Saturday, March 31, 2012

ILMU DAN AMAL MERUPAKAN KUNCI PEMBANGUNAN UMMAH

(Disirkan pada 31. 3. 2012)
Hidup bahagian di dunia sewajarnya dengan ilmu; dengan ilmu dapat meraih kebahagian hidup di akhirat (syurga) dan: jika inginkan kebahagiaan hidup di kedua-dua alam, dunia dan akhirat (syurga) semestinya dengan ilmu. Ilmu, ilmu, dan ilmu menjadi kewajiban setiap insan memperolehinya dalam menelusuri pembangunan kehidupan di dunia yang fana ini.
Allah telah menegaskan dalam firmannya yang pertama yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dalam perantaraan Malaikat Jibril supaya manusia harus hidup dengan membaca memahami dan menterjemahkan dalam diri setiap individu, kalimah-kalimah Allah yang terucap oleh-Nya iaitu al-Qur’anul Karim dan kalimah-kalimah Allah yang tercipta oleh Allah s.w.t. iaitu alam ini.
Kalimah Allah yang diturunkan kepada manusia (Muhammad) adalah satu dokumen penting dalam membina tamadun manusia yang diredhai Allah s.w.t.. Dokumen wahyu tersebut membetulkan persepsi manusia tentang kemurnian bermasyarakat di samping melahirkan ukhuwah kemanusiaan.
Sebelum kedatangan wahyu Allah, manusia dikategorikan sebagai masyarakat jahiliah. Pembangunan masyarakat tersebut berpandukan kepada instink dan naluri manusia untuk kesesuaian hawa nafsu mereka di samping mempusakai budaya yang dianuti dari masyarakat turun temurun.
Pembangunan manusia tidak disandarkan kepada kukuasaan Zat yang Maha pencipta tetapi membina kepercayaan dan undang-undang di atas dasar keduniaan maka berlakulah perbezaan anutan antara sesama manusia yang berpaksi kepada keadaan kehidupan masarakat berbagai kategori.
Masyarakat yang kaya membina tuhannya dari emas, dibentuk sedemikian rupa seperti manusia kemudian disembah. Orang yang sederhana kaya membina tuhannya dari perak dibentuk seperti manusia kemudian disembah. Orang yang kurang kemampuan membuat tuhannya daripada kayu jati, diukir seperti manusia kemudian disembah. Masyaakat yang miskin tegar membina tuhannya dari tepung terigu. Diaduni kemudian dibentuk seperti manusia kemudian disembah. Apabila siap menyembah perut rasa lapar dilihat tuhannya!
Katanya: “Kami sudah menyembah engkau dan sekarang perut kami rasa lapar. Biarlah engkau mengambil giliran menolong kami menyelesaikan perut kami. Jika tidak setuju bilang tidak setuju tetapi jika setuju diam sahaja”. Dilihat tuhannya diam sahaja maka mulalah tangannya dipotong kemudian kakinya sehingga seluruh badan tuhannya habis dimasak. Serendah-rendah manusia, masyarakat jahiliahlah yang memakan tuhannya sendiri!
Manusia diwujudkan Allah di dunia ini sebagai makhluknya yang dipertanggungjawab kan untuk melaksana serta menterjemahkan amanah yang diperintahkan Allah. Melaksanakan amanah itulah maka manusia dijadikan khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini. Manusia pertama yang diutus untuk menyampaikan dan mentarbiahkan amanah Allah tersebut kepada umat manusia ialah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. setelah baginda sendiri menterjemahkan dokumen tersebut dalam diri Baginda.
Ajarannya yang difahami sebagai Hadith Baginda s.a.w. adalah bertujuan untuk memudahkan manusia memahami dokumen wahyu yang telah Allah firmankan dalam al-Qur’anul Karim dan menjadikannya sebagai landasan hidup manusia yang bertamadun yang diredhai Allah s.w.t..
Jaminan kesejahteraan hidup di dunia ialah dengan mengamalkan apa yang dibawa oleh al-Qur’an serta dengan sunnah Rasul Nabi Muhammad s.a.w. Baginda bersabda kepada umat manusia dengan kata-kata keselamatan yang berbunyi: “Aku tinggalkan kepada kamu(manusia) dua perkara dan jika kamu mengikutinya manusia tidak akan sesat buat selama-lamanya di dunia iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasul Nabi Muhammad s.a.w. (Hadith sahih)
Ini bermaksud turunnya al-Qur’an adalah merupakan perintah Tuhan terhadap pembangu nan manusia di alam dunia yang mendapat keredhaan Allah s.w.t. Allah wujudkan makhluk manusia adalah dengan tujuan beribadat kepada-Nya dan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. (Az-Zaariyat 51 : 56)
Dalam melaksanakan perintah Allah berupa ibadat kerana Allah manusia wajar bermasyarakat dengan berpegang teguh kepada tali Allah iaitu agama Allah sebagai agama yang benar yang dilengkapi dengan ilmu pengetahuan sebagai panduan hidup yang membina tamadun kehidupan. Al-Qur’an telah membekalkan satu petunjuk hidup yang wajib manusia beriman.
Jika manusia kufur terhadapnya maka manusia akan kufur kepada segala nikmat Allah s.w.t. yang ditaburkan ke atas kehidupan manusia. Allah berfirman yang bermaksud(terjemahan): “Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku (agamaku) yang lurus, maka hendaklah kamu ikut dan janganlah kamu mengikuti jalan yang lain, kelak akan memporak-porandakan kamu (menyesat kan kamu) dari jalan-Nya Allah s.w.t.)” Surah Al-An’am:153).
Menjauhi kekufuran terhadap nikmat Allah s.w.t. wajar melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah segala jenis pengetahuan, baik yang mengenai kebatinan mahupun mengenai keadaan alam. Berilmu adalah orang yang berpengetahuan dan bijak pandai. Orang yang berilmu biasanya waras dan bertibang rasa. Luas ilmu bermakna berpengetahuan dalam segala bidang sama ada ilmu akhirat, ilmu duniawi mahupun ilmu kerohanian.
Manusia diwujudkan Allah s.w.t. sebagai khalifah di muka bumi ini seharusnya mempu- nyai ilmu yang luas. Orang demikian adalah masyarakat yang membudayakan fitrah kemahiran berfikir yang menjadi tonggak kepada pembangunan manusia sejagat. Fitrah Allah tersebut membolehkan manusia menyelami berbagai dimensi alam di mana setiap insan wajar melalui nya.
Menempuhi kebahagiaan di dunia semestinya dengan ilmu. Tetapi dengan ilmu kedunia- an semata tanpa dimurnikan dengan ilmu akhirat, kebahagiaan itu tidak boleh dibawa bersama apabila ajal menjemput nyawa kerana hati manusia sukar mendekati Zat yang Maha Pencipta jika ilmu itu tidak diserikan dengan ilmu akhirat(kerohanian).
