Sunday, September 23, 2012

ANTARA ILMU DAN KEKAYAAN

 (Disiarkan pada 22. 9. 2012)
Ilmu dan kekayaan merupakan dua fenomena hidup yang sering bertentangan dari segi falsafah nya. Walaubagaimanapun kedua-duanya adalah elemen yang mempunyai pengaruh kuat terhadap disiplin pembangunan tamadun manusia. Dari segi ilmiahnya kedudukan dalam hidup mempunyai perbezaan dari segi kewujudannya.
                Ilmu adalah zat pembangunan yang abstrak atau ghaib manakala kekayaan adalah benda yang nyata yang boleh dikesan keberadaannya. Ilmu membina kedua-dua unsur manusia iaitu jasmani dan rohani, atau dalam erti kata lain dunia dan akhirat, manakala kekayaan pada umumnya membina alam jasmani semata.
                Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. pernah bertanya kepada Saidina Ali apakah yang dipilihnya, antara ilmu dan kekayaan. Ali memilih ilmu kerana ia memelihara kita tetapi kekayaan, kita yang memelihara dan menjaganya. Ilmu itu jika kita beri kepada orang lain ia menjadi mantap dalam jiwa kita tetapi jika kekayaan itu kita berikan kepada orang lain, ia berkurangan.
                Ambil misalan jika seorang itu hendak meminta ajar Surah Al-Fatihah, orang itu menjadi pandai dan kita sendiri menjadi mantap keilmuan kita mengenai surah Al-Fatihah. Maka itu ilmu membina manusia menjadi pandai dan pintar dalam siluk-biluk pembangunan jasmani dan rohani.
                Kehadiran ilmu dalam diri seseorang menjadikannya mulia disisi Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t surah Al-Hujerat ayat 49:13 yang bermaksud (terjemahan): “Hai manusia sesungguh nya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (ibu dan bapa), dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat), dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orng yang lebih bertakwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengetahui.”
                Orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah adalah orang yang berilmu. Ia mema- hami kehadirannya sebagai hamba Allah dan pintar melaksanakan ibadah dan menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan Allah kepadanya sebagai pemakmur alam kehidupan di alam dunia.
                Orang yang berilmu adalah mereka yang disegani bukan hanya oleh manusia tetapi iblis takut kepada orang yang berilmu kerana iman dalam dadahnya tetap tidak goya diporak-porandakan iblis. Iblis lebih takut kepada seorang yang tidur di mesjid daripada mereka yang sedang mendirikan solat kerana orang yang tidur itu adalah hamba Allah yang ilmunya mantap berbanding orang yang rajin solat  tetapi ilmunya masih dapat dikotak-atikkan oleh iblis lakna- tullah.      
                Keistimewaan manusia terletak pada ilmu yang dipunyainya. Seandainya ilmu itu hilang, maka jatuhlah  martabat manusia. Ilmu itu terletak dalam roh dan ia memainkan peranan yang penting dalam menentukan sifat kemanusiaan. Misalnya, manusia berilmu sahaja yang layak dipanggil manusia tulin kerana manusia dicipta oleh Allah dengan potensi intelek untuk mengetahui, di samping ilmu serta hikmah yang merupakan santapan kalbu.     
                Jika kalbu tidak disajikan dengan ilmu dan hikmah untuk beberapa ketika, maka ia akan merana akibat kelaparan hidayah Illahi dan akhirnya mengalami kematian walaupun tuan punya kalbu itu mungkin tidak menyedari apa yang berlaku dalam rohnya. Menurut al-Ghazali (1990), “Ilmu boleh diibaratkan sebagai pakaian yang menutup tubuh manusia. Oleh itu, manusia yang tidak berilmu boleh diibaratkan sebagai manusia yang tidak memakai sebarang pakaian”.
                 Berbanding dengan kekayaan dunia, manusia sering dipengaruhi oleh egonya bahawa
dialah yang termulia dan termasyhur dalam pandangan masyarakat. Kekayaan juga akan memesongan persepsi manusia dan memandang kemiskinan itu merupakan satu bentuk kehidupan yang hina dan melarat. Walaubagaimanapun manusia apabila diuji dengan kemis- kinan ia akan rajin beribadah, menunaikan solat lima waktu sehari semalam kerana Allah. Tetapi apabila ia diuji dengan kekayaan ibadahnya menjadi bermusim. Tumpuan hidupnya adalah dunia semata-mata dan lupa akan tanggugnjawabnya sebagai hamba Allah.      
