Friday, March 18, 2011

DALANG KEROSAKAN UMAT MANUSIA MENURUT PANDANGAN ISLAM
(Disiarkan pada 19. 3. 2011)
Tidak dapat dinafikan bahawa asal usul makhluk manusia ialah dari Nabi Adam ‘Alahissallam. Tidak ada seorang pun yang bernama manusia tidak berketurunan dari Nabi Adam. Allah yang menjadikan manusia, maka sudah selayaknya Allah yang lebih mengetahui akan kejadian manusia. Malah Allah lebih tahu akan kejadian manusia daripada manusia itu sendiri. Dengan itu wajarlah kita mengambil keterangan mengenai kejadian manusia dari Allah sendiri kerana Dialah yang mencipta manusia.
Allah berfirman surah Al-Hijr, ayat 28 yang bemaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku akan mencipta seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari tanah lumpur hitam dan yang berubah warna dan baunya.”
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam ‘Alaihissalam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang berubah warna dan baunya. (Surah Al-Hijr: Ayat 26)
Dari keterangan dua ayat di atas, jelaslah bahawa asal kejadian manusia dari tanah, iaitu dari tanah yang kering. Yang mana tanah liat yang kering itu berasal dari limpur yang kental yang berubah warna dan baunya. Dari tanah tersebut lalu dibentuk lembaga Adam, maka terciptalah satu lembaga manusia, semata-mata lembaga, iaitu satu lembaga yang mati, kaku dan tidak bernyawa.
Menyedari hakikat ini, apalah yang hendak dibanggakan dengan kejadian diri kita. Jasad kita berasal dari tanah liat yang kering lagi busuk. Setiap jasad apabila sampai ajalnya dan mati, maka ianya akan reput dan busuk, akhirnya menjadi tanah semula.
Apabila lembaga Adam ‘Alaihissalam telah sempurna dibentuk, maka Allah meniupkan rohNya ke dalam jasad Nabi Adam Alaihissalam. Sebaik sahaja Allah meniupkan roh (ciptaan)Nya ke dalam jasad Nabi Adam ‘Alaihissalam terciptalah seorang manusia pertama. Sebelumnya tidak ada manusia. Hiduplah Nabi Adam ‘Alaihissalam seorang diri tanpa kawan atau teman buat seketika.
Allah Berfirman yang bermaksud: “Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadian nya, dan Aku tiupkan ke dalamnya roh (ciptaanKu)” Surah Al-Hijr: ayat 29.
Dari Adam ‘Alaihissalam seorang inilah lahir manusia. Dari tulang rusuk Nabi Adam “Alaihissalam Allah menciptakan seorang perempuan bernama Siti Hawa. Dari percampuran Nabi Adam ‘Alaihissalam dan Siti Hawa inilah zuriat manusia termasuk kita semua seperti mana firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 189.
Manusia asalnya diri yang satu, iaitu Adam ‘Alaihissalam. Allah menciptakan isteri Nabi Adam ‘Alaihissalam, iaitu Siti Hawa. Allah mengawinkan mereka. Jadilah mereka sepasang suami isteri yang sah. Dari percampuran merekalah maka keturunan manusia telah bermula. Dari keturunan Adam ‘Alaihissalam dan Hawa inilah berkembang biak manusia sehingga kepada kita semua dan seluruh manusia di dunia ini walaupun di mana dia berada atau apa bangsa sekalipun ia. Tidak kira sama ada ia orang Barat atau Timur, atau kulitnya hitam atau putih, semuanya berasal dari Nabi Adam ‘Alaihissalam dan Siti Hawa.
Pada mulanya kewujudan manusia, Allah mengajar Nabi Adam ‘Alaihissalam beberapa ilmu yang makhluk lain tidak mengetahuinya. Kemudian Allah perintahkan makhluk malaikat dan iblis untuk sujud kepada Adam kerana kelebihannya mempunyai ilmu yang diajar oleh Allah s.w.t. Perintah Allah dituruti oleh para malaikat kecuali makhluk iblis kerana memikirkan bahawa ia lebih mulia berbanding Adam kerana asalnya Allah ciptakan dari api.
Keingkarannya untuk sujud (hormat) kepada Adam maka Allah murkah dan menyingkir
iblis dari syurga-Nya. Mulai dari itu iblis memusuhi manusia dan berikhtiar hendak merosakkan dengan apa saja cara mengenai kehidupan manusia semasa hidup di dunia. Persengkitaan iblis dengan Nabi Adam (manusia) akan berterusan sehingga akhir zaman. Bangsa iblis hanya akan merasa puas hati apabila manusia menghancur musnahkan bangsanya sendiri dan menghianati amanah yang telah Tuhan berikan kepada manusia.
