Thursday, March 10, 2011

FALSAFAH PERSAUDARAAN SEJAGAT
(Disiar pada 12 Mac 2011)
Manusia diciptakan Allah sebagai makhluk yang mumpunyai ciri-ciri kejadiannya jauh lebih baik dan mulia berbanding makhluk ciptaan Allah yang lain yang menghuni bumi-Nya ini. Keistemewaan manusia adalah kehadiran roh serta fakulti-fakulti lain seperti akal, kemahiran berfikir yang membolehkan manusia memahami teka-teki pembangunan hidup. Dengan akal tersebut Allah sempurnakan dengan perasaan kasih sayang antara sesama yang mengikatkan hubungan yang erat dan mesrah antara sesama yang dikenali sebagai ukhuwah kemanusiaan.
Ilmu yang membina persaudaraan manusia sejagat diperkukuhkan Allah dengan menurun kan wahyu-Nya yang mengandungi berbagai ilmu tauhid dan pembangunan yang dibawa oleh malaikat Jibril untuk dipertanggungjawabkan kepada manusia pilihan Allah yang dikenali sebagai nabi dan rasulullah.
Dokumen wahyu tersebut Allah isikan dengan berbagai ilmu pengetahuan termasuklah ilmu kerohanian dan ilmu ukhrowi sebagai nadi pembangunan manusia sejagat. Ilmu pengeta huan inilah yang dikenali sebagai tali Allah di mana manusia diwajibkan berpegang teguh dalam membina tamadun manusia hingga ke akhir zaman.
Walau bagaimana pun atas kehadiran akal dan kemahiran berfikir, manusia diuji oleh Allah dengan berbagai kerenah dalam diri manusia itu dalam menelusuri ranjau-ranjau perjala nan hidup. Pada diri manusia itu Allah bekalkan fakuti nafsu yang tidak ada pada makhluk malaikat sebagai inti sari pembangunan manusia sebagai pemain dalam alam kehidupan.
Manusia sewajarnya berwaspada dalam mengola pembangunan kerana di samping fakulti nafsu yang menjadi pemangkin dalam segala pembangunan, Allah telah wujudkan makluk iblis yang telah dimurkai Allah kerana tidak mengikuti perintah Allah untuk sujud (hormat) kepada akhluk manusia(Adam), hidup bersama manusia di alam kehidupan ini.
Atas kehadiran makhluk iblis maka kemurnian persaudaraan manusia sejagat telah mencapai kerosakan yang amat besar. Perasaan kekitaan dalam menghidupkan persaudaraan tersebut terumbang ambing dalam sanuberi dan jiwa setiap manusia sejagat disebabkan ilmu yang ada pada mereka disalahguna akibatnya ialah bukan manusia menggunakan ilmu yang telah diperolehinya tetapi ilmu menggunakan manusia!
Ilmu diguna untuk membuat berbagai persenjataan untuk tujuan menghapuskan manusia di muka bumi Allah ini. Kecanggihan sains dan teknologi membina senjata yang serba canggih itu tidak kenal saudara! Manusia menganggapkan senjata itu adalah pemusnah manusia tetapi sebenarnya manusia yang mengendalikan senjata itu untuk ditujukan kepada manusia adalah yang pembunuh dan pemusnah manusia sebenar.
Kemuderatan persaudaraan sejagat adalah dalam suasana ‘segan hidup mati ta’ mahu’ disebabkan manusia sudah seakan-akan kehilangan pedoman hidup yang menyedarkan manusia kepada falsafah kejadiannya bahawa manusia di muka bumi ini adalah satu keluarga besar Nabi Adam a.s.. Manusia sudah membelakangi Amanah Allah yang dipertanggugjawabkan kepada makhluk manusai sebagai khalifah Allah.
Setiap individu wajar menggunakan akal fikiran serta naluri perasaan kasih sayang antara sesama manusia. Allah mewujudkan makhluk manusia dengan satu tujuan iaitu menjadi khalifah Allah s.w.t. untuk memakmurkan alam kehidupan agar bumi ini mempunyai keselesaan hidup berbagai makhluk.
Bekalan hidup manusia dimuka bumi ini wajar berpaksi kepada felosofi hidup yang dihiasi dengan suasana saling kasih mengasihi; sayang menyayangi; bela membilahi; hormat menghormati; harga menghargai; saling cinta mencintai adalah antara nadi persaudaraan yang menjadi tali Allah yang menjamin keselamatan hidup di dunia dan di akhirat kelak.