                Berbeza dengan ilmu kerana ilmu yang paling utama ialah pengetahuan  tentang kewuju- dan  Allah dan segala kehendak Allah. Darjah kemanfaatan ilmu pula bergantung pada sejauh- mana ilmu itu diorientasikan kepada penghampiran diri manusia kepada Allah dalam urusan keduniaan dan keakhiratan.
                Melalui kekuatan ilmu, manusia dapat mengetahui dan memahami pebezaan antara maklumat yang benar dengan yang palsu dalam komunikasi, antara iman dengan syirik dalam kepercayaan, dan antara baik dengan buruk dalam perbuatan. Sekiranya kekuatan ilmu dibentuk secara seimbang , sepadu, dan menyeluruh , maka terpancarlah hikmah dalam jiwa manusia (Nik Azis Nik Pa. 1999)
                Istilah hikmah  (bijaksana) bermaksud keadaan jiwa yang berkeupayaan mengetahui dan membezakan antara kebenaran dan kebatilan  dalam segala perbuatan yang termasuk dalam lingkungan ikhtiar manusia. Hikmah merupakan ilmu kurniaan Allah yang membolehkan seseorang untuk mengetahui tentang kedudukan  atau tempat yang sebenar bagi sesuatu perkara dalam urutan dan fitrah kejadian.
                 Hikmah yang bertapak dalam kalbu akan menghalang seseorang daripada bergelumang dalam kelakuan yang jahat. Jadi, hikmah merupakan puncak segala perbuatan yang baik dan segala budi pekerti yang terpuji. Keadilan kemudiannya akan turut menjelma pada diri seseorang hasil perjalanan hidup di dunia yang berlandaskan hikmah.
                Bebanding dengan suasana kehidupan orang yang menempuhi kekayaan, ia diporak-porandakan oleh kemewahan hidupnya sehingga melupai dirinya sebagai hamba Allah s.w.t. serta membelakangi amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Mementingkan diri sentiasa dalam kemuncaknya dan menjadikan dunia sebagai syurganya.
                Manifestasi luaran bagi keadilan dalam kehidupan manusia ialah apa yang berlaku dalam lingkungan adab. (Naquib 1992). Oleh itu, kehilangan  adab menggambarkan kehilangan keadi- lan dan tanpa adab, manusia akan mengalami kekeliruan dalam ilmu. Kehilangan adab juga adalah menyebabkan bagi kehilangan iman terhadap agama Allah.
                Kekuatan ilmu saling berkait dengan kekuatan akal kerana ilmu diperolehi melalui akal yang rasional. Akal dalam diri manusia diibaratkan sebagai rasul. Rasulullah s.a.w.adalah pemimpin umat ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.. Maka itu akal itu wajar memimpin manusia ke jalan yang benar. Orang yang nakal adalah orang yang tidak menggunakan akal untuk membuat tindakan. Tidakannya dipimpin oleh hawa atau syahwat.
                Walaubagaimanapn kekuatan syahwat  yang bermanfaat ialah kekuatan syahwat yang berada di bawah kawalan akal rasional dan syarak. Kekuatan syahwat yang bermanfaat akan mendorong pembentukan peribadi yang suci, jauh dari perbuatan maksiat. Manakala kekuatan syahwat  yang tidak bermanfaat pula akan mendorong pembentukan peribadi yang buruk. Keburukan peribadi menggambarkan orang yang berakhlak rendah.
                Peribadi yang rendah atau buruk akan menerbitkan sifat-sifat negative seperti tamak, suka membazir, riya’, dengki, bakhil pada keperluan, memperkecilkan usaha orang laian, tidak boleh diharap, dan kurang sopan.
