Saturday, January 8, 2011

UNDANG-UNDANG CERMIN KEIMANAN SEORANG MUKMIN
(Disiarkan pada 08.01.2011)
Bagi umat Islam, syariat dianggap sebagai satu juzuk yang tidak terpisah dari agama Islam, maka keimanan umat Islam tidak dikira sempurna melainkan dengan berhukum berdasar kannya. Kita tidak mempunyai pilihan yang lain setelah mana kita berpegang dengan Islam serta merelakannya sebagai agama, Syariat dan system kehidupan.
Agama Islam adalah agama Allah.(al-Maaidah (5)3.) Allah mensyariatkannya sebagai perundangan dalam kelangsungan hidup masyarakat manusia mukmin. Maka itu Islam merupa kan cara hidup yang unggul dan bertamadun memberi kefahaman mengenai persepsi kehidupan yang diredhai Allah s.w.t.
Allah berfirman dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 36 yang bermaksud: “Dan tidaklah patut bagi lelaki dan perempuan yang beriman, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada lagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan barang siapa yang menderhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.”
Prof. Dr.Yusuf Al-Qardhawi, ulama dunia yang terkenal dan disegani oleh masyarakat Islam antara bangsa, mengatakan dalam bukunya bertajuk: “CIRI-CIRI UNGGUL MASYARAKAT ISLAM YANG KITA IDAMKAN”, bahawa Perundangan Islam yang diidam-idamkan bukanlah terbatas kepada mana-mana mazhab fiqh.
Ia bermakna kaedah-kaedah dan hukum asasi telah ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Ia telah hidup subur di dalam naungan al-Quran dan al-Sunnah semenjak zaman Rasulullah s.a.w. dan generasi selepas mereka sepertimana yang telah dirakamkan oleh kitab-kitab berbagai mazhab dan juga kitab-kitab Hadith dan fiqh perbandingan.
Sudah menjadi hak semua masyarakat berhukum dengan pensyariatan yang diimani, keadilannya, keunggulannya dan ketinggiannya berbanding perundangan-perundangan lain. Masyarakat Islam berkewajipan yang utama ke atasnya bukan sekadar hak semata-mata. Tetapi setiap masyarakat Islam berhak menyeru melaksanakan perundangan Islam. Perundangan Islam adalah yang terulung dan manifestasi kepada akidah, nilai, kesopanan, dan pandangannya terhadap alam serta Penciptanya, manusia serta kesudahannya, malah kehidupan serta risalahnya
Ketundukan kepada undang-undang Islam adalah ketaatan kepada Allah yang telah mensyariatkannya untuk kebaikan hamba-hambahNya. Kepatuhan kepada undang-undang Islam merupakan perlaksanaan tuntutan keimanan serta kerelaannya kepada hukum Allah dan Rasul-Nya. Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya jawapan orang-orang yang beriman apa bila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul mengadili di antara mereka ialah ucapan: “Kami mendengar dan kami patuhi.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Surah al-Nur ayat 51.
Kewujudan undang-undang dalam kelangsungan hidup di dunia adalah untuk menyedar kan umat manusia terhadap tanggungjawabnya sebagai pemain dalam tamadun kehidupan. Orang yang mematuhi undang-undang adalah sebenar mereka yang mempunyai keimanan kepada Allah s.w.t.. Jika seseorang itu tidak melihat kewujudan Zat yang Maha Berkuasa, maka
undang-undanglah membetulkan persepsi terhadap bermasyarakat.
Undang-undanglah yang telah mensyriatkan manusia untuk akur kepada peraturan awam seperti yang digaris bawahkan oleh Islam. Seseorang itu mungkin tidak mengenali Tuhannya tetapi apabila ia dipaksa menerima dan mengamalkan undang-undang maka individu berkenaan melihat kebenaran dalam hidup dan mungkin dapat melihat dengan mata hati faktor-faktor hidup beragama.