Ilmu dunia banyak menggamit kekufuran daripada menempah keredhaan Allah s.w.t. Dunia globalisasi atau dunia tanpa sempadan telah menghalalkan banyak ilmu yang menggalak kan masyarakat manusia terutama sekali para remaja untuk membelakangi ibadat kepada Allah daripada membentuk peribadi mulia yang menjanjikan keredhaan Allah s.w.t.
Akibat dari budaya Barat yang menyonsangkan akidah Islam, banyak gejala-gejala sosial telah berlaku di kalangan masyarakat Islam yang tidak mengenali dirinya sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Amanah yang dipegang sebagai khalifah Allah ialah memakmurkan alam kehidupan tetapi sudah menjadikan budaya yang mencemarkan kemurnian hidup bertamadun.
Satu masalah yang amat besar dalam masyrakat Islam masa kini ialah keberanian individu Muslim untuk mengubah status agama daripada Islam kepada kepercayaan lain seperti agama Yahudi atas alasan menaiki takta ‘perkahwinan’. Ilmu yang diperolehi dari didikan ‘sekular’ mendominasikan jiwa para masyarakat mukmin dan cendung kepada kekufuran kerana mengenali diri tidak menjadi agenda utama lagi dalam perjuangan membina tamadun.
Masalah ini berlaku disebabkan anak-anak remaja berkenaan tidak didedahkan kepada pendidikan ‘ holistik’. Keinsafan sebenar-benarnya tentang ilmu Tauhid yang berpunca daripada kefahaman wahyu dan seterusnya peyalurannya dan penerapannya ke dalam falsafah memulakan titik pertama Ilmu dari perseptif Islam yang berbeza dengan knowledge dari pandangan dunia
‘sekular’.
Punca segala ilmu ialah Allah tetapi manusia boleh berusaha untuk mencapai ilmu. Ilmu yang manusia terokai dilihat sebagai hidup, dan mengembang. Ilmu juga boleh dibandingkan kepada suatu pokok, di mana berbagai bidang ilmu itu ialah dahan-dahan dari pokok yang satu., yang memanjang , mengeluarkan daun dan buah tetapi sentiasa selaras dan serasi dengan hakikat asal pokok itu (yakni tidak bercanggah dengan hakikat asal), bagaimanapun dahan-dahan pokok tidak secara tabiee memanjang ke tahap yang luas biasa, begitu juga sesuatu bidang ilmu itu mengikut pandangan Islam, tidak seharusnya diterokai sehingga melampaui batas-batas tertentu
Penerokaan bidang ilmu itu dilihat sebagai tidak sah atau tidak berguna kalau tujuan penerokaan ilmu itu hanya untuk tujuan mendalami bidang itu sahaja tanpa mengira keberkaitan nya atau kegunaannya untuk manusia. Jadi penerokaan sesuatu bidang ilmu mesti berlandaskan kegunaan dan kemanfaatannya kepada masyarakat. Ini menjadi satu-satunya daripada prinsip kepada pengembangan ilmu dan penyelidikan dalam Islam.
Mendalami satu-satu bidang ilmu seharusnya diserikan dengan ilmu tauhid dan ini penting kerana kewujudan segala sesuatu itu adalah atas kekuasaan Allah s.w.t. dan tiada yang wujud dengan sendirinya. Dalam erti kata lain manusia hanya menumpang teduh hidup di dunia dengan menggunakan segala nikmat Allah yang ditabur-Nya di alam maya ini.
Untuk memahami kemanfaatan dalam hidup nikmat-nikmat tersebut manusia harus mempunyai ilmu. Ilmu adalah cahaya yang menyuluh arah kehidupan agar nikmat Allah itu tidak disalah gunakan. Segala nikmat hidup yang dihidang oleh Allah wajar digunakan sebagai kemanfaatan diri kerana Allah dan bukan sebaliknya.
Setiap insan dibekalkan Allah dengan berbagai fitrah guna untuk melengkapkan dirinya sebagai pemakmur alam kehidupan atau sebagai khalifah. Fitrah yang amat tinggi sekali ialah kemahiran berfikir. Dan fitrah ini mencapai puncak kemuliaannya apabila diserikan dengan ilmu. Maka itu pergunakan ilmu sesuai dengan kemanfaatannya kepada masyarakat dan bukan kemanfaatan semata kepada diri sendiri.
Manusia hidup bermasyarakat maka itu wajar ada sosial budayanya. Hidup ini tidak menyeronokkan tanpa kehadiran orang lain tetapi jangan mengambil kesempatan kehadiran orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Harus ingat kebahagian itu harus ada kerana Allah atau kerana keseronokan diri semata.
Manusia telah mempelajari dari kehidupan manusia pertama Nabi Adam a.s. dengan Isterinya Siti Hawa. Adam kurang bersyukur dengan kenikmatan hidup di syurga Allah kerana tanpa teman. Tetapi apabila diberi teman kebahagian hidupnya melup sehingga lupa rasa syukur kepada Allah s.w.t. Akibat dari itu ia membelakangi amanah Allah yang wajar dipeliharanya untuk hidup selamanya di syurga.
Naluri manusia sentiasa ingin menderhaka kepada kebaikan jika hidupnya dihiasi dengan ilmu. Tetapi ilmu dan amal akan menggamit keimanan kelak dapat memelihara diri dari kekufu- ran. Maka itu kehadiran ilmu biarlah menjadi pelita hidup ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.
Yang perlu dihayati oleh kita semua ialah Al-Ghazali, seperti ahli falsafah lain di masa nya sentiasa mencari ketentuan (certainty) dalam ilmu atau mencari hakikat sebenar sesuatu atau “things as they reallay are”.
Dalam hal ini A-Ghazali mengikut tradisi Islam yang dimulakan oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. apabila baginda memohon daripada Allah supaya ditunjukkan hakikat sebenar benda atau perkara. Baginda apabila melihat sesuatu benda atau perkara ia berdoa: “Ya Allah berilah aku kekuatan untuk melihat yang putih itu adalah putih dan yang hitam itu adalah hitam.”

Wednesday, March 28, 2012

KEWUJUDAN MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH S.W.T.

(Disiarkan pada 24. 3. 2012)
Kewujudan manusia sebagai hamba Allah adalah semata-mata beribadat kepada Allah s.w.t. Ibadat bukanlah suatu perkara yang berada pada sisi kehidupan.. Akan tetapi, ibadat merupakan masalah pertama yang diturunkan Allah dalam kitab-Nya. Rasul-Nya diutus untuk menyampaikan dakwah kepada manusia agar beribadat. Hal ini mengingatkan mereka jika sedang lupa dalam beribadat, atau bahkan mengalami kesesatan daripadanya. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Anbiya’ 21:25 yang bermaksud (terjmahan):
“Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: ‘Bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku’.”