Segala ciri-ciri pembangunan rohani tersebut hanya menginap kepada umat manusia. Perasaan kasih dan sayang dalam diri manusia itu adalah kepunyaan zat yang Maha Berkuasa kerana Roh-Nya telah ditempatkanNya ke dalam jasad manusia sejak janin berusia empat bulan atau 120 hari dalam rahaim ibu. Allah itu Pengasih dan Penyayang maka wajarlah manusia mempunyai naluri dalam jiwanya untuk memimpin diri yang bersifat kemuliaan tersebut.
Kelemahan manusia jelas kelihatan apabila ia melayani kehendak nafsu yang telah diporak-porandakan oleh iblis laknatullah. Allah telah bekalkan manusia dengan nikmat hidup yang tidak terkira banyaknya tetapi budaya kerakusa manusia dalam segala segi masih memimpin manusia hingga ketahap yang sukar dibendung lagi! Mengapakah manusia tidak sedarkan diri?
Dalam diri manusia Allah bekalkan akal fikiran serta naluri kasih sayang. Allah turunkan ilmuNya yang berupa wahyu untuk menolong manusia membina kehidupan ke jalan yang lurus. Allah hamparkan segala nikmat dan rahmat Allah di muka bumi ini untuk manusia menggunakan dalam membina tamadun kehidupan. Wajarkah manusia bersyukur terhadap segala fasiliti yang Allah hidangkan? Tepuk dada tanya iman!
Manusia harus berfikir dan terus berfikir mencoba sedaya usaha hendak memahami apakah itu rahmat (kasih sayang) Allah kepada makhluk manusia daripada berfikir memeras otak untuk mencari bagaimana cara menjadi jaguh dunia dari segi persenjataan. Keselamatan umat manusia dunia dan akhirat adalah tanggugjawab bersama di muka bumi ini.
Manusia sebenarnya tidak punya musuh. Semua makhluk manusia adalah bersaudara di mana sahaja mereka berada. Musuh utama manusia ialah iblis dan saitan. Senjata untuk memerangi musuh manusia ialah akidah. Beribadah kerana Allah akan mendekatikan manusia kepada perlindungan-Nya.
Allah menamakan dirinya Al-Rahman dan Al-Rahiem, ertinya Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang. Tuhan adalah zat yang penuh dengan kasih dan sayang terhadap makhluk-Nya. Kenalilah tentang kasih sayang Tuhan, rahmat Tuhan, rahmat Allah itu.
Segala yang tampak dan didengar tanpa kecualinya adalah rahmat Allah. Bumi dengan segala isinya. Matahari dengan cahayanya, bulan dengan sinarannya yang lunak, bintang dengan sinarnya yang berkelip-kelip, semua itu adalah rahmat atau kasih sayang Allah. Inilah rahmat Allah yang tampak atau kelihatan.
Ada rahmat Allah yang tak dapat kita lihat, tetapi dapat kita rasakan. Perasaan enak dan nyaman ketika kita makan dan minum, perasaan enak atau nyaman ketika kita melihat pandangan yang indah adalah rahmat Allah yang jauh lebih tinggi dari benda yang tampak dan kelihatan. Apa lagi rahmat Tuhan yang berupakan cinta kasih terhadap anak isteri atau terhadap manusia umumnya, adalah rahmat Tuhan yang jauh lebih tinggi lagi dari rahmat pertama dan kedua tadi. Coba bayangkan apa rasanya dan apa ertinya hidup kalau tidak ada rasa cinta, dan kasih terhadap anak dan isteri; terhadap manusia dan keluarga.
Firman Allah surah Al-Ruum ayat 21, yang bermaksud (terjemahan): “Sebahagian dari rahmat Allah , ialah bahawa Allah telah menjadikan bagi mu isteri agar kamu dapat nersenang-senanag dengan mereka dan Allah timbulkan antara kamu dan isteri kamu itu rasa cinta dan kasih sayang. Dan dalam hal ini terdapat tanda kekuasaan Allah bagi orang yan dapat berfikir.”
Manusia berperasaan dan berkemahuan terhadap sesuatu nikmat yang Allah sediakan kepadanya. Fenomena demikian yang mempengaruhi jiwa manusia kelak melahirkan motivasi dalaman untuk mendapatkan keperluan-keperluan tersebut demi kebahagian dalam hidup. Tahukah anda bahawa keperluan keperluan tersebut tidak mungkin menjelma dengan sendirinya tanpa kehadiran orang lain. Maka itu persaudaraan sejagat wajar dipelihara sebagai tunjang
keamanan bernegara.