Kerosakan yang kini berlaku ke atas bangsa Adam (keturunan Adam) adalah jelas. Manusia yang termakan hasutan iblis telah berlakunya persengkitaan antara sesama sendiri; sebagai contoh seperti meletusnya peperangan dunia pertama yang mengakibatkan beribu jiwa manusia telah terkorban. Kemudian diikuti oleh peperangan dunia kedua yang lebih dasyatnya lagi kerana masing-masing menggunakan senjata termoden dan canggih. Maka itu makhluk manusia sukar difikirkan sebagai manusia tetapi lebih kepada haiwan yang tidak mempunyai perasaan.
Akibat dari meletusnya peperangan maka timbullah zaman penjajahan antara sesama bangsa Adam; yang menjajah jadi tuan yang dijajah menjadi hambah. Penzaliman, penindasan, kemalaratan hidup adalah lumrah, nyawa manusia tiada bernilai. Kalau dahulunya semasa zaman jahiliah, manusia (kanak-kanak) ditanam hidup-hidup tanpa balas kesihan oleh seorang ayah dengan tujuan membuang kesialan terutama sekali anak perempuan.
Di zaman moden ini belum sempat anak itu dilahir sudah menemui ajalnya apabila seorang gadis yang mengandung menggugurkan kandungannya. Sebenarnya tujuan manusia berbuat demikian ialah hendak menutup aibnya kepada manusia terutama sekali rakan sebaya kerana ia mengandung tanpa melalui pintu pernikahan. Keseronokan dunia sudah menjadi keutamaan dalam hidup kerana melayani kehendak nafsu kehaiwanannya. Fitrah manusia yang diberi Allah sudah disalahgunakan kerana melayani kehendak bangsa iblis untuk bertindak tanpa menggunakan akal manusia yang waras.
Mengapakan berlaku tindakan manusia sedemikian rupa kezaliman kepada keturuannya sendiri? Inilah kejayaan bangsa iblis dalam mengoda manusia supaya tidak mematuhi ajaran agama Allah (wahyuNya) yang diturukanNya melalui malaikat Jibril kepada para Rasul yang Allah pilih untuk memimpin manusia ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
Berbagai faktor mengapakan berlakunya tindakan manusia sedemikiina rupa tetapi faktor utamanya ialah hilangnya ikatan persaudaraan dan kasih sayang sejagat. Manusia sudah terbiasa dari didikan keluarga yang tidak mengindahkan ikatan kasih sayang atau sememangnya anak yang dikhianati oleh iblis akan berpaling tanda kepada ajaran orang tuanya supaya hidup yang disinari dengan ilmu tauhid.
Apakah akibatnya kepada martabat kemanusiaan yang memimpin alam kehidupan apa bila iblis telah mengangkat bendiranya mengikhtiarkan kemenangannya mengoda manusia? Oleh kerana manusia gagal mematuhi panduan tauhid yang diturunkan Allah kapada manusia (rasul) maka berbagai musibah dan malapetaka alam kehidupan terpaksa diharungi oleh manusia tidak kira yang beriman atau sebaliknya.
Manusia, sejak dahulunya lagi yang telah dicatatkan oleh sejarah para rasul melalui pengalaman mereka (25 rasul) memimpin umatnya termasuklah umat Muhammad s.a.w. sentiasa diselubungi oleh kelicikan iblis mengoda manusia untuk tunduk kepada kehendaknya. Oleh sebab manusia sudah menjauhi Allah dalam hidupnya maka Allah datangkan bencana alam yang menghancurkan kebahagian hidup.
Tuhan turunkan berbagai azab dan musibah seperti banjir, kemarau berkepanjangan, api, kemiskinan, gempa bumi, tsunami, puting beliung seperti tonardo dan berbagai macam penyakit yang sehingga kini para pakar perubatan belum menjumpai obatnya. Walaupun demikian manusia tidak sedar juga sehingga berlaku persengkitaan sesama sendiri yang mengakibatkan
kematian yang tidak kurang hebatnya berbanding dengan azab Allah s.w.t. di muka bumi ini.
