Friday, February 18, 2011

IMAN TUNJANG KESEJAHTERAAN HIDUP UMAT ISLAM DI DUNIA DAN AKHIRAT
(Disiar pada 19. 02. 2011)
Islam ditegakkan di atas dua rukun, iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman. Rukun Iman Allah memberi jaminan bahawa orang-orang yang beriman akan dimasukkan ke syurga walaupun ia melakukan dosa. Sama ada dibalas dengan neraka terlebih dahulu di atas segala dosanya sebelum dimasukan ke dalam syurga terpulanglah kepada Allah jua.
Dengan iman kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat menjadi jaminan Allah s.w.t. Hidup di dunia dengan berbagai permasalahan pembangunan jasmani dan rohani memerlukan iman yang kukuh menanganinya. Iman dapat menerima segala dugaan hidup yang difahami sebagai ujian Allah s.w.t.. Hidup di alam dunia wajar diserikan dengan kemurnian beriman agar segala kerenah-kerenah hidup dapat dirasakan sebagai satu kenikmatan.
Perjalanan hidup di muka bumi ini sentiasa ditemani dengan kebahagian dan kesengsaraan. Manusia dengan samulajadinya apabila hidupnya diserikan dengan kebahagian akan lupa tangungjawab sebagai hambah Allah dan yang amat menyedihkan ialah ia lupa bersyukur terhadap nikmat yang Allah kurniakan kepadanya.
Apabila manusia berhadapan dengan kesangsaraan dan kesulitan hidup kelemahan manusia mula timbul. Ia tidak mengingatkan berapa lamakah ia menikmati hidup bahagia. Apabila mengalami kesulitan dalam hidup segala nikmat kebahagian tersebut tidak dijadikan sebagai imbalannya kepada kesulitan tersebut.
Iman tunjang kesejahteraan hidup UMAT Islam di dunia dan akhirat membawa maksud orang yang beriman menerima apa sahaja keadaan hidup yang dialaminya kerana ia faham bahawa segala ranjau-ranjau dalam perjalanan hidup di dunia adalah ketentuan Allah s.w.t. Mengalami musibah dalam perjalanan diterimanya dengan hati yang ikhlas dan jujur diiringi dengan lafaz kesyukuran kepada Allah.
Mengalami kemuderatan kesihatan difahaminya sebagai tanda kasih sayang Allah kepadanya sebagai hambah Allah. Selain dari itu rasa kesyukuran itu dapat dirasainya kerana untuk merasa kelezatan hidup wajar kita mengalami kesulitan di samping kebahagian. Untuk merasakan kebahagian hidup kita mesti mengalami hidup kesangsaraan. Tanpa pengalaman tersebut kita tidak dapat merasakan kelezatan kebahagian itu.
Orang beriman sentiasa meletakan kelemahan itu pada diri sendiri dan bukan kepada orang lain. Ada yang lebih para lagi apabila ia mengalami kesulitan dalam hidup ia menuduh kepada Allah mengapa ia diseksa sedemikian rupa. Allah itu maha berkuasa terhadap segala-gala kejadian dalam alam kehidupan. Malah Allah dapat melihat apa yang akan berlaku masa depan.
Dalam perlaksanaan ibadat setiap individu wajar membudayakan amalan dengan mengucap “Bisimillah” ini bermakna dalam naluri kita Allah itu sentiasa bersama kita. Dalam apa keadaan sekalipun pencaturan hidup Allah mengetahuinya dan kita sebagai hambah-Nya hanya bertawakal semata.
Maka itu sebarang kesulitan dalam perlaksanaan ibadat merupakan ketentuan Allah s.w.t. walaupun keadaan apa yang menimpa kita tidak secucuk dengan kemahuan kita. Itulah ciri-ciri pembawaan seorang yang beriman kepada Allah dan itulah juga pembawaan seorang yang bergelar sebagai hambah Allah.
Hidup berdisiplin landasan kesejahteraan ummah. Disipin itu adalah cara hidup yang didukung oleh seorang yang beriman. Iman mendidiknya untuk menjaga kebersihan hidup sama ada kebersihan rohani mahu pun kebersihan jasmani. Jika dibudayakan menjaga kebersihan rohani maka dengan sendirinya kebersihan jasman akan sentiasa terpelihara.
