(Disiarkan pada 3. 9. 2012)
Jujur
adalah lurus hati, tulus, ikhlas dalam semua amal ibadat dan muamalatnya. Hidup
sewajarnya diserikan dengan budaya jujur dan ikhlas kerana Allah. Orang
yang jujur akan selalu menerima kebaikan
sebahagian balasan daripada Allah s.w.t.
Ikhlas merupakan salah satu
daripada berbagai amal hati. Ikhlas berada di barisan permulaan dari amal-amal
hati. Diterimanya berbagai amal tidak akan menjadi sempurna kecuali dengan
keikhlasan
Maksud ikhlas di sini adalah
menghendaki keredhaan Allah s.w.t. dengan sesuatu amal, memberisihkannya dari
segala noda individual mahupun duniawi.
Tidak ada maksud yang lain untuk melakukan suatu amal kecuali kerana Allah dan
demi hari akhirat. Tidak ada noda yang mencampuri suatu amal, seperti
kecendurungan kepada dunia, untuk kepentingan diri sendiri sama secara jelas mahupun
tersembunyi, syahwat, kedudukan, harta benda, supaya dihormati atau disanjungi
oleh orang ramai, tidak ingin dicela, mengambil kesempatan di hadapan
orang-orang tertentu, menyimpan rasa dengki yang tersembunyi, melayani rasa
dengki yang tidak kelihatan, kesombongan yang terselubung, atau kerana
alasan-alasan lain yang tidak terpuji, yang intinya menghendaki selain Allah
dengan suatu amal, siapa pun dari apa pun.
Landasan amal yang ikhlas adalah
memurnikan niat kerana Allah semata.
Maksud niat di sini adalah pendorong kehendak manusia untuk mewujudkan suatu
tujuan yang dituntutnya. Orang Mukmin yang lurus adalah jika pendorong agama di
dalam hatinya dapat mengalahkan pendorong hawa nafsu. Kepentingan akhirat dapat
mengalahkan kepentingan dunai, mementing
kan apa yang ada di sisi Allah daripada apa yang ada di sisi manusia, menjadikan
niat, perkataan dan amalnya bagi Allah, menjadikan solat, ibadah, hidup dan
matinya bagi Allah. Rabb Semesta
alam. Inilah yang disebut ikhlas.
Baginda Rasul Nabi Muhammad
s.a.w., sejak kecil lagi, budaya jujur dan ikhlas sentiasa bersama baginda.
Masyarakat Quraisy menamakan baginda al-Amin, iaitu orang yang boleh dipercayai
kerana baginda sentiasa memegang amanah yang dipetanggungjawabkan kepadanya. Saidina
Khatijah seorang yang berjaya dalam perniagaannya jatuh cinta kepada baginda
kerana kejujuran dan keikhlasannya dalam usaha membantu Khatijah dalam
perniagaannya.
Betapa kita berlaku ikhlas? Kita
berlaku ikhlas ialah “Kita melaksanakan sesuatu amal semata-mata kerana Allah
yakni semata-mata kerana iman akan-Nya dan semata-mata kerana mengharapkan akan
Dia”. Maka ibadat yang dipandang sah
oleh Allah, ialah: Ibadat yang dikerjakan kerana dan untuk Allah sendiri tiada
dicemari oleh sesuatu tujuan yang lain.
Sesungguhnya, ikhlas itulah ruh
(jiwa) sesuatu amalan. Maka barangmana amal yang ditunaikan oleh seseorang hamba
dengan tak ada ikhlas padanya, hendaklah diyakini, bahawa amalan yang
ditunaikan itu, tidak mempunyai ruh. Sabda Nabi saw bermaksud: “Allah tiada menerima amalan melainkan
amalan yang ikhlas bagi (untuk)-Nya dan yang dituntut dengannya keredhaan Allah.” (HR Ibnu Majah).
Sememangnya dan sesungguhnya ikhlas
itu syarat diterima amal. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud (terjemahan): “Dan tiada diperintahkan mereka, melainkan
supaya mereka beribadat kepada Allah seraya mengikhlaskan taatnya kepada Allah
lagi condong kepada kebenaran”. (Surah al-Bayyinah ayat 98:5)
Dalam kitab Taurat dan Injil
mereka sudah tahu, bahawa mereka tidak
diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah sahaja, dengan mengesakan
serta tulus ikhlas beragama untuk-Nya semata-mata. Hendaklah berkeadaan
cendrung kepada agama yang benar iaitu
agama Islam. Jujur mengikuti agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan juga agama
yang dibawa oleh Nabi Muhammad, Rasul yang penghabisan. Mereka juga disuruh
mengerjakan sembahyang
dengan
cukup sempurna tepat pada waktunya, mengikut segala syarat dan rukunnya serta
dikerjakan
dengan khusyuk dan beradab sopan.