Di Amerika Syarikat, setiap tahun menanggug kerugian berjuta-jua dollar Amerika kerana akibat bencana putting beliung yang dipanggil tornado yang merananpkan bangunan, serta harta benda yang pedat dengan penduduknya menjadi padang jarak padang tekukur. Bencana alam ini sering berlaku di kawasan perkampungan dan kerugian yang dialami oleh penduduknya terpaksa ditanggung oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Di kawasan yang mempunyai sungai seperti Mesissipi di St. Louis juga sering membawa bencana kepada penduduk di sepanjang kawasan sungai tersebut. Apabila hujan turun dalam beberapa hari maka air sungai tersebut naik sehingga melimpah tebingnya dan membanjiri kawasan di mana penduduknya pedat mengakibatkan kerosakan harta benda.
Di kawasan industri pertanian juga tidak sunyi dengan malapetaka alam terutamanya musim kemarau, kawasan tersebut berlakunya api membakar hutan belantara hingga merebak ke kawasan pertanian tanpa berkompromi kepada manusia yang beriktiar memajamkan api dengan apa cara juapun. Rumuh kediaman manusia di kawasan yang berdekatan dengan ladang mereka turut sama musnah dijilat api.
Persoalan timbul, mengapakah bumi Amerika Syarikat mengalami bencana alam sedemi kian dasyatnya sehingga menjadi punca kerugian setiap tahun kepada pehak pemerintah? Masyarakat dunia telah maklum bahawa Amerika Syarikat dari dahulunya mengiktirafkan negara nya sebagai polis dunia
Dari segi kekuatan ekonominya, politiknya, teknologinya, kekuatan persenjataannya, adalah jauh lebih kuat dan maju berbanding dengan negara-negara lain di dunia. Maka itu Amerika Syarikat dengan lantang mengakui bahawa keamanan manusia sejagat adalah di bawah kekuasaannya. Maka itu ia bertindak sewenangnya untuk menundukkan masyarakat dunia.
Pelaburannya di seluruh alam sejagat pada dasarnya membantu meningkatkan ekonomi dan pembangunan manusia sejagat. Tetapi tahukan anda bahawa dengan kekuasaan demikianlah dunia lain yang sekutunya menjadi angkoh dan sombung dan sukar berkompromi dengan undang-undang antarabangsa, sewenangnya hendak mencerobi kedaulatan negara lain mengaki batkan masyarakatnya menjadi pelarian di negara sendiri.
Masyarakat Yahudi yang menumpang di tanah Arab pada mulanya seperti Israil, menjadi ancaman keselamatan masyarakat Islam sejagat terutama sekali negara Palestine yang telah berdaulat itu. Tanah tumpah darah masyarakat Palestine sudah dalam genggaman masyarakat Israil hanya menungguh saat dan ketika sahaja menjadi miliknya. Ia tidak gentar menghadapi ancaman dunia kerana ia berlindung di bawah ketiak gergasi dunia iaitu Amerika Syarikat.
Negara-negara kaya yang berada di bumi Allah yang penuh dengan rahmat-Nya, Amerika Syarikat kurang senang dengannya maka itu menjadi tumpuannya untuk menjahanamkan pemimpinnya yang sukar mengikuti telujukannya. Negara Iraq yang kaya dengan rahmat Allah dari perut buminya telah dimusnahkan oleh Amerika Syarikat dengan sekutunya Britain mengakibatkan pemimpinnya Saddam Hussein serta keluarga yang dihormati dan disegani oleh masyarakat Islam sejagat, mengakhiri hidup mereka di dunia di tali gantungan.
Amerika Syarikat sudah mabuk dengan kecanggihan teknologinya maka bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana mengurniakan mereka fitrah kemahiran berfikir sehingga lahirlah ilmuan yang boleh merekabentuk bermacam teknologi, bukan menjadi kemestian dalam pembangunan hidup mereka. Maka itu Allah s.w.t. wujudkan malapetaka alam yang mengakibat kan kerugian berjuta-juta wang untuk memulihkan keadaan yang mengalami bencana tersebut.
Negara-negara lain telah mengalami bencana alam seperti meletusnya gunung berapi di Pinatubuh, Phillipine; gempa bumi di Jepun dan Indonesia yang melahirkan tsunami yang mera-
napkan harta benda termasuklah mengorbankan beribu nyawa manusia. Begitu juga bencana kelaparan di sebahagian benua Afrika adalah antara negara yang Allah jatuhkan bencana alam kerana manusianya telah membelakangi Allah dan mengikuti telunjuk para iblis dan syaitan.
Keamanan dunia tidak akan wujud selagi manusia mengkufuri nikmat dan rahmat Allah s.w.t. Kerosakan bangsa manusia adalah disebabkan olahan tangan manusia itu sendiri kerana hendak melayani kehendak hawa nafsu yang diporak-porandakan iblis laknatullah .

No comments:

Post a Comment