Saturday, February 12, 2011

IMAN SEORANG MUKMIN MENGENALI KUFUR DAN HARAM DALAM AJARAN ISLAM
(Disiarkan pada 12. 2. 2011)
Setiap kewujudan fenomena alam kehidupan semestinya ada pasangannya yang mem- punyai ciri-ciri agak berbeza antara satu dengan yang lain. Dari segi jantinanya ada jantan dan ada betia; ada perempuan dan ada lelaki. Dari segi fisikalnya pula, ada yang berat dan ada yang ringan; ada yang rendah dan ada yang tinggi dan dari segi sifatnya ada yang cantik dan ada yang hodoh atau buruk dan ada yang wangi dan ada yang busuk, dan sebagainya Allah s.w.t. wujudkan alam kehidupan sedemikian rupa untuk kemanfaatan manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi-Nya ini.
Dalam alam kerohaniannya pun bagitu juga keadaannya. Kita mengetahui iman dan takwa; halal dan haram; kufur dan kafir dan sebagainya. Dalam kehidupan kita memerlukan ilmu pengetahuan terhadap kedua-dua alam tersebut iaitu alam jasmaninya dan juga alam kerohanian nya. Orang yang menempuhi kebahagiaan hidup, wajar mempunyai ilmu tentang keadaan kedua-dua alam tersebut.
Hidup seseorang itu wajar ditemani dengan iman yang mengenali kufur dan haram dalam menelusuri kehidupan. Mengenali fenomena tersebut bermakna ia dekat dengan Allah s.w.t. yang Maha suci dan Maha mengetahui serta berkuasa terhadap permasalahan kehidupan makluk manusia sebagai hambah-Nya. Memelihara akhlak dan tingkah laku individu dalam kehidupan akan sentiasa mendapat perlindungan Allah dari godaan iblis dan syaitan.
Mengenali amalan-amalan yang mengundang kekufuran serta menjauhi perbuatan haram merupakan ibadat kerana Allah. Apabila melaksanakan ibadat bermakna kita juga memelihara kemurniaan ukhuwah kemanusiaan. Budaya demikian akan sentiasa melahirkan perasaan kasih sayang antara sesama dalam kelangsungan hidup beragama.
Kasih sayang itu merupakan satu ikatan mesra kemanusiaan demi menjauhi segala pergeseran nilai dalam menelusuri pembangunan kehidupan. Suasana demikian akan melahirkan masyarakat penyayang yang cintakan keamanan dan kekompakan yang akan membentuk solidaritas sosial.
Iman kepada Allah dan para malaikatnya merupakan rukun Islam yang wajar difahami oleh setiap masyarakat mukmin. Hidup mulia wajar diserikan dengan iman kerana ciri itulah menjadi teras pembangunan rohani. Dengan iman hidup ini terarah kepada kebaikan dan menjauhi kekufuran dan lebih-lebih lagi amalan-amalan haram yang mengundang kedosaan.
Iman membentuk manusia mulia di sisi Allah s.w.t.. Iman juga mengarah manusia sentiasa berfikiran positif kerana ia sentiasa dekat dengan Allah s.w.t. Rajin beribadat untuk mendapat keredhaan Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ibadat itu adalah tang- gugjawab umat manusia melaksanakan perintah Allah dan menjauhi segala larangannya yang mengkufurkan atau melemahkan iman setiap insan kepada Allah.
Hidup beriman merupakan landasan setiap umat manusia mengikutinya dalam menelu- suri pembangunan kehidupan. Dengan iman seseorang itu sentiasa terpelihara daripada amalan yang mengundang kekufuran serta menjauhi perkara-perkara yang bersifat haram. Orang yang imanya sentiasa bertambah akan sentiasa dekat dengan Allah kerana ia sebagai perisai daripada terjebak kepada kekufuran.
Iman mengubah persepsi pemikiran manusia dari tunduk kepada kekalutan khurafat, mencintai perkara yang tiada asalnya dan tiada jelas, dan yang menjalani hidup cara rahib, ke arah pendekatan rasional, mencintai kebenaran, dan menjalani hidup yang seimbang dan baik di dunia ini. Iman menjelaskan perlunya bukti rasional dan kepercayaan dalam diri individu sebagai kriteria terhadap kebenaran.