Seruan ini adalah Allah menguatkan dalil-dahlil tentang keesahan-Nya dengan menyatakan: Bahawa Kami tidaklah mengutuskan para rasul kepada umat, melainkan mereka Kami berikan wahyu untuk memaklumkan, bahawa tidak ada Tuhan Aku sahaja. Oleh itu, kalau kamu hendak menyembah dan beribadat, sembahlah Aku dengan tulus ikhlas – jangan pula menyembah Tuhan yang lain.
Firman Allah s.w.t. menerangkan:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): ‘Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut..”(Terjemahan al-Qur’an surah al-Mu’minun163:36)
“…..Sembahlah Allah olehmu sekalian, sekali-kali tiada Tuhan selain daripada-Nya…”
(Terjemahan al-Qur’an surah al-Mu’minun 23:32)
Allah s.w.t. mengakhiri Kitab-Nya dengan al-Qur’an, menutup risalah-Nya dengan Islam, dan mengakhiri nabi-nabi-Nya dengan Muhammad s.a.w., maka semakin kuatlah hakikat (penyembahan) ini. Diumumkan dalam kitab yang abadi, bahawa puncak tujuan dari penciptaan mukallafin adalah agar mereka mengenal Allah sebagai Tuhannya dan sekaligus menyembah-Nya. Inilah rahsia di sebalaik penciptaan jenis makhluk yang mempu berbicara dan berfikir, yang mereka memerlukan alam.
Firman Allah s.w.t. menyatakan: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi Aku makan.” (Terjemahan al-Qur’an surah al-Dhariyat 51: 56 -57.
Pada kelazimannya manusia sentiasa menunjukkan kelemahannya sehingga sampai kaum Muslimin sendiri sekalipun, mereka mengabaikan “ibadat”, lalu mengubahnya sedikit demi sedikit dari bentuk keasliannya. Tidak hanya itu, mereka mengubah pula dari hakikat dan tempat-tempatnya. Baik menurut kefahaman, dasar-dasar, pandangan mahupun tingkatannya.
Kita juga menjumpai manusia-manusia, yang mereka beriman dengan kedudukan ibadat dan tempat-tempatnya, tetapi mereka mempunyai arah tersendiri yang tertuju kepada selain yang berhak menerimannya dan tidak tertuju kepada Tuhan Yang Maha Tinggi, yang telah mencipta kan (manusia), kemudian menyempurnakannya. Yang telah menetapkan lalu menunjukkan mereka. Namun demikian, di antara mereka ada yang menetapkan bersama Allah atau ada yang menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan-tuhan selain Allah.
Sehingga kita dapat melihat golongan Mutaakhirin di antara kaum muslim itu sendiri, menciptakan sesuatu kekotoran yang masuk dalam kesesatan ini. Di antara mereka adalah yang mengagung-agungkan, menyucikan, takut. Menyembelih (berkorban), atau melakukan ketaatan, dengan bentuk ketaatan yang mutlak, pada selain Allah.
Ada juga orang-orang yang beriman, dengan sesuatu, yang menempatkan sebagai ibadat.
Mereka menghadap dan menuju kepada yang berhak menerima, Maha Suci Allah, tetapi mereka tidak menyembah Allah dengan mematuhi perintah perintah-perintah yang sudah ditetapkan-Nya. Mereka juga tidak mengikuti syariat dari jalan-jalan ibadat dan gambaran aslinya. Mereka jestru melakukan ibadat dengan syariat yang tidak diizinkan Allah sama sekali.
Maka, terjadilah penyimpangan-penyimpangan dalam jiwa mereka; mereka lari dari jalan yang lurus. Mereka melangkah menampak ibadat disertai kebid’ahan-kebid’ahan dan kesesatan, yang telah diwarisi oleh orang-orang yang telah sesat sebelumnya. Mereka itulah penganut agama yang menyimpang dari jalur sebenarnya dan yang melupakan pembaikan besar yang telah datang dalam agama mereka.
Pergertian menghamba adalah merendakan diri, dan diperhambakan mempunyai erti direndahkan diri (nya). Bagi kaum Muslimin dikatakan: “Mereka menghambakan kepada Allah. Orang yang menghamba bererti orang yang mengesahkan Allah.” Dalam bahasa lisan, menghamba adalah beribadat, dan ibadat bererti taat atau patuh. Penyedaran hakikat penghambaan adalah mentaati Allah dan melaksanakan perintah-perintahnya. Jadi, kewajipan mengikutinya itu melukiskan adanya suatu kepatuhan.
Apabila seorang hamba menegakkan perintah Allah, bahkan besama itu ia berkeyakinan dengan ketinggian (darjat)Nya dan menyedari akan ketinggian kehendakNya, sedangkan hatinya terpenuh oleh perasaan bersyukur dan menyebut-nyebut kebaikan atas pemberian nikmat dan pertolonganNya, maka sesungguhnya ia telah sampai pada keagungan dan pemuliaan kepada Nya. Semua itu dinamakan penghambaan dan peribadatan. Ketundukan itu tidak
hanya dengan menundukkan kepalanya sahaja, tetapi harus disertai juga dengan ketundukan hati.
Al-Maudidi melihat, bahawa pangkal erti al-‘Ibadah adalah tunduk dan patuh secara totaliti. Tunduk secara sempurna dan patuh secara mutlak. Makna ini juga disandarkan kepada unsur perumpamaan ibadah hati setelah melalui ubudiyah dengan kepala dan lutut (rukuk dan sujud).
Mendekatkanlah kepada Allah, bermaksud ia menyembah Allah, mentaati, dan tunduk kepada-Nya. Jadi mendekatkan diri kepada Allah bererti beribadat, mentaati, dan tunduk kepada-Nya. Mengerjakan setiap perkara yang disyariatkan Allah dan mengikuti apa yang diserukan oleh Rasul-Nya, meliputi segala perintah dan larangan, yang dihalalkan dan yang diharamkan. Inilah perkara yang mendekati unsur taat dan tunduk kepada Allah.
Kewujudan manusia sebagai hamba Allah mempunyai keterikatannya yang amat penting dalam pembangunan kehidupan di alam dunia. Dasar tunduk kepada Allah adalah adanya rasa perhatian dengan kewahdaniyatan (keesaan) Allah, keperkasaan-Nya terhadap semua manusia dan apa saja yang ada. Semua hamba Allah dan makhluk ciptaan-Nya berada dalam genggaman kekuasaan dan kehendak-Nya.