Orang yang menyalahi undang-undang dan didapati bersalah maka ia bertanggungjawab terhadap salahlaku yang telah dilakukan. Kebertanggungjawapan tersebut mengakibatkan ia dimasukkan ke dalam penjara buat seketika. Hidup dalam lokap tidak semudah yang difikirkan kerana masa itu hak-haknya hidup bebas telah diambil sementara waktu oleh pemerintah(Tuhan) seperti hidup bersama keluarga; hidup bebas seperti orang lain; kasih sayang terhadap tanggungjawab sebagai ahli masyarakat telah diputuskan buat sementara.
Merengkok dalam penjara tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali orang yang menyedari kesalahannya. Menyedari kesalahan sebenar ialah iman telah tumbuh dalam dirinya dan dapat melihat dengan mati hatinya kekuasaan Allah s.w.t. Ia menyedari bahawa merengkok di penjara adalah sebahagian daripada hukuman Allah semasa hidup di dunia. Hukuman Allah di akhirat nanti apabila gilirannya sampai untuk kembali ke rahmat Allah pasti dipertanggunjawabkan. Maka itu ada banduan yang berfikiran sedemikian menggunakan masanya dalam lokap menyelami lautan ilmu dengan mengikuti “krusus jarak jauh” sehingga ia berjaya mendapat pengikhtirafan sebagai Ahli Falsafah atau Ph.D.
Undang-undang cermin keimanan kepada seorang mukmin bermaksud peraturan awam memberi kesedaran kepada individu berkenaan bahawa hidup ini wajar difahami sebagai tanggungjawab atau amanah Allah s.w.t. maka itu wajar berpartisipasi dalam pembangunan mengikut lunas-lunas peraturan awam yang dibina oleh kerajaan untuk membina wawasan tamadun kehidupan yang diiredhai Allah.
Dengan terpahatnya dalam dada individu mengenai kefahaman tentang undang-undang awam maka timbullah keimanan kepada kekuasaan Allah s.w.t. yang bertanggungjawab terhadap segala-galanya di alam kehidupan ini. Iman yang mantap akan membawa individu berkenaan menghormati dan memelihara ukhuwah kemanusiaan sebagai terasa kesepaduan bermasyarakat.
Tujuan undang-undang sama ada ciptaan mahu pun perundangan Islam ialah untuk memelihara fitrah kemanusiaan dan memberi kesedaran kepada individu kelak melahirkan iman dan takwa kepada Allah s.w.t.. Walau bagaimana pun ketaatan kepada undang-undang Islam bukanlah ketundukan kepada Parleman yang dibentuk atau perintah yang menetapkannya, sebaliknya ia adalah ketaatan kepada Allah yang telah mensyariatkannya untuk kebaikan hambah-hambahNya.
Kepatuhan kepada undang-undang Islam merupakan perlaksanaan tuntutan keimanan serta kerelaannya kepada hukum Allah dan RasulNya. Hukuman bukanlah faktor terbesar dalam membendung perlakuan jenayah menurut pandangan Islam. Sebalaiknya mencegah darinya dengan menghalang segala punca-puncanya merupakan faktor terbesar kerana mencegah adalah lebih baik dari merawat.
Perkara-perkara yang lebih utama lagi ialah pendidikan terhadap orang-orang yang beriman lelaki mahupun wanita agar memelihara akhlak dan menghormati diri dengan merendahkan pandangan dan memelihara kemaluan dari kelakukan perkara-perkara keji. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar menyekat pandang-
an mereka (daripada memandang perkara yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengatahui apa
yang mereka lakukan. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah menempahkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Hendaklah mereka melabuhkan kain tudung sehingga ke dada mereka..” (al-Nur: 30-31).
Undang-undang merupakan disiplin kehidupan. Manusia memerlukan disiplin dalam
kelangsungan hidup dan ini wajar ada disebabkan kehadiran ilmu pengetahuan serta kemahiran berfikir mengola aktiviti kehidupan manusia. Dengan kehadiran fitrah berfikir maka Allah amanahkan makluk manusia menjadi khalifah-Nya di muka bumi ini.
