapi jika hati itu disandarkan kepada naluri biologis yang hanya memenuhi keperluan hawa nafsu  semata-mata maka jiwa (hati) manusia  itu akan menjadi lemah.
               Manusia yang mempunyai hati yang lembut sentiasa memberi ruang untuk mendengar dan mendifinasikan pandangan dan pendapat orang lain agar ianya menemukan titik persamaan yang akan menjadi agenda untuk membina mahligai kehidupan. Dengan semangat kemuafakatan itu manusia dapat membentingi penjajahan budaya lemah dan kelak dapat menyatupadukan akal untuk menyelamatkan manusia dari segi kekufuran.
               Kelembutan hati dan kesabaran baginda tidak ada tolak bandinnya dan ini benar bukan hanya manusia mengkagumi beliau tetapi Allah sendiri pun memuji baginda. Tidak ada manusia yang dibentuk atau dibina oleh Allah selain dari Nabi Muhammad s.a.w. yang diberi penghormatan untuk memasuki Arasy Allah (Sidratul Muntaha). Kemuliaan beliau  telah mengalahkan kesucian para Malaikat dan jelas dapat disaksikan semasa beliau dimi’rajakan.
               Nabi Muhammad saw tidak mahu berhenti menyeru dan berjuang membawa manusia ke jalan Allah sekalipun ditawari harta, wanita, tahta, bulan dan matahari, kerana menurut ajaran Allah dan kepercayaan serta keyakinan para nabi dan Rasul bahawa kehidupan di dunia sekarang ini adalah satu kehidupan yang amat pendek waktunya dan amat kecil nilainya dan ertinya. Satu kehidupan yang berjangka waktu kira-kira 60 atau 70 tahun, lebih atau kurang.
               Sesudah kehidupan di dunia yang amat terbatas, akan ada kehidupan akhirat yang tak terbatas jangka waktunya, satu kehidupan yang maha luas, maha besar dan maha penting, dan maha hebat sekali
Sabda Rasulullah saw. yang bermaksud: (terjemaan)
“Perbandingan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat, ialah seperti seorang yang berjalan ke laut, lalu memasuka satu jarinya ke laut, lalu mengankatkannya, maka air yang terbawa oleh jarinya itulah kehdupan dunia ini. (Sedang air yang masih tetap berada di dalam samudera luas itulah penghidupan akhirat itu). (Hadis Riwayat Al-Hakim dari Ibnu Mas’ud, Sahih)
Bila kita menolong manusia yang fakir dan miskin dengan makanan dan pakaian, atau kita menyelamatkan jiwa mereka dari bahaya banjir atau tenggelam, atau lain-lain pertolongan dan pekerjaan, itu semuanya bererti menolong mereka atau menyelamatkan mereka  dalam kehidupan yang amat kecil ini, bererti satu pekerjaan atau pertolongan yang kecil pula.
Tetapi bila kita menyeru mereka untuk beriman dengan Allah dan melakukan perbuatan-perbuatan yang baik di dalam hidup di dunia ini, itu bererti kita menyelamatkan mereka dalam kehidupan akhirat yang tak terbatas jangka waktu dan maha luas sekali. Bererti kita menyelamatkan mereka buat masa beribu-ribu atau tidak ada jangka watunya.
Allah dan para Rasul, begitu juga orang-orang yang beriman dan yakin tentang kehidupan di akhirat itu, merasa beruntung sekali bila berhasil  dapat membawa seorang manusia beriman kepada  Allah dan melakukan kebajikan. Ia berhasil dapat membebaskan orang itu  dari azab siksa  akhirat yang tak terbatas  jangka waktunya.
Berdasarkan hal-hal yang tersebut di atas Rasulullah s.a.w. dengan tegas sekali berkata kepada Ali bin Abi Thalip:  Jika Allah dapat memasukkan petunjuk pada seseorang dengan perantaraan engkau maka itu adalah lebih  berharga daripada seluruh harta kekayaan yang ada di atas dunia ini.
Agama Islam telah memberikan suatu pegangan kepada manusia supaya menjaga keseimbangan antara kepentingan hidup duniawi dengan kepentingan hidup ukhrawi. Matlamat hidupnya diarah kepada persiapan hidup di akhirat di samping tidak mengabaikan dirinya demi untuk kemajuan dunia.
Sikap inilah yang digambarkan oleh Allah s.w.t. sebagai sifat orang-orang mukmin di mana dia menghayati dunia ini dengan iman, amal dan selaras dengan saranan Tuhan, seperti firman-Nya dalam Surah An-Nahl ayat 16:30 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan dikatakan kepada  orang-orang yang bertakwa:’Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?’ Mereka menjawab:’Allah telah menurunkan kebaikan.’ Orang-orang yang berbuat baik  di dunia ini akan mendapat pembalasan yang baik dan sesungguhnya kampung akhirat itu adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa.”
               Adalah diriwatkan bahawa orang-orang yang tinggal diperkampungan Arab telah mengutus rombongan-rombongan mereka ke kota Mekkah, untuk meninjau keadaan Nabi Muhammad s.a.w. dan kitab Qur’an yang tarbiahkannya. Rombongan tersebut, apabila bertemu dengan orang-orang Islam dan bertanya hal itu kepada mereka, seraya berkata: “Apa yang telah diturunkan  oleh Tuhan kamu?” Maka orang-orang Islam itupun menceritakan segala yang baik di semuanya baik.
               Demikianlah jawapan dari orang-orang yang takwa, yakni orang-orang yang takut melanggar  perintah Allah dan menyekutukan-Nya.
               Kemudian Allah menerangkan pula pada balasan terhadap orang-orang yang berbuat kebajikan di dunia ini, ialah kebaikan yang pahala satu kebajikan menjadi 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda, bahkan sampai berganda-ganda, yakni tidak terkira banyaknya.
Surah As-Zumar ayat 39:10-14 yang bermaksud: (terjemahan)
“Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang beriman:’Bertakwalah kepada Tuhanmu.’ Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperolehi kebaikan dan bumi Allah ini luas, sesungguhnya hanya orang bersabarlah diganjarkan pahala tanpa hisab. Katakanlah sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadanya (dalam menjalankan agama), dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama menyerahkan diri. Katakanlah sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar jika aku derhaka kepada Tuhanku. Katakanlah hanya Allah sahaja yang aku sembah dengan mengikhlaskan kekuataan kepadanya dalam menjalankan agamaku.”

Orang yang teguh pendiriannya dalam menghadapi ujian yang berat ibarat menggenggam barah api jika terasa panas tidak dilepaskan–biar sampai menjadi abu.  Rasul diperintahkan Allah supaya menyembah kepada Allah semata-mata yakni mentauhidkan-Nya dengan tulus ikhlas serta ketaatan yang tidak berbelah bagi. Allah sahaja yang disembah dengan seikhlas-ikhlasnya tanpa menyekutukan di dalam mengamalkan agama.

No comments:

Post a Comment