Tentang masalah ini al-Qur’an menegaskan dalam surah ar-Ra’d 13:15–16 yang bermaksud (terjemahan): “Dan sekalian yang berada di langit dan di bumi sujud (tunduk) kepada Allah mahu atau tidak mahu, begitu juga bayang-bayang mereka pada pagi dan petang. Katakanlah: “Siapakah Tuhan langit dan bumi?” Katakanlah: “Allah.” Katakanlah: “Mengapakah kamu ambil selain Allah menjadi pemimpin yang tidak berkuasa mendatangkan manfaat dan muderat pada dirinya?”Katakanlah : Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama gelap dengan terang? Atau mereka mengadakan sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan sebagai ciptaan Allah sehingga mereka ragu tentang ciptaan itu?” Katakanlah : “Allah menjadikan tiap-tiap sesuatu dan dia Maha Esa lagi Pekasa.”
Yang dimaksudkan dengan “sujud” di sini mengandungi dua pengertian: Pertama,
sebenar-benar sujud dengan meletakkan dahi di atas tanah. Sujud seperti ini dilakukan kepada Allah oleh sekalian penduduk bumi, iaitu orang-orang Mukmin, sama ada mereka suka atau terpaksa.
Tentang orang-orang Mukmin pula ada yang sujud kepada Allah dengan perasaan suka, iaitu orang-orang Mukmin yang ikhlas dalam ibadatnya kepada Allah, dan ada pula dengan perasaan terpaksa iaitu orang-orang munafik yang termasuk dalam kumpulan orang-orang Mukmin tetapi bukan benar-benar Mukmin, sebab orang-orang itu sujudnya terpaksa sahaja, mereka tidak mengharapkan pahala dan tidak pula takut meninggalkan perbuatan sujud itu.
Kedua, sujud di sini bererti tunduk, patuh kepada Allah dan meninggalkan tegahan-Nya. Maka sekalian penduduk langit dan bumi itu tunduk kepada Allah dengan pengertian yang disebutkan langsung di bawah kekuasaan dan kehendak Allah. Sehingga bayang-bayang mereka pun sujud dan tunduk kepada Allah mengikuti tubuh badan mereka pada pagi dan petang, yang bererti sujudnya berkekalan sepanjang masa.
Orang yang membaca dan mendengar ayat ini adalah disunatkan sujud tilawah ketika ia membaca dan mendengarnya. Dalam masa sujud itu dibaca: “Ya Allah, jadikanlah saya orang yang ruku, sujud dan berdiri di dalam mentaati Engkau.
Setelah Allah menerangkan bahawa sekalian penduduk langit dan bumi mahu tidak mahu mesti tunduk di bawah kekuasaan Allah dan kehendak-Nya pada sepanjang masa, maka diajar-Nya Rasul-Nya Muhammad s.a.w. membuat tanya jawab kepada orang-orang musyrik penyem- bahan-penyembahan berhala itu untuk ditunjukkan kepada mereka sebagai hujah yang dapat memberi kepuasan dalam bersoal-jawab, supaya mereka tidak dapat lagi berdalih hendak menafikan tentang keesaan Allah lalu mengakui bahawa tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah. Mula-mula Allah menyuruh menanyakan mereka: “Siapakah Tuhan yang menguasai langit dan bumi?” Untuk member jawapannya yang betul: “Dia ialah Allah.”
Kemudian tanyakan pula: “Mengapa kamu ambil selain Allah menjadi pemimpin (dengan menjadikan berhala itu Tuhan yang kamu sembah) yang tidak berkuasa mendatangkan manfaat dan muderat pada dirinya (sedangkan berhala itu tidak dapat melakukannya pada dirinya apalagi kepada orang lain. Maka alangkah tercelanya perbuatan orang yang menyembahnya)?”
Sesudah itu kemukankanlah pertanyaan yang berupa perumpamaan kepada orang-orang musyrik itu, supaya mereka menjawabnya, iaitu: “Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik?”(Dimaksudkan orang yang buta itu ialah orang kafir, kerana ia tidak dapat milihat bukti kebenaran. Dan celik itu ialah orang yang Mukmin yang dapat melihat bukti kebenaran dan bersedia untuk mengikutinya). Jawapan yang mesti mereka berikan ialah: “Tentulah tidak sama.”
Kemudian tanyakan lagi : “Adakah sama gelap dengan terang?” (Dimaksudkan gelap itu ialah kegelapan kufur. Dan terang itu ialah cahaya iman. Bererti, samakah orang yang kufur kerana tersesat dalam gelap dengan orang yang beriman kerana dapat melalui jalan yang terang? Jawapan yang mesti mereka berikan: “Tentulah tidak sama.”
Setelah itu tanyakan pula: “Kamu mengadakan sekutu bagi Allah yang dapat mencipta kan sebagai ciptaan Allah sehingga kamu ragu tentang ciptaan itu?” (Adakah berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah itu dapat menciptakan sesuatu ciptaan seumpama langit, bumi, matahari, bulan, gunung, laut, manusia dan jin seperti ciptaan Allah? Sehingga kamu ragu-ragu pula tentang ciptaan itu siapakah yang menciptakannya, adakah berhala yang mencitakannya atau Allah? Atau kamu sengaja berbuat bodoh, tak mahu mengakui mana yang benar dan mana yang salah.?)
Pertanyaan-pertanyaan itu semata-mata merupakan celaan daripada Allah kepada mereka. Maka untuk menggulung hujah-hujah yang terdahalu disuruh-Nya rasul-Nya mengatakan:
bahawasanya Allah itulah sebenar yang menjadikan segala sesuatu. Dia jugalah yang menjadikan kamu dan berhala-berhala kamu, Dialah Tuhan Yang Maha Esa dan tidak ada duanya, lagi Perkasa menguasai segala sesuatu, maka kepada-Nya sahajalah hendaknya kamu menyembah.”
Sebagai hamba Allah semestinya dapat menerangi kekufuran dalam menelusuri kehidupan dengan kehadiran iman, kerana orang yang beriman dapat melalui jalan yang terang iaitu dijauhi dari kemusrikan. Inilah felosofi hidup seorang hamba Allah yang sentiasa melak- sanakan ibadat kepada Zat yang Maha Suci dan Maha Berkuasa, Allah s.w.t.
(Sumber:Prof. Dr. Yusuf Qardhawi : “Ibadah Dalam Islam”; Ahmad Sonhadji Muhamad: “Tafsir al-Qur’an”)

Saturday, March 10, 2012

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH S.W.T.

(Disiarkan pada 10. 3. 2012)
Makhluk manusia diwujudkan oleh Allah s.w.t lengkap dengan berbagai fitrah berbeza dengan makhluk-makhluk Allah yang lain yang ada di alam kehidupan mahupun di alam buana ini. Allah menciptakan manusia dengan satu tujuan, yang para malaikat tidak mengetahuinya. Allah mewujudkan semua jenis makhluk semestinya ada tujuan yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Maka itu rahsia Allah itulah yang makhluk manusia dipertanggungjawabkan untuk menerokai berbagai jenis alam untuk memahami kemanfaatannya kepada pembangunan kehidupan.