Iman melihat keperluan hidup dan kehidupan harus dimurnikan dengan budaya bermasyarakat dan menghidupkan semangat setiakawan sosial, tolong menolong, tegur menegur antara satu sama lain terutama sekali dalam membentulkan misi dan visi kehidupan setiap individu itu sendiri. Peluang-peluang yang menjanjikan pembangunan harus diselenggarakan dalam disiplin yang saksama berlandaskan prinsip duduk sama rata, berdiri sama tinggi kerana segalanya itu adalah fitrah yang dibekalkan oleh yang Maha Pencipta.
Kehidupan di dunia haruslah dihiasi dengan ketakwaan kepada Allah s.w.t. agar ia membetulkan halatuju pembangunan yang dimainkan oleh setiap individu. Untuk mencapai kesempurnaan dalam perlaksanaan pembangunan harus berlandaskan kepada keikhlasan dan kejujuran bagi memurnikan satu-satu agenda dalam takwim kehidupan.
Walau bagaimana pun untuk memelihara disiplin pengurusan harus kita kenal dengan budaya lima waktu yang akan membimbing manusia ke arah kesempurnaan dalam perlaksanaan nya. Orang-orang yang membudayakan lima waktu dalam hidupnya mereka sentiasa dekat dengan Allah maka itu tindakannya dalam melaksanakan pembangunan, sentiasa di landasan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
Harus kita faham nahawa kerja-kerja menyempurnakan pembangunan merupakan ibadat maka itu harus di atas landasan yang sentiasa memelihara disiplin serta kejujuran dalam semua aspek pengurusan.
Manusia mempunyai adab yang akan mewarni kehidupannya di landasan yang diterima pakai oleh masyarakat dan mendapat jaminan keredhaan Allah s.w.t. Akal dan nafsu adalah dua fakulti dalaman manusia yang sentiasa disalahgunakan dalam memurnikan kehidupan. Tetapi dengan kehadiran iman dan takwa akan wujud jiwa yang bersih dan akal yang sentiasa memandu manusia ke arena kehidupan yang mementingkan dana pahala dari Allah s.w.t.
Manusia diwujudkan di alam ini dengan satu tujuan iaitu beribadat kepada Allah yang tumpuannya ialah memurnikan suasana kehidupan bermasyarakat dan memelihara ukhuwah kemanusiaan. Manusia diberikan Allah fitrah untuk membiak dan menanggungjawabkan amanah Allah untuk membentuk zuriatnya yang salih yang mendukung cita-cita murni dalam membina tamadun kehidupan.
Mempunyai anak yang salih merupakan satu kekayaan dalam hidup manusia di dunia ini yang akan menempah syurga di akhirat nanti. Anak yang berakhlak mulia dan beriman kepada Allah akan menjadi nadi pembangunan ummah kelak menjadi kunci kepada lemuliaan bermasyarakat. Model insan yang wajar dibentuk oleh setiap ibubapa ialah anak yang mempunyai ciri-ciri keperibadian mulia yang dipengaruhi oleh kehadiran iman dan takwa serta mempunyai “towering personality”.
Orang yang beriman sentiasa mengejar kebahagian dunia dan kebahagian akhirat dengan memanfaatkan ilmu yang diperolehinya. Kaya dengan ilmu yang diguna untuk kemanfaatan pembangunan manusia sejagat terutama sekali pembangunan rohani adalah merupakan satu pusaka yang menyelamatkan umat manusia di dunia dan juga di akhirat. Kekayaan dunia yang dimanfaatkan untuk kebahagian orang lain merupakan kekayaan yang sentiasa menempah dana pahala dari Allah s.w.t.
Kekayaan berbentuk material di pentas dunia tanpa dimanfaatkan sebagai landasan beribadat, dikategorikan sebagai faktor fatamorgana semata kerana harta dunia yang berupa sementara itu tidak akan menjamin kebahagian hidup di akhirat kelak kerana ia tidak mengikuti kita bersama ke alam barzakh setelah ajal menjemput nyawa. Jika kekayaan itu membentuk manusia takabur dan memandang rendah terhadap orang lain maka ia akan mengheret manusia ke lembah kehinaan kelak akan mengundang kepada kekufuran yang matlamatnya ialah neraka
jahanam.