Rohani dan Jasmani adalah dua sifat yang berbeza sama sekali. Jasmani adalah benda yang nyata dapat dilihat dan disentuh manakala rohani adalah dalam keadaan ghaib tidak dapat dilihat mahupun disentuh. Orang beriman lebih kuat melihat dengan mata hatinya keadaan rohaninya daripada jasmaninya kerana jasmani kadang-kadang tidak menunjukkan keasliannya apabila dilamun fatamorgana alam.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa berhati-hati dan berdoa kepada Allah apabila beliau melihat keadaan alam pembangunan dan sering beliau mengucapkan “Ya Allah berilah aku kekuatan untuk melihat yang putih itu adalah putih dan yang hitam itu adalah hitam. Baginda tahu bahawa mata dan pemikiran manusia sentiasa diporak-porandakan oleh iblis laknatullah.
Dalam arena pembangunan rohani orang yang beriman sentiasa melihat keadaan alam kehidupan sentiasa terbuka baginya untuk membuat kebajikan. Menolong orang yang berwajib adalah ibadat. Jika kita sering menghulurkan tangan rengan memberi pertolongan kepada mereka hidup kita sentiasa dilindungi Allah. Bagitu juga orang yang mendapat pertolongan itu sentiasa mendoakan kepada kita agar dimudahkan perjalanan hidup kita.
Hidup ini menyeronokan kerana ada orang lain bersama kita. Segala keadaan alam itu kita merasa kenikmatannya kerana ada orang lain yang bersama kita. Cuba kita fikirkan bagaimana keadaan hidup ini jika kita seorang diri sahaja. Segala kebahagian dan kesusasan tidak ada makna bagi kita kerana tidak ada orang lain bersama kita. Maka itu keberadaan merekalah hidup ini mempunyai maknanya.
Segala usaha untuk membangun terpaksa kita mengharunginya kerana hendak bersaing dengan orang lain. Saingan itulah membuat hidup ini bermakna. Dalam bersaing iman sentiasa membimbing manusia agar persaingan itu biarlah seikhlas dan sejujur-jujur yang boleh. Kerana persaingan yang kotor tidak menghasilkan kemanfaatan kepada pembangunan kehidupan.
Sebagai contoh jika persaingan itu dicemari dengan budaya rasuah atau apa saja bentuk penipuan maka penghasilannya menjadi haram. Benda yang haram akan mengheret kita kepada kodosaan. Hidup bertemankan dengan kedosaan bebagai jenis akan hanya menempah hidup di neraka jahanam.
Iman membentuk insan yang solih dan solihan. Jika dunia ini dihuni oleh masyarakat yang solih maka kebimbangan mengenai kewujudan penjenayah tidak ada dalam dairy kehidupan kita. Masalah yang melanda kepada kesejahteraan ummat ialah kehadiran masyarakat yang tidak mempunyai ilmu kerohanian.
Allah s.w.t. telah tambahkan ilmu yang ada di alam dunia ini dengan turunnya wahyu yang diterima oleh para Rasulullah tetapi manusia tidak mengindahkan seruhan illahi. Manusia yang tidak beriman diberi Allah telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar ilmu yang membentuk keperibadian manusia. Allah bekalkan mata tetapi tidak digunakan untuk melihat yang halal atau yang haram. Allah juga bekalkan manusia dengan otak tetapi tidak digunakan untuk memahami ajaran-ajaran illahi yang ada dalam dokumen wahyu.
Manusia hidup dengan berbagai fitrah Allah seperti akal, fikiran, jiwa, nafsu, perasaan dan sebagainya tetapi kesemuanya itu tidak dipelihara dan digunakan dengan sebaiknya dalam pembangunan ummat. Ketinggian manusia berbanding dengan makluk ciptaan Allah yang lain ialah kehadiran akal dan fikiran.
Akal menjadikan manusia unggul dalam membangunkan alam kehidupan. Akal fikiran lah yang mendekatkan kita kepada Allah s.w.t. Segala kebaikan dalam hidup akal memainkan peranannya sebagai penentu utama dalam memurnikan pembangunan. Akal fikiranlah menjadi pusat pemprosesan maklumat sebelum ia digunakan sebagai bahan pembangunan.
Iman dan akal sentiasa berdampingan dan jika akal tergelincir maka iman akan membetulkan keadaannya. Tetapi jika iman itu lemah akan diperkuatkan oleh akal maka dengan keadaan demikian maka selamatlah manusia dalam menelusuri pembangunan. Hidup harus berakal dan beriman agar junjang kesejahteraan hidup sentiasa terpelihara.

No comments:

Post a Comment