Dunia masa kini sudah kehilangan pedoman. Manusia melahirkan permusuhan antara sesama yang mengakibatkan beribu jiwa terkorban tanpa balas kesihan. Manusia sepatutnya memusuhi kejahilan, kemiskinan, dan segala penyakit keronik dan berjangkit. Tuntuti ilmu untuk membendung gejala sosial yang kian bermaharajalela dalam masyarakat manusia. Isikan hati itu dengan rasa persaudaraan sejagat yang Allah pasti meredhainya.
Jadikan ilmu akidah itu tetamu khas setiap kehidupan makhluk manusia. Hidangan-hidangan globalisasi tanpa sempadan akan hanya membawa kerosakan kepada pembangunan rohani daripada melahirkan tamadun manusia yang diredhai Allah s.w.t.. Kenali diri anda apakah peranan anda dalam hidup? Awas, keseronokan dunia akan hanya membawa anda ke lembah kehinaan di khalayak ramai, lebih-lebih lagi di hadapan Zat yang Maha Agung.
Gejala-gejala sosial yang memudertakan kemurnian persaudaraan sejagat sudah dihada pan pintu anda. Amalan-amalan yang tidak kenal saudara sudah di ambang kehancuran umat manusia. Budaya mementingkan diri menjadi pilihan utama manusia sejagat yang melahirkan persengkataan antara sesama keluarga. Tunjuk perasaan akibat tidak berpuas hati tentang kepimpinan manusia di sini sana sentiasa berkumdang di angkasa memohon keadilah dunia.
Perasaan kasih sayang antara sesama masyarakat sejagat terutama sekali masyarakat remaja yang telah disalah gunakan, mengakhiri percintaan yang merosakkan kuderat kewanitaan. Naluri kasih sayang tanpa diserikan dengan keutuhan beragama sememangnya menjadi igawauan setiap wanita remaja apabila budaya “terlanjur” menjadi jawapan kepada gejala hamil yang melanda percintaan mereka berdua.
Pembuangan anak, pengguguran bayi dan pada yang kemuncaknya sekali hingga ke peringkat membunuh diri kerana tidak dapat menerima akibat olahan naluri kasih sayang itu yang telah menggunakan manusia. Kelahiran anak tanpa melalui pintu pernikahan sudah menjadi perosak manusia sejagat. Siapakah yang bertanggungjawab tentang peristiwa yang ta’ berperi kemanusiaan itu?
Adakah kesalahan ibu mengandung; atau seorang bapa yang menjadi pemimpin keluarga bahagia; mahupun keadaan masyarakat yang sedang dilanda golombang kehaiwanan. Atau mungkinkah di pihak kerajaan yang giat mempermosikan negaranya agar dikenali oleh masyarakat sejagat dan melayani budaya globalisasi tanpa sempadan?
Dalam hal ini kesalahan terletak kepada semua pihak dan anak yang dikandung hanya meneriam apa yang diisyaratkan oleh pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan. Anak yang dilahir dengan bahan yang tidak menunjukkan kesucian kemanusiaan sebagai hambah Allah akan mempusakai apa yang orang tuanya telah lakukan dalam hidupnya semasa anak itu dalam proses pembesaran dalam rahim ibu.
Setelah anak itu dilahirkan di dunia dan melalui ranjau-ranjau perjalanan hidup seperti orang lain juga maka tidak ada apa yang boleh lakukan oleh suami isteri untuk memperbaiki supaya generasi pelapis ini boleh hidup tanpa kecacatan dari segi akhlaqnya. Bentuklah anak itu dengan ilmu keagamaan; kenalilah siapa Tuhan mu; didik insan itu sehingga sampai ke menara gading untuk hafaz 30 juzu al-Quran sekali pun jika bahan yang membentuknya sebagai manusia semasa dalam rahim ibu dahulu adalah bahan yang bertentangan dengan kesucian kudrat kemanusiaan, ia akan mempusakai apa salah laku yang diamalkan oleh orang tuanya.
Menelusuri jejak-jejak perjalanan 25 orang rasul yang dipilih Allah s.w.t. untuk memimpin manusia di muka bumi ini, setiap mereka mengalami generasi yang menyunsangkan kudrat kemanusiaan yang dibentuk oleh akidah Islam. Tidak diutus para Nabi dan Rasul itu melainkan untuk mengajak seluruh manusia menyembah Allah s.w.t. dan mendaulatkan hukum-
hukumNya di dalam semua bidang dan lapangan kehidupan. Inilah perisai yang ampuh Allah bekalkan kepada manusia untuk menyelamatkan kudrat kemanusiaannya dari serangan iblis yang menjadi musuh utama manusia.

No comments:

Post a Comment