Allah berfirman surah Al-Baqarah ayat (2) 30 yang bermaksud (terjemahan): “(Ingatlah) ketika Tuhan mu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas bumi (Adam). Maka jawab mereka itu : Adakah patut Engkau jadikan di atas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami tasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.”
Dalam erti kata lain tanggungjawab itu dikategorikan sebagai khalifah. Mengikut pengertian secara literallynya atau harfiahnya, khalifah bermaksud gelaran ketua agama atau raja yang memerintah negara Islam. Pengganti Nabi Muhammad s.a.w. selepas wafatnya ialah Khalifah Sayidina Abu Bakar menjadi khalifah yang pertama selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w..
Khalifah dalam pengertian yang luas ialah pemakmur alam kehidupan untuk dijadikan sebagai semaian pahala yang menjadi bekalan hidup manusia di akhirat nanti. Oleh sebab tanggugjawab tersebut adalah universal atau mengenai alam sejagat maka keperluan ilmu menjadi kemestian pada setiap individu memperolehinya yang bergelar manusia (khalifah). Ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam Wahyu-Nya yang pertama yang diturukan kepada manusia (Muhammad) memerintahkan kita untuk membaca iaitu menuntut ilmu.
Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan): “Bacalah dan Tuhanmulah yang maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dan mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.” Surah Al-Alaq ayat 3-5.
Membaca kedua-dua fenomena alam iaitu ilmu yang terucap oleh Allah (Al-Qur’an nul Karim) dan kedua ialah membaca atau memahami kalimah Allah yang tercipta seperti alam ini serta segala isinya. Al-Qur’an merupakan kalimah Allah yang terucap oleh Allah yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril. Manakala kalimah yang berbentuk ciptaan Allah adalah mengenai semua makhluk di alam buana sama ada yang hidup atau yang tidak hidup.
Kalima Allah s.w.t. yang terucap iaitu al-Qur’an nul Karim menjadi dokumen dalam kehidupan manusia. Dokumen tersebut terdapat perintah-perintah Allah yang wajar dilaksana kan dan perintah Allah yang wajar dijauhi. Dokumen yang berbentuk perintah Allah adalah yang dikenali sebagai ibadah untuk dilaksanakan. Manakala amalan yang dicegah oleh Zat yang Maha Berkuasa yang akan memuderatkan kemurnian pembangunan ummah dikategorikan sebagai kemusrikan yang membawa kepada kedosaan.
Hidup ini wajar diserikan dengan ibadah-ibadah yang menghasilkan pahala kelak mendapat keredhaan Allah s.w.t.. Pahala di situ membawa maksud balasan atau ganjaran dari Tuhan kerana berbuat baik dan akan dinilaikan di akhirat nanti. Orang yang berbuat kebajikan dan menunaikan perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya akan diberi pahala oleh Allah. Tempat mereka Allah benarkan menempuhi kebahagiaan di syurga.
Berbuat baik kepada semua makhluk lebih-lebih lagi kepada sesama umat merupakan perintah akal (rasul) dalam diri setiap individu mukmin. Manakala berbuat kemusrikan dan melaksanakan amalan-amalan yang dicegah oleh al-Qur’an (Allah) merupakan perintah hawa nafsu atau iblis laknatullah.
Kehadiran hawa nafsu dalam diri manusia merupakan satu perbezaan yang amat ketara antara makhluk manusia dengan makhluk malaikat. Maka itu manusia mempunyai naluri hendak membangun dan juga membuat maksiat serta kengkufuri larangan-larangan Allah tetapi malaikat dijadikan Allah hanya taat kepada ibadah iaitu menyembah dan bertasbih kepada Allah semata maka itu malaikat tidak dijadikan khalifah Allah di alam buana ini walaupun para malaikat meminta kepada Allah untuk menanggungjawabkan amanah tersebut.
Dengan kehadiran akal dan kemahiran berfikir pada manusia maka adalah wajar hidup nya diserikan dengan ilmu pengetahuan sebagai satu aset pembangunan dalam memakmurkan alam kehidupan. Allah taburkan berbagai ilmu (fitrah) di alam buana ini mahupun di dalam air serta di perut bumi untuk kemanfaatan pembangunan manusia. Maka itu menuntut ilmu menjadi kemestian kepada setiap individu kelak membolehkannya menerokai alam-alam pembangunan tersebut.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menyarankan kepada umatnya supaya menuntut ilmu adalah sepanjang hayat iaitu mulai dari buaian hingga ke liang lahad(Hadith sahih). Ilmu adalah pelengkap kepada kepekaan manusia mengolakan kemahiran berfikir demi kesempurnaan pembangunan manusia di dunia yang fana ini.
Pembangunan disiplin kehidupan yang termaktub dalam dokumen al-Qur’an dapat difahami dan diamal dari khidmat para rasul dan nabi. Manakala memanfaatkan ilmu yang terpendam di alam ini dapat laksanakan dari khidmat para Saintist serta ilmuan yang ditauliahkan dalam berbagai bidang ilmu.
Pembangunan kehidupan di dunia terbahagi kepada berbagai cabang ilmu. Antaranya ialah pembanguunan rohani dan pembangunan fisikal. Pembangunan rohani sahaja terbahagi kepada ilmu akidah yang menitik beratkan kepada ilmu tauhid serta ketuhanan dan ilmu mengenai dengan pembangunan akhlak dan tingkahlaku manusia sebagai pemain dalam kelangsungan hidup di alam dunia.
Pembangunan rohani wajar mendahului ilmu-ilmu yang lain kerana bangunnya ilmu akhirat akan dengan sendirinya ilmu keduniaan akan turut sama terbela. Analogi yang biasa bicara minda gunakan ialah “Jika kita tanam padi, tanpa di undang rumput turut sama tumbuh subur. Tetapi jika kita tanam rumput jangan mimpi padi akan tumbuh sama”.
Maksudnya ialah jika kita dahulukan khidmat mempelajari ilmu akhirat seperti ilmu tauhid, akidah dan sebagainya maka dengan sendirinya dunia akan terpelihara. Tetapi jika kita tumpukan ilmu keduniaan semata maka ilmu akhirat akan menjadi pilihan number sebelas! Para saintis atau ilmuan dalam berbagai cabang ilmu sains kebanyakan mereka adalah masyarakat ateis yang tidak percaya dengan kehadiran Tuhan dalam kehidupan. Mereka mengkufuri nikmat hidup yang Allah telah berikan kepada mereka di dunia maka matlamat hidup mereka adalah neraka jahanam walaupun telah menanam kebaktian di alam dunia ini.
Mendahului ilmu akhirat penting kerana segala kejadian fenomena alam dunia adalah kekuasaan Allah s.w.t. mewujudkannya. Maka itu ilmu untuk mengenali Zat yang Maha pencipta menjadi keutamaan dalam hidup sebab orang yang tidak kenal Tuhannya sukar baginya untuk merasa syukur terhadap segala nikmat yang diperolehi dalam hidup.