                Kehadiran ilmu dalam diri seseorang akan membuka pintu kemahiran berfikir. Berfikir
adalah berupa ibadah yang wajib diamalkan agar manusia tidak terpedaya dengan hidangan-hidangan alam yang berbentuk fatamorgana kelak menjemput kekufuran kepada Allah s.w.t. Ahli fikir KungFu Tzu (Confucius) berkata: “Anda akan tersesat jika belajar tanpa berfikir tetapi jika anda berfikir tanpa belajar, anda berada dalam bahaya”.       
                Ilmu itu pada seseorang adalah kefahaman  kepada teka-teki kehidupan. Ilmu yang memberi kefahaman kepada anda tentang makna sesuatu perlaksanaan agenda pembangunan adalah sebenarmendewasakan anda dalam menelusuri kehidupan. Orang yang menggunakan ilmu untuk memahami aktiviti kehidupan menjadi peangkin diri sebagai pemain dalam kelangsungan hidup.
                Keraja-kerja amal adalah merupakan ibadah dalam kontek kemahiran berfikir atau ilmu. Tanpa didasarakan di situ amal menjadi aktiviti kehidupan sebagai rutin semata jika ia difahami tanpa ilmu. Sebagai contoh, pengembara bertemu dengan tiga orang pemuda melaksanakan kerja amal yang sama iaitu memeca batu untuk kegunaan membina bangunan.  Ketiga-tiga pemuda itu memberi jawapan yang berlainan kepada pengembara berkenaan apabila ia bertanya apa mereka buat.
Jawapan pertama ialah memeca batu; kedua ialah mencari nafkah dan ketiga membina bangunan. Jawapan pemuda yang ketiga adalah orang yang menggunakan ilmu atau akal fikiran manakala jawapan pemuda yang pertama dan kedua adalah hanya memikirkan perutnya untuk melaksanakan amal ibadah berkenaan.  
Begitu jugalah pada dasarnya, felosofi pemikiran orang yang hidup mewah di alam dunia. Segala amalnya hanya kemanfaatan jasmani (dunia) semata tanpa memikirkan amal itu adalah ibadah kerana Allah. Manusia jika diuji dengan kesenangan akan gagal memanfaatkan kesenangan itu tetapi jika diuji dengan kesusahan ia akan berjaya menempuhi kehidupan dunia dan akhirat.
Ilmu itu adalah hak guna pakai manusia dalam hidup. Hak mutlaknya ialah Allah s.w.t.. Anda menggunakan ilmu itu sebatas umur anda sahaja kecuali anda telah memanfaatkan ilmu itu untuk melakukan amal-amal kebajikan atau yang biasa dikenali sebagai amal jariah, dimana produk amalan itu masih bermanfaat kepada orang yang masih hidup setelah anda meninggalkan alam dunia ini.
Hidup ini wajar dalam disiplin menang-menang kerana kehadiran orang lain membuat kita berkewajipan memelihara ukhuwah kemanusiaan. Dengan ilmu anda dapat menyusun masyarakat serta membina lapangan yang melahirkan kesetiakawanan sosial sebagai nadi pembangunan tamadun.
Ilmu adalah kedatangan sesuatu makna manakala amal adalah perlakuan seseorang dengan menggunakan ilmu tersebut. Ini bermakna amal seseorang itu tidak ada kemanfaatannya tanpa menggunakan ilmu berkenaan. Maka itu ilmu dan amal tidak boleh dipisahkan untuk mewujudkan sesuatu fenomen kejadian. Ilmu melibatkan potensi intelek (Nik Aziz NikPa 1999) seseorang untuk menterjemahkannya agar menjadi sesuatu makna dalam hidup yang disalurkan kepada amal perbuatan.
Ilmu menjana kekayaan dunia jika dimanfaatkan sebaik mungkin. Pereka computer, Billgate, adalah sorang yang multijutawan kerana mewujudkan computer yang telah menyelesai kan masalah sejagat mengenai teknik-teknik perekodan maklumat. Bukan hanya itu tetapi angkasawan juga mendapat kemanfaatan dengan hasil keilmuannya mereka computer.
Maka itu ilmu dan kekayaan jika dilihat dalam perspektif sains dan teknologi ini sememangnya diperlukan bersama demi kemanfaatan manusia sejagat. 

No comments:

Post a Comment