Saturday, March 31, 2012

ILMU DAN AMAL MERUPAKAN KUNCI PEMBANGUNAN UMMAH

(Disirkan pada 31. 3. 2012)
Hidup bahagian di dunia sewajarnya dengan ilmu; dengan ilmu dapat meraih kebahagian hidup di akhirat (syurga) dan: jika inginkan kebahagiaan hidup di kedua-dua alam, dunia dan akhirat (syurga) semestinya dengan ilmu. Ilmu, ilmu, dan ilmu menjadi kewajiban setiap insan memperolehinya dalam menelusuri pembangunan kehidupan di dunia yang fana ini.
Allah telah menegaskan dalam firmannya yang pertama yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dalam perantaraan Malaikat Jibril supaya manusia harus hidup dengan membaca memahami dan menterjemahkan dalam diri setiap individu, kalimah-kalimah Allah yang terucap oleh-Nya iaitu al-Qur’anul Karim dan kalimah-kalimah Allah yang tercipta oleh Allah s.w.t. iaitu alam ini.
Kalimah Allah yang diturunkan kepada manusia (Muhammad) adalah satu dokumen penting dalam membina tamadun manusia yang diredhai Allah s.w.t.. Dokumen wahyu tersebut membetulkan persepsi manusia tentang kemurnian bermasyarakat di samping melahirkan ukhuwah kemanusiaan.
Sebelum kedatangan wahyu Allah, manusia dikategorikan sebagai masyarakat jahiliah. Pembangunan masyarakat tersebut berpandukan kepada instink dan naluri manusia untuk kesesuaian hawa nafsu mereka di samping mempusakai budaya yang dianuti dari masyarakat turun temurun.
Pembangunan manusia tidak disandarkan kepada kukuasaan Zat yang Maha pencipta tetapi membina kepercayaan dan undang-undang di atas dasar keduniaan maka berlakulah perbezaan anutan antara sesama manusia yang berpaksi kepada keadaan kehidupan masarakat berbagai kategori.
Masyarakat yang kaya membina tuhannya dari emas, dibentuk sedemikian rupa seperti manusia kemudian disembah. Orang yang sederhana kaya membina tuhannya dari perak dibentuk seperti manusia kemudian disembah. Orang yang kurang kemampuan membuat tuhannya daripada kayu jati, diukir seperti manusia kemudian disembah. Masyaakat yang miskin tegar membina tuhannya dari tepung terigu. Diaduni kemudian dibentuk seperti manusia kemudian disembah. Apabila siap menyembah perut rasa lapar dilihat tuhannya!
Katanya: “Kami sudah menyembah engkau dan sekarang perut kami rasa lapar. Biarlah engkau mengambil giliran menolong kami menyelesaikan perut kami. Jika tidak setuju bilang tidak setuju tetapi jika setuju diam sahaja”. Dilihat tuhannya diam sahaja maka mulalah tangannya dipotong kemudian kakinya sehingga seluruh badan tuhannya habis dimasak. Serendah-rendah manusia, masyarakat jahiliahlah yang memakan tuhannya sendiri!
Manusia diwujudkan Allah di dunia ini sebagai makhluknya yang dipertanggungjawab kan untuk melaksana serta menterjemahkan amanah yang diperintahkan Allah. Melaksanakan amanah itulah maka manusia dijadikan khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini. Manusia pertama yang diutus untuk menyampaikan dan mentarbiahkan amanah Allah tersebut kepada umat manusia ialah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. setelah baginda sendiri menterjemahkan dokumen tersebut dalam diri Baginda.
Ajarannya yang difahami sebagai Hadith Baginda s.a.w. adalah bertujuan untuk memudahkan manusia memahami dokumen wahyu yang telah Allah firmankan dalam al-Qur’anul Karim dan menjadikannya sebagai landasan hidup manusia yang bertamadun yang diredhai Allah s.w.t..