Darjat ikhlas yang paling tinggi
di sisi Allah ialah: apabila ia dapat melaksanakan urusan pekerjaan dan
kebajikan di hadapan binatang, sama dengan melaksanakan di hadapan manusia.
Iaitu sama sekali terlepas dari pengaruh pandangan orang. Dan serendah-rendah ikhlas
ialah: melaksanakan amal di belakang manusia jauh sangat berbeza dari
melaksanakannya di hadapan manusia.
Ikhlas adalah buah tauhid yang
murni. Ikhlas dengan pengertian seperti ini merupakan salah satu dari buah-buah
tauhid yang sempurna kepada Allah, iaitu menunggalkan ibadah dan isti’anah (memohon pertolongan) kepada
Allah, seperti yang terungkap di dalam firman Allah dalam surah Al-Fatihah dan
Ummul-Qur’an: “Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah
kami memohon pertolongan.” (Al-Fathah: 5).
Itulah yang diucapkan orang
Islam dalam setiap munajat solatnya, yang setiap hari tidak kurang dari tujuh
belas kali. Dengan keikhlasan ini orang Mukmin benar-benar menjadi hamba Allah,
bukan hamba nafsunya, bukan hamba selain Allah, bukan hamba dunia dan dunia orang
selainnya.
Dengan ikhlas yang murni ini, dia
dapat membebaskan diri dari segala bentuk perbudakan, melepaskan diri dari
segala penyembahan kepada selain Allah,seperti penyembahan kepada wang, wanita,
gelas minuman keras, perhiasan, penampilan, kedudukan, takhta dunia, yang tidak
sedikit manusia menjadi tunduk olehnya. Dengan begitu dia menjadi seperti yang
diperintahkan Allah kepada Rasul-Nya.
Firman Allah yang bermaksud
(terjemahan): “Katakanlah, ‘sesungguhnya
solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb sekalian alam,
tiada sekutu bagu-Nya, dan demikianlah yang diperintah kepadaku dan aku adalah
orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)” (Al-An’am:
162-163).
Para Rabbani dari orang-orang
yang aktif dalam pendidikan rohani dan yang berjalan kepada Allah telah
bersetuju kepentingan ikhlas bagi setiap amal untuk bekalan akhirat dan bagi
setiap orang yang meniti jalan kepada
Allah.
Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazaly
berkata di dalam Mukadimah kitab An-Niyyah Wal-Ikhlas Qash-Shidq, yang memakan
seperempat bahagian dari buku al-Ihya’.
“Dengan hujah iman yang nyata dan cahaya
al-Quran, orang-orang yang mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagian tidak
akan tercapai kecuali dengan ilmu dan ibadah. Semua orang pasti akan binasa
kecuali orang-orang yang berilmu. Orang-orang yang berilmu pasti akan binasa
kecuali orang yang aktif beramal. Semua orang
yang aktif beramal akan binasa kecuali yang ilkhlas.”
Sebutan orang-orang yang ikhlas amat
rentan. Amal tanpa niat adalah ketololan, niat tanpa ikhlas adalah riyak, yang
bererti sama dengan kemunafikan dan tidak berbeza dengan kederhakaan. Ikhlas
tanpa kejujuran dan perlaksanaan adalah sia-sia. Allah telah berfirman tentang
setiap amal yang dimaksudkan untuk selain Allah, sebagai sesuatu yang tidak ada
matlamat. Di dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan): “Dan Kami hadapi segala amal yang mereka
kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagikan) debu yang berter- bangan.” (Al-Furqan:
23)
Amal yang tidak diserta ikhlas adalah
ibarat gambar yang mati dan raga tanpa jiwa. Allah hanya menginginkan hakikat
amal, bukan rupa dan bentuknya. Maka dari itu Dia menolak setiap amal yang
pelakunya tertipu dengan amalnya.
Ikhlas diperlukan untuk mengurus
kehidupan. Penegasan Islam dalam menuntut ikhlas
dan
kemurnian niat kerana Allah serta meluruskan tujuan hanya kepada-Nya,
bukan sekadar
perbualan
kosong. Sebab kehidupan itu sendiri tidak akan berjalan sempurna dan lurus
tanpa adanya orang-orang yang ikhlas.