Kesempurnaan hidup wajar diwarnai dengan disiplin serta akhlak yang mulia agar dapat melaksanakan tatacara pembangunan untuk melahirkan tamadun kemanusiaan. Mematuhi peraturan atau disiplin dalam kehidupan adalah cermin keimanan seseorang mukmin kepada Zat yang Maha Berkuasa.
Dalam pengkajian ilmu peraturan hidup atau undang-undang dalam kehidupan, usaha itu akan mendekatkan individu berkenaan kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Felosofi dalam setiap undang-undang atau peraturan itu tidak ada yang mendidik manusia menjauhi kebaikan dalam hidup. Ia juga tidak mendidik manusia untuk menjadi ‘duri dalam daging’ dalam pembangunan tamadun. Ia merupakan sebagai barometer atau ukuran menetapkan had-had kesempurnaan hidup bertamadun.
Dalam hidup beragama manusia dipimpin mematuhi disiplin kehidupan yang diredhai Allah s.w.t. seperti mana yang termaktub dalam al-Quranul Karim yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dari langit dalam perantaraan Malikat Jibril dan diperjelaskan lagi dalam Sunnah Baginda.
Dalam erti kata lain undang-undang dan peraturan dalam hidup adalah cermin keimanan seorang mukmin. Orang yang memelihara undang-undang dan peraturan hidup adalah sebenar mereka yang beriman kepada kesempurnaan hidup yang digaris bawahkan oleh agama Islam iaitu agama Allah s.w.t.
Bermuara daripada bagaimana Allah bentukkan manusia dengan berbagai fitrah seperti berfikir, berkemahuan, menghendaki berbagai fenomena kehidupan, kasih sayang, berkahwin, berkeluarga, membiak, mendidik dan sebagainya kesemuanya itu diatur dengan cara atau disiplin yang amat sempurna.
Mengikut kata Pro. Dr. Yusof Al-Qardhawi lagi, Islam bukanlah merupakan semata-mata pensyaritan dan perundangan. Sebaliknya Islam juga merupakan akidah yang mentafsirkan erti kehidupan, ibadah yang mendidik rohani, akhlak yang membersihkan jiwa, pemahaman-pemahaman yang memperbetulkan gambaran, nilai-nilai yang mengangkat martabat manusia dan adab kesopanan yang menghiasi kehidupan.
Islam bukanlah hukum yang kasar dan kaku sepertimana kandungan akta undang-undang. Sebaliknya Islam adalah pensyariatan, dakwah, bimbingan, didikan, dorongan dan ancaman. Masyarakat tidak dibina berdasarkan pensyariatan sahaja, sebaliknya ia memerlukan dua jalan yang berlainan iaitu dakwah dan pemahaman, kemudian pengajaran dan pendidikan di samping pensyariatan dan perundangan. Bahkan pensyariatan dan pengaktaan adalah jalan yang terkemudian.
Islam telah bermula dengan peringkat dakwah dan didikan yang berlaku di Mekkah sebelum peringkat pensyariatan dan penyusunan yang berlaku di Madinah. Pada peringkat kedua kita dapati pensyariatan juga bercampur dengan pendidikan.
Penggubalan perundangan semata tidak boleh mengubah masyarakat. Mengubah apa yang terdapat di dalam jiwa manusia itulah yang paling utama. Perkara yang dapat membantu pengubahan seperti ini ialah keimanan yang mampu mengubah manusia menjadi manusia yang amalannya pasti mendapat balasan dunia dan pahala di akhirat.
Manusia serta keimanannya terhadap Allah dan juga undang-undang atau peraturan awam dalam kelangsungan hidup bermasyarakat yang digubal oleh kerajaan menjadi tanggug jawab setiap masyarakat mukmin memelihara serta mengamalkannya dalam hidup bertamadun.

No comments:

Post a Comment