Jaminan kesejahteraan hidup di dunia ialah dengan mengamalkan apa yang dibawa oleh al-Qur’an serta dengan sunnah Rasul Nabi Muhammad s.a.w. Baginda bersabda kepada umat manusia dengan kata-kata keselamatan yang berbunyi: “Aku tinggalkan kepada kamu(manusia) dua perkara dan jika kamu mengikutinya manusia tidak akan sesat buat selama-lamanya di dunia iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasul Nabi Muhammad s.a.w. (Hadith sahih)
Ini bermaksud turunnya al-Qur’an adalah merupakan perintah Tuhan terhadap pembangu nan manusia di alam dunia yang mendapat keredhaan Allah s.w.t. Allah wujudkan makhluk manusia adalah dengan tujuan beribadat kepada-Nya dan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. (Az-Zaariyat 51 : 56)
Dalam melaksanakan perintah Allah berupa ibadat kerana Allah manusia wajar bermasyarakat dengan berpegang teguh kepada tali Allah iaitu agama Allah sebagai agama yang benar yang dilengkapi dengan ilmu pengetahuan sebagai panduan hidup yang membina tamadun kehidupan. Al-Qur’an telah membekalkan satu petunjuk hidup yang wajib manusia beriman.
Jika manusia kufur terhadapnya maka manusia akan kufur kepada segala nikmat Allah s.w.t. yang ditaburkan ke atas kehidupan manusia. Allah berfirman yang bermaksud(terjemahan): “Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku (agamaku) yang lurus, maka hendaklah kamu ikut dan janganlah kamu mengikuti jalan yang lain, kelak akan memporak-porandakan kamu (menyesat kan kamu) dari jalan-Nya Allah s.w.t.)” Surah Al-An’am:153).
Menjauhi kekufuran terhadap nikmat Allah s.w.t. wajar melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah segala jenis pengetahuan, baik yang mengenai kebatinan mahupun mengenai keadaan alam. Berilmu adalah orang yang berpengetahuan dan bijak pandai. Orang yang berilmu biasanya waras dan bertibang rasa. Luas ilmu bermakna berpengetahuan dalam segala bidang sama ada ilmu akhirat, ilmu duniawi mahupun ilmu kerohanian.
Manusia diwujudkan Allah s.w.t. sebagai khalifah di muka bumi ini seharusnya mempu- nyai ilmu yang luas. Orang demikian adalah masyarakat yang membudayakan fitrah kemahiran berfikir yang menjadi tonggak kepada pembangunan manusia sejagat. Fitrah Allah tersebut membolehkan manusia menyelami berbagai dimensi alam di mana setiap insan wajar melalui nya.
Menempuhi kebahagiaan di dunia semestinya dengan ilmu. Tetapi dengan ilmu kedunia- an semata tanpa dimurnikan dengan ilmu akhirat, kebahagiaan itu tidak boleh dibawa bersama apabila ajal menjemput nyawa kerana hati manusia sukar mendekati Zat yang Maha Pencipta jika ilmu itu tidak diserikan dengan ilmu akhirat(kerohanian).
Ilmu dunia banyak menggamit kekufuran daripada menempah keredhaan Allah s.w.t. Dunia globalisasi atau dunia tanpa sempadan telah menghalalkan banyak ilmu yang menggalak kan masyarakat manusia terutama sekali para remaja untuk membelakangi ibadat kepada Allah daripada membentuk peribadi mulia yang menjanjikan keredhaan Allah s.w.t.
Akibat dari budaya Barat yang menyonsangkan akidah Islam, banyak gejala-gejala sosial telah berlaku di kalangan masyarakat Islam yang tidak mengenali dirinya sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Amanah yang dipegang sebagai khalifah Allah ialah memakmurkan alam kehidupan tetapi sudah menjadikan budaya yang mencemarkan kemurnian hidup bertamadun.
Satu masalah yang amat besar dalam masyrakat Islam masa kini ialah keberanian individu Muslim untuk mengubah status agama daripada Islam kepada kepercayaan lain seperti agama Yahudi atas alasan menaiki takta ‘perkahwinan’. Ilmu yang diperolehi dari didikan ‘sekular’ mendominasikan jiwa para masyarakat mukmin dan cendung kepada kekufuran kerana mengenali diri tidak menjadi agenda utama lagi dalam perjuangan membina tamadun.
Masalah ini berlaku disebabkan anak-anak remaja berkenaan tidak didedahkan kepada pendidikan ‘ holistik’. Keinsafan sebenar-benarnya tentang ilmu Tauhid yang berpunca daripada kefahaman wahyu dan seterusnya peyalurannya dan penerapannya ke dalam falsafah memulakan titik pertama Ilmu dari perseptif Islam yang berbeza dengan knowledge dari pandangan dunia
‘sekular’.