Bukan hanya itu, tetapi segala perbuatannya adalah berimamkan kepada nafsu syahwat yang kiblatnya hanya keseronokan dunia semata kelak membawa kepada keruntuhan moral dan kemuderatan pembangunan manusia keseluruhannya. Budaya serupa ini akan melahirkan persengkitan antara sesama umat.
Pembangunan jasmani juga mempunyai berbagai bidang dan harus diserikan dengan ilmu tauhid. Ini penting kerana mempelajari ilmu sains sebagai contoh membawa kita ke alam yang sofistikated tetapi zat yang wujudkan fenomena sains itu adalah lebih canggih lagi. Kalau keindahan alam itu begitu mengkagumkan maka zat yang mewujdkan alam berkenaan adalah lebih menakjubkan lagi.
Setiap kewujudan fenomena alam semestinya ada yang melahirkannya kerana tidak ada sesuatu yang wujud dengan sendirinya. Allah itu maha berkuasa dan Dialah yang mentadbir alam sejagat serta segala isinya. Manusia wujud dalam dua unsur iaitu jasmani yang asalnya dari tanah dan roh iaitu dari ciptaan Allah s.w.t.
Untuk memahami unsur roh dalam jasmani manusia, kita cuba memahami fenomena semasa ibu mengandung. Dalam kandungan ibu ialah seorang insan yang bersifat rohani. Ianya
dimasukkan kedalam jasad manusia oleh Allah semasa jasad dikandung oleh si ibu. Maha Besar Allah di dalam jasad ibu yang mengandung ada dua roh, iaitu roh ibu sendiri dan roh bayi yang dikandung ibu.
Setelah cukup tempuh maka bayi yang di dalam kandungan dilahirkan. Semasa lahir terdengar suara tangisan si bayi yang mengisyaratkan seorang insan telah lahir di dunia fana’ ini. Dan suara tangisan bayi itu tidak lain tidak bukan ialah suara dari rohani itu sendiri yang keluar melalui mulut bayi.
Roh insan adalah kewujudan yang digolongkan dalam perkara-perkara gahib iaitu wujudnya tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetapi dapat dilihat oleh matahati. Begitu jugalah Allah adalah sesuatu yang paling ghaib yang mewujudkanNya tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetapi boleh ‘dilihat’ oleh mata hati yang suci yang melepasi hijab.
Ilmu dalam pembangunan jasmani wajar setiap makhluk manusia mengenali dirinya sebagai insan. Pertalian insan dengan Allah amat rapat sekali. Kerana terlalu rapat, maka ada beberapa ungkapan dan kata-kata ‘ulama’ bagi tujuan untuk menjelaskan atau memberi faham yang lebih tentang Allah. Sebahagian daripadanya seperti insan itu bayang-bayang Allah, insan itu cermin Allah, kenali diri (Insan) maka kenal Allah dan lain-lainnya.
Ungkapan yang paling terkenal tentang perhubungan insan dengan Allah ini ialah: Siapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya.
Kata-kata insan itu bayang-bayang Allah ialah semata untuk menunjukkan perbandingan jua. Maksud sebenarnya ahli ma’rifat hendak menerangkan yang perbandingan antara wujud manusia dengan wujud Allah itu adalah dibandingkan antara bayang-bayang dengan diri sebenar.
Yang hakikinya adalah diri itu sendiri dan bayang-bayang itu bukanlah hakiki. Begitu jugalah jika dibandingkan insan dengan Allah maka wujud Allah itulah yang hakikinya. Adapun wujud insan itu adalah wujud yang tidak hakiki, ianya wujud yang majazi jua.
Tentang kata-kata insan itu cermin Allah ialah maksudnya pada diri insan atau pun diri insan itu sendiri adalah bahan yang boleh dikaji bagi tujuan mencari dan mengenal Allah, diumpamakan kalau kita lihat dalam cermin nampaklah diri kita, begitu juga kalau tilik dan kaji insan itu akan kita temui dan kita kenal Allah.
Kata-kata insan cermin Allah boleh disamakan dengan kata-kata kenal diri maka kenal Allah. Cermin adalah alat untuk melihat wajah diri, begitu jugalah insan adalah alat untuk mengenal Allah yang dibahasakan melihat wajah Allah. Pengertian di sini ialah insan itu bukan wajah Allah tetapi alat (cermin) untuk melihat wajah Allah.
Memanfaatkan kekhlifahan manusia di alam kehidupan sewajarnya dia memahami keinsanannya di sisi Allah s.w.t.. Dengan cara demikian maka tanggugjawabnya untuk melaksanakan amanah Allah menepati kehendak Zat yang Maha Kuasa itu.
(Bersambung)

Monday, March 5, 2012

KECINTAAN KEPADA RASUL JAMINAN SYURGA FIRDAUS (Bahagian akhir)

(Disiarka pada 3. 3. 2012)
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. inginkan semua manusia beriman dan cinta kepada Allah kerana makhlak manusia diwujudkan Allah untuk beribadah kepada-Nya dan bertakwa kepada zat yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hakikat manusia sebagai hamba Allah adalah atas kehadiran roh dalam jasmani. Jasmani asalnya daripada tanah dan roh adalah dari Allah s.w.t. Kehadiran roh Allahlah yang mewujudkan makhluk manusia sebagai khalifah Allah.
Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan): Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam alaihissalam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam dan berubah warna dan baunya. (Surah Al-Hijr: ayat 26)
Dari keterangan ayat di atas, jelaslah bahawa asal kejadian manusia dari tanah, iaitu dari tanah yang kering. Yang mana tanah liat yang kering itu berasal dari lumpur yang kental dan berubah warna dan bauhnya. Dari tanah tersebut lalu dibentuk lembaga Adam, maka terciptalah satu lembaga manusia, semata-mata lembaga, iaitu satu lembaga yang mati, kaku dan tidak bernyawa.
Menyedari hakikat ini, apalah yang hendak dibanggakan dengan kejadian diri kita. Jasad kita berasal dari tanah liat lagi busuk. Setiap jasad apabila sampai ajalnya dan mati, maka ianya akan reput dan busuk, akhirnya menjadi tanah semula.
Kemudian Allah menceritakan lagi: “Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan Aku tiupkan ke dalamnya roh dari (ciptaan) Ku.” (Surah Al-Hijr: Ayat 29)
Apabila lembaga Adam ‘Alaihissalam telah sempurna dibentuk, maka Allah meniupkan rohNya ke dalam jasad Nabi Adam ‘Alaihissalam. Sebaik sahaja Allah meniupkan roh (ciptaan) Nya kedalam jasad Nabi Adam ‘Alaihissalam, terciptalah seorang manusia pertama. Sebelum nya tidak ada manusia. Hidupnya Nabi Adam’Alaihissalam seorang diri tampa teman buat beberapa lama.