Sesungguhnya Islam tidak reda
jika orang Islam hidup dengan dua wajah, wajah Allah dan wajah sekutu-Nya.
Islam tidak reda jika hidupnya terbahagi menjadi dua bahagian, satu bahagian
bagi Allah dan satu bahagian lagi bagi taghut (syaitan). Islam menolak
fahaman yang berbelah bagi dan dualisme
yang dibenci, yang seringkali kita lihat dalam kehidupan orang-orang Islam pada
masa sekarang, sehingga kita melihat
seorang yang beragama Islam berada di masjid atau aktif berpuasa pada bulan
Ramadah, tetapi kemudian dalam kehidupan itu dalam muamalahnya atau dalam
tindak tandukknya dia merupakan individu manusia yang berbeza. Ikhlaslah yang
menyatukan kehidupan orang Islam dan menjadikan semua sisinya hanya bagi Allah.
Solatnya, ibadahnya, hidupnya dan matinya, semua bagi Allah Rabbul-alamin.
Ikhlas adalah tiang terbesar daripada
perbuatan hati. Kepadanya berpuncak seluruh ibadah. Erti ikhlas ialah dengan
ketaatan dan amal perbuatan itu, manusia hanya bermaksud mendekatkan diri
(bertaqarrub) kepada Allah dan menghendaki kedekatan dan keredhaan-Nya, bukan
tujuan –tujuan lain, seperti ingin
terpandang manusia atau mencari
pujian mereka atau tamak terhadap apa yang mereka dimiliki.
Orang yang cerdas melihat erti
ikhlas hanya ini, iaitu segala gerak dan diam, baik dalam keadaan menyendiri
mahupun keramaian manusia, hanya untuk Allah
tidak dicampuri apapun, tidak dengan nafsu, keinginan dan dunia.
Syaikh Muhammad Nawawi mengutip
pendapat Al-Ghazali bahawa erti ilkhlas ialah membeningkan amal daripada
unsur-unsur berbangga diri (‘ujub) terhadapnya. Sesungguhnya melirik dan
memandang amal adalah perbuatan ujub. Ujub termasuk sejumlah penyakit
hati. Syaikh Muhammad Nawawi mendifinasikan bahawa ikhlas ialah engkau hanya
beribadah kepada Allah dan istiqamah padanya.
Ikhlas itu ada tiga tingkatan.
Tingkatan tertinggi, engkau bermaksud dengan ketaatan kepada Allah hanya kerana
bertaqarrub kepada-Nya. Tingkatan kedua,
engkau beramal kerana menginginkan pahala dan takut akan seksa. Tingkatan ketiga, engkau beramal
kerana ingin Allah membuat kamu kaya di dunia, seperti kamu membaca surah
Waqiah untuk tujuan tersebut. Tingkatan ini masih dalam kategori ikhlas.
Keharusan ikhlas dalam
menjalankan agama banyak ayat dan Hadith Nabi berbicara tentangnya. Antara lain
Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan): “Dan mereka hanya diperintahkan untuk beribadah kepada Allah sambil
ikhlas menjalankan agama.” (Al-Bayyinah: 5)
Nabi Muhammad bersabda: “Ikhlaslah kamu dalam menjalankan agama.
Amal sedikit pun akan mencukupkanmu.”
Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang iman.
Beliau menjawab, “Iman itu ikhlas kepada Allah.”
“Allah tidak akan menerima amal kecuali yang dilakukan
dengan ikhlas kerana-Nya dan dengannya hanya mecari wajah-Nya.”
“Barang siapa ikhlas kerana Allah selama
40 hari, maka baginya Allah akan memancarkan hikmah daripada dalam hatinya ke
atas lidahnya.”
“Barang siapa berpisah dengan dunia
dalam keadaan ikhlas kerana Allah hanya satu Allah dan tiada sekutu bagi-Nya,
mendirikan solat, dan menunaikan zakat, maka ia berpisah dengan dunia sedang
Allah redha kepadanya.”
Dulu Abu Zar r.a. bertanya kepada
Rasulullah s.a.w. mengenai erti ikhlas hingga
Rasulullah
pun bertanya kepada Jibril. Jibril beretanya kepada mikail. Mikail bertanya
kepada kepada Allah Azza wa jalla, lalu Allah berkata: “ikhlas adalah satu
rahsia daripada rahsia-Ku yang aku titipkan dalam hati seorang hamba yang Aku
kehendaki.”
No comments:
Post a Comment