Punca segala ilmu ialah Allah tetapi manusia boleh berusaha untuk mencapai ilmu. Ilmu yang manusia terokai dilihat sebagai hidup, dan mengembang. Ilmu juga boleh dibandingkan kepada suatu pokok, di mana berbagai bidang ilmu itu ialah dahan-dahan dari pokok yang satu., yang memanjang , mengeluarkan daun dan buah tetapi sentiasa selaras dan serasi dengan hakikat asal pokok itu (yakni tidak bercanggah dengan hakikat asal), bagaimanapun dahan-dahan pokok tidak secara tabiee memanjang ke tahap yang luas biasa, begitu juga sesuatu bidang ilmu itu mengikut pandangan Islam, tidak seharusnya diterokai sehingga melampaui batas-batas tertentu
Penerokaan bidang ilmu itu dilihat sebagai tidak sah atau tidak berguna kalau tujuan penerokaan ilmu itu hanya untuk tujuan mendalami bidang itu sahaja tanpa mengira keberkaitan nya atau kegunaannya untuk manusia. Jadi penerokaan sesuatu bidang ilmu mesti berlandaskan kegunaan dan kemanfaatannya kepada masyarakat. Ini menjadi satu-satunya daripada prinsip kepada pengembangan ilmu dan penyelidikan dalam Islam.
Mendalami satu-satu bidang ilmu seharusnya diserikan dengan ilmu tauhid dan ini penting kerana kewujudan segala sesuatu itu adalah atas kekuasaan Allah s.w.t. dan tiada yang wujud dengan sendirinya. Dalam erti kata lain manusia hanya menumpang teduh hidup di dunia dengan menggunakan segala nikmat Allah yang ditabur-Nya di alam maya ini.
Untuk memahami kemanfaatan dalam hidup nikmat-nikmat tersebut manusia harus mempunyai ilmu. Ilmu adalah cahaya yang menyuluh arah kehidupan agar nikmat Allah itu tidak disalah gunakan. Segala nikmat hidup yang dihidang oleh Allah wajar digunakan sebagai kemanfaatan diri kerana Allah dan bukan sebaliknya.
Setiap insan dibekalkan Allah dengan berbagai fitrah guna untuk melengkapkan dirinya sebagai pemakmur alam kehidupan atau sebagai khalifah. Fitrah yang amat tinggi sekali ialah kemahiran berfikir. Dan fitrah ini mencapai puncak kemuliaannya apabila diserikan dengan ilmu. Maka itu pergunakan ilmu sesuai dengan kemanfaatannya kepada masyarakat dan bukan kemanfaatan semata kepada diri sendiri.
Manusia hidup bermasyarakat maka itu wajar ada sosial budayanya. Hidup ini tidak menyeronokkan tanpa kehadiran orang lain tetapi jangan mengambil kesempatan kehadiran orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Harus ingat kebahagian itu harus ada kerana Allah atau kerana keseronokan diri semata.
Manusia telah mempelajari dari kehidupan manusia pertama Nabi Adam a.s. dengan Isterinya Siti Hawa. Adam kurang bersyukur dengan kenikmatan hidup di syurga Allah kerana tanpa teman. Tetapi apabila diberi teman kebahagian hidupnya melup sehingga lupa rasa syukur kepada Allah s.w.t. Akibat dari itu ia membelakangi amanah Allah yang wajar dipeliharanya untuk hidup selamanya di syurga.
Naluri manusia sentiasa ingin menderhaka kepada kebaikan jika hidupnya dihiasi dengan ilmu. Tetapi ilmu dan amal akan menggamit keimanan kelak dapat memelihara diri dari kekufu- ran. Maka itu kehadiran ilmu biarlah menjadi pelita hidup ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.
Yang perlu dihayati oleh kita semua ialah Al-Ghazali, seperti ahli falsafah lain di masa nya sentiasa mencari ketentuan (certainty) dalam ilmu atau mencari hakikat sebenar sesuatu atau “things as they reallay are”.
Dalam hal ini A-Ghazali mengikut tradisi Islam yang dimulakan oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. apabila baginda memohon daripada Allah supaya ditunjukkan hakikat sebenar benda atau perkara. Baginda apabila melihat sesuatu benda atau perkara ia berdoa: “Ya Allah berilah aku kekuatan untuk melihat yang putih itu adalah putih dan yang hitam itu adalah hitam.”

No comments:

Post a Comment