Dari Adam ‘Alaihissalam seorang inilah lahir manusia. Daripada tulang rusuk Nabi Adam ‘Alaihissalam Allah menciptakan Siti Hawa. Dan dari percampuran Nabi Adam ‘Alaihissalam dan Siti Hawa inilah lahir zuriat manusia termasuklah kita semua.
Allah berfirman dalam al-Qur’an surah A’raf: Ayat 189, yang bermaksud (terjemahan): “Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripanya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung, kandungan yang ringan, dan terus dia merasa ringan (buat beberapa waktu). Kemudian tatkala ia merasa berat, keduanya (suami isteri) bermohon kepada Allah. Tuhannya seraya berkata: “Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur.”
Manusia asal dari diri yang satu, iaitu Adam ‘Alaihissalam. Dari Adam ‘Alihissalam, Allah mencipta isteri Adam “Alaihissalam, iaitu Siti Hawa. Allah mengawinikan Adam ‘Alaihissalam dengan Siti Hawa, jadilah mereka sepasang suami isteri yang sah.
Setelah mereka berdua bercampur, maka Siti Hawa pun mengandung. Selepas beberapa lama mengandung, Siti Hawa pun melahirkan sepasang anak, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan,. Siti Hawa mengandung lagi dan melahirkann pula sepasang anak seperti dahulu juga, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian anak lelaki yang pertama mengawini anak perempuan yang kedua. Dan anak lelaki yang kedua mengawini anak perempuan yang pertama.
Dari keturunan Adam ‘Alahissalam dan Hawa inilah berkembang biak manusia sehingga kepada kita semua dan seluruh manusia di dunia ini walaupun di mana dia berada atau apa bangsa sekali pun ia. Tidak kira sama ada ia orang Barat atau Timur, atau kulitnya hitam atau putih, semuanya berasal dari Nabi Adam ‘Alahissalam dan Siti Hawa. Dari percampuran antara Nabi Adam ‘Alaihissalam dengan Siti Hawa, maka kelualah benih manusia yang dinamakan mani (nutfh). Allah berfirman dalam al-Qur’an Surah An-Nahl: ayat 4 yang bermaksud (terjemahan): “Dialah menciptakan manusia dari mani…”
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menerima wahyu Allah, satu dokumen Ilahi, yang amat agung itu sebagai satu disiplin kefahaman mengenai kejadian serta pembangunan manusia seutuhnya. Setelah menerima wahyu Illahi dan memahami kejadian manusia jestru itu setiap manusia adalah diwajibkan mencintai keturunannya dengan ikatan akidah yang membina manusia ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.
Manusia adalah makhluk bersosial maka ia wajar memahami sesuatu disiplin kehidupan melalui contoh yang dilaksanakan oleh manusia yang bertauliah seperti Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. Maka itu kecintaan Baginda kepada umatnya menjadi perjuangannya dalam membangunkan tamadun manusia.
Kasih sayang Baginda kepada manusia tidak ada sempadannya antara semua makhluk bernama manusia. Sama ada musuh atau sebaliknya, semua menjadi tanggungjawabnya untuk memperbaiki akhlak mereka. Pernah suatu hari baginda berjalan ke mesjid hendak menunaikan solat zohor. Seorang lelaki quraisy membenci baginda kerana Islamnya, mengagaknya di mana laluannya ke mesjid. Si pulan itu menanti di tingkat atas sebuah rumah di mana baginda lalu di situ. Apabila Baginda sampai di situ orang itu meludahi beliau dan ludah itu terkena di atas dahi Baginda.
“Astagfirullah, saya diludahi.” Sambil melihat ke atas dan kelihatan si pulan berada di situ. Ia meneruskan perjalanannya ke mesjid, dan terpaksa mengambil wuduk semula sebelum solat. Pada keesokan harinya Baginda menerima nasib yang sama. Begitulah keadaan setiap hari apabila Baginda berjalan melalui rumah berkenaan.
Pada satu hari apabila Baginda lalu di situ Baginda terkejut kerana tidak diludahi lagi. Ia melihat ke atas tetapi si pulan tidak ada di situ. Baginda mencari-cari kemudian bertemu seorang yang kebetulan ada di kawasan itu. “Tuan mencari apa?” kata orang itu. Kata Rasul, “Biasanya apabila saya lalu di situ ke mesjid saya diludahi. Tetapi kali ini saya tidak kena ludahi lagi. Dimana dia?” Kata orang itu “Mungkin si pulan!”. Rasul bertanya di mana dia? Orang itu kata “Dia sakit tuan, demam panas!”
Baginda Rasul bergegas ke mesjid untuk solat kemudian pulang ke rumah hendak meminta istrinya sedikit makanan lalu menghantar kepada orang yang meludahi beliau. Setelah diketuk pintu, “Assalamualaikum”. “Masuk sahajalah pintu itu tidak di kunci.” Si pulan menjawab yang sedang berada dalam selimutnya menggegil kesejukan. “Siap kau?”
“Muhammad Rasulullah, langganan anda!” Si pulan membuka selimutnya yang menutup mukanya seraya berkata: “Engkau ini Muhammad saya sakiti hati mu, saya ludahi awak tetapi apabila saya sakit orang lain tidak datang menziarahi saya kamu pula yang datang. Hati kamu Muhammad begitu mulia benar, mulai hari ini saya masuk Islam.” Dia mengucap dua kalimah syahadat di hadapan Nabi, masuk Islam.
Pada suatu hari Baginda Rasul tidur di bawah pohon kurma selepas solat zohor, rehat kerana penat memimpin pejuang Islam menentang kaum quraisy di medan perang. Tiba-tiba seorang jejaka datang menghampiri beliau dengan pedang yang terhunus sedia untuk ditetakkan kepada lehir beliau.
“Muhammad, kelmarin engkau hebat betul memimpin perjuang Islam untuk menyerang kaum musuh. Sekarang engkau sendirian, jika saya tetakkan pedang ini ke leher mu siap yang akan membantu engkau.?”
Baginda terperanjat dari tidurnya lalu berkata: “Tidak ada yang boleh membantu saya hanya Allah sahaja!” Kalimah Allah kalau diucapkan oleh orang yang bersih dan suci hatinya kesannya amat luarbiasa. Jejaka itu bergeletaran tangannya tidak tahan memegang pedang kerana merasa panas lalu terlepas dari tangannya.
Rasul mengambil pedang itu kemudian diajukan kepada jejaka itu lalu baginda berkata: “Kalau saya tetakkan leher mu dengan pedang ini siapa yang akan membantu engkau?” Jejaka itu dengan nada yang bergelataran ketakutan menjawab: “Tidak ada yang boleh membantu saya melainkan engkau Muhammad.” Baginda serahkan balik pedang itu kepada jejaka itu sambil berkata, “Jangan ulangi lagi perbuatan mu itu!”