Sebagai contoh, satu kehidupan di alam nyata, bagikan hidup seekor haiwan yang mengalami masalah dahaga yang tidak kepalang tanggung, mencari air lalu berjalan di atas jalan raya yang berturap semasa matahari memancar cahayanya ke bumi begitu panas. Haiwan itu melihat nun di sana di hujung jalan raya kelihatan takungan air! Maka tergiurlah ia kerana memikirkan masalah dahaganya akan selesai. Ia bergegas ke situ dan mendapati dirinya telah tertipu dengan bayangan air sahaja atau yang dikenali sebagai fatamorgana alam.
Begitulah keadaan disiplin pembangunan yang membentuk manusia tidak bersyukur terhadap kedatangan nikmat kehidupan dan menjadi faktor individu berkenaan merasa sombong dan takabur. Dana pahala tidak akan bersamanya di alam barzakh dan lebih-lebih lagi di alam akhirat. Dia hanya melihat kemanfaatannya di alam dunia sahaja.
Umat manusia harus sedar bahawa tanpa kekuasaan Allah, tidak ada maknanya hidup itu. Kesedaran diri harus menjadi budaya untuk mendekati Allah dan merasakan diri itu tidak ada apa yang boleh ditunjukkan kehebatannya tanpa pertolongan dari Allah. Ketakwaan kepada Allah adalah tanggungjawab semua umat manusia tidak kira di mana mereka berada atau dalam keadaan apa sekalipun, apabila kita memikirkan Allah, manusia harus akur kepada suasana perasaan sebagai hambah Allah.
Iman, kufur dan haram adalah sifat pembangunan yang saling bertentangan antara satu sama lain. Manusia hidup dengan iman melakarkan kebahagian dunia dan kebahagiaan akhirat. Iman itu satu sifat yang membentuk kesempurnaan hidup yang sentiasa memelihara semangat setiakawan demi menghidupkan ukhuwah kemanusiaan. Iman memahami bahawa hidup bahagia kerana ada orang lain bersama kita. Iman mengenali kufur dan haram kerana kedua-duanya sentiasa memusuhi keberadaan iman.
Allah sediakan iman kepada setiap umat manusia untuk disimpan dalam jiwanya tetapi keberadaan nafsu dalam diri setiap individu, iman tidak bertahan lama bersama dengan manusia. Allah tempatkan nafsu dalam hati setiap individu untuk menguji manusia sejauh mana kemam- puannya memelihara iman.
Kedua-dua element tersebut iaitu iman dan nafsu, dengan kawalan batin, adalah antara ciri-ciri terpenting yang mengekalkan martabat kemanusiaannya sebagai agen pembangunan kehidupan. Para malaikat tidak punya nafsu maka wawasan kehidupannya hanya tertumpu kepada peribadatan kepada Allah semata.
Iman dan haram sama sekali bertentangan dari segala segi. Allah cintakan hambahnya yang sentiasa memelihara keimanan kepada Allah manakala amalan yang haram mengakibatkan kemurkaan Allah kelak mengundang kedosaan yang menjauhkan manusia dari Allah s.w.t. Iman boleh mengenali perkara-perkara kufur dan haram tetapi kufur dan haram tidak mengenali iman!
Walau bagaimana pun iman, kufur dan haram adalah elemen-elemen yang boleh bersarang dalam hati manusia. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Dalam diri manusia itu ada segumpal darah atau seketul daging, jika ia baik maka selamatlah manusia tetapi jika ia tidak baik maka binasalah kemurnian manusia.” Daging yang dimaksudkan ialah hati. Hati kadangkala dikatakan raja dalam diri manusia.
Hati yang suci, tidak dicemari dengan sebarang kekotoran, sentiasa bersama dengan Allah maka itulah iman telah bersarang di dalamnya. Jika iman yang lemah atau tidak punya dalam hati maka amalan yang mengundang kekufuran telah berperanan di situ, dan yang amat bahaya sekali ialah perkara-perkara yang bersifat haram akan mengisi hati itu dengan kedosaan. Maka dalam keadaan demikian manusia telah binasa kerana mempunyai hati yang tidak baik.
Kesabaran seseorang itu menangani cabaran hidup mempunyai hikmahnya tersendiri;
sebab sabar ia adalah iman dan iman itu adalah kekuatan rohani membentingi manusia dari kekufuran dan memelihara akidah untuk sujud kepada Allah s.w.t. yang Pengasih dan Penyayang serta Penentu segala-galanya. Iman menyemai benih-benih kemanusiaan yang mengikat jiwa (hati) manusia membentuk kemuafakatan sebagai landaan hidup bertamadun.

No comments:

Post a Comment