Jika kitalah mengalami keadaan demikian lalu diberi peluang hendak membalas tidak berfikir lagi terus sahaja menghabiskan riwayatnya. Musuh baginda yang jelas hendak meng- habiskan riwayatnya pun beliau masih boleh mengampuninya. Kesabaran hati baginda tidak ada tandingannya kerana kecintaan kepada umatnya.
Satu akhlak yang mulia Baginda lakukan kepada musuhnya apabila beliau dalam perjalanan bersama Abu Bakar berhijrah ke Medina. Orang-orang Quraisy mengadakan satu perhimpunan khas yang dipimpin oleh Abu Jahal. Ia memberi tahu kepada para hadirin bahawa Nabi Muhammad telah berhijrah ke Medina Al-Mukaramah. Pengumuman dibuat bahawa sesiapa sahaja yang berjaya menangkap Muhammad, hidup atau mati, dihadiahkan seratus ekor untah. Itu sama nilainya dengan seratus ekor kerbau di masa kini.
Seorang pemuda bernama Surokoh dengan senyap mengambil pedangnya lalu pergi menunggang kudanya berlepas medapatkan Muhammad. Tidak lama kemudian ia melihat Nabi Muhammad bersama Abu Bakar berjalan di padang pasir. Ia pecut kudanya sambil menghunus pedangnya, kira-kira sepuluh meter dari Baginda tiba-tiba kudanya terjatuh, kakinya termasuk lobang. Surokoh tercampak dari kudanya dan berguling di atas pasir lalu tersangkut kaki Nabi. Baginda tahu dari Malaikat Jibril bahawa Surokoh hendak membunuhnya.
Nabi Muhammad s.a.w. bangunkan Surokoh yang jubahnya penuh dengan pasir seraya berkata, “Lain kali kalau menunggang kudah hati-hatilah!” Baginda mengambil pedangnya yang terbuang itu lalu dikembalikan kepada Surokoh. Surokoh dengan hati yang takjub, kehairanan memikirkan akhlak Baginda begitu mulia sangat lalu mengucap terima kasih kepada Baginda.
Ia menunggang kudanya berpatah balik dengan hati yang amat simpati memikirkan tentang perjuangan Baginda hendak menyebarkan agama Islam. Mengikut sejarah bahawa Surokoh telah memeluk Islam dengan kerelaan hatinya sendiri akibat yang dialaminya hendak membunuh Nabi yang berjuang memertabatkan akidah Islam.
Kecintaan Baginda Rasul kepada umatnya terbokti begitu kuat apabila di ambang kewafatan Baginda ia sempat solat subuh berjemaah dengan umatnya di mesjid. Solatnya ringkas dan menggunakan surah yang pendek-pendek kerana sakitnya sudah tenat. Selepas solat Baginda
berdiri di hadapan para jemaah.
“Lama sudah kita bersama tetapi jarang betul kita berbincang tentang kesilapan-kesilapan dalam pergaulan kita. Mungkin saya banyak menyakiti hati saudara-saudara sekalian yang tanpa disengajakan. Oleh itu jika ada saya telah lakukan, saya persilakan tuntuti sekarang.” Para jemaah sekalian berlinangan air mata memikirkan apakan jadi apabila Baginda sudah tidak ada memimpin umat manusia. Suasana di pagi hari itu hening dan tiada yang mampu berkata-kata.
Tiba-tiba seorang budak berkulit hitam legam berkata: “Saya ya Rasul! Semasa Rasul menunggang kuda dalam suatu peperangan saya berjalan di belakang kuda itu. Apabila Rasul pecut kuda itu saya kena pecut.” Rasul Berkata, “Jadi macamana sekarang?” Budak itu berkata ,
“Saya menuntut balas tuan!”
Baginda berkata, “Baiklah, Omar dapatkan saya seutas pecut.” Omar kata, “Saya sahaja penggantinya Rasul!” Rasul kata, “Tidak, saya pecut dia maka dia berhak balas saya.” Omar mendapatkan pecut kemudian diserahkan kepada budak hitam itu. Semua para jemaah di mesjid merasa marah, kerana Baginda Rasul sedang sakit tenat dan dia hendak menuntut membalas dendam pula. Budak itu dapatkan pecut dari Omar kemudia melihat kepada Nabi.
Nabi berkata, “Apa lagi budak balaslah saya sekarang.” Budak hitam itu berkata, “Semasa saya kena pecut saya tidak punya baju.” “Jadi apa mahu mu?” kata Rasul. Budak hitam itu berkata, “Saya mahu tuan juga buka baju !”Rasul tanggalkan jubahnya dan kelihatan kulitnya yang putih berseri. Budak hitam itu melepaskan pecut itu kemudian berlari kepada Rasul dan memeluknya seerat yang kuat.
Budak hitam itu berkata, “Sekarang saya dapat bersama dengan tuan tetapi di akhirat nanti pasti, seperti saya ini, tidak dapat berjumpa dengan tuan. Maka itu saya ambil pelung ini untuk menciup kulit tuan yang amat mulia ini. Saya berbuat ini cuma akal-akalin kalau tidak saya tidak ada peluang mencium kulit tuan!”
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada para jemaah, “Tengoklah budak ini dia cinta benar kepada saya maka inilah contoh penghuni syurga. Dalam Islam sesiapa sahaja dapat menyentuh kulit badan Rasul adalah jaminan masuk syurga. Kemudian Baginda balik ke rumahnya dipimpin oleh para jemaah kerana Baginda tidak kuat lagi berjalan, kerana sakit.
Di rumah, Baginda memberi tahu anaknya Fatimah bahawa ayah tidak dapat melayan tetamu lagi. Tiba-tiba datang seorang lelaki gempal dan garang mukanya. Fatimah katakan kepadanya bahawa ayahnya tidak mampu lagi melayan tetamu. Tetapi orang itu memaksa berjupa kepada Rasul. Kemudian Baginda terdengar percakapan mereka lalu Baginda mengizinkannya masuk.
Baginda tahu bahawa orang itu adalah Malaikal Maut. Rasul berkata “Sudah sampai masanya Jibrail?” Jibrail kata: “Sudah!” Kemudian roh Baginda dicabat perlahan-lahan seraya Baginda mengucap kalimah yang terakhir kepada para jemaah yang turut sama ke rumahnya, “Asolat, asolat, itakunisa-inakunisa, umati-umati”.(Solat, peliharala solat; jagalah wanita, jagalah wanita; umatku, umatku.” Kemudian Baginda menghembeuskan nafas yang terakhir.
Dalam riwayat hidup Nabi Muhammad ia mencintai semua manusia tidak kita kawan atau musuh. Oleh itu mengapa kita tidak cinta kepada Rasul kerana kecintaan kepada Baginda adalah jaminan